YB ADUN TITI SERONG KEMALANGAN

Posted by abewa Thursday, 25 February 2010
"Alhamdullilah... insyaallah," ringkas jawapan mesej pesanan ringkas Cina Islam atau YB Khalil Idham Lim, yang juga Ketua Penerangan PAS Perak selepas diajukan persoalan mengenai dirinya selepas terbabit kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar - Taiping.

Kemalangan itu berlaku sewaktu Khalil bersama pemandunya sedang menghala ke Taiping, apabila tiba-tiba sebuah lori dikatakan keluar dari satu simpang dan merempuh keretanya. Khalil dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.


sSebelum itu, mantan Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak Haji Mustapha Abdul Wahab menelefon memaklumkan mengenai kecelakaan yang menimpa Adun Titi Serong itu. Kelihatan Haji Mustapha (bersebelahan Khalil) yang ke tempat kejadian apabila dimaklumkan oleh Khalil.

foto drp blog albanjari

1 Responses to YB ADUN TITI SERONG KEMALANGAN

  1. kamal Says:
  2. salam, semoga ujian kemalangan ini mendorong YB jadi lbh tabah terhadap konspirasi khianat dr musuh Allah swt. Kamal Leang dr Brunei

     

Post a Comment