TGNA SUDAH MASUK PEJABAT

Posted by abewa Monday, 9 November 2009
Mursyidil AM PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini beransur baik kesihatan beliau.

Alhamdulillah, beliau dilaporkan telah mula melangkah masuk ke pejabat Menteri Besar di Kota DarulNaim untuk menjalankan amanah selaku Menteri Besar, semalam.

Bagaimanapun, beliau yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan diberi pemerhatian rapi.(PERAKITE)

Berikut laporan M Star online 10 Nov 2009 mengenai insiden cemas yang berlaku pada TGNA

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

0 comments

Post a Comment