LDJ KALAH SELEPAS 53 TAHUN PERINTAH JEPUN

Posted by abewa Monday, 31 August 2009 0 comments

PULAU PINANG: Pada PRK Permatang Pasir yang berakhir dengan kekalahan teruk Umno seminggu lepas ... pelbagai poster dan billboard dengah gahnya dipasang untuk memaparkan kehebatan bahawa Umno telah wujud dan memerintah Malaysia lebih 53 tahun.

Elok je tamat prk Permatang Pasir, semalam diumumkan pula bahawa parti LDJ di Jepun yang dah perintah Jepun selama 54 tahun kalah kepada pembangkang DPJ. Panas badan ler Umno memikirkannya. Rasanya tak berani lagi deme nak tonjolkan dah perintah Malaysia lama.

Strategi Umno mudah iaitu konon nak gambarkan bahawa Umno telah lama memerintah dan berkuasa di dalam negara, maka bererti segala pembangunan, kemajuan dan kepakaran adalah hasil usaha Umno. Pada hal itu tanggungjawab parti memerintah.

Gambar-gambar pembangunan di serata Pulau Pinang dipaparkan dalam usaha memikat dan memenangi hati pengundi Permatang Pasir. Semuanya jelas tergambar, malahan markas-markas kempen atau markas jentera pilihan raya Umno juga sehebat janji yang ditaburkan.

Dikhabarkan tempat sewaan tapak markas Umno di tepi bendang berhampiran pekan Permatang Pauh itu sahaja mencecah RM30,000. Belum lagi kemudahan pendingin udara dan khemah dan alatan lain. Rakyat nampak.. . dah lama dah.

Hotel-hotel juga boleh dikatakan dikuasai atau ditempah sepenuhnya oleh Umno dan rakan-rakan komponennya. Kalangan penyokong Pakatan Rakyat hanya sekadar menginap di Masjid dan rumah sahabat dan saudara mara.

Umno semakin tenggelam punca dan mencari hala tuju yang tidak akan ditemui. Pemimpinnya dengan pelbagai slogan retorik yang ternyata gagal mengubah persepsi pengundi.

Slogan Umno telah lama memerintah nampaknnya akan memakan diri. Kekalahan LDJ yang telah memerintah selama 53 tahun, tentunya mengecut perutkan Umno. Apa tidaknya media arus perdana termasuk RTM dan TV3 tak berapa minat nak siarkan berita ini, cuma sekadar memaklumkan sepintas lalu sahaja kekalahan LDJ.

Alain Robert - 'spiderman' Perancis berjaya dalam cubaan ketiganya memanjat Menara Petronas setinggi 88 tingkat itu tanpa disedari pengawal keselamatan menara itu dan polis.

Robert, 46, mula memanjat menara itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.

Polis kemudian menahannya untuk disoalsiasat dan beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh.

Percubaan pertama Robert untuk memanjatkan menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.

Bernama melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

PEMIMPIN PAS GOLONGAN PERTAMA PEJUANG KEMERDEKAAN

Posted by abewa Sunday, 30 August 2009 0 comments

Perjuangan Menuntut Kemerdekaan Belum Selesai

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

"Oleh kerana itu, Nabi Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan ‘obor’ kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi’e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub’ie yang terkenal.

Kata Rubie, ”Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT”. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat”.

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam

Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

IPOH, 31 Ogos: Satu Forum "Siapa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah" ("Who is the Lawful Speaker of Perak State Assembly) akan diadakan di Ipoh malam ini.

Forum ini akan diadakan di Hotel Excelsior bermula jam 8 malam. Ia bertujuan untuk mengupas mengenai kesahihan persidangan Dun dan perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri.

Forum ini akan turut dihadiri oleh para peguam dan anggota dewan undangan negeri Perak akan berusaha untuk menentukan speaker yang sah berdasarkan perlembagaan negeri Perak.

NIZAR IKON MASA DEPAN NEGARA

Posted by abewa Saturday, 29 August 2009 0 comments

Mohamad Nizar Jamaluddin tidak dikenali ramai sebelum dilangkat menjadi Menteri Besar Perak. Beliau sekadar di luar dunia publisiti, tiada apa yang menarik untuk dipersembahkan kepada umum. Beliau sekadar seorang jurutera yang berjaya dalam dunia perniagaan kejuruteraannya.

Memang Datuk Seri Ir Haji Nizar tidak dikenali umum (ketika itu), termasuk di kalangan penyokong PAS sendiri kerana sikapnya yang low profail dan bukan mengejar jawatan. Pernah bertanding bagi kerusi dewan undangan negeri sebelum PRU2008, tetapi tewas. Itu gambaran ringkas mengenai Nizar. Beliau adalah seorang yang humble dan bersahaja pada sesiapa juapun sebelum, semasa dan selepas diangkat menjadi Menteri Besar Perak.

Setelah diragut daripada menduduki kerusi Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan. Perjuangan tetap diteruskan. Beberapa kali saya bertanya padanya akan perasaannya. Jawabnya ringkas: "tiada apapun kecuali tidak dapat meneruskan kerja buat yang dirancangkan".

Nizar sesungguhnya manusia yang lurus, melihat dan bertindak ke atas sesuatu atas hakikat dan hakiki Islam. Landasannya mesti benar dan tanpa niat buruk pada sesiapa jua meskipun Umno.

Tiga bulan lepas, katanya, beliau bertembung dengan Kapt (B Osman Jailu pada satu majlis perkahwinan di Taiping. Beliau bertanya khabar seperti biasa. Kemudian dia menelefon (Adun Behrang) Jamaluddin Radzi. Tapi tak dijawan panggilannya. Kagum dan hairan saya mendengar kata-katanya yang secara langsung mengambarkan ketelusan dirinya menerima apa sahaja yang ditohmahkan oleh dua manusia itu terhadap dirinya.

Semua orang tahu bahawa dua manusia itulah yang melompat dan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Dua orang inilah pula yang menghentam Nizar walaupun sebelum itu telah mengangkat sumpah rahsia.

Nizar kini mengisi waktunya melawat kawasan Dun Negeri dan Parlimen Bukit Gantang. Menyampaikan ceramah dan tazkirah. Alangkah ruginya manusia Islam Perak membiarkan seorang pemimpin yang telus dan tulus ini yang dianugerahi Allah.

Sesungguhnya amat jauh bedanya antara DS Dr Zambry Abdul Kadir dengan Nizar daripada segi sahsiah diri dan semangat keislamanannya. Zambry tidak akan mampu meniru atau mengikuti apa yang dilaksanakan Nizar (walaupun sekarang Zambry sedang menirunya). Rakyat dapat menilainya.

Bicara Nizar penuh keyakinan. Beliau kini umpama lilin membakar dirinya untuk menyuluh kehidupan rakyat Perak. Keihlasan Nizar jelas terbayang kerana meskipun tidak lagi berada di persada negeri, beliau meneruskan kerja-kerja seperti biasa meskipun menghadapi pelbagai kekangan.

Alangkah ruginya kalau karisma Nizar ini terbiar begitu sahaja. Tidak diketengahkan atau dimajukan lagi. Nizar mungkin akan tenggelam dalam arus masa jika dibiarkan sendirian. Pakatan Rakyat harus memberi ruang yang lenih meluas pada Nizar. Beliau adalah ikon penting dalam Pakatan Rakyat.

Kesempatan harus diberikan pada Nizar. Pernah saya bertanya padanya mengapa tidak bertanding Naib Presiden PAS (semasa muktamar lepas)? Nizar menjawab sambil tersenyum nanti orang kata saya keterlaluan kerana naik mendadak. Sesungguhnya jika Nizar bertanding jawatan Naib Presiden, beliau insyallah akan memenangi jawatan itu.

Kemenangan beliau menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dengan jumlah undi tertinggi mengambarkan segalanya. Beliau ikon terbaru PAS dan Pakatan Rakyat. Nizar juga seharusnya dikelilingi penasihat yang hebat (untuk ilmu) agar melonjakkan terus namanya dalam persada politik tanah air.

Sesungguhnya PAS atau Pakatan Rakyat tidak wajar membiarkan Nizar bersendirian. Nizar adalah ikon masa depan negara.



Image

PULAU PINANG: Polis sepatutnya bertindak segera terhadap puak pelampau yang membawa 'kepala lembu' di depan Pejabat Menteri Besar Selangor supaya ia tidak berulang.

Tindakan seumpama itu memang jelas kerja buat 'pelampau Umno' yang terus berusaha memberi gambaran buruk pada kerajaan Pakatan Rakyat dan Menteri Besar. Ini jelas kalau dilihat pada pemuda yang menegang kepala lembu itu yang siap berantai tangan sebegitu besar.

Ahli Parlimen Khalid Samad, berkata Umno ini sudah jadi ekstrim. Umno sudah berdemontrasi sebegini, di Kuala Selangor, Ijok, Tanjong Karang. Mana-mana tempat yang nak diapi-apikan semangat perkauman yang sempit (serta) sentimen agama (Islam) yang salah, mereka buat.

"Kalau polis tidak bertindak dan dilihat seolah-olah bersama-sama mereka (pelampau Umno), ini akan menyebabkan tindakan yang lebih liar berlak," kata Khalid.

"Mereka (Polis) tidak boleh kata: Kami menunggu laporan mana-mana pihak dibuat dahulu. Bolehkah Polis 'tunggu dan lihat' cermin sebuah kereta dipecah penceroboh, atas alasan menunggu rakyat atau pemilik kereta itu sendiri buat laporan; baru boleh bertindak," katanya.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad menegaskan demontrasi itu bukannya berdasarkan ajaran Islam, sebaliknya amalan tradisi Umno.

"Apa yang mereka buat itu bukan sahaja melampaui undang-undang negara, tetapi jelas membelakangi agama Islam dan Rasulullah s.a.w tidak pernah menyuruh umatnya berbuat demikian atas nama Islam.

PAS berpegang pada prinsip Islam yang menghargai kehormonian penganut agama lain serta melarang ahli-ahlinya (umat Islam) memaki-hamun keagamaan lain.

Beliau turut mempersoal kredibiliti Polis dan FRU yang tidak membedil kumpulan ekstremis Umno tersebut dengan gas pemedih mata dan pacutan meriam air, sebagaimana pada beberapa demontrasi aman rakyat seperti Anti-iSA, Mansuh PPSMi dan BERSIH.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Noor Azam Jamaluddin berkata pegawainya tidak boleh terus bertindak waktu insiden itu berlaku, demi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan agar insiden itu disiasat dan demontrans yang didakwa ekstrem itu akan dibawa ke muka pengadilan.

MB TERENGGANU TUNGGU MASA REBAH?

Posted by abewa Friday, 28 August 2009 0 comments

KUALA TERENGGANU – Kesemua wakil rakyat UMNO/BN menjadi bisu dan pekak dengan tidak mengambil bahagian pada Persidangan DUN Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini. Satui ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besarnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/kerusiadunkosong.jpg

(Gambar - kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan 'memulaukan' sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya membisu. Mereka (Adun BN) tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari itu.

Daripada sejumlah 24 orang ADUN itu, hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh mengemukakan soalan pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.


Ahmad Said sedih dan terkilan dengan sikap itu sambil berkata, beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

Perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Saya berusaha sedaya upaya menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu. Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat). Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.

Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogel dan dipukul dengan batang besi, bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata beliau akan mendedahkan laporan polis oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alami.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan.

Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan," kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.

Berhubung dakwaan itu, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa berkata: "Itu sudah menjadi amalan biasa, itulah kerja mereka (untuk membuat tuduhan) selepas keluar dari pejabat SPRM atau balai polis.

Kita tidak boleh menerima dakwaan itu begitu sahaja, sehingga ia dibuktikan kerana kes ini masih dalam siasatan," kata Abdul Razak.

Beliau berpendapat laporan polis itu tidak relevan untuk dikemukakan dalam prosiding itu kerana kejadian penderaan yang didakwa pengadu tidak ada kena-mengena dengan kes kematian Teoh.

Peguam yang dilantik bagi pihak kerajaan Tan Hock Chuan turut bersetuju bahawa kes penderaan yang didakwa itu tidak bersangkutan dengan prosiding inkues, malah nama Mohd Ashraf juga tidak dinyatakan dalam laporan polis itu.

Beliau berkata Mohd Ashraf berhak diwakili peguam jika mahkamah memutuskan untuk membenarkan Gobind melakukan pemeriksaan balas terhadap saksi itu (Mohd Ashraf) berhubung laporan polis berkenaan.

Saksi juga perlu diterangkan mengenai haknya untuk menjawab atau berdiam diri terhadap soalan yang akan dikemukakan oleh Gobind kerana ia boleh mendedahkannya kepada satu pertuduhan jenayah," kata peguam itu.

Ketika ditanya koroner sama ada beliau faham mengenai kesan dan akibat jika menjawab soalan Gobind kelak, Mohd Ashraf, yang kelihatan tenang di dalam kandang saksi berkata: "Saya faham.

"Kamu ada pilihan untuk menjawab atau tidak soalan itu. Jika kamu rasa soalan itu boleh menyebabkan kamu dituduh (atas satu pertuduhan jenayah), kamu ada hak untuk tidak menjawabnya," jelas koroner kepada Mohd Ashraf.

Beliau juga memberi tempoh masa kepada peguam SPRM untuk menyediakan soalan balas serta membuat penjelasan terhadap dakwaan penderaan dalam laporan polis itu, yang masih di peringkat siasatan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di Tingkat Lima, Plaza Masalam pada 16 Julai lepas, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor di plaza itu.

PERMATANG PASIR: PRK Permatang Pasir sudahpun berkahir dengan kemenangan kepada PAS, tetapi Rohaizat Othman (calon Umno yang kalah) masih berperang dengan mertuanya berhubung dengan kedudukan isteri keduanya.

Mertuanya, Mohamad Ali Abdullah masih lagi menuntut agar Rohaizat membuat keputusan mengenai kedudukan anaknya sebagai isterinya.

Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk berbincang, kerana jika diambil tindakan mahkamah, ia memakan masa.

Ali diminta mengulas tindakan yang akan diambilnya terhadap Rohaizat yang menafikan bahawa Rafizah itu isteri keduanya pada kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.

UMNO MENANTI REBAH:RAKAN KOMPONEN MENANTI PUNAH

Posted by abewa Wednesday, 26 August 2009 0 comments

PULAU PINANG: Sudah jatuh ditimpa tangga.... begitulah nasib Umno yang dikelilingi rakan-rakan komponen bermasalah dalam Barisan Nasional, sehingga tiada tempat nak bergantung kerana kebanyakan dahan rapuh menanti patah .

Kekalahan pada PRK Permatang Pasir amat memalukan sehingga mulut pemimpinnya terkunci untuk mengulasnya, (walaupun sebelum keputusan diumumkan umpama mulut tempayan tak bertutup). Media rasmi dan RTM dan TV3 langsung pekak dan bisu untuk membuat laporan kekelahan.

Mujur onar membusung MCA yang tak terbendung .. pecah terburai sehari selepas pengundian n11, jika tidak lebih teruk lagi kekalahan Umno/BN. MIC juga menanti retak menjadi belah (tunggu dan lihat), parti PPP juga mengharapkan rakan-rakan (yang juga sakit) untuk menyelesaikannya.

MCA memecat Timbalannya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek... tentunya bagi mengulit mimpi lebih nyaman bagi Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menghadapi pelbagai tuduhan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

Enam MCA bahagian di Perak iaitu bahagian Bagan Datoh, Kampar, Tambun, Batu Gajah, Ipoh Timor dan Ipoh Barat pula menuntut Ong digantung dari parti yang dipimpinnya itu.

Image

Ahad lepas, bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mengaitkan krisis MCA itu dengan agenda Umno.

Menurut beliau, khabar angin tersebar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Chua memimpin parti itu.

Beliau mendakwa, Umno tidak berpuas hati dengan cara Ong mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang jika terburai, akan membuka pekung membabitkan ramai pemimpin Umno.

Skandal itu mula merebak apabila Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker mendakwa baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif KDSB yang menjadi pemaju PKFZ.

Skandal PKFZ sebelum itu semakin panas apabila Tiong mendakwa Ong menerima RM10 juta daripadanya.

KUALA LUMPUR: Negara kehilangan sebutir permata apabila doktor falsafah cacat penglihatan pertama di duni, Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura. Beliau adalah Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama.

Bapa kepada enam orang anak ini, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

karier politik Rohaizat berkubur: Umno malu besar

Posted by abewa Tuesday, 25 August 2009 0 comments

Kemenangan Ustaz Haji Mohd Salleh Man (9,618 undi) menewaskan Rohaizat Othman (5,067 undi) mencatatkan episod memalukan Umno/BN memandangkan majoriti yang sebegitu besar.

Kemenangan PAS ini dilihat ekoran strategi jentera pilihanraya yang bijak menghidu isu negatif calon Umno itu sendiri (yang dipandang ringan) oleh pimpinan Umno sendiri, khususnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan TPM TS Muhyidin Yassin.

Umno memang tersilap congakkan bahawa isu menyonglap wang Koperasi Pekebun Kecil Getah oleh Rohaizad berjumlah RM161,000 dan kes mengabaikan isteri keduanya tidak akan mempengaruhi pengundi. Sesungguhnya Umno sendiri yang membuka pekung calonnya dan memberi peluru percuma pada Pakatan Rakyat.

Hasilnya kini dilaporkan bahawa Rohaizad menghadapi masalah besar dengan isteri pertamanya, atas sikapnya berbohong kerana tidak memohon izin isterinya itu. Itu hal peribadi Rohaizat. Biar dia selesaikan. Namun secara kasarnya, karier politik Rohaizad telah berkubur bersama PRK Permatang Pasir.

Memang ia bersifat character assassination, namun Umno gagal mencari kelemahan calon PAS kecuali cuba membangkitkan perkara tidak berasas berkenaan Salleh. Langkah mendedahkan kezaliman dan salah laku lampau calon adalah bagi membolehkan pengundi membuat pertimbangan sendiri.

Ini penting kerana calon seharusnya lebih bertanggungjawab dan nanti memegang amanah rakyat. Oleh itu yang bersih, amanah dan terbaik merupakan kriteria utama di kawasan bermajoriti Melayu Islam.

Kemenangan itu juga membuktikan angin perubahan positif kepada Umno/BN yang didakwa oleh Muhyiddin Yassin sesungguhnya tahyul semata-mata. Tiada apa perubahan di Permatang Pasir, peratusan jumlah pengundi juga tidak berbeza, malahan jika jumlah pengundi lebih ramai, ia dijangka akan menambahkan lahi peratusan majoriti PAS.

PAS tidak memaki hamun sesiapa kecuali memaklumkan apa yang dilakukan Rohaizat.





PERMATANG PAUH: Kemenangan PAS/PR pada PRK Permatang Pasir dengan jelas membuktikan bahawa kemerosotan undi PAS pada PRK Manek Urai tidak relevan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata selaras dengan itu, Umno/BN tidak boleh menjadikan kemerosotan undi PAS di Manek Urai itu sebagai ukuran bahawa keyakinan dan kepercayaan pada PAS telah merosot.


Berasaskan peratusan keluar mengundi berbanding dengan peratusan yang mengundi calon PAS, ia ternyata hanya berkurangan dalam sekitar satu peratus sahaja, kata Mahfuz

UPDATE:

Posted by abewa 0 comments

UPDATE N11 PERMATANG PASIR

JUMLAH PENGUNDI: 20,290

JUMLAH KELUAR MENGUNDI: 14, 768

PERATUS KELUAR MENGUNDI: 72.78 PERATUS

USTAZ HAJI MOHD SALLEH MAN (PAS): 9,618 UNDI

ROHAIZAD OTHMAN (BN): 5,067

MAJORITI : 4,551

Update Terkini

7.10 ptg - PAS menang dgn majoriti 4,551

PERMATANG PASIR: Kemenangan kita semua, kata Pesuruhjaya Pas Negeri Pulau Pinang Ustaz Haji Salleh Man berulang kali sebagai meraikan kemenangan pada PRK N11 Permatang Pasir hari ini.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga pada semua pengundi tanpa mengira bangsa dan agama.

Takbir bergema di sekitar markas induk Pas Permatang Pasir sebaik calon keluar dari markas untuk bertemu penyokong. Meskipun belum rasmi diumumkan, kemenangan memang jelas memihak pada PAS.

Sementara itu satu sidang akhbar akan diadakan di Markas ini oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar. Penyokong juga semakin ramai berkumpul di luar markas.

Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man diramalkan memperolehi undi majoriti 4,000 undi berkurangan sedikit daripada majoriti yang diperolehi mantan calon pada PRU12 2008.

Pengurangan majoriti ini memang dijangkakan sepertimana pada mana-mana prk, memandangkan seluruh jentera kerajaan persekutuan turun berkempen dan digunakan pada prk ini untuk menentang PAS.

PAS sedang mendahului di semua saluran peti undi dengan jumlah perbezaan yang ketara, hanya terdapat satu-dua peti undi sahaja Pas mengalami kekalahan.

Sementara itu, markas semakin ramai dikunjungi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat, manakala sebvuah layar skrin besar sedang memaparkan keputusan dari masa ke semasa.


Sila update disini

PERMATANG PASIR: Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya kecil N11 Permatang Pasir hari ini kecuali beberapa insiden kecil ekoran provokasi penyokong Umno/BN.

Selesai waktu proses pengundian tamat jam 5 petang tadi, Salleh yang seharian bergerak dari pusat ke pusat pengundian menjangkakan Pas akan memenanginya tetapi dengan jumlah majoriti yang berkurangan.

Menurut SPR, sebanyak 70.5 peratus atau 14,031 orang keluar pengundi pada prk Permatang Pasir setakat jam 4 petang.

Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang.

Keadaan cuaca yang redup tidak membantu untuk mengamit lebih ramai pengundi. Menurut SPR tiada insiden besar yang tidak dingini berlaku.

Bagaimanapun beberapa insiden kurang disenangi berlaku terutama ekoran tindakan SPR yang menghalang orang ramai (terutama penyokong parti) yang dihalang melalui kawasan pengundian meskipun hanya memakai jaket berlogo parti masing-masing.

Adun Selinsing (PAS) Haji Hussin berkata, beliau turut dihalang menghampiri kawasan pengundian kerana hanya memakai jaket berlogo PAS.

Calon PAS, Mohd Salleh Man ketika ditemui berkata, beliau gembira dengan sokongan pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco kerajaan negeri.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.

Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.

Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

peraturan baru SPR mengundang kekecohan

Posted by abewa Monday, 24 August 2009 1 comments

Larangan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) menghalang petugas parti berada dalam jarak 50 meter dari kawasan mengundi hari ini boleh memudahkan penyelewengan berlaku, malahan telah mula mengundang kekecohan.

Lapan peraturan baru dikeluarkan SPR antaranya ialah kenderaan membawa pengundi tidak dibenarkan mempamerkan bendera dan lambang parti bertanding.

Selain itu, tiada kempen selepas jam 12 tengah malam tadi hingga keputusan diumumkan hari ini. Parti-parti politik tidak dibenarkan mengadakan barong, tiada ada lagi meja semakan daftar pemilih di kawasan pegundian.

Rumah kediaman dan pondok juga tidak boleh digunakan untuk tujuan berkempen serta aktiviti meraih dan merayu undi tidak dibenarkan selain aktiviti meraikan kemenangan.

Keputusan dijangka diumumkan jam 8 malam jika tiada masalah.

Suasana sekitar Permatang Pasir pada sebelah pagi ini kelihatan mula sesak dengan lalulintas.

Beberapa insiden tidak menyenangkan juga berlaku apabila polis yang mengawal di hadapan pusat pengundian menghalang pemandu motosikal yang memakai pakaian berlambangkan parti, terutama PAS.

Sikap berat sebelah ini dengan jelas kelihatan di beberapa pusat pengundian sehingga menimbulkan kemarahan penyokong PAS/PR, kerana polis membiarkan sahaja atau membenarkan penyokong UMNO/BN berpakaian parti mereka.

Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man dijangka memenangi PRK N11 Permatang Pasir hari ini berasaskan beberapa sentimen yang berlaku. Bagaimanapun yang menjadi persoalan ialah apakah beliau mampu mempertahankan majoriti 5,433 undi yang diperolehi mantan calon PAS pada PRU12 lepas.

Sebanyak 20,290 orang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pasir. Mereka akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang.

Permatang Pasir March 2008 general election results

Candidates
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (PAS)
11,004

Ahmad Sahar Shuib (Umno)
5,571
Majority

5,433
Voter turnout

82.57%

Source: Election Commission

ZAHID PENGAMPU NAJIB

Posted by abewa Sunday, 23 August 2009 0 comments

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kali ini kerana terdesak telah melahirkan tanpa segan dan silu kemampuannya yang luar biasa untuk mengampu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang itu dalam sedarnya berangan-angan (perkara yang mustahil terjadi) untuk menghadiahkan kemenangan Umno pada PRK N11 Permatang Pasir kepada DS Najib Razak dan TS Muhyidin Yassin.

Zahid dengan sewenang-wenangnya menyifatkan bahawa pengundi Permatang Pasir telah membuat kesilapan semasa PRU 12 dahulu dengan mengundi pembangkang dan berharap kesilapan itu tidak diulangi pada PRK ini.

Begitulah betapa Zahid merendahkan dan menghina hak dan demokrasi pengundi dengan menyalahkan pengundi yang tidak memberi kemenangan kepada Umno/Bn.

PERMATANG PASIR: PAS bukan mementingkan usaha mempertahankan majoriti pada PRK Permatang Pasir kerana yang lebih diutamakan ialah mempertahankan kemenangan kerusi Dun N11 itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bukan menghadapi hanya Umno atau Barisan Nasional dalam sesatu pilihan raya kecil tetapi menghadapi seluruh jentera kerajaan persekutuan, yang secara langsung bererti menentang kerajaan Malaysia.

Oleh kerana itu, secara akliahnya adalah mustahil, PAS akan dapat mempertahankan undi majoriti pada PRU12 lepas melalui mantan calonnya, selain beberapa sebab lain yang mungkin boleh mempengaruhi pengundi, katanya.

Semalam, Datuk Seri Rais Yatim berkata bahawa beliau yakin majoriti yang akan diperolehi PAS akan berkurangan pada PRK esok. Kenyataan Rais itu sekali gus menunjukkan bahawa Umno tidak menyimpan harapan akan memenangi PRK ini.

Menurut sumber, PAS akan memenangi pilihanraya esok tetapi majoriti yang akan diperolehi akan berkurangan antara 30 hingga 40 peratus. Kekurangan peratusan majoriti ini tidak dapat dikekang memandangkan strategi dan kempen agresif Umno/BN dari rumah ke rumah termasuk dengan penggunaan material dan wang ringgit.

Seluruh pimpinan Umno/BN berada di N11. Umno menggunakan pelbagai jentera kerajaan termasuk kemudahan perubatan yang disediakan angkatan tentera.

Seprtimana rakan saya menghantar mesej pada saya dengan penuh yakin bahawa, " PAS akan memperolehi Permatang, dan Umno akan memperolehi Pasir."

Ustaz Haji Mohd Salleh Man akan dicadangkan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) jika memenangi pilihanraya kecil DUN
Permatang Pasir 25 Ogos ini, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan itu kini masih dipegang setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahabudin Yahaya. Tempoh perkhidmatannya tamat dua bulan lagi.

"Saya meminta pandangan (Ketua Menteri) YAB Lim Guan Eng, untuk menyampaikan hasrat kita, termasuk PKR dan PAS itu. Kita akan kemukakan nama beliau untuk dipertimbangkan melalui ketua menteri, seterusnya kepada gabenor dan Yang di-Pertuan Agong,"

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengaku kalah seawalnya dalam pilihan raya kecil N11 Permatang Pasir yang akan berlangsung pada Selasa ini.

Rais yang kelihatan meredah hujan untuk berkempen di Pasar Sama Gagah hari ini nampaknya menyerah kalah sewalnya. Ini mungkin berasaskan dinginnya sambutan awam padanya di pasar berkenaan dan sekitarnya. Tiada satupun bendera Umno atau BN terpasang di situ.

Kebetulan pula Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid dan Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin turut berada di sekitar kawasan berkenaan. Kehadiran Nizar yang kemudian diiiringi calon PAS Ustaz Haji Salleh Man ternyata memurungkan konvoi kempen Rais.

Rais mengakui semasa memberitahu pemberita bahawa majoriti undi PAS akan menurun, yang secara langsung menunjukkan bahawa Rais tidak menyimpan sedikit keyakinan calon problematik dan penyonglap wang koperasi, Rohaizat Othman akan menang.

Tindakan media membongkar isu peribadi Rohaizat membuka mata rakyat bahawa betapa tidak amanahnya calon Umno dan sikap suka berbohong di kalangan pemimpinnya.

Rais membebel kononnya Pakatan Rakyat menyerang peribadi dan membuat tohmahan pada calon, sedangkan mengikut definasi bahasa Melayu, tohmahan adalah sesuatu fitnah. Semuanya didedahkan dan dimulakan oleh media sendiri.

PERMATANG PASIR: Penyiaran visual lengkap mengenai sidang media Mursyidil Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh TV3 semalam membuktikan bahawa fitnah dan pembohongan adalah satu amalan Umno dan Barisan Nasional.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, TV3 tidak boleh lagi menjadikan isu “Umno ini Islam kacukan, Islam Palestin” untuk menyerang peribadi TG Nik Abdul Aziz.

Tv3 terpaksa menyiarkan visual tersebut, apabila Nik Aziz membuat penafian dan nekad untuk saman tv3 dan beberapa media yang cuba memfitnah diri beliau.

Visual/oral sebenar menjelaskan segala-galanya:

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik (BUKANNYA ISLAM PALESTINE). Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno."

muliakan undi pada Ramdhan ini

Posted by abewa Saturday, 22 August 2009 0 comments

Mursyidil Am PAS Nik Aziz Nik Mat mengingatkan seluruh pengundi Permatang Pasir bahawa tiada yang lebih mulia semasa mengundi pada Ramadhan ini melainkan mengundi parti yang membela makruf dan kebaikan serta menolak kemungkaran.

Beliau berkata, dengan berbuat demikian ia bererti pengundi Permatang Pasir menolak kemungkaran, kezaliman dan ketidak adilan.

"Gunakan kesempatan membuang undi dengan penuh cermat, " katanya dalam perutusan kelapannya bagi PRK sejak PRU 12.

Sambil berkata walaupun berpuasa dan mungkin keletihan, beliau menegaskan bahawa Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadhan pernah membawa kemenangan dalam perjuangan Islam.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.

Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.

Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.

Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Merangkap Menteri Besar Kelantan

Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

adun Lunas

Posted by abewa 0 comments

Dalam kerancakan kempen prk N11 Dun Permatang Pasir yang sudah memasuki waktu puncaknya, Pakatan Rakyat menerima kejutan dan tamparan apabila ahli dewan undangan negeri Lunas, Mohd Radhi Salleh mengisytiharkan keluar PKR.

Radhi, yang juga exco Pelancongan Kerajaan Negeri Kedah berkata demikian pada sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari in.

Beliau
mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan tidak melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan. Satu keadaan yang ganjil kerana perlantikan beliau sebagai ahli MMK adalah atas dasar dan quota parti.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Menurut sumber politik, Radhi, memang diragui kejujuran dan keikhlasannya sejak awal lagi dan dilaporkan banyak menimbulkan masalah kepada parti dan kepimpinan.

Rohaizat Othman menafikan beristeri dua kerana bimbang terjejas kredibilitinya sebagai calon UMNO/BN pada PRK N11 Dun Permatang Pasir, tanpa memikirkan ia mengundang perasaan cela dan rasa terhina pada isteri dan keluarga mertuanya itu.

Namun mulut tempayan tidak akan kejap ditutup kerana bapa mertua Rohaizat yang mewalikan pernikahan lebih mengetahui kebenarannya. Apabila dua saksi bersuara maka memang benarlah penafian Rohaizat terhadap perkara itu satu pembohongan besar.

Yang peliknya mengapa calon Umno/Bn itu tidak mahu mengakui isteri sendiri. Tiada salahnya. Namun mungkin Rohaizat takutkan isteri pertamanya atau beliau tidak memohon izin. Sesungguhnya begitulah sikap calon Umno, memang mudah berbohong. Memang lumrah Umno mestio berbohong.

Kini bapa mertuanya Mohamad Ali Abdullah memberi tempoh sehingga malam ini agar mengisytiharkan Rafizah adalah isteri beliau yang menetap di Pahang, atau menghadapi tindakan undang-undang.


Ali, 59, bapa kepada Rafizah berkata beliau sedang menimbang mengambil tindakan itu dan meminta Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar kepada rakyat.

"Saya yang mewalikan pernikahan antara Rafizah dan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama, " kata beliau.

Rohaizat menafikan beliau beristerikan Rafizah. Rafizah dikatakan dibiarkan tanpa dipedulikan Rohaizat setelah dikahwininya.

Ali juga mendakwa anaknya juga menerima "tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik Barisan Nasional berhubung pendedahan ini.

PERMATANG PASIR: Kempen PRK N11 Permatang Pasir mulai bertambah sengit dengan Umno/BN yang semakin tertekan dan terdesak berusaha mengambarkan bahawa calon PAS tidak amanah umpama calon mereka juga.

Calon PAS Ustaz Haji Salleh Man ditohmahkan mengelapkan wang dana pilihan raya umum sejumlah RM600,000, selain difitnahkan ada skandal dengan seorang wanita.

Gambaran, tohmahan dan fitnah ini dilemparkan dengan harapan dapat menjejaskan imej Salleh yang bersih dan mengubah persepsi pengundi bahawa calon PAS adalah sama sahaja sifatnya dengan calon Umno Rohaizat Othman.

Rohaizat telah dikaitkan dengan skandal menyonglap duit RM160,000 yang diamanahkan melalui firma guamannya oleh Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.

Rohaizat dalam kempennya menyalahkan rakan kongsinya Yusri Isahak sebagai orang yang menyebabkan beliau digugurkan kelayakan guamannya.

Umno/BN sesungguhnya sekadar berusaha menafikan majoriti besar PAS pada PRU12 2008 sebanyak lebih 5,000 undi. Umno kelihatan mengubah strategi kempen dengan mempertingkatkan kempen rumah ke rumah. Secara asasnya kempen ini akan menentukan kejayaan Umno.

PAS bagi tempoh lima hari kempen yang lepas ternyata sedikit ketinggalan berbanding dengan jentera Umno/BN. Secara ikhlas jentera Pas kelihatan lemah dan bergerak pada tahap yang tidak agresif. Secara jujurnya PAS ketinggalan daripada segi kempen.

Sehebat ceramah yang diadakan, sehebat itulah kehadiran. Memang jalan raya sekitar Permatang Pasir menjadi sesak. Sesak dengan kenderaan dari segenap pelusuk. Namun kehadiran ramai pada ceramah mungkin tidak mengambarkan keadaan sebenarnya. Ini harus dicurigai dan dibimbangi.

Sedang PAS sibuk dengan ceramah, Umno/Barisan Nasional menyusun langkah lebih bijak dengan mengutus jentera wanitanya menjalankan kempen rumah-ke-rumah. Sayugia disebutkan bahawa malam adalah waktu terbaik penghuni atau pengundi ada di rumah.

Lantaran itu, PAS wajar mengambil iktibar daripada strategi ini dengan mengerahkan segala gerak kerja yang ada untuk memikirkan satu kaedah kempen rumah ka rumah yang lebih berkesan. Kejayaan menganjurkan strategi ini akan memastikan kejayaan besar calon PAS.

Kehadiran pimpinan parti juga semakin kelihatan TGAH hari ini bertemu penduduk dan mengedarkan topeng muka bersama calon di Pasar Ramdahan Kubang Semang, manakala DS Anwar Ibrahim berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan fakir miskin di Masjid Pengkalan Tambang.

Ketua Menteri Lim Guan Eng juga turun bersama-sama calon Salleh berjumpa penduduk Tiong Hua di Cross Street Bukit Mertajam. Pada asasnya sokongan pengundi Cina kelihatan masih menyemarak dan tidak berubah.

KUALA LUMPUR: TPM TS Muhyiddin Yassin menafikan tindakan memsabotaj imej calon Umno prk dun Permatang Pasir, Rohaizat Othman bukan perbuatan dalaman Umno tetapi usaha pihak tertentu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno yakin ahli Umno akur dengan keputusan parti yang memilih Rohaizat sebagai calon.

"Saya tidak fikir dalam Umno ada sabotaj. Kita telah sepakat, apa jua keputusan yang dibuat pimpinan parti, mereka akur.

"Sekarang ini, kita tidak bincang soal itu. Kita bekerja keras untuk yakinkan pengundi dan saya tidak lihat ada petanda dalam BN untuk ambil langkah sebegitu.

"Kenyataan itu dibuat oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej BN... mereka buat pelbagai tohmahan.

ps: Pas dan Pakatan Rakyat tidak mensabotaj calon Umno. Tak perlu sabotaj, kerana dalam Umno sendiri dah menolak calon pecah amanah itu.

Budaya berbohong dalam Umno, nampaknya bukan sahaja melibatkan calonnya Rohaizat Othaman yang cah keting rakannya, malahan seluruh kepimpinannya yang datang berkempen di PRK DUN11 Permatang Pasir.

Rohaizat berbohong pasal penyalagunaan wang syarikat dengan melemparkan tuduhan itu dilakukan rakannya Yusri Isahak (Yusri menafikannya), manakala Menteri Pertahanan DS Zahid Hamidi menafikan kor perubatan tentera diguna untuk berkempen.

Zahid berkata, kehadiran ambulan tentera dan kakitangannya bukan bertujuan politik sedangkan ia dipergunakan secara meluasa pada pilihanraya ini. Zahid kurang bijaksana berbohong musim pilihan raya ada ambulan tentera.

TPM TS Muhyidin Yassin juga membawa pelbagai gula-gula. Jumaat tadi beliau dan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin solat jumaat di Masjid Permatang Tinggi, Kebetulan, calon Pas Ustaz Salleh Man juga bersolat di situ.

Pertembungan tak disengaja ini merosakkan program Muhyidin kerana mengikut jadual awalnya beliau akan berucap selepas solat Jumaat. Nasi dan gulai juga dihidangkan. Namun telah ditakdirkan PA System (pembesar suara) yang dibekalkan Jabatan Penerangan Negeri mengalami kerosakan.

Jawabnya habis membedal nasi semua jemaah blah. Muhyiddin juga blah.

Ada dua faktor di sini. 1. Memang Allah tidak mengizinkan Muhyidin bercakap dan kedua kehadiran calon PAS membantutkan kemahuan Muhyidin berucap, kerana secara adilnya jika calon BN berucap maka calon PAS juga wajinb dibenarkan berucap dalam masjid itu. Baru adil.


Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.

Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.



















sebahagian lawatan dan aktiviti calon semasa kempen prk N11 Permatang Pasir. Ziarah Mak Wan yang cact kedua-dua bahagian kakinya di Permatang Pauh dan merasmikan sepak bola pemuda di Kubang Semang

PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP TANAH MELAYU

* 52 tahun Umno/BN memerintah, sebanyak 44 peratus Tanah Rizab Melayu (asalnya 3 juta hektyar) telah terlepas daripada pegangan Orang Melayu

* pada tahun 1995, ia mengecil kepada hanya 1.7 juta hektar sahaja

* hampir 9,000 hektar tanah rizab Melayu hilang di Selangor

* sebanyak 26,000 ekar tanah orang Melayu di sekitar Tanjung Langsat hingga Tanjung Pian telah hilang

* sewaktu menjadi MB Johor, TS Muhyidin Yassin mengadaikan sebanyak 31,000 ekar tanah kepada Singapura RM350 juta selama 60 tahun.

UMNO KENA TIPU OLEH ROHAIZAT

Posted by abewa Wednesday, 19 August 2009 0 comments


PERMATANG PASIR: Rohaizat Othman telah membohongi seluruh pimpinan Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri apabila mendakwa bahawa beliau tidak mengetahui dan terbabit dalam urusan dan transaksi kewangan firma sendiri.

Bekas rakan kongsinya, Yusri Isahak menegaskan semua urusan transaksi kewangan syarikat dibuat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat.

Rohaizat sepatutnya menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan pada rakan kongsinya untuk membebaskan diri sendiri, katanya pada sidang media.

Sesungguhnya Yusri telah lama saya kenali tetapi tidak menemuinya sejak beberapa tahun lepas$. Setibanya di Yayasan Aman, Penanti, Yusri tergaman melihat saya, lantas datang dan memeluk saya.

Sambil bertanya khabar dan berkata "lama tidak berjumpa" Yusri tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepala. (teringat saya Yusri, seketika dahulu memandu volkswagen berwana oren metalik)

PERMATANG PASIR: Nama Yusri Ishak, tiba-tiba menjadi popular selari dengan nama calon-calon PRK N11 Permatang Pasir, namun beliau menjadi popular sebagai kambing hitam kepada calon Umno/Bn itu.

Yusri hari ini tampil membuat pendedahan berani bagi membersihkan namanya yang dikaitkan sebagai orang yang menyebabkan Rohaizat Othman disingkirkan atau dilucutkan kelayakan sebagai peguam.

Beliau juga meminta pengundi membuat pemilihan teliti semasa mengundi nanti dan mengucapkan selamat berjaya kepada Rohaizad.

Pada sidang media di Yayasan Aman pagi ini, Yusri berkata, Rohaizat adalah pemegang saham utama dalam firma guaman mereka dan merupakan orang yang turut bertanggunjawab menguruskan perniagaan.

"Adalah tidak benar untuk Rohaizat melemparkan tuduhan bahawa saya penyebab beliau dilucutkan kelayakan sebagai peguam ekoran penyalahgunaan wang pelanggan," katanya sambil menegaskan bahawa beliau dan keluarga beliau amat tertekan dan malu dengan dakwaan itu

Oleh kerana Rohaizat pemegang saham utama, maka segala keputusan dibuat oleh beliau dan secara bersama termasuk daripada segi pengeluaran aliran wang tunai, kata Yusri.

Sebagai rakan kongsi, Rohaizat sepatutnya mengetahui apa jua perkembangan syarikat berlaku., katanya.

Walaupun
Rohaizat bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat tetapi beliau tidak menyatakan hal lesen guamannya dibatalkan, setelah dimumkan namanya sebagai wakil, maka tiada kesempatan untuk mengubahkan keadaan itu lalu meletakkan kesalahan pada saya, kata Yusri.

Langkah menjadikan saya kambing hitam sahaja adalah satu-satu usaha untuk menunjukkan Rohaizad seorang yang bersih, kata beliau.

PERMATANG PASIR: Kisah Rohaizat Othman yang didakwa menyonglap wang pelanggannya dijangka lebih hangat dan panas esok apabila bekas rakan kongsinya tampil menceritakan hal sebenar.

Lantaran itu juga Umno/BN akan menjadi cacing kepanasan kerana episod Romlan Porigi berulang kembali.

Yusri Isahak, iaitu bekas rakan kongsi calon Umno itu dijngka mendedahkan kisah sebenar apa yang berlaku pada satu sidang media esok, bagi mempertahankan dirinya.


Yusri dijadual menjelaskan apa yang berlaku dalam firma guaman mereka bagi mempertahankan maruahnya yang didakwa oleh Rohaizat (calon Umno bagi prk Permatang Pasir) sebagai penyonglap wang syarikat mereka.

Dalam siri kempen Umno, pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri TS Muhyidin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi mempertahankan Rohaizat (walaupun didapati bersalah oleh Majlis Peguam) yang melesapkan wang koperasi pekebun kecil getah Pulau Pinang sebanyak RM161,000.

Muhyidin dan Zahid berkata, rakan Rohaizat (iaitu Yusri Ishak) merupakan orang yang melesapkan wang pelangan mereka itu, dan Rohaizat membayar semula wang koperasi yang dilesapkan.

Yusri (menjadi kambing hitam) tampil ke depan secara sukarela untuk mempertahankan maruahnya yang menjadi bahan cercaan pada kempen Umno, sehingga menjejaskan maruah dirinya dan keluarga.

Menurut sumber, Yusri telah ditawarkan ganjaran secara terbuka agar tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak memihak kepada Umno/BN.

Sama-samalah kita tunggu esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang meneliti daripada segi perundangan sama ada wajar diisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah kosong dan sekali gus diadakan pilihanraya kecil.

Oleh kerana, ia kes pertama seumpamanya, maka SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

"Penasihat undang-undang SPR dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti daripada aspek perundangan. SPR yang berhak mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.

"Saya dimaklumkan surat Speaker sudah ada di pejabat (Putrajaya). SPR yang akan mengisytiharkan sama ada wujud kekosongan atau tidak.

"Kami akan mengadakan mesyuarat (khas) sebaik sahaja maklum balas diterima daripada penasihat undang-undang dan Peguam Negara," katanya.

Wan Ahmad mengulas laporan bahawa ADUN Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan kerana gagal menghadirkan diri dua kali sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.

Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ADUN yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Pencalonan seseorang yang dilucutkan kelayakannya sebagai peguam, boleh memberi pengertian bahawa Umno kini mengamalkan kod moral yang berbeza dengan amalan rakyat Malaysia, kata Tengku Razalegih Hamzah.

Beliau berkata sepatutnya calon yang dipilih untuk pilihanraya mesti mempunyai rekod yang bersih kerana "kita meminta rakyat meletak kepercayaan dan calon tersebut mewakili kita".

Ahli Parlimen Gua Musang itu menulis dalam blognya demikian sebagai merujuk kepada calon Umno/BN bagi PRK N11 Permatang Pasir, Rohaizat Othman - yang telah dibatalkan lesen guamannya.

Majlis Peguam membatalkan lesen guamannya pada 7 Mac 2008 ekoran kes pecah amanah wang anak guam. Rayuan Rohaizat ke Mahkamah Tinggi juga ditolak pada 12 Ogos lalu.

"Apakah salahlaku kewangan seumpama itu menjadi amalan biasa sehingga tidak lagi menjadi faktor dalam memilih calon. Pemimpin yang memilih dan menyaring calon mesti mengetahui kecacatan itu tetapi menganggap salahlaku kewangan itu sebagai satu perkara yang remeh," tambahnya.

ROHAIZAT UMPAMA PADI BASAH

Posted by abewa Tuesday, 18 August 2009 0 comments

PERMATANG PASIR: Calon Umno/BN Rohaizat Othman bagi PRK N11 Permatang Pasir boleh disifatkan sepertimana pepatah orang utara iaitu umpama padi basah.

Walaupun ia mungkin padi yang baik, tetapi kerana padi itu basah, maka kualitinya terus merosot,kata Naib Presiden Pas Sallehudin Ayob pada sidang media di Markas Besar Jentera PRK PAS Permatang Pasir di sini.

Bagi orang utara ada dua pengertian bagi padi basah iaitu padi itu telah rosak atau penjual padi berkenaan (UMNO/BN) cuba menipu pembeli (pengundi) agar padi itu lebih berat timbangannya.

Beliau berkata sepatutnya Umno/BN memilih calon lebih berwibawa dan amanah sejajar dengan slogan 1 Malaysia yang mereka gembar gemburkan.

Pengundi dan rakyat tentunya ingin mengetahui lebih lanjut mengapa Rohaizat yang terbukti telah menyalahgunakan wang pelanggannya dipilih menjadi calon, kata beliau sambil menegaskan bahawa rakyat juga ingin tahu mengapa Rohaizat dilucutkan kelayakannya sebagai peguam.

Sehingga ini, beliau berkata jentera kempen prk Pas telah dapat bergerak dengan lancar dan mencapai matlamatnya.


KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi RM150,000 kepada Datuk Mahfuz Omar ekoran laporan yang mendakwa beliau mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Dalam kes berkenaan Ahli Parlimen Pokok Sena itu menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan. Perbicaraan dijalankan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 Nov 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk". Insiden itu berlaku ketika Mahfuz sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam hansard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," kata Hanipa





Salinan surat di atas ini adalah bahan bukti kes Rohaizat Othman. Perkara pokok aduan dibuat ke atas Rohaizad Othman dan bukan rakannya atau firmanya. Tuntutan dan aduan telah dibuat. Ia kemudian ditarik balik selepas Rohaizad menjelaskan atau menyelesaikannya. Perkara asasnya ialah kesalahan telah berlaku dan dilakukan Rohaizad. Kalau Rohaizad sendiri mengakui dan surat ini sendiri tertera menyatakan bahawa Rohaizad telah menyelesaikan tuntutan itu dan koperasi menarik balik tuntutan, maka bererti satu kesalahan telah berlaku terlebih dahulu.

Umno/BN menyalahkan rakan kongsinya yang disebut sebagai Yusri Isahak. Kalau tak silap Sdr Yusri ni juga lepasan UIA dan menetap di perumahan Tok Bedu. Pa habak Yusri ?


Nampak gayanya, Umno khususnya (kerana komponennya MIC dan MCA sekadar melihat aje) kini mengambil pendekatan menyerang PAS dengan tumpuan utamanya pada Mursyidil AM Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menjadi sasaran utama,tanpa mengira waktu.

Putar belit, cut and edit, plant and censored news telah menjadi lumrah media arus perdana, yang sentiasa bersekongkol mengikut telunjuk pimpinannya. Dari Utusan Malaysia , RTM sehinggalah TV3.

Usaha memporak peranda dan mengkusutkan pemikiran masyarakat menjadi agenda utama pimpinan utama Umno dan media arus perdana ini mesti menyumbat agenda ini dalam minda pembaca.

Berita bohong terbaru dilaporkan Utusan Malaysia kononnya TGNA mengatakan Islam Umno dari Palestin adalah perbuatan paling tidak senonoh. Tak mampu diterima akal langsung oleh seorang yang waras bahawa seorang ulama terutama TGNA untuk berkata demikian.

Mengikut khabarnya, berita itu dipetik dari agensi berita nasional Malaysia iaitu Bernama. Ertinya Bernama juga sebahagian talibarut pereka berita yang kurang akal.

Rekaan dan tokok tambah berita agar menampakkan TGNA ini keterlaluan dan tidak boleh diterima sebagai ulama semakin menjadi-jadi di kalangan Umno. Serangan secara peribadi untuk meruntuhkan moral rakyat yang memang memandang tinggi pada TGNA menjadi sasaran utama Umno. Bagi Umno kegagalan meruntuhkan tembok kekebalan Pakatan Rakyat sebelum PRU13 akan membahayakan kedudukan Umno/BN.

Risikan strategik pelbagai pihak memang menjuruskan kepada keruntuhan Umno/BN pada PRU13. Ini amat membimbangkan mereka. Hari demi hari berlalu dan ia semakin suntuk bagi BN kerana PRU13 akan diadakan dalam tempoh terdekat kerana PM DS Najib Tun Razak wajib mendapatkan mandat baru (fresh mandate). Najib pada masa ini berada dalam mandat mantan PM Tun Abdullah Badawi melalui PRU12. Mau atau tidak pada lumrahnya PRU13 akan diadakan lebih awal daripada tempoh lima atau empat tahun. Yang pastinya ia akan diadakan dalam tempoh antara tiga dan empat tahun .

Namun momentum semasa semakin tidak memihak pada Umno atau BN dan ia tidak akan berubah sehingga dua atau tiga tahun lagi kecuali, Umno dapat meranapkan kepercayaan rakyat pada Pakatan Rakyat.

TGNA memang telah dikenalpasti sebagi ikon bagi umat Islam, mereka yang tidak menyedari atau tidak mahu menerimanya sahaja yang menolak pernyataan ini. Oleh itu, Umno tidak mempedulikan sama ada media arus perdananya disaman atau sebaliknya asalkan imej TGNA dapat dicalarkan. Yang penting bagi Umno damage is done. Kerosakan itu pastinya mengambil masa yang panjang untuk disembuhkan (cure). Worst still rakyat menganggap ia benar. Memusnahkannya adalah lebih mudah daripada membina dan memeliharanya. Untuk membina semula keruntuhan juga menyukarkan.

Mungkin pendekatan dengan mengambil pendirian diam kadangkala lebih baik. Jangan diberikan sebarang kenyataan akhbar secara langsung, kecuali bertulis. TGNA boleh membaca semata-mata kenyataan akhbarnya semasa sidang akhbar dan kemudian mengucapkan terima kasih, manakala Setiausaha Akhbarnya mengatakan no question please and assalamualaikum atau terima kasih.

Masih ingat seketika dahulu awal 90an, TGNA pernah berbuat demikian dengan tidak mahu bertemu wartawan dan atau menjawab apa jua soalan kecuali bertulis. Perkara seumpama ini memang seringkali dibuat oleh pimpinan veteran DAP Sdr Lim Kit Siang. Beliau akan membaca kenyataan akhbarnya (yang telah disediakan) dengan selamba sahaja. Selepas habis dibacanya, beliau akan bertanya sama ada wartawan mempunyai soalan atau tidak. Beliau akan menjawab mana-mana yang berkenan dan ada kalanya sehabis selesai membaca statementnya , beliau akan berkata no question, please and thank you.

Rohaizat Othman enggan mengulas mengenai perlucutan kelayakannya sebagai peguam oleh Majlis Peguam, tetapi sebaliknya berkata pengundi Permatang Pasir tidak mempedulikan hal itu.

Sambil menyifatkan ia sekadar usaha musuh untuk mencemar imejnya, calon Umno/BN itu berkata, pengundi tidak mengadupun mengenai perkara itu.

Para pengundi tidak membangkitkan perkara itu dan ini bererti mereka tak kisah, kata beliau.

Bukan tak kisah tapi nak bertanya pun dah rase malu... calon tak malu tak per ler

Rohaizat juga berkata isu pecah amanahnya itu tidak perlu ditimbulkan lagi kerana kononnya ia telah diperjelaskan oleh Pengerusi Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis Peguam melucutkan kelayakan Rohaizat sebagai peguam apabila dia didapati salahguna wang pelanggannya sebanyak RM161,000.

Yang menghairankan, apakah Umno/Bn yang mempunyai segala kuasa dan jentera itu tidak membuat penyiasatan mengenai calonnya terlebih dahulu atau memang Allah telah menetapkan agar terlepas pandang ekoran sikap angkuh mereka.

Jenuh juga puak Umno terutamanya nak menjelaskannya. Eloknya undur diri je. Nak mengharapkan komponennya, juga tak boleh diharapkan terutama MIC dan MCA. Depa tu juga ada masalah lebih besar.

Zahid mendakwa Rohaizat tak terbabit tapi yang bersalah rakan kongsinya, namun Majlis Peguam menafikannya pula hari ini dengan mengatakan bahawa tindakan itu diambil kerana Rohaizat sendiri yang terbabit.

Rohaizat, bagaimanapun berkata, tindakan Pas dan Pakatan Rakyat menyerang peribadinya itu menunjukan parti itu kekeringan idea. (Rohaizat yang ternyata kekeringan idea terpaksa menelan kata-kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin)



PERMATANG PASIR: Jentera Penerangan Pas bagi PRK N11 Dun Permatang Pasir akan mengadakan sidang akhbarnya setiap hari bermula jam 11 pagi di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir.

Sidang m
edia ini bagi menjawab dan memberi penjelasan mengenai apa jua isu berbangkit berhubung pilihan raya kecil Permatang Pasir sehingga keputusan pilihan raya diumumkan.




foto atas: blogger albanjari berkopiah putih.
foto kiri: sidang media naib presiden datuk mahfuz oma
r




Foto kenangan bersama MP Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad, Calon N11 Pj Pas Pulau Pinang Haji Salleh Man dan para blogger, termasuk ler saya numpang..


KUALA LUMPUR: Majlis Peguam hari ini mengesahkan bahawa calon Umno/BN bagi PRK N11 Dun Permatang Pasir, Rohaizat Othman, didapati bersalah kerana salahlaku sendiri dan bukan atas sebab perbuatan rakannya.

Dalam kenyataannya hari ini, Setiausaha Majlis Peguam George Varughese berkata Lembaga Disiplin Peguamcara dan Peguambela tidak akan melucutkan seseorang peguam berasaskan kesalahan rakan guamannya.

Beliau berkata, lembaga disiplin melucutkan kelayakan guaman Rohaizat Othman pada 7 Mac 2008, setelah hasil siasatan berhubung satu aduan terhadapnya oleh pembeli satu bidang hartanah.

“Menurut aduan itu, Rohaizat Othman gagal memulangkan sejumlah RM 161,000 kepada pengadu selepas transaksi itu dibatalkan," kata Varughese.

Beliau berkata Rohaizat telah merayu pada Mahkamah Tinggi terhadap keputusan lembaga disiplin itu, tetapi mahkamah menolaknnya pada Rabu lepas.

ps: camana Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zahid Hamidi boleh mendakwa rakan Rohaizat yang terbabit dengan wang pelanggannya itu.



Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang menerbitkan Warta Permatang P
asir sebagai salah satu wadah untuk menyampaikan maklumat kepada para pengundi PRK N11 Dun Permatang Pasir.

Bertemakan Bersama Mengekalkan Kemenangan, warta itu akan menemui pengundi setiap hari sehingga selesai PRK 25 Ogos ini. Edisi sulung mula diedarkan tengah hari ini.

Sementara itu, beberapa blogger termasuk dari Kuala Lumpur telah
mula berkumpul di sini untuk memberikan kerjasama dan bantuan kepada jentera Pakatan Rakyat PRK N11 Dun Permatang Pasir.

Hari ini mereka bertukar-tukar pandangan dengan jentera PRK PAS di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir di sini, terutama dalam usaha meningkatkan penyaluran maklumat kepada pengundi.