apabila pantun TGNA berbicara

Posted by abewa Tuesday, 4 August 2009

.. penjiwaan kehalusan budi bicara Melayu itu terletak pada bahasanya sepertimana digambarkan melalui bait-bait pantun dan simpulan bahasa. Halus berseni budi bicara Melayu dalam membuat teguran umpama menarik rambut dari tepung agar yang terpalit tidak tersinggung.

Ketulusan hati ini terpancar pada bait-bait pantun yang dipersembahkan Mursyidil Am Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan pada majlis perasmian Konsert Antara Dunia 1 Ogos lepas.

Bak katanya

Rendang kayu kerana daunnya
terpandang Melayu kerana pantunnya

Lantaran itu TGNA mengatur bicara dengan penuh berhemah, memulakan bait-bat kata penuh bersimpuh

Diatas nama sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud “Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan”, izinkan saya berbicara pada malam ini menggunakan kehalusan bahasa orang Melayu melalui gugusan pantun indah sepanjang berkata-kata.

beberapa rangkap pantun dipetik sekadar mencari makna yang terselit untuk dihayati dan dikongsi bersama

Tiang sehasta dibuat galah
Berpanjang lengan kait melati
Berjuang kita ke jalan Allah
Biar dengan sepenuh hati.

Manis sungguh dokong tuan
Malam resah pelita mati
Payah apa sokong bulan
Mungkin susah tapi tak mati.


kendian tgna berkata


Tanam halia tumbuh lengkuas
Semak daun si api-api
Apa guna kaya rasuah
Esok dipanggang di atas api.

...meningatkan aduhai suami perihal isteri

Apa guna berkain batik
Jika labuh berbayang-bayang
Apa guna beristeri cantik
Jika Subuh tidak sembahyang.

dan mengakhiri bicara

Indah sungguh Tanjung Sedeli
Pulau Seratus dilambai Nyonya
Sepanjang mana seutas tali
Akan ada tirus hujungnya.


0 comments

Post a Comment