KU LI SETUJU KETUAI KAUKUS ROYALTI MINYAK PR

Posted by abewa Tuesday, 24 November 2009
KUALA LUMPUR: Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju mengetuai kaukus Pakatan Rakyat (PR) untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak Kelantan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Razaleigh yang merupakan Anggota Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan memaklumkan demikian.

Pada 18 Nov lepas, para pemimpin PR menemui Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak melibatkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lepas, Razaleigh berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan itu memandangkan terlibat dalam penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang berkaitan.

0 comments

Post a Comment