UMNO SALAH GUNA KEMUDAHAN UNTUK PROGRAM JUARA RAKYAT

Posted by abewa Friday, 22 January 2010
Umno ternyata terdesak mengumpul saki baki sokongan rakyat melalui program Juara Rakyat, sehingga memaksa dan menipu rakyat agar menghadiri program berkenaan ekoran tiada sambutan.

Umno juga mengguna kemudahan kerajaan dalam menjayakan program itu yang ternyata keras berbau politik.

Semalam program Juara Rakyat itu diselitkan pula dengan program pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Ia jelas membuktikan, Umno ‘menyalahgunakan bukan sahaja kemudahan dan sekolah berkenaan tetapi juga mencemarkan program di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar anjuran Yayasan Terengganu itu.

Guru dan ibu bapa dikerah secara menipu agar menghadiri program itu untuk mendengar ucapan bukan dari Menteri Pelajaran tetapi dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein.

Rakyat dan guru ternganga mendengar hujahan Hishamuddin yang lebih menerjah hal isu kalimah Allah dan pembakaran gereja serta surau daripada hal yang sepatutnya berkaitan pendidikan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said juga berhujah menghentam PAS, sedangkan secara sedar sudah diketahui bahawa program berkenaan adalah untuk pendidikan dan meraikan pelajar cemerlang.

Entah apa rasional dua pemimpin Umno itu.

Tipah tertipu dan rakyat memang kena tipu kerana termakan dek surat jemputan Yayasan Terengganu, tanpa memaklumkan bahawa program Juara Rakyat juga diselitkan.

Ibu bapa juga ternyata kesal, tambahan anak-anak cemerlang itu yang hadir sekadar penghias majlis kerana mereka tidakpun dijemput menaiki pentas untuk menerima hadiah dari Hishammudin. Hanya wakil setiap sekolah sahaja dijemput.


http://buletinonline.net/images/stories/berita21/surat.gif

0 comments

Post a Comment