kepada ayah ziz, sekadar bersuara

Posted by abewa Tuesday, 18 August 2009

Nampak gayanya, Umno khususnya (kerana komponennya MIC dan MCA sekadar melihat aje) kini mengambil pendekatan menyerang PAS dengan tumpuan utamanya pada Mursyidil AM Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menjadi sasaran utama,tanpa mengira waktu.

Putar belit, cut and edit, plant and censored news telah menjadi lumrah media arus perdana, yang sentiasa bersekongkol mengikut telunjuk pimpinannya. Dari Utusan Malaysia , RTM sehinggalah TV3.

Usaha memporak peranda dan mengkusutkan pemikiran masyarakat menjadi agenda utama pimpinan utama Umno dan media arus perdana ini mesti menyumbat agenda ini dalam minda pembaca.

Berita bohong terbaru dilaporkan Utusan Malaysia kononnya TGNA mengatakan Islam Umno dari Palestin adalah perbuatan paling tidak senonoh. Tak mampu diterima akal langsung oleh seorang yang waras bahawa seorang ulama terutama TGNA untuk berkata demikian.

Mengikut khabarnya, berita itu dipetik dari agensi berita nasional Malaysia iaitu Bernama. Ertinya Bernama juga sebahagian talibarut pereka berita yang kurang akal.

Rekaan dan tokok tambah berita agar menampakkan TGNA ini keterlaluan dan tidak boleh diterima sebagai ulama semakin menjadi-jadi di kalangan Umno. Serangan secara peribadi untuk meruntuhkan moral rakyat yang memang memandang tinggi pada TGNA menjadi sasaran utama Umno. Bagi Umno kegagalan meruntuhkan tembok kekebalan Pakatan Rakyat sebelum PRU13 akan membahayakan kedudukan Umno/BN.

Risikan strategik pelbagai pihak memang menjuruskan kepada keruntuhan Umno/BN pada PRU13. Ini amat membimbangkan mereka. Hari demi hari berlalu dan ia semakin suntuk bagi BN kerana PRU13 akan diadakan dalam tempoh terdekat kerana PM DS Najib Tun Razak wajib mendapatkan mandat baru (fresh mandate). Najib pada masa ini berada dalam mandat mantan PM Tun Abdullah Badawi melalui PRU12. Mau atau tidak pada lumrahnya PRU13 akan diadakan lebih awal daripada tempoh lima atau empat tahun. Yang pastinya ia akan diadakan dalam tempoh antara tiga dan empat tahun .

Namun momentum semasa semakin tidak memihak pada Umno atau BN dan ia tidak akan berubah sehingga dua atau tiga tahun lagi kecuali, Umno dapat meranapkan kepercayaan rakyat pada Pakatan Rakyat.

TGNA memang telah dikenalpasti sebagi ikon bagi umat Islam, mereka yang tidak menyedari atau tidak mahu menerimanya sahaja yang menolak pernyataan ini. Oleh itu, Umno tidak mempedulikan sama ada media arus perdananya disaman atau sebaliknya asalkan imej TGNA dapat dicalarkan. Yang penting bagi Umno damage is done. Kerosakan itu pastinya mengambil masa yang panjang untuk disembuhkan (cure). Worst still rakyat menganggap ia benar. Memusnahkannya adalah lebih mudah daripada membina dan memeliharanya. Untuk membina semula keruntuhan juga menyukarkan.

Mungkin pendekatan dengan mengambil pendirian diam kadangkala lebih baik. Jangan diberikan sebarang kenyataan akhbar secara langsung, kecuali bertulis. TGNA boleh membaca semata-mata kenyataan akhbarnya semasa sidang akhbar dan kemudian mengucapkan terima kasih, manakala Setiausaha Akhbarnya mengatakan no question please and assalamualaikum atau terima kasih.

Masih ingat seketika dahulu awal 90an, TGNA pernah berbuat demikian dengan tidak mahu bertemu wartawan dan atau menjawab apa jua soalan kecuali bertulis. Perkara seumpama ini memang seringkali dibuat oleh pimpinan veteran DAP Sdr Lim Kit Siang. Beliau akan membaca kenyataan akhbarnya (yang telah disediakan) dengan selamba sahaja. Selepas habis dibacanya, beliau akan bertanya sama ada wartawan mempunyai soalan atau tidak. Beliau akan menjawab mana-mana yang berkenan dan ada kalanya sehabis selesai membaca statementnya , beliau akan berkata no question, please and thank you.

0 comments

Post a Comment