PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA AKAN TERUS KETINGGALAN 2010

Posted by abewa Friday, 26 February 2010
Malaysia dijangka ketinggalan jauh daripada segi pertumbuhan ekonomi berbanding dengan negara-negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand pada sektor 2010, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata selain itu, Malaysia ditinggalkan jauh oleh negara seperti Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Filipina, malahan Vietnam.

Ini merupakan perbezaan ketara berbanding pencapaian sebelum ini yang meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara seperti Korea Selatan dan Singapura, katanya.

Beliau berkata, pengumuman pertumbuhan ekonomi negara 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan pakej ransangan ekonomi yang hanya memberi kesan reaksi sementara dan tidak berkekalan.

Oleh itu, adalah dikhuatiri kaedah kebergantungan berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran amalan UMNO-BN, akan membawa Malaysia ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius.

"Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya.

Rabu lepas, Najib mengumumkan pertumbuhan 4.5 peratus bagi suku keempat tahun lalu yang disifatkan sebagai pencapaian luar jangkaan, hasil permintaan dalaman dan luar negara yang lebih kukuh.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan paling lembap di kalangan negara-negara serantau pada tahun ini dan apa yang tidak diuar-uarkan Najib itu membuktikan Malaysia ketinggalan jauh berbanding negara-negara berkenaan.

"Anggaran terbaru yang dikeluarkan oleh IMF pada Oktober 2009 menunjukkan bagi tahun 2010, kada pertumbuhan Malaysia dijangkakan paling lembap berbanding kumpulan Negara-negara tadi.

"Walaupun ekonomi dunia dijangka mula pulih. ekonomi Vietnam dijangka tumbuh pada kadar 2 kali ganda lebih baik dari Malaysia dan negara-negara lain akan berkembang pada kadar yang secara puratanya 50 peratus lebih pesat dari Malaysia," katanya.

Tambahnya, keadaan ini timbul hasil daripada dasar ekonomi BN dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan bagi menutup kegagalan menarik pelaburan individu dan swasta.

0 comments

Post a Comment