cawangan Umno tak puas hati dengan Rohaizat

Posted by abewa Tuesday, 18 August 2009
Kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN Permatang Pasir tidak berpuas hati dengan pemilihan calon PRK itu, Rohaizat Othman.

Menurut sumber, mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - dicalonkan.

Kata sumber, ekoran itu Zaidi terpaksa mententeramkan mereka dan menasihati bertenang.

Sumber itu berkata, jika Zaidi dicalonkan, Umno/Bn akan mendapat mempengaruhi undi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.

Malah, katanya, apabila Muhyiddin mengumumkan nama Rohaizat terdapat penyokong BN dari kalangan kaum Cina yang kelihatan terkejut kerana mereka juga menyangka Mohd Zaidi yang akan dipilih.

0 comments

Post a Comment