UMNO BUSUK HINGGA KE USUSNYA

Posted by abewa Monday, 30 November 2009 0 comments

PASTE DARI BLOG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Gempa bumi lemah berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku buat kali keempat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pukul 2.30 petang hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa bumi itu berpusat di 22km timur Seremban dan merupakan kejadian terbaru daripada tiga kejadian gempa bumi yang berlaku di lokasi sama sejak semalam.

Kejadian gempa bumi pertama berlaku pada pukul 2.30 petang semalam dan hari ini sebanyak tiga kejadian gempa bumi direkodkan oleh Jabatan Meteorologi yang berlaku pada pukul 12.15 tengah malam, 9.10 pagi dan 2.30 petang ini, menurut kenyataan itu.

Gegaran akibat gempa bumi itu dapat dirasai oleh penduduk di kawasan berkenaan, bagaimanapun, orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana gegaran itu adalah lemah.

Menurut kenyataan itu, kejadian gempa bumi lemah adalah kesan daripada gempa bumi kuat yang berlaku di Indonesia baru-baru ini.

PAS PERLU HENTIKAN SIKAP BERBINCANG MELALUI MEDIA

Posted by abewa Sunday, 29 November 2009 0 comments

Fokus mengenai Mursyidul Am, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat belum berakhir, malahan semakin diteruskan pula dengan isu bakal pengantinya. Pimpinan PAS pula nampaknya sekadar selamba sahaja memberi pandangan masing-masing seolah-olah berbincang melalui media.

Apakah semua pihak tidak nampak akan senyuman melebar di kalangan Umno bahawa PAS sudah terlupa jerat. Sebenarnya PAS sendiri yang memasang jerat yang pasti akhirnya akan menjerat diri sendiri.

Sesetengah pihak kelihatan hanyut dibuai mimpi kerana mendapat publisiti selepas menengahkan pandangan, yang kononnya langkah itu membuatkan mereka terpopular dan mempunyai akal untuk dikongsi bersama

Tindakan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kelihatan lebih bijak dan pantas untuk meredakan keadaan dengan secara lembut dan bersopan meminta jangan diberi tekanan pada TGNA untuk menamakan penggantinya.

Beliau juga meminta semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan. Memang itu yang sepatutnya, dan Perakite pernah meminta agar janganlah semua pihak dok dalam PAS bercakap, kerana banyak yang merosakkan. Biarlah pimpinan berkenaan yang bersuara dan mengemukakan pendapat

"Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya," kata Mahfuz.

Mahfuz menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

"Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS. Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

"Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

"Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar," katanya.

Bagaimanapun, kata Mahfuz, pandangan dan hasrat Tuan Guru sebagai pemegang jawatan itu kini dan lebih dari itu sebagai Mursyidul Am biasanya diberi keutamaan untuk dipertimbangkan oleh mesyuarat tersebut.

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut.

"Sebagai sebahagian prosedur siasatan, BNM akan memaklumkan kepada pihak berkuasa hasil siasatanya untuk tindakan selanjutnya. Sebaik siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad enggan mengulas perkara itu.

JANGAN LARANG NIK AZIZ LETAK JAWATAN MB

Posted by abewa Wednesday, 25 November 2009 0 comments

Nik Abduh Nik Aziz berharap tiada pihak yang yang akan melarang ayahnya Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan Menteri Besar kelantan jika berhasrat berbuat demikian.

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, memegang jawatan MB Kelantan sejak 19 tahun lepas.Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang dan terancang dapat memastikan kestabilan parti.

Exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu dikaitkan dengan perkara itu. Satu lagi nama yang disebut-sebut ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Usaha Umno melalui Timbalan Presidennya TS Muhyiddin Yassin untuk menyelesaikan krisis dalaman MCA yang semakin parah adalah umpama ketam yang mengajar anaknya berjalan.

Mungkin begitulah ungkapan paling tepat, kerana Umno sendiri juga mempunyai pelbagai permasalahan yang belum selesai, malahan menimbulkan kesangsian di kalangan MCA untuk menerima tunjuk ajar itu.

Perkara itu turut menarik perhatian Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya hairan dengan tindakan itu kerana seorang pemimpin dari parti yang begitu tenat dengan masalah politik wang (apakah?) mampu menyelesaikan krisis MCA itu".

"Politik orang Cina lebih ke hadapan dan lebih matang. Macam mana Umno hendak ajar orang Cina berpolitik. Apa perasaan orang Cina apabila Umno hendak ajar mereka berpolitik sedangkan rumah guru pun berselerakan," katanya.

Ekoran kenyataan Muhyiddin tersebut ramai pemimpin Cina marah kerana memperlihatkan sikap Timbalan Presiden Umno itu seorang yang angkuh dan memperkecil keupayaan pemimpin MCA menyelesaikan masalah mereka.


ASRI (dua dari kanan) menunjukkan wang kertas RM50 palsu yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, semalam.

ALOR SETAR: Sepasang suami isteri warga tempatan berusia 20an yang menjalankan modus operandi mendepositkan wang palsu RM50 ke dalam mesin juruwang automatik ke dalam akaunnya diberkas polis.

Mereka ditangkap beserta 232 keping wang RM50 berjumlah RM11,600 di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis KEDAH, Datuk Asri Yusuf, berkata pasangan itu membelah wang RM50 tulen kepada dua bahagian dan menampal satu bahagian yang dicetak atas kertas bersaiz A4 (mengikut saiz wang sebenar) lalu dikeringkan mengguna haba lampu dan seterika.

"Selepas itu, mereka memasukkan wang itu ke dalam akaun bank melalui CDM dan mengeluarkan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM). Bagi setiap wang tulen RM50 dipalsukan, mereka memperoleh RM100.

Sejak memulakan kegiatan pada Julai lalu, suspek memasukkan wang melalui CDM dalam jumlah yang kecil, tetapi makin aktif pada pertengahan September lalu sehingga mencecah RM26,000.

Suspek melakukan kegiatan membuat wang itu di sebuah motel di Hentian Bas Shahab Perdana, di sini dan dipercayai mempelajari teknik itu melalui seorang rakan berusia 20-an yang masih bebas.

Azri berkata, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Wira Mergong, di sini polis turut menemui sejumlah wang kertas palsu, sterika, gam, pengimbas wang kertas, gunting, dakwat, mesin pencetak dan pisau.

Suspek ditahan reman selama enam hari mulai semalam dan disiasat mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan.

MAKKAH: Sebanyak 2.5 juta jemaah haji termasuk 25,000 rakyat Malaysia bergerak dari sini ke Arafah menjelang waktu wukuf (Khamis) dalam keadaan cuaca panas dan kering di sini , meskipun bertukar menjadi mendung dan hujan.

Jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar Makkah dibawa secara beransur-ansur menaiki 160 bas yang disewa khas Tabung Haji bermula jam 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).

Ketua rombongan haji, Salleh Mubin, berkata operasi membawa jemaah haji ke Arafah dijangka selesai sepenuhnya menjelang tengah malam ini (5 pagi waktu Malaysia).

Beliau berkata, Tabung Haji akan berusaha menentukan semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah esok untuk wukuf kerana ia adalah rukun ibadah haji.

"Jemaah haji yang sakit pula akan dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans," katanya.

Mahkamah Tinggi mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002, yang mengaitkan Anwar sebagai pelobi US.

Mahkamah juga memerintahkan NST membayar kos RM20,000. Sebelum itu, mahkamah memutuskan NSTP memfitnah Anwar dalam artikel yang disiarkan dalam akhbar NST pada 2 Mac 2002.

Artikel bertajuk 'Anwar's link to US lobbyist' mendakwa Anwar menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai hubungan dengan kepentingan Barat. Artikel itu berdasarkan kepada satu laporan yang disiarkan dalam majalah New Republic.

Dalam keputusannya, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Harminder Singh Dhaliwall berkata NSTP tidak boleh menyandarkan pembelaannya atas alasan kelayakan terhad kerana artikel tersebut berniat jahat dan lebih daripada sekadar menerbitkan semula artikel majalah New Republic.

MAHKAMAH SETUJU TANGGUH PRK KOTA SEPUTEH

Posted by abewa Tuesday, 24 November 2009 0 comments

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi agar pilihan raya kecil diadakan di DUN Kota Siputeh, Kedah, apabila Mahkamah Rayuan menerima permohonannya.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Kang Hwee Geedan Datuk Abdul Aziz Rahim memutuskan wujud keadaan khas untuk menangguhkan sementara keputusan mengadakan pilihan raya kecil kepada suruhanjaya itu.

"Kebenaran penghakiman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi perlu diuji di mahkamah lebih tinggi," kata Hakim Sulong selepas hampir dua jam panel tiga hakim itu mendengar permohonan yang difailkan oleh suruhanjaya itu pada Selasa.

Dalam penghakiman yang dibacakan pada pukul 7.24 malam, Hakim Sulong berkata mereka bersetuju sebulat suara bahawa tidak ada pihak akan mengalami akibat dan prasangka jika perintah penangguhan itu dibenarkan.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang tidak sepatutnya berlaku dan pembaziran dana awam.

Terdahulu, Datuk Abu Hassan Sarif memfailkan permohonan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 November yang memutuskan beliau bukan lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh dan kerusi berkenaan kosong serta satu pilihan raya kecil perlu diadakan.


PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pemimpin MCA agar tidak mengeluarkan kenyataan kerana ia menunjukkan berlaku percanggahan yang berlarutan.

ps: nampak benor sape sebenornya pengerusi MCA

Timbalan Perdana Menteri berkata bahawa dalam proses mencari formula penyelesaian kemelut dalaman parti itu, adalah lebih baik pemimpin MCA tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Muhyiddin, berkata memang wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin MCA dan itulah sebabnya jalan penyelesaian dicari agar ada kesepakatan dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau dalam MCA ketika sokongan terhadap Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah kukuh, Muhyiddin berkata:"itu mungkin pandangan pihak tertentu kerana kepentingan puak-puak tertentu."

ps. kepentingan pihak sape?

"Semua, jika ditanya, akan bersetuju dengan pandangan itu (bahawa masalah MCA semakin gawat) dan tidak ada pihak yang mengatakan bahawa MCA bertambah kuat," katanya.

"Saya banyak kerja lain...ini nak ada pilihan raya kecil, ada kawasan banjir, (dan banyak) urusan lain tetapi oleh kerana kita lihat ini suatu yang amat penting dalam soal BN, maka sudah sampai waktu Presiden parti dan Pengerusi BN, dan saya diarah untuk mengambil sedikit peranan.

ps: nampak macam campurtangan PM dan Muhuyidin lagi menjadikan MCA bertambah celaru. Muhyidin risau tu... kalu gitu keadaannya, maka dia gagal ler.. sedangkan prk kota seputeh dah nampak jelas akan diadakan


KUALA LUMPUR: Pengasas Petronas Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju mengetuai kaukus Pakatan Rakyat (PR) untuk meneliti isu pertikaian royalti hasil minyak Kelantan.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Razaleigh yang merupakan Anggota Parlimen BN bagi Gua Musang, Kelantan memaklumkan demikian.

Pada 18 Nov lepas, para pemimpin PR menemui Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak melibatkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.

Minggu lepas, Razaleigh berkata, beliau akan mempertimbangkan permintaan itu memandangkan terlibat dalam penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang berkaitan.

KUALA LUMPUR: Panel tiga hakim bersidang untuk mendengar serentak rayuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif, yang kerusinya diisytiharkan kosong.

Panel hakim terdiri Datuk Sulong Mat Jeraie, Datuk Kang Hwee Gee dan Datul Abdul Aziz Abd. Rahim.

Pagi tadi, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mendengar rayuan Abu Hasan dari BN mulai jam 2.30 petang tadi. Minggu lepas Abu Hassam diisytiharkan sebagai bukan lagi wakil rakyat Kota Siputeh.

ps: kalau kes amno, kemuka kes pagi.. petang dah dengar rayuan. tersangat efisyen.

Pada masa yang sama, wakil Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Md. Said yang bertindak bagi pihak SPR mengesahkan Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan mereka berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agar diadakan pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, pasukan peguam yang mewakili Speaker Kedah ketika dihubungi melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan tersebut.

Peguam Edmund Bon berkata, perkembangan tersebut menyamai situasi ketika kes krisis Perak awal tahun ini.

“Pasukan yang sama, sifat kes yang sama,” kata Bon sambil menambah beliau terpaksa membatalkan segala temu janji sepanjang hari ini untuk bergegas ke Putrajaya.

SI MATI YANG TERUS BERTAMBAH KAYA

Posted by abewa Monday, 23 November 2009 0 comments

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Nama pula menambahkan kekayaan ... mungkin begitulah yang dapat digambarkan mengenai dunia selebriti Barat yang telah meninggal dunia tetapi mengumpul pendapatan jutaan dolar setiap tahun?

Paparan ini sekadar untuk renungan?

Semuanya dek kerana nama yang digunakan menerusi perniagaan perlesenan dan barangan yang berkaitan dengan nama masing-masing. Ia melibatkan hasil jualan menerusi muzik, buku dan filem selebriti.

Forbes menyenaraikan 13 ikon "Selebriti yang sudah Mati berpendapatan Tertinggi" dalam tempoh 12 bulan dengan meraih pendapatan sehingga AS$886 juta (lebih RM3 bilion)

Ikon fesyen, Yves Saint Laurent (YSL) menduduki tangga teratas carta itu. Selepas YSL mati, estet mendiang dijual AS$350 juta (RM1.1 bilion), manakala pada Februari lepas, jualan barangan kepunyaan YSL termasuk hasil seni, antik dan perabot mencatat AS$443 juta (RM1.5 bilion).

Tempat kedua pula ialah legenda Broadway iaitu Richard Rodgers dan Oscar Hammerstein dengan memperoleh AS$235 juta (RM797 juta) hasil jualan organisasi 'The Rodgers & Hammerstein' serta hak-hak muzik ciptaan mereka.

Sementara itu, Michael Jackson berada di tangga ketiga. Dalam tempoh empat bulan selepas kematiannya, harta pusakanya telah merekodkan perolehan $90 juta (RM305 juta).

Mendiang Raja Rock N Roll, mendiang Elvis Presley menduduki tempat keempat. Beliau memperolehi berpendapatan AS$55 juta (RM186 juta) dalam tempoh setahun .

Abdul Ariffahmi Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) selepas mengharungi kemelut yang kontroversi sejak dua minggu lepas.

Menantu Mursyidil Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, akhirnya akur dipercayai atas nasihat pelbagai peringkat agar berundur.

Ariffahmi, menjadi fokus kontroversi apabila dilaporkan disiasat SPRM dan tindakannya memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz selaku Pegawai Perhubungan PMBK.

Beliau, yang juga exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perletakan jawatannya pada sidang media hari ini.

Menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan "menasihati" Ariffahmi agar melepaskan jawatan itu.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi Menteri Besar pagi tadi.

Pertemuan iru disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli.

Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menangguhkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah.

SPR akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan ekoran keputusan itu.

Isnin lepas, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Dalam keputusannya, hakim menegaskan bahawa meskipun bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun beliau tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," katanya.

Speaker DUN itu memfailkan semakan berkenaan pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.


Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.


Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

NASHA DIMASUKKAN KE IJN

Posted by abewa Sunday, 22 November 2009 0 comments

TIMBALAN Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menggunakan kerusi roda ketika keluar dari bangunan Parlimen, kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas mengadu sakit dada ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Nasharuddin dikejarkan dengan ambulans ke Institut Jantung Negara (IJN). Beliau mengadu sakit dada semasa menghadiri sidang Parlimen pagi ini, lalu dibawa ke klinik di situ.

Bagaimanapun, selepas melalui ujian, doktor tidak dapat mengenal pasti punca sakit dadanya.

Adik PM...Datuk Seri Nazir Tun Razak bersama isterinya, Datin Seri Azalina Aziz menguasai saham CiMB bernilai RM30 juta, demikian diakui Naib Presiden PKR, Badrul Hisham Shaharin.

Laporan dalam blognya, http://chegubard.blogspot.com, Badrul berkata Nazir memiliki 28,253,261 unit saham berdasarkan Laporan Audit CiMB 2008, halaman 69, manakala, Azalina memiliki 400,000 unit saham berdasarkan laporan yang sama, di halaman 71.

Jumlah pemilikan saham Nazir dan Azalina tersebut tidak termasuk saham yang dilupuskan atau dijual pada tahun yang sama, katanya dan adalah dianggarkan Nazir-Azalina telah menjual sejumlah saham CiMB pada tahun 2008 bernilai lebih RM1 juta.

Badrul yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak Nazir-Azalina membuat penjelasan atas pemilikan saham CiMB secara misteri tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media antarabangsa melaporkan Presiden AS Barrack Obama sendiri sebelum ini menghubungi PM Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung berhubung kes terbabit.

Dua media rasmi Korea berbahasa Inggeris melaporkan Obama memberi amaran kepada Najib, yang dipercayai ada kaitan secara tidak langsung dengan CiMB sendiri.

Kedua-dua media terbabit mendedahkan bagaimana Obama meminta Najib menjelaskan soal keterlibatan bank tertentu Malaysia dalam transaksi senjata dengan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Junta Myanmar.

Ia sekaligus membolehkan AS serta beberapa negara yang anti kedua-dua kerajaan komunis tersebut bersikap dingin dengan Malaysia.

Selagi Nazir-Azalina tidak menjelaskan tentang pemilikan saham CiMB yang misteri itu tegasnya, selagi itulah Najib tidak berupaya menjernihkan hubungan diplomat, kata Chegubard.

Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha 'mematikan' karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan media pro Umno semalam.

Ia berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.

"Mingguan Malaysia sekali lagi 'memandang tinggi' pada saya dengan berita provokatif muka depan.

"Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS. "Agenda 'mematikan' saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.

Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.

Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Nik Aziz juga seperti dilaporkan akhbar itu, telah mengarahkan Husam bercuti lima hari untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Mengulas provokasi itu Husam memberitahu, beliau kesal dengan sikap media tersebut yang sengaja cuba mencetuskan kesan negatif terhadap beliau.

"Hari ini (semalam), Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk 'pohon penjelasan'. Semasa Utusan bersiap 'meletupkan' berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.

"Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan telefon sejak awal pagi adalah bukti 'berita' yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit," jelas beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersenarai di tangga ke 42 sebagai tokoh Islam paling tersohor di dunia' daripada '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

Senarai itu diterbitkan The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.


Para tokoh muslim yang terpilih untuk daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap mampu mempengaruhi keadaan kemanusiaan dan membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 kategori, antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media dan kategori muslim radikal.

Antara tokoh Muslim dunia yang lain terdaftar dalam senarai 50 tokoh peringkat teratas ialah bermula dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama DS Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan antara tokoh Islam yang signifikan dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik beserta Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, dari Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Isu bola sepak Perak atau PAFA nampaknya semakin bertambah menarik sehingga pelbagai pimpinan berusaha menjadi jaguh untuk mencampurinya dengan harapan mendapat perhatian pucuk pimpinan negeri. Sape lagi kalau bukan perhatian Dr Zambry Abdul Kadir.

Namun kadangkala ulasan menjadi out of context.

Naib Ketua Pergerakan Simpang Empat, Hutan Melintang, Mohd Najib Mohd Mokhtar menyifatkan DS Mohamad Nizar Jamaluddin, telah mengiktiraf Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar dan kerajaan negeri BN yang sah apabila merayu mendapatkan bantuan untuk Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Mudah benar analogi Umno, asal minta bantuan, maka sahlah Zambry jadi MB.

Jadi selama ini bagi UMNGOK... BERERTI, Zambry bukan MB yang sah, selagi Nizar tidak memohon bantuan untuk PAFA. Rupenye Zambry dok tunggu Nizar minta rayuan untuk PAFA bagi mengsahkan kedudukannya... .

Mudah aje, nanti Nizar tarik balik permohonan minta bantuan, maka Zambrypun jadi MB yang tak sah. Mudah benor untuk menjadi MB, asal sape-sape minta bantuan untuk PAFA akan menjadi MB yang sah.

"Sebagai rakyat dan peminat setia pasukan bola sepak negeri, saya mahu melihat sukan ini maju dan pasukan pula dapat mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air, tetapi disebabkan terlalu banyak politiking yang dicetuskan pakatan pembangkang, pasukan negeri gagal melangkah lebih jauh," begitulah kata sdr Mohd Najib.

Kalau benor ler, Mohd Najib ni peminat terhebat Perak, mengapa tak muncul atau bersuara sebelum Nizar ambilalih, tak pernah dengar suara. Sesungguhnya kalau Nizar tak ambil alih pada November 2008, dah lama tersungkur PAFA, dah setahun pasukan Seladang tak masuk Liga Malaysia.

Mengenai persatuan bola sepak Kelantan (KAFA) pula yang disifatkan Najib sebagai hebat, sebenarnya KAFA juga sebuah pasukan yang menghadapi masalah kewangan, malahan menanggung hutang lapuk yang bertimbun.

Seperkara sahaja yang banyak membantu kantung KAFA, para penyokong sentiasa memenuhi stadium sama ada pasukan bola sepak negeri itu perform ataupun tidak. Kutipan inilah yang banyak membantu PAFA. Memang itulah satu-satunya hiburan yang ada di Kelantan, bukan macam di Perak...

Sungguh ke kerajaan negeri kelantan di bawah PAS tak membantu KAFA... tunggu esok. jangan dok suka kencing merata (maaf ler)

Bernama melaporkan, SPRM menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Adalah dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu, suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan jam 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa itu selepas didakwa cuba memujuknya menarik semula peletakan jawatan dengan menawarkan RM40,000.

Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu, manakala Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta biarlah SPRM menyiasatnya.

1MALAYSIA:1JAMBATAN:3MAUT: SAMAN RM105 JUTA

Posted by abewa Thursday, 19 November 2009 1 comments

IPOH: Keluarga tiga mangsa yang maut dalam tragedi jambatan gantung Kuala Dipang semasa mengikuti program 1Malaysia memfailkan saman berjumlah RM105 juta di Mahkamah Tinggi hari ini.

Keluarga mangsa tragedi 26 Okt lepas itu menyaman Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, SJK (T) Mambang Diawan, SJK (T) Gopeng, GS Synergy Sdn Bhd (penaja pembinaan jambatan), CWL Enterprise (kontraktor) dan pihak yang terlibat.

Peguam, A. Sivanesan berkata, setiap keluarga mangsa itu akan mengemukakan saman bernilai Rm35 juta ekoran kecuaian pihak terbabit.

Dalam tragedi itu, tiga pelajar sekolah rendah yang menghadiri kem 1Malaysia, N. Dina Deve dan M. Devatharshini, masing-masing 11 tahun dan V. Divyashree, 12, mati lemas selepas jambatan gantung yang mereka dilalui di tapak perkhemahan runtuh ke dalam Sungai Kampar.

Dua jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat tragedi berkenaan, iaitu di bawah Kementerian Pelajaran dan satu lagi oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah mempunyai kuasa menentukan kedudukan kerusi Dun Kota Seputeh sama ada kosong atau sebaliknya kerana apa yang berlaku dalam DUN mesti diselesaikan oleh DUN, kata V Sivakumar.

Speaker PR Dun Perak itu berkata, tindakan Datuk Dr Abdul Isa Ismail mengumumkan kekosongan kerusi Dun tersebut berdasarkan Surat Kekosongan Dun yang diterimanya sebelum ini, adalah muktamad.

"K
eputusan Speaker Kedah adalah muktamad, tidak perlu dan tidak boleh dibawa ke Mahkamah. Speaker hanya perlu memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) agar mengadakan suatu pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari."

Beliau mencabar BN menunjukkan klausa undang-undang yang membenarkan SPR atau Mahkamah sendiri berhak mendahului keputusan Speaker Dun.


ARIFFAHMI NAFI TGNA MINTA BELIAU LEPASKAN JAWATAN

Posted by abewa Wednesday, 18 November 2009 1 comments

Mursyidil Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Mat memang telah menerima gesaan agar menantunya Ariffahmi Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Gesaan telah dibuat pada TGNA berasaskan perkembangan senario berkenaan yang boleh memberikan kesan negatif pada kewibawaan TGNA selaku Menteri Besat Kelantan.

Menurut blog kickdefella, TGNA telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya dalam pertemuan di pejabat MB itu kelmarin, sehingga menimbulkan polemik yang kurang menyenangkan.

Namun demikian, The Malaysian Insider hari ini melaporkan di Kuala Lumpur bahawa Ariffahmi menafikan laporan kononnya TGNA minta beliau letak jawatan CEO itu.

"Itu (dakwaan) tak betul," kata Ariffahmi merujuk laporan blog Kickdefella atau Syed Azidi itu.

Beliau berkata, "mungkin Syed Azidi salah maklumat atau dia buat cerita, nak beri tekanan kepada Tok Guru."

Isu yang melanda TGNA berhubung dengan menantunya Ariffahmi itu umpama isu yang melanda Pak Lah dengan Khairi Jamaludin. Ikatan mertua dan menantu, anak dan cucu-cucunya.. .

Meskipun isu mencemuh Khairi kelihatan mulai reda apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri, namun ia belum benar-benar lenyap. Lantaran itulah kebimbangan mulai menular bahawa perlantikan Ariffahmi sebagai CEO PMBK juga boleh membawa kemungkinan menjejaskan reputasi TGNA.

Khairi mula terlibat secara langsung bersama Pak Lah apabila dilantik sebagai Pegawai Khas kepada mertuanya itu semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Reputasi Pak Lah terjejas teruk ekoran tindak tanduk Khairi.

Perlantikan Ariffahmi sebagai CEO PMBK pula tentunya membuka banyak mata kerana Menteri Besar Kelantan adalah mertuanya. Maka lumrahlah akan ada manusia yang mencemuh dan mengutuk Ariffahmi, apa-tah lagi kerana kerusi itu sememangnya lubuk emas.

Daripada segi pendidikan, Ariffahmi yang berkelulusan dalam bidang kejuruteraan itu sememangnya tidak dipersoalkan daripada segi kelayakan untuk menjadi CEO PMBK, tetapi kerana beliau adalah menantu TGNA maka risikonya terlalu besar.

Begitu juga dengan Khairi, lulusan pusat pengajian tersohor, Oxford University dalam bidang politiks, filosofi dan ekonomi. Namun kelayakan semata-mata tidak boleh menjadi ukuran dalam senario ini dan senario politik hari ini.

Setiap gerak kerja dan peribadi akan menjadi ukuran dan pemerhatian rakyat dan pimpinan khususnya. Kunjungan SPRM dan pemecatan Kickdefella dari PMBK sekadar membuka mata lebih ramai dan luas sahaja. Pemecatan Syed Azidi oleh Ariffahmi sekadar katalisnya.

Sebagai lumrah manusia, Syed Azidi berusaha mempertahankan kredibilitinya ekoran dipecat dan seperti retak menunggu belah, dan memalitkannya pada kedudukan Ariffahmi. Penafian oleh Ariffahmi kononnya beliau telah dipecat pula mungkin merobah senario ceritera Syed Azidi pula.

buleh taja, takdak hal.. buke rasuah tapi tak come sebab tok guru tu menteri besar

KOTA BHARU: Penajaan untuk mengerjakan haji bagi Mursyidil Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah rasuah, tetapi ia tidak seharusnya berlaku sedemikian memandangkan beliau seorang Menteri Besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, memang penajaan sebenarnya bukan rasuah, tetapi memandangkan TG seorang Menteri Besar, ia tidak boleh berlaku sedemikian.


“Tidak ada masalah sesiapa pun nak menaja Tok Guru pergi ke Makkah, tetapi kedudukannya sebagai Menteri Besar,” katanya kepada media selepas mengunjungi TGNA.

Jumaat lepas TGNA membatalkan hasrat menunaikan haji ekoran isu penajaannya diperbesar-besarkan.

Nazri berkata, SPRM menjalankan siasatan berdasarkan laporan akhbar dan bukannya melalui mana-mana individu.

TGNA sendiri mengeluarkan kenyataan beliau ditaja seseorang ke Makkah, katanya.

"Pada saya, Nik Aziz mengeluarkan satu kenyataan tanpa rasa bersalah kerana kalau tok guru nak pergi, dia tak perlu cakap, tetapi dalam hal ni dia cakap dan dia sendiri bukan ada niat apa-apa.

“Kalau dia betul nak pergi, dia tak payah cerita daripada mana dia dapat duit, kita pun tahu dia ada duit, tapi Tok Guru ni seorang yang lurus
,” ujarnya.

KUALA LUMPUR: Malaysia terus merudum teruk bagi Indeks Persepsi Rasuah (IPR atau CPI) dunia sehingga tersenarai sebagai negara ke 56 daripada 180 negara.

Penasihat DAP Lim Kit Siang, ini adalah kejatuhan paling teruk dalam ranking CPI sejak diperkenalkan oleh Tranparency International (TI) pada tahun 1995,.

Ketika itu, Malaysia dinilai pada kedudukan ke 23 di kalangan 41 negara yang dinilai, namun laporan TI semalam memalukan ketika negara baru menubuhkan SPRM dan PM DS Najib Razak mengisytiharkan gerakan melawan rasuah sebagai satu dari enam keutamaan KPI dalam pentadbirannya.

Ini adalah ekoran kegagalan SPRM dan sikap suruhanjaya itu sendiri.

Semalam, Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam satu sidang medianya memuji kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersungguh-sungguh berusaha membanteras rasuah.

“Pentadbiran terbuka yang diamalkan Selangor harus menjadi contoh kepada semua tanpa mengira fahaman politik supaya negara bebas dari rasuah.

Peristiwa lompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan antara yang telah memberikan sumbangan utama kepada persepsi ini, kata Paul Low.


OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujahan pasukan peguam Nizar di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 Nov lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana dilantik Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Namun, sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah, beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut. )

Apa yang jelas sehingga 5 Nov 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun–Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyai kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukpi atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaan Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Terima kasih dan penghargaan kepada Sdr Mohamed Hanipa Maidin.

JANGAN DANGKAL PAKEJ HAJI TGNA

Posted by abewa Wednesday, 11 November 2009 0 comments

Pakej Zamrud Tabung Haji melibatkan kos RM65,000 adalah direka khusus untuk kalangan mereka yang sibuk jadual tugas hariannya. Namun nampaknya kini ia tersasar dari matlamat asal pakej itu dibuat apabila melibatkan Mursyidil Am TG Nik Abdul Aziz..

TGNA nampaknya menjadi sasaran golongan yang dangkal ilmu dan akal. Pakej ini biasanya, disertai kalangan yang sudah arif atau sudahpun bergelar haji. Meskipun kurang pasti mengenai kandungan program pakej ini tetapi memandangkan ia hanya melibatkan tempoh waktu 14 hari, maka ia tidak termasuk dalam senarai program ziarah kota Madinah.

Pakej berkenaan bukanlah yang termahal tetapi dianggap sederhana nilainya, kerana terdapat pakej yang lebih mahal. Bagi tahun ini sebanyak 196 orang mengambil pakej Tabung Zamrud ini. Siapa jemaah lain tidak diketahui.

Sebenarnya terdapat satu pakej lagi yang paling mahal di bawah Tabung Haji. Sekadar makluman bagi tahun ini seramai 26 orang mendaftar untuk pakej AlMaas melibatkan RM120,000 seorang.

Pada tahun lepas, tak silap artis Datuk Sheila Majid mengambil pakel Zamrud, manakala pengacara Aznil Nawawi mengambil pakej AlMaas. Camana tak ternganga mendengarnya.

TGNA dengan kesibukan dan keuzurannya itu memanglah wajar mengambil pakej berkenaan kerana rakyat biasa juga ramai yang mengambil program pakej antara RM15,000-RM30,000 seorang dalam mengerjakan ibadat haji ini.

Terdapat beberapa kemudahan disedikan kepada mereka yang mengambil program pakej ini berbanding muasassah yang bernilai hampir RM10,000 itu. Kos Pakej ini akan berbeza-beza nilainya daripada segi tempat penginaan, makan dan minum, dan kelas pengangkutan. Izinkanlah TGNA duduki bisnes kelas dan izinkanlah beliau menginap di hotel sendirian sementara kita mampu menanggungnya.

Apapun selamat berangkat ke tanah suci Makkah kepada yang terpilih menjadi tetamu Allah ke kita suci Makkah. Semoga semua jemaah yang telahpun berlepas ke tanah suci Makkah atau belum berlepas lagi telah bersedia dan memahami pelbagai perkara termasuk urusan pengangkutan dan hal ehwal persekitaran, yang menguji kesabaran.

Mereka yang dapat ke tanah suci Makkah adalah kalangan yang terpilih. Dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamunya. Menjadi tetamu Allah. Jadi siapa jua yang terpilih bermaksud dipilih oleh Allah.

Ada kalangan berduit dan kaya raya tetapi tidak juga terbuka hatinya (kerana dikunci oleh Allah) untuk menunaikan fardhu haji ini.

Mungkin kerana kos pakej itu ditaja oleh seorang hamba Allah (katanya manusia bernama Din Mardi), maka sekali lagi dipertikaikan. Ingin saya katakan jika Din Mardi tak sponsor sekalipun, TGNA layak mengguna kemudahan kerajaan di bawah tarafnya sebagai Menteri Besar.

TGNA tidak mengambil kesempatan itu. Itupun dipersalahkan kerana mengguna pakej Zamrud dan disponsor. Sedarlah semua bukan hanya Din Mardi (tak peduli apa niatnya, kerana sebagai manusia tiada siapapun tahu niat seseorang), beribu manusia lain mahu menaja TGNA.

Seperkara lagi, jangan dilihat TGNA seumpama DS Dr Zambry Abdul Kadir selaku sejawatannya, atau dibandingkan dengan DS Najib atau TS Muhyidin Yassin. Ingat TGNA bukan sekadar Menteri Besar Kelantan, tetapi juga ulamak tersohor Asia.

Dan memang menjadi budaya di Kelantan, manusia Kelantan sentiasa berebut untuk menaja ulama mengerjakan haji atau dalam apa jua program keagamaan. Jadi apa lagi kalau untuk TGNA...

PS Perakite: Cuba fikirkan hal ini, (saya terkejut apabila dimaklumkan) adinda saya yang menjadi iman di Masjid Bukhori Alor Setar turut ditawarkan pakej mengerjakan haji dengan dibiayai oleh seorang timbalan menteri.

KOTA BHARU: Nampaknya usaha meluruhkan kepercayaan dan keyakinan rakyat pada PAS semakin hebat dengan tindak-tanduk yang semakin menjadi-jadi terutama untuk mengikiskan keluhuran peribadi Mursyidil Am TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada asasnya, kekuatan PAS itu diperkatakan terletak pada kewibawaan dan ketokohan Menteri Besar Kelantan itu dalam mempertahankan pemerintahan sehingga menjangkau 20 tahun.

Bagi Umno, runtuhnya kekebalan Nik Aziz maka akan runtuhlah seluruh kekuatan PAS Kelantan, maka kerana itulah usaha dan gerakan halusi sedang dibuat untuk mengikis kepercayaan rakyat pada PAS.

Kelantan telah menjadi model bahawa negeri yang ketidak bergantungan pada Umno juga mampu melunaskan perjuangan dan keyakinan rakyat, malahan membangun selaras dengan negeri-negeri di bawah pemerintah Umno.

Keadaan ini amat meruntun kebimbangan Umno, lantaran mengetuskan usaha dalam apa jua cara sekalipun Kelantan perlu dirobohkan kekebalannya dan apa jua yang boleh dipicitkan, maka hendaklah dipicitkan agar terongkai segala keburukan. Dan jika tiada sekalipun maka ia hendaklah dibongkah dan digambarkan negatif agar mengaibkan.

Itulah kerja jahat yang sedang berlaku di Kelantan, khususnya kini. Rakyat jangan mudah termakan dengan rencana murahan ini.

TGNA memang menjadi bahan utama dalam PAS, malahan kini menjadi idol dalam Pakatan Rakyat. Dek kerana itulah ramuannya mesti direncahkan agar mudah tergoda sehingga memualkan mata dan telinga.

Musim tengkujuh di Kelantan nampaknya penuh dengan rentetan peristiwa kecil yang bisa menjadi bisul yang akan pecah dan menanah jika terus dibiarkan. Ia akan terus digembar gemburkan.

Isu Kickdefella yang mahu mendedahkan kepincangan dalam perbadanan Menteri Besar ekoran dipecat daripada jawatannya sebagai Pegawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), nampaknya menjadi isu terbaru. Ia bermula dengan siasatan SPRM terhadap PMBK itu.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz dipecat Ketua Pegawai Eksekutif PMBK Mohd Ariffahmi Abd Rahman ekoran membocorkan rahsia PMBK. Namun isunya bukan pemecatan itu fokus utama sebenarnya, tetapi untuk mengaitkan Ariffahmi dengan TGNA, iaitu sebagai menantu dan bapa mertua.

Syed Azidi, didakwa berkonspirasi dengan BN dalam hal mendedahkan kepincangan PMBK. Namun atas keterdesakannya, beliau mendakwa memiliki dokumen yang boleh disabitkan dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di PMBK.

Selain itu, isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan di bawah pakej RM65,000 juga dipertikaikan kononnya akan menimbulkan tohmahan.

Ia perkara biasa malahan menjadi sebahagian amalan dan budaya di Kelantan untuk meraikan kalangan guru pondok dan imam. Mereka biasanya ditaja untuk mengerjakan haji, kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

"Memang Nik Aziz, seorang menteri besar, tetapi beliau juga seorang ahli agama," katanya.

Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pula hari ini.

Pertemuan susulan Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, pertemuan tersebut juga sebagai peluang kepada Pemuda PAS menilai keberkesanan gerak kerja mereka di samping mengambil input positif dan berguna bagi lebih memperkemaskannya.


"Ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mendengar pandangan serta kritikan dan mengambil input positif dan berguna daripada semua pihak termasuk tokoh akademik," katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut.

Pertemuan khas hampir dua jam itu berlangsung secara tertutup di pejabat DPP bangunan PAS Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

TGNA SUDAH MASUK PEJABAT

Posted by abewa Monday, 9 November 2009 0 comments

Mursyidil AM PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini beransur baik kesihatan beliau.

Alhamdulillah, beliau dilaporkan telah mula melangkah masuk ke pejabat Menteri Besar di Kota DarulNaim untuk menjalankan amanah selaku Menteri Besar, semalam.

Bagaimanapun, beliau yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kesihatan diberi pemerhatian rapi.(PERAKITE)

Berikut laporan M Star online 10 Nov 2009 mengenai insiden cemas yang berlaku pada TGNA

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengalami masalah kesihatan minggu lalu berkata, beliau begitu terkejut apabila terjaga dari tidurnya dalam keadaan mulut dipenuhi darah.

Nik Abdul Aziz, 78, yang juga Mursyidul Am PAS mengakui situasi begitu mendebarkannya.

"Kira-kira pukul 1.30 pagi pada hari Khamis, saya terbangun dari tidur selepas saya merasakan terdapat darah dalam mulut saya.

"Ada banyak darah hingga saya tak boleh bercakap, saya jadi cemas dan kemudiannya jantung saya berdenyut kencang kerana ini pertama kali berlaku.

"Selepas saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa menjalani imbasan jantung, malah doktor telah letakkan sesuatu pada kerongkong saya tapi tiada apa-apa," katanya kepada wartawan di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Khamis lalu Nik Abdul Aziz telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana keletihan namun tetap menghadiri seminar politik PAS diadakan pada Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

nizar antara empat pimpinan popular PAS

Posted by abewa Friday, 6 November 2009 0 comments

Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz terus mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam, namun tetapi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya.

Pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentengkan dapatan kajiannya berkata, Nik Aziz juga masih mengungguli tempat pertama sebagai pemimpin paling popular dalam PAS.

Selain itu, tinjauan di kalangan lebih 2,000 responden mendapati Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak termasuk antara lima pemimpin paling popular PAS, diikuti bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan ahli jawatankuasa pusat parti Mohamad Sabu.

Kira-kira 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS menghadiri seminar khas itu bagi membincangkan arah tuju parti itu termasuk kedudukannya dalam Pakatan Rakyat susulan pergeseran isu kerajaan perpaduan.

Seminar itu, diadakan ekoran desakan TG Nik Aziz. Ia dirasmikan TG Hadi yang menyampaikan ucapantama 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan Raya ke-13'.

Satu sesi perbahasan diadakan selepas itu melibatkan ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan. Ia turut disertai Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Nizar turut kelihatan menghadiri seminar.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata PAS akan memain peranan lebih aktif bagi memperkukuhkan penyertaannya dalam Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi menambah, hubungan parti-parti dalam Pakatan bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini.

Abdul Hadi berkata bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti, PAS perlu membina dan memperkukuhkan lagi kekuatannya di kalangan pengundi Islam dan, pada masa yang sama, mampu meraih undi golongan bukan Islam sebanyak mungkin

Inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendekatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas muhallaf siasi (kerjasama politik) yang diizinkan oleh akidah, syariah dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara walak (setia) kepada perjuangan Islam," katanya.

MAHKAMAH UMUM KEPUTUSAN RAYUAN NIZAR PADA HARI LAIN

Posted by abewa Thursday, 5 November 2009 0 comments

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan mendengar semua hujahan dalam rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin untuk dikembalikan hak sebagai Menteri Besar Perak tetapi menangguhkan keputusannya pada satu tarikh lain.

Panel hakim itu diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan para hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff, dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili barisan peguam diketuai Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Datuk Cecil Abraham mewakilu Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir.

Sebelum itu, lima panel hakim Hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Nizar agar 11panel hakim mendengar rayuannya itu.

MAHKAMAH TOLAK PANEL 11 HAKIM

Posted by abewa Wednesday, 4 November 2009 0 comments

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.

Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara.

Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya.

Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan dan seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik.

Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul, tetapi melalui semakan kehakiman.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Panel diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili sepasukan peguam diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Penulis blog Zorro-Unmasked, hari ini dipanggil mengadap untuk memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kuala Lumpur.

Bernard Khoo, atau lebih popular dengan nama blognya Zorro, diberitakan memberi keterangan jam 3 petang ini di ibu pejabat jabatan itu di Bukit Perdana.

Siasatan itu berhubung satu catatannya di blog tersebut tetapi setakat ini belum jelas artikel atau foto yang dipertikaikan.

Zorro dilaporkan telahpun pulang dan dalam keadaan baik seadanya.

Perakite:
Zorro sentiasa mengikuti semua pilihan raya kecil dan memang diketahui umum menyokong Pakatan Rakyat. Semasa PRK Bagan Pinang, beliau yang disenangi kalangan blogger dengan panggilan uncle, juga tidak ketinggalan membuat laporan.

THANKS PEOPLE POSTED IN ZORRO'S BLOG, INCLUDING THE PHOTO BELOW


.

selidiki sebelum menuding jari kes Dr Asri

Posted by abewa Tuesday, 3 November 2009 0 comments

Penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri menjadi polemik dalam media, sehingga membengkak dan memalukan umat Islam sendiri. Kebanyakan sekadar menuding jari mencari punca dan kesalahan, tanpa menyedari bahawa ada yang sedang bertepukan kerana berjaya merencanakan agenda ini.

Memalukan kerana yang ditahan itu adalah seorang tokoh agama, yang ada pengikut dan peminatnya. Namun mungkin tiada yang terfikir bahawa ia menampakkan betapa jayanya pelan pihak tertentu untuk menjuruskan agar Jabatan Agama Islam Selangor itu kelihatan lemah, yang kemudian dikaitkan sebagai kelemahan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.

Kelemahan ini pula akan terjurus kepada Dato Dr Hassan Ali, yang merupakan exco agama negeri Selangor. Kebetulan atau tidak, beliau kini keseorangan mempertahankan dirinya… ekoran kes-kes sewaktu dengannya.

Oleh itu, setakat ini nampak berjayalah usaha semua pihak yang hendak memburukkan Hasan. Artikel ini bukan mempertahankan Hasan. Namun kes Dr Asri ini akhirnya akan menjurus ke arah betapa Hasan itu seorang lemah, dan kelemahan Hasan itu adalah kelemahan PAS.

Juak-juak ini sudah semakin berjaya mempermainkan sentimen di kalangan jemaah PAS dan, jika ia berterusan, maka akan runtuhlah kesepakatan PAS ekoran meningkatkannya sikap saling mencurigai di kalangan pimpinan PAS.

Kelemahan ini bukan kerana kelemahan Hasan sahaja, tetapi kerana keadaan sistem pentadbiran negeri-negeri khususnya negeri Selangor, yang tidak jauh bedanya dengan negeri Perak daripada segi enakmen pentadbiran Islamnya.

Di Perak, khususnya, Majlis Agama Islam terletak di bawah seliaan dan penguasaan Sultan Perak Azlan Shah. Begitu jugalah dengan Majlis Agama Islam Selangor, ia di bawah tuanku Sultan Selangor.

Memang peraturan telah dibuat agar hanya mereka yang ada tauliah sahaja dapat menyampaikan ceramah dan kuliah agama di kebanyakan negeri termasuk Selangor. Oleh itu siapa yang mengeluarkan tauliah ini... tentunya JAIS. Namun kadangkala tentunya dengan keizinan pihak tertentu apabila mengetahui tokoh yang ingin berbicara itu berkelayakan, kenapa perlu dihalang majlis seumpama itu.

Sebenarnya Hasan telah tersepit dalam usaha mempertahankan perkenan Sultan dan memenuhi hasrat diri dan parti. Diizin salah dan tak dizinkan salah... namun keizinan sebenar bukan terletak pada dirinya. Di sinilah sebenarnya titik tolak insiden ini, .. iaitu untuk menunjukkan bahawa Hasan tidak berkuasa menentukan hal ini..

Lantaran itu, mudah untuk difahami (kes Dr Asri) bahawa Pengarah JAIS itu adalah di bawah lantikan Sultan Selangor. Apa jua arahan JAIS tentunya dengan perkenaan baginda... begitulah andaian yang dapat dibuat.

Perlu diingat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim maupun Hasan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah perlantikan atau menyingkirkan mana-mana pegawai kanan JAIS apatah lagi Pengarah JAIS, jika tanpa perkenan Sultan.

Mungkin belum terlambat untuk mengingatkan kita akan kes yang berlaku pada Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memecat Pengarah JAIP. Beliau kemudian ditegur oleh Paduka Seri Sultan Azlan, kerana berbuat tanpa perkenaan baginda selaku ketua agama Islam negeri.

Kini amat jelas kelihatan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang berjaya mempengaruhi baginda Sultan Selangor untuk melaksanakan tindakan-tindakan tertentu dalam mengawal dan menguasai urusan Hal Ehwal Islam. Mungkin perkara ini berlaku ekoran pihak berkenaan merasakan itulah antara usaha yang boleh dilakukan untuk memecahkan kuasa Pakatan Rakyat.

Inilah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat di Perak dan kini di Selangor. Pandangan Hasan mungkin tidak diambil kira, kerana terdapat segelintir manusia yang sekian lama menguasai MAIS dan JAIS berusaha mengeruhkan keadaan. Meskipun berkuasa sebagai exco agama, Hasan terikat tangannya dan tidak boleh mengeluarkan apa jua pekeliling maupun untuk berkhutbah di masjid tanpa tauliah dan perkenan sultan.

Namun wajarlah dikatakan bahawa semua perkara hendaklah bijak ditangani dan diperhalusi agar tidak menyakitkan hati sesiapa jua umpama menarik rambut dari tepung… rambutnya dapat dikeluarkan dan tepungnya tidak berselerak. Kebijaksanaan inilah yang perlu dipraktikan.