JANGAN LARANG NIK AZIZ LETAK JAWATAN MB

Posted by abewa Wednesday, 25 November 2009
Nik Abduh Nik Aziz berharap tiada pihak yang yang akan melarang ayahnya Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan Menteri Besar kelantan jika berhasrat berbuat demikian.

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, memegang jawatan MB Kelantan sejak 19 tahun lepas.Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang dan terancang dapat memastikan kestabilan parti.

Exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu dikaitkan dengan perkara itu. Satu lagi nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

0 comments

Post a Comment