Zambry A Kadir akan saman Suara Keadilan RM100 juta

Posted by abewa Sunday, 3 January 2010
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menyaman akhbar Suara Keadilan sebanyak RM100 juta berhubung artikel yang disifatkan sebagai fitnah keterlaluan berhubung isu kononnya beliau ditahan di San Francisco kerana disyaki pengganas.

Beliau telah berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undangundang terhadap akhbar itu yang melaporkan berita tanpa mengikut etika kewartawanan dan prinsip pemberitaan, kata beliau.

Sebelum ini katanya beliau tidak pernah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan yang menggunakan bermacam-macam gelaran serta menulis pelbagai laporan palsu yang menyimpang bertujuan memburukkan kerajaan negeri pimpinannya.

"Akhbar ini membuat pembohongan besar apabila melaporkan saya ditahan di Lapangan Terbang San Francisco di Amerika Syarikat, disiasat, disyaki pengganas dan kemudiannya dihantar pulang ke Malaysia...laporan terbabit tidak benar sama sekali dan ia jelas fitnah semata-mata," kata Zambry.

Tak silap banyak blog melaporkan berita berkenaan. Siap ler kena saman..

0 comments

Post a Comment