PRESIDEN MCA TERIMA "DERMA" RM10JUTA

Posted by abewa Wednesday, 12 August 2009
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut adalah untuk aktiviti yang berkaitan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan KEPADA Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut.

Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.

Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur

0 comments

Post a Comment