SHAH ALAM: Ahli Parlimen Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Bakri hari ini mengaku tidak bersalah ke atas lapan pertuduhan rasuah kerana mengemukakan invois mengandungi butiran palsu bagi melaksanakan satu program palsu.
Beliau dituduh melakukan kesalahan iitu ketika beliau menjadi ADUN Ayer Tawar sebelum PRU12 yang lepas. Pada Pru lepas beliau bertanding dan menang kerusi Parlimen Sabak Bernam
Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan.
Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.
Sementera itu, Wong Chuan How, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini tas tuduhan mengemukakan invois palsu kepada Majlis Daerah Sepang tahun lepas.
Invois itu adalah bagi pembekalan 2,500 bendera kereta bernilai RM2,500 sempena program Hari Kemerdekaan tetapi pembekalan itu tidak dilakukan.
0 comments