PAMERAN UNTUK SEBARKAN INFO PAKATAN RAKYAT

Posted by abewa Thursday, 14 January 2010
PAS Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Penang Harmoni, Muhibbah dan Berintegriti dalam usaha menyalurkan maklumat sepanjang dua tahun Pakatan Rakyat memerintah.

Pelbagai pihak akan terlibat pada karnival yang dianjurkan secara pameran statik dan persembahan serta ceramah sepanjang program selama seminggu bermula 1 Februari ini.

Program anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang itu akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kata ketua Penerangan PAS negeri, Zulkifly Ishak.

Program itu akan dirasmikan Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain pidato oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, pengunjung juga boleh mendapat info melalui pameran yang diadakan.

Peniaga yang berminat bolehlah menghubungi ketua bahagian gerai program itu, Redhwan Othman di talian 013-4362559 untuk mendapatkan ruang niaga.

0 comments

Post a Comment