peraturan baru SPR mengundang kekecohan

Posted by abewa Monday, 24 August 2009
Larangan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) menghalang petugas parti berada dalam jarak 50 meter dari kawasan mengundi hari ini boleh memudahkan penyelewengan berlaku, malahan telah mula mengundang kekecohan.

Lapan peraturan baru dikeluarkan SPR antaranya ialah kenderaan membawa pengundi tidak dibenarkan mempamerkan bendera dan lambang parti bertanding.

Selain itu, tiada kempen selepas jam 12 tengah malam tadi hingga keputusan diumumkan hari ini. Parti-parti politik tidak dibenarkan mengadakan barong, tiada ada lagi meja semakan daftar pemilih di kawasan pegundian.

Rumah kediaman dan pondok juga tidak boleh digunakan untuk tujuan berkempen serta aktiviti meraih dan merayu undi tidak dibenarkan selain aktiviti meraikan kemenangan.

Keputusan dijangka diumumkan jam 8 malam jika tiada masalah.

Suasana sekitar Permatang Pasir pada sebelah pagi ini kelihatan mula sesak dengan lalulintas.

Beberapa insiden tidak menyenangkan juga berlaku apabila polis yang mengawal di hadapan pusat pengundian menghalang pemandu motosikal yang memakai pakaian berlambangkan parti, terutama PAS.

Sikap berat sebelah ini dengan jelas kelihatan di beberapa pusat pengundian sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS/PR, kerana polis membiarkan sahaja atau membenarkan penyokong UMNO/BN berpakaian parti mereka.

1 Responses to peraturan baru SPR mengundang kekecohan

  1. Kome tu buat apa pun tak puas hati. Kalau kena kat kome baru puas hati ya... apa punya parti kme ni !

     

Post a Comment