replika najib ok, replika anwar haram

Posted by abewa Monday, 10 August 2009
KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah cakap tak serupa bikin, kerana dulu Umno pakat hentam DS Anwar Ibrahim ekoran replikanya di kawasan DUN Batu Caves, kini Umno membuat replika patung Datuk Seri Najib Razak yang lebih besar di situ..

Umno dan mufti Perlis (bekas kini) Dr Mohd Asri Zainul Abidin menghentam Anwar dan menyifatkannya replika penasihat PKR itu sebagai haram, meskipun ia sekadar untuk menyampaikan mesej menjelang aidilfitri sahaja.

Dr Asri mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera". Susulan itu ramai pihak mempertikaikan kehadiran replika Anwar di simpang utama dekat Wisma Keringat itu. Ia juga disifatkan membazir.

ADUN Batu Caves Amiruddin Shaari berharap Dr Asri membuat pendirian yang tetap mengenai hal ini dan tentunya jika diambil kira fatwa terhadap Anwar maka ia sama juga terhadap "patung" terbaru ini.

Replika Najib dinaikkan berhadapan patung besar Dewa Muruga yang berwarna emas - di pintu masuk gua Batu Caves - bersempena festival 1 Malaysia di situ selama tiga hari sehingga Ahad.

Pada 29 Oktober tahun lalu, Ketua Umno Gombak Abdul Rahim Kamaruddin menentang keras pemasangan replika Anwar .

Abdul Rahim enggan mengulas.



Sementara itu dalam blognya, Amirudin menempelak pemimpin Umno dan Dr Asri mengenai hal itu kerana dulu membantah dan oleh itu, tegasnya, "apa pula fatwa yang membolehkan replika Najib dibina di kuil Batu Caves itu?"

Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika itu dilaporkan berkata, pembinaan replika Anwar menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya", manakala Datuk Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan perbuatan "tidak diizinkan di sisi agama".

0 comments

Post a Comment