BANK NEGARA SIASAT PINDAHAN RM10 JUTA OLEH MB N SEMBILAN

Posted by abewa Sunday, 29 November 2009
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut.

"Sebagai sebahagian prosedur siasatan, BNM akan memaklumkan kepada pihak berkuasa hasil siasatanya untuk tindakan selanjutnya. Sebaik siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad enggan mengulas perkara itu.

0 comments

Post a Comment