KAMARUL BERTANDING LAGI

Posted by abewa Wednesday, 12 August 2009
PERMATANG PAUH: Kamarul Ramizu Idris akan mencatat sejarah sebagai warganegara paling kerap bertanding dalam pilihanraya kecil dalam tempoh setahun, apabila mengumumkan akan bertanding lagi PRK DUN Permatang Pasir.

Mungkin tidak keterlaluan jika beliau diberikan pengiktirafan dalam Guinness Book of Malaysian Record sebagai warganegara yang juga seringkali hilang wang pertaruhan pada setiap PRK. Beliau sebelum ini bertanding sebagai calon bebas di Bukit Gantang dan Penanti.

Kamarul telah membuat persediaan menghadapi PRK Permatang Pasir yang kosong ekoran penyandangnya Datuk Hamdan Abdul Rahman yang mewakili PAS meninggal dunia pada 31 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menetapkan penamaan calon pada 17 Ogos dan hari pembuangan undi pada 25 Ogos.

Image

0 comments

Post a Comment