SENATOR DR DATUK ISMAIL MENINGGAL DUNIA

Posted by abewa Wednesday, 26 August 2009
KUALA LUMPUR: Negara kehilangan sebutir permata apabila doktor falsafah cacat penglihatan pertama di duni, Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura. Beliau adalah Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama.

Bapa kepada enam orang anak ini, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

0 comments

Post a Comment