Jawatan Menteri Besar Perlis terus menjadi rebutan antara dua pemimpin Umno negeri Indera Kayangan itu. Bagaimanapun ia perlu dihormati kerana jika sudah sedemikian janjinya, maka wajarlah dihormati, meskipun ada unsur lelucon.
Selepas merampas kerusi Menteri Besar Perak Darul Ridhwan daripada Pakatan Rakyat, kini tersebar pula di sesawang rancangan pengiliran kerusi MB Perlis daripada DS Md Isa Sabu kepada DS Shahidan Kassim.
Menurut laporan sesawang, di bawah 'persefahaman' tersebut, giliran Shahidan menjadi MB Perlis semula akan tiba pada Mac ini. Ertinya penggiliran itu untuk tempoh dua tahun.
Bekas ketua penerangan Umno Perlis dan penyokong kuat Shahidan iaitu Datuk Hashim Suboh berkata, persefahaman mengenai penggiliran jawatan MB itu dicapai pada pertemuan 21 dan 22 Februari 2008 - sehari sebelum penamaan calon.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan DS Najib Tun Razak itu Shahidan hadir dalam pertemuan dengan dua kumpulan itu, iaitu dengan Shahidan dan satu lagi kumpulan diwakili SU Agung Umno ketika itu, DS Radzi Sheikh Ahmad dan ahli parlimen Padang Besar, Datuk Azmi Khalid.
Radzi yang juga ahli Parlimen Kangar bagaimanapun berkata: "Tidak ada perjanjian tersebut. Tidak timbul langsung. Tidak ada perjanjian itu sama ada bertulis ataupun secara lisan."
Radzi mengakui memang ada pertemuan antara Najib, Shahidan, Azmi dan beliau sendiri, dalam proses untuk menentukan calon BN yang akan bertanding di Perlis pada PRU 2008.
Memang diketahui umum bahawa kedua-dua pemimpin tersebut tidak sehaluan, khususnya dalam menentukan senarai calon Umno di Perlis pada 2008.
Dakwaan mengenai persefahaman penggiliran MB itu disiarkan dalam blog Qunang2 dan laman sosial Facebook – kedua-duanya milik bekas jawatankuasa Pemuda Umno Perlis, Syed Atief Syed Abu Bakar
Syed Atief berkata Shahidan akan memegang semula jawatan tersebut bulan depan ekoran wujudnya persefahaman penggiliran jawatan MB Perlis.
0 comments