Cuaca panas yang melanda negara kini merupakan fenomena biasa dan diramalkan berakhir pada Mac.
Pegawai Jabatan Meteorologi negara, Azmi Atan berkata fenomena ini sering berlaku pada setiap awal tahun dan ia diramalkan tidak berpanjangan dan dijangkakan hujan semula mulai Mac.
Mengikut rekod jabatan, kawasan "terpanas" dikesan di daerah Chuping, Perlis iaitu 36.6 darjah Celcius semalam, manakala di Lembah Klang suhu tertinggi dicatatkan di Petaling Jaya iaitu 34.7 darjah Celcius.
Suhu sekitar Pulau Pinang dan Kedah mencatat sekitar 31 hingga 33 darjah celsius.
0 comments