"Alhamdullilah... insyaallah," ringkas jawapan mesej pesanan ringkas Cina Islam atau YB Khalil Idham Lim, yang juga Ketua Penerangan PAS Perak selepas diajukan persoalan mengenai dirinya selepas terbabit kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar - Taiping.
- 1Malaysia tahu klinik untuk rakyat ini (bagi Najib) tidak perlukan doktor
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia tiada MC
- 1Malaysia tahu jika sakit jangan pergi klinik 1Malaysia
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia dibuat untuk kerajaan saingi klinik swasta
- 1Malaysia tahu yang klinik ini hanya untuk orang yang tak sakit
- 1Malaysia tahu bahawa rakyat dah kena tipu
- 1Malaysia tahu kerajaan hanya lahirkan ramai pembantu perubatan
- 1Malaysia tahu Najib cilok peruntukan untuk hospital bagi klinik 1Malaysia
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia melambangkan kemunduran Malaysia dalam perubatan
- 1Malaysia tahu klinik 1Malaysia kenakan bayaran RM1
- 1Malaysia setuju caj seringgit kerana memang nilai perkhidmatannya sebegitu
Sekumpulan 30 Orang Asli berhimpun di hadapan Hospital Orang Asli Gombak membantah salah guna kuasa yang kononnya dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), melibatkan layanan hospital seliaan jabatan itu.
![]() |
Kumpulan itu juga turut melaungkan slogan "Jangan rampas hak kami" dan juga "Bunuh kami dulu jika mahu tanah kami" .
Sokyen berkata, petisyen itu akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ia juga akan dihantar kepada Pesuruhjaya Hak Asasi Orang Asli di Geneva dan juga kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Menteri Kesihatan Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam petisyen yang ditandatangani lebih 90 orang itu, mereka mendakwa berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang berkhidmat dengan jabatan tersebut.
![]() |
Menurutnya, dua laporan polis yang dibuat pada Mac 2009 itu melibatkan kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital Orang Asli di Gombak.
Selain itu, katanya, dua laporan lagi ialah mengenai dakwaan berlakunya ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis mengenai kematian tersebut.
Turut ditimbulkan dalam petisyen berkenaan berhubung penjawatan oleh Orang Asli dalam JHEOA di bahagian kesihatan dan perubatan.
"Satu ketika dulu jawatan Orang Asli di bahagian kesihatan hampir 80 peratus, kini didominasi orang Melayu iaitu sebanyak 90 peratus, manakala Orang Asli hanya (tinggal) 10 peratus sahaja.
Petisyen itu turut mempertikaikan tindakan hospital itu memberi “layanan lebih baik” kepada masyarakat lain, sedangkan hospital itu dibina khas untuk keperluan Orang Asli. Walaupun Klinik 1Malaysia wujud, tetapi masyarakat bukan Orang Asli masih ramai yang datang dengan alasan senang letak kereta, selesa serta murah.
"Ada di antara kami yang terpaksa tinggal (ditempatkan) di hospital kerajaan lain (kerana) menerima cemuhan daripada kakitangan hospital (yang dikhaskan kepada Orang Asli). Ada yang memanggil kami 'asli', 'hitam', 'busuk', 'kotor', semasa di wad hospital.
"Ada yang seolah jijik memegang kami sewaktu mengambil suhu badan atau tekanan darah. Kami berasa asing di tanah bumi sendiri," menurut petisyen itu.
![]() |
Bercakap kepada media, Sokyen turut menimbulkan pemilikan tanah mereka - tanah kategori saka dan rayau - yang dikatakan tidak akan diberi milik kepada mereka selepas ini.
Sejak kebelakangan ini kerapkali gadis Malaysia dilarikan ke Lombok.Itulah bahan pekerja asing ke Malaysia yang turut membawa budaya mereka. Bagi masyarakat kepulauan Lombok ia menandakan keperwiraaan lelaki Lombok.
Ia tradisi dan budaya kaum Sasak di Lombok.Mereka bangga berbuat demikian. (Kebetulan saya pernah ke Lombok dan baru-baru ini bertemu rakan saya, Gan, yang sudah menetap di Lombok yang menceritakan hal kahwin lari di Lombok... kebetulan pula ada kisah pelakon Bella dibawa lari dan kahwin di Lombok)
Lombok mempunyai lebih 3 juta penduduk. Ia merupakan sebuah pulau yang terpisah oleh selat Lombok dengan Bali dan Sumbawa. Ibu negerinya ialah Mataram. Lombok juga terkenal sebagai pulau seribu masjid, iaitu masjid dibina berdekatan dalam sesebuah kawasan.
Adat' kahwin lari itu masih begitu kuat dipegang dan diwarisi dari generasi ke generasi sejak ratusan tahun dahulu. Kalau anda ke Lombok dan ingin menikah... curilah anak gadis itu, bawa lari tanpa pengetahuan keluarganya, bila sehari semalam tidak ada kabar maka dianggap gadis itu telah menikah!
Mencuri untuk menikah lebih kesatria dibandingkan meminta kepada orang tuanya. Namun ada aturan dalam mencuri gadis di suku asli di Pulau Lombok.
Memang cukup unik suku Sasak ini. Untuk urusan perjodohan, suku ini menyerahkan semuanya pada anak, bila keduanya sudah suka menyukai, larikan atau curi saja anak gadis itu, pasti menikah.
Mencuri anak gadis itu lebih diterima keluarganya. Mengikut istilah setempat, ia disebut merarik iaitu proses pernikahan dengan cara dicuri. Caranya cukup mudah, jika keduanya saling menyukai dan tiada paksaan, gadis pujaan itu tidak perlu memberitahu orangtuanya. Bila ingin menikah gadis itu dibawa pergi tanpa izin. Prosesi pernikahan ini lebih terhormat berbanding dengan meminta daripada orang tuanya.
Begitulah budaya sasak di Lombok. "Persilakan ke Lombok, kalau bapak kepingin menambah calon isteri," kata Gan yang sudah dua tahun mengusahakan kayu gaharu di Lombok.
Bella yang mengandung lima bulan tidak ditemani suaminya. Dan suaminya mengizinkan Bella pulang menemui bapanya di sini kerana suaminya merasakan bahawa beliau sekadar melakukan proses adatnya.

PUZ yang ditubuhkan pada 1994 merupakan organisasi di bawah MAIPP dan dianggar memungut kutipan zakat sekitar RM50 juta setahun.
Kat bawah ni CiLiK© tunjukkan screenshot perbualan Saiful dengan papagomo di facebook. Sila klik untuk membesarkan image.Diorang ni bukan kira Halal haram pahala dosa, main bedal semacam je.....



Mungkin korang pelik kan macam mane cilik boleh dapat screenshot perbualan Saiful Bukhari Azlan ni dengan papagomo betul tak? Kalau dah nama penipu pemfitnah, macam-macam cara Allah akan bukakan aib. Nak tahu macam mana dapat screenshot? Ok klik
CiLiK©: Papagomo ni dah banyak duit upah dia UMNGOK bagi agaknya ye? Harap peguam anwar nampak msg ni, boleh dijadikan bukti di mahkamah
Justeru itu, adalah silap sama sekali jika membaca maksud pengamatan Tuan Guru di dalam isu wakil rakyat yang keluar (lompat/melompat) parti itu dari aspek pemikiran sekular. Ini kerana konteks pengamatan Tuan Guru adalah keagamaan dan perjuangan berlandaskan keadilan sejagat, bukannya demokrasi semata-mata.
Pandangan benar Tuan Guru Nik Abdul Aziz