ADUN UMNO DITAHAN KERANA DISYAKI RASUAH

Posted by abewa Sunday, 2 August 2009

PUTRAJAYA: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diTerengganu hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah.

ADUN tersebut, Rosli Othman, 42 ahli dewan undangan negeri kawasan Kemasik dipercayai menerima wang suapan RM20,000 bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur.

Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM menemui wang RM5,000 pada Rosli.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.


0 comments

Post a Comment