![]() |
"Kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai orang lagi tahu dan menilai diri kita sangat objektif. Kita bukan berdasarkan emosi tetapi fakta dan realiti.
"Pada hakikatnya, rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi sebarang bencana besar atau mengalami kegelisahan kaum di negara ini atau berperang sesama sendiri.
![]() |
"Saya tidak fikir kita perlu bertindak terhadap semua laporan tidak masuk akal itu, yang dilaporkan oleh mereka yang tidak tahu mengenai negara ini. Mungkin mereka berada di suatu tempat pedalaman Hong Kong.
Dalam laporan itu, PERC memberi contoh beberapa perkembangan di Malaysia, termasuk kehilangan enjin jet tentera, penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan Malaysia ke arah keadaan tidak stabil.
0 comments