kesemua penumpang dan anak kapal merpati airlines disahkan mati

Posted by abewa Wednesday, 5 August 2009
(kiri-inilah jenis pesawat Twin Otter Merpati Airlines yang terhempas itu.)


JAKARTA: Kesemua 12 penumpang dan tiga anak kapal pesawat Twin Otter Merpati Nusantara Airlines yang terhempas di Amisibil, Papua, Ahas lepas disahkan meninggal dunia.

Pengarah Urusan syarikat itu, Bambang Bhakti berkata, maklumat itu disahkan oleh pasukan penyelamat dan penduduk Amisibil yang berjaya menjejaki pesawat itu.

Pesawat itu gagal dikesan beberapa jam selepas berlepas dari lapangan terbang Sentani menuju ke Oksibil.

0 comments

Post a Comment