MERTUA ROHAIZAT DESAK BUAT PERAKUAN ISTERI KEDUANYA

Posted by abewa Saturday, 22 August 2009
Rohaizat Othman menafikan beristeri dua kerana bimbang terjejas kredibilitinya sebagai calon UMNO/BN pada PRK N11 Dun Permatang Pasir, tanpa memikirkan ia mengundang perasaan cela dan rasa terhina pada isteri dan keluarga mertuanya itu.

Namun mulut tempayan tidak akan kejap ditutup kerana bapa mertua Rohaizat yang mewalikan pernikahan lebih mengetahui kebenarannya. Apabila dua saksi bersuara maka memang benarlah penafian Rohaizat terhadap perkara itu satu pembohongan besar.

Yang peliknya mengapa calon Umno/Bn itu tidak mahu mengakui isteri sendiri. Tiada salahnya. Namun mungkin Rohaizat takutkan isteri pertamanya atau beliau tidak memohon izin. Sesungguhnya begitulah sikap calon Umno, memang mudah berbohong. Memang lumrah Umno mestio berbohong.

Kini bapa mertuanya Mohamad Ali Abdullah memberi tempoh sehingga malam ini agar mengisytiharkan Rafizah adalah isteri beliau yang menetap di Pahang, atau menghadapi tindakan undang-undang.


Ali, 59, bapa kepada Rafizah berkata beliau sedang menimbang mengambil tindakan itu dan meminta Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat.

"Saya yang mewalikan pernikahan antara Rafizah dan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama, " kata beliau.

Rohaizat menafikan beliau beristerikan Rafizah. Rafizah dikatakan dibiarkan tanpa dipedulikan Rohaizat setelah dikahwininya.

Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

0 comments

Post a Comment