Polis telah memanggil kira-kira 10 individu untuk memberi keterangan berhubung kes empat kepala babi hutan yang diletakkan di dua masjid Petaling Jaya , Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka termasuk ahli jawatankuasa masjid berkenaan telah diambil keterangan.

"Polis sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan masjid termasuk di plaza tol berhampiran masjid berkenaan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab.

"Polis sudah ada beberapa petunjuk, namun tidak boleh dedahkan kerana ia akan mengganggu siasatan," katanya.

Pada Rabu lepas, dua bungkusan kepala babi hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron.

Dua bungkusan lagi beserta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Jarak kedua-dua masjid adalah kira-kira dua kilometer.

DUN PERAK DIBUBAR 7 FEBRUARI ?

Posted by abewa Saturday, 30 January 2010 0 comments

Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan pada 7 Februari 2010 ?

DS Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar lantikan mahkamah akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk memohon perkenan membubarkan Dun, dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan kes mengenai kedudukan Menteri Besar yang sah.

Sejauhmana kebenaran perkhabaran ini tidak dapat dipastikan, kerana ia banyak bergantung pada hakikat ... apakah benar DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes berkenaan. Tetapi jika Zambry membubarkan DUN dua hari sebelum pengumuman itu, maka benarlah Nizar memenangi kes berkenaan.

Namun desas-desus pembubaran DUN kencang merebak di sekitar Ipoh.

Langkah Zambry membubarkan DUN itu boleh disifatkan mendahului waktu tetapi bijak kerana perkhabaran dari Puterajaya lebih deras mengatakan bahawa Nizar berjaya dalam rayuannya.

Nizar dikhabarkan memenangi kes berkenaan dengan kedudukan 4:1. Empat Hakim menyebelahi Nizar. Lantaran itu, seperti dijanjikan Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk memohon perkenan membubarkan DUN.

Jika dibiarkan berlaku sedemikian, akan kerugianlah Zambry dan juak-juaknya.

Sembilan hari sahaja lagi keputusan kes rayuan Nizar itu akan diumumkan. Sehingga ini, secara logiknya, Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sepertimana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Cuma keputusan itu ditangguhkan kerana Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaannya untuk membolehkan Zambry menjadi Menteri Besar. Lantaran itu bolehlah disifatkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar dalam penangguhan, manakala Zambry menjadi Menteri Besar atas arahan mahkamah.

Langkah Zambry membubarkan DUN akan membolehkan beliau (UBN) menjadi caretaker government. Kedudukan itu penting dalam menguasai jentera kerajaan negeri Perak bagi pilihanraya.

Namun apakah yang akan berlaku setelah mahkamah memutuskan Nizar selaku MB yang sah, dua hari selepas DUN dibubarkan Zambry. Aduhai apakah akan diheret lagi kes berkenaan ke mahkamah... untuk memutuskan siapa yang berhak menjadi caretaker government pula...

Tunggu dan lihat aje lah.

Kedudukan Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno goyah ekoran terdapat desakan supaya beliau berundur demi menyelamatkan pergerakan itu, yang disifatkan sebagai usaha merintis jalan keluar.

Semasa mesyuarat exco pemuda, kelmarin, beberapa anggota Exco pergerakan itu membuat desakan itu kerana berpendapat Khairi gagal menterjemahkan hala tuju selari dengan kepimpinan Presiden.

Exconya, Mohd Hishamuddin Yahaya dilaporkan mendedahkan bukti kononnya Khairy tidak berminat membantu parti dan kerajaan, lantas mengusulkan Khairy meletakkan jawatan.

Isu kemelut yang melanda beberapa Pemuda Umno negeri juga gagal ditangani Khairy, di samping kegagalan kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu yang hanya dihadiri segelintir ketua-ketua pemuda bahagian sahaja.

Kursus itu, yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepadanya apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir.

Pada mesyuarat malam kelmarin juga, beberapa Exco Pemuda turut mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Madu tidak selalunya manis... adakalanya ia pahit umpama hempedu dan malang tidak berbau selaras dengan ajal yang sudah menunggu.

Ekoran keghairahan mengutip madu, seorang lelaki maut apabila disengat sekumpulan lebah di kawasan perhutanan Relong Gajah, Tanah Merah Kelantan semalam.

Tragedi itu berlaku ketika Zahari Mat Zin, 41, bersama rakannya Roslan Ismail memasuki hutan itu kira-kira jam 3 petang untuk mengutip madu dari sarang-sarang lebah di dahan-dahan pokok.

Zahari dikatakan berpisah daripada Roslan semasa diserang lebah itu. Roslan dikatakan sudah terlewat untuk membantu setelah mendengar Zahari meraung meminta pertolongan.


KHALID DIGANTUNG JAWATAN. HASAN DIBERI AMARAN

Posted by abewa Friday, 29 January 2010 0 comments

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada jawatan YDP PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan yang juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk memberi amaran bertulis kepada Hasan.

Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Blogger Aduka Taruna atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

Sebelum ini, beliau ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kota Baharu. Khairul dituduh berbuat demikian antara jam 7.25 dan 9.05 pada 22 Jan 2010.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan RM10,000.


Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya setelah mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Khairul berkata, tulisan yang dimuatkan di dalam blognya hanyalah novel semata-mata. Ia (tulisan saya) hikayat kesultanan Melayu Melaka zaman dahulu.

REALITAS BUBAR DUN PERAK: NIZAR @ ZAMBRY

Posted by abewa Wednesday, 27 January 2010 0 comments

Umno berjaya menimbulkan keraguan dan keyakinan rakyat pada Pakatan Rakyat melalui rentetan "tragedi tragis" yang direncanakannya sejak PRU12. Iye sejak Pakatan Rakyat menguasai lebih banyak negeri dan kerusi Parlimen.

Kejayaan terbesar Umno ialah merampas semula Perak melalui coup-de-tat kerusi Menteri Besar daripada DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kepada DS Dr Zambery Abdul Kadir.

Bermula dari tragedi setahun lepas itu, maka rentetan serangan semakin bertimbun dibuat terhadap Pakatan Rakyat, sehingga mampu membimbitkan keresahan rakyat. Pakatan Rakyat kurang energetik menangani pelbagai isu dalaman apa lagi serangan Umno.

Semua pihak sedar bahawa media Umno terus memutarbelitkan fakta dan menyerang habis-habisan di semua negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Menyedari hakikat itu, Pakatan Rakyat sekadar menyelar perbuatan Umno itu dan menyifatkan ia memang tabie Umno. Kelemahan ketara PR (tiada kemudahan seperti Umno)..., gagal menangani serangan media dikuasai Umno.

Mahkamah Persekutuan akan umumkan keputusan rayuan Nizar mengenai MB Perak yang sah pada 9 Februari ... tiga bulan setelah kes didengar dan hampir setahun selepas tragedi tragis rampasan kuasa... selepas berpeluang memerintah lebih kurang 11 bulan.

Lantaran kemenangan itu (jika benar seperti dikhabarkan), Nizar akan membubarkan Dewan Undangan Negeri seperti dijanjikannya. Jika sungguh demikian kehendakNya, maka terjadilah pilihan raya negeri yang cuba dielak dan ditangguh-tangguhkan oleh Umno.

Nampaknya Februari akan bergelombang dengan ombak. Pelbagai peristiwa disusun untuk berlaku pada Februari dengan seawalnya perbicaraan kes tuduhan liwat DSAI dan inkues tragedi kematian Teoh Beng Hock, sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan kes Nizar.

Umno ternyata berada dalam zon selesa pada waktu ini dan timing menyusun semua kes itu ke bulan Februari amat bijak. Puluhan serangan psikologi yang dilemparkan pada pimpinan komponen Pakatan Rakyat juga sedikit sebanyak menjejaskan pegangan rakyat. UMNO-BN kini juga amat yakin akan mendapat kembali sokongan Melayu di Perak.

Kes MB Perak ini ternyata wajar dikembalikan kepada Rakyat (pilihanraya) dan kegundahan Najib akan hal ini (jika tidak dikembalikan kepada rakyat) amat wajar, kerana penghakiman kes Nizar ini memberi implikasi besar pada kedudukan DS Najib Tun Razak sendiri selaku PM. Lantaran itu, UMNO merasakan lebih rela memilih untuk berdepan dengan rakyat. Jika tidak .... selepas ini sesiapa sahaja boleh mencabar seseorang PM di mahkamah.

Kini terpulanglah pada siapa yang akan membubarkan DUN, sama ada Zambry atau Nizar. Namun positifnya amat besar pada yang mengambil langkah membubarkannya. Jika kes memihak kepada Nizar, maka hanya Nizar yang boleh membubarkannya dan kesan negatif amat besar pada Umno, kerana Nizar akan menjadi caretaker government selaku MB yang sah.

Jika Zambry membubarkannya sebelum penghakiman diumumkan, maka Zambry yang akan menjadi caretaker government. Bagaimanapun jika tindakan demikian dibuat awal, ia bererti keputusan (Nizar menang) itu telahpun bocor dan diketahui Najib mahupun Zambry. Jawabnya kantoilah Umno... kerana sesungguhnya Umno itu maha kotor mainannya...

Tetapi apa yang nak dikatakan... jika keputusan mahkamah tidak memihak pada Nizar, sedangkan Zambry telahpun mohon pembubaran Dun. Maka akan rugilah bagi Umno, yang selama ini berusaha mengelakkan pilihanraya negeri... namun langkah itu pasti dihormati rakyat.

Jadi Februari adalah waktu puncak yang sesuai bagi Umno untuk mengadakan pilihan raya kerana pada Februari juga telah disusun segala gerak kerja untuk merosakkan jadual kerja dan imej pimpinan Pakatan Rakyat. Bayangkan apakah yang akan dipaparkan media arus perdana saban hari sewaku pilihan raya semasa DSAI di hadapkan ke mahkamah. Jenuh bersilat...

Umno telapun cukup bekalan pelurunya untuk membedil Pakatan Rakyat, i.e kontroversi kalimah Allah, kemelut Zulkifli Noordin (PKR), Khalid Samad, Datuk Hassan Ali , malahan kontroversi di pejabat TGNA dan PBMK ... menanti waktu untuk dimanipulasi dan dilepaskan.

Bersiap siagalah Pakatan Rakyat dan percayalah ia bukan sengaja untuk kesemuanya berlaku menjelang Tahun Baru China yang kebiasaannya meriah dengan ang pau.

Sepuluh orang disyaki pengganas yang dikehendaki ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Mereka tersenarai sebagai suspek pengganas yang dikehendaki yang merancang melakukan serangan, katanya sambil menyifatkan mereka yang ditahan itu boleh memberi ancaman pada keselamatan negara.

Beliau enggan memberikan butiran lanjut dan kewarganegaraan mereka tetapi menafikan dakwaan kononnya 50 orang ditahan.

Sebelum ini, peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pejuang hak asasi, Edmund Bon mendakwa bahawa seramai 50 orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan ditahan Khamis lepas.

Kata Edmund, mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.

Sebanyak 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala yang lainnya masih ditahan.

kepala babi dilontar ke dalam kawasan masjid

Posted by abewa Tuesday, 26 January 2010 0 comments

Sikap keterlaluan semakin menjadi-jadi seakan-akan cuba menguji tahap kesabaran apabila kepala babi dikesan dilontarkan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama, di ibu negara, hari ini.

Sesungguhnya, polis sepatutnya sejak awal tangkas dan bertindak tegas dengan memberkas semua yang bertanggungjawab bukan setakat memberi amaran semata-mata.

Pimpinan PM DS Najib Tun Razak juga sewajarnya tidak berdolak dalih dalam menangani permasalahan ini yang semakin membimbangkan. Pendirian kerajaan dalam hal ini hendaklah jelas, bukan setakat bersandiwara dalam kelakonan untuk memelihara kepentingan politik. Keputusan hendaklah dibuat berasaskan kepentingan dan keamanan negara.

Babi sememangnya satu perkara paling sensitif bagi masyarakat Islam. Apa tah lagi jika kepala babi dilemparkan ke rumah Allah, tempat ibadat orang Islam itu sendiri.

Kepala babi berkenaan dijumpai di Masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan di Masjid Taman Sentosa.

Insiden ini merupakan yang terbaru ...ia bukan lagi satu gambaran untuk merosak rumat ibadat tetapi lebih kepada mencemarkan rumah ibadat pada tahap paling kritikal dan menghina Islam.

Sepanjang tiga minggu lepas, sebanyak 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau dirosakkan..

Serangan ini dipercayai berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahaan untuk 'God'.

Dalam insiden hari ini, menurut saksi, dua kepala babi dijumpai oleh jemaah di perkarangan masjid ketika datang hendak menunaikan solat Subuh pada jam 5.30 pagi.

Selain itu, 30 keping wang seringgit ditaburkan di kawasan masjid itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pegawainya sedang menyiasat kawasan kejadian.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam berhubung lawatan bekas MB Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut.

Khir didakwa mengguna dana kerajaan negeri untuk dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan kira-kira RM1.7 juta wang Permodalan Negeri Selangor Bhd.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan lima hari bermula 10 Mei untuk mendengar saman RM546 juta terhadap Barisan Nasional (BN) oleh sebuah syarikat pengiklanan kerana menamatkan kontrak papan iklan.

Syarikat Pentas Permata menyaman BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Jan, 2006 untuk membekal dan memasang papan pengiklanan BN bagi pilihan raya umum.

Syarikat itu mendakwa mengalami kerugian RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.

ps: banyaknye kos papan iklan BN semasa pilihanraya...

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan TV3 dan TV9, semalam bahawa pegawai khas beliau adalah antara 38 orang yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penyeludupan pasir.

Lantaran itu juga, beliau memberi tempoh 24 jam sehingga 3 petang esok kepada dua stesen televisyen swasta itu memohon maaf secara terbuka berhubung laporan yang disifatkannya satu fitnah.

"Jika dua stesen televisyen berkenaan gagal membuat permohonan maaf berkenaan, kita tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Kami juga sedang mendapatkan rakaman video berkenaan bagi menentukan perkataan yang digunakan," tambah Nizar.

Menurut Nizar besar kemungkinan stesen televisyen berkenaan mendapat maklumat 'palsu' itu daripada sumber yang rapat dengan ahli politik yang berseteru dengannya.

mahkamah akan umumkan pada 9 Feb kes rayuan Nizar

Posted by abewa Sunday, 24 January 2010 0 comments

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari berhubung rayuan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah.

Nampaknya tarikh berkenaan seakan mengiakan khabar-khabar angin sebelum ini bahawa keputusan kes itu akan diumumkan berdekatan tarikh sambutan Tahun Baru Cina.

Selain itu, khabar angin luas merebak bahawa DUN Perak akan dibubarkan menjelang tahun baru Cina, apabila Nizar diumumkan memenangi kes itu dengan 4:1. Nizar seperti dijanjikan jika memenangi kes itu akan mengadap Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Mahkamah akan mula bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Sebelum ini, Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.


Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.



Berikut kenyataan rasmi Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari ini, kes rayuan berhubung Menteri Besar Perak yang sah .

Surat rasmi mahkamah berkenaan juga menyebut bahawa mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Sehubungan dengan saya memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .

"Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak".

Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie, 88, meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya, pada kira-kira jam 7.45 malam ini.

Pemergian beliau yang turut dikenali sebagi King Ghaz disahkan oleh cucunya yang dikenali sebagai Farah.


Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin. Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

UMNO SALAH GUNA KEMUDAHAN UNTUK PROGRAM JUARA RAKYAT

Posted by abewa Friday, 22 January 2010 0 comments

Umno ternyata terdesak mengumpul saki baki sokongan rakyat melalui program Juara Rakyat, sehingga memaksa dan menipu rakyat agar menghadiri program berkenaan ekoran tiada sambutan.

Umno juga mengguna kemudahan kerajaan dalam menjayakan program itu yang ternyata keras berbau politik.

Semalam program Juara Rakyat itu diselitkan pula dengan program pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Ia jelas membuktikan, Umno ‘menyalahgunakan bukan sahaja kemudahan dan sekolah berkenaan tetapi juga mencemarkan program di bawah Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar anjuran Yayasan Terengganu itu.

Guru dan ibu bapa dikerah secara menipu agar menghadiri program itu untuk mendengar ucapan bukan dari Menteri Pelajaran tetapi dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein.

Rakyat dan guru ternganga mendengar hujahan Hishamuddin yang lebih menerjah hal isu kalimah Allah dan pembakaran gereja serta surau daripada hal yang sepatutnya berkaitan pendidikan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said juga berhujah menghentam PAS, sedangkan secara sedar sudah diketahui bahawa program berkenaan adalah untuk pendidikan dan meraikan pelajar cemerlang.

Entah apa rasional dua pemimpin Umno itu.

Tipah tertipu dan rakyat memang kena tipu kerana termakan dek surat jemputan Yayasan Terengganu, tanpa memaklumkan bahawa program Juara Rakyat juga diselitkan.

Ibu bapa juga ternyata kesal, tambahan anak-anak cemerlang itu yang hadir sekadar penghias majlis kerana mereka tidakpun dijemput menaiki pentas untuk menerima hadiah dari Hishammudin. Hanya wakil setiap sekolah sahaja dijemput.


http://buletinonline.net/images/stories/berita21/surat.gif

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR Ibni ALMARHUM SULTAN ISMAIL

Pemangku Raja Johor, Tengku Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang kelima hari ini.

Baginda, 51, dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum ayahanda baginda Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.


Almarhum Sultan Iskandar, 77, yang memerintah Johor selama hampir tiga abad akan dimakam di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang ini. Baginda mangkat jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini.

Almarhum Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Pada 15 Nov 1984 baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Almarhum Sultan Iskandar, adalah Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.

Tunku Ibrahim adalah anakanda sulung Almarhum dengan Sultanah Zanariah daripada sepuluh orang adik beradik. Tunku Ibrahim, yang beristerikan Raja Zarith Sofiah pada 1982. Baginda dikurniakan lima putera dan satu puteri.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu ini, Tunku Ibrahim ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981. Baginda pernah dilantik sebagai Pemangku Raja pada 25 April 1984 semasa Almarhum Sultan Iskandar menjadi Yang di-Pertuan Agong.



Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam ternyata memberi ruang baru dan penghormatan besar kepada Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang apabila dijemput hadir untuk memberi pandangan.

Keterbukaan Ikim itu, membuktikan TGHH adalah seorang ulama yang disegani dan perlu dirujuk dalam mengupas isu penggunaan kalimah Allah.

Sebelum ini, Ikim tidak pernah menjemput ulama PAS, khususnya seperti TGHH . Isu kalimah Allah rupanya membuka ruang untuk diskusi ilmiah yang mengangkat pemikiran para cendikiawan Islam tanpa mengira pendirian politik.

Semuga langkah terbuka Ikim ini akan berterusan kerana masih banyak lagi isu yang perlu dibincang dan diputuskan oleh ulama dan pemikir Islam. PAS tentunya bersedia memberikan buah fikiran demi manfaat umat Islam dan rakyat.

Meskipun tidak melahirkan ketetapan, namun muzakarah semalam menjadi medan terbaik untuk para cendikiawan melihat isu secara lebih terperinci.

Muzakarah disertai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dr Mohd Nur Manuty, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Ikim Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Ikim, Md Asham Ahmad.

Muzakarah dipengerusikan Ketua Pengarah Ikim, Nik Mustapha Nik Hassan.

Selain itu, ia turut disertai Pengerusi Ikim yang juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIAM, Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zain.

Yang menghairankan selain Tun Abdullah, tiada ulama Umno yang hadir.

(edited harakahdaily)

Sultan Selangor menitahkan agar Khalid Samad mengemukakan apa jua syor berkaitan dengan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 termasuk soal penggunaan kalimah “Allah”.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu semasa menerima perkenan mengadap hari ini.

Baginda juga tidak mahu isu mengenai kalimah “Allah” berpanjangan sehingga menjadi polemik politik, kata Khalid.

Dalam pertemuan itu, Sultan Selangor turut menyentuh polemik semasa membabitkan beliau dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Baginda bertitah bahawa jika ada apa-apa pandangan hendak dicadangkan, tulis kepada Mais dan Tuanku, baginda akan memberi pertimbangan.

“Bagi saya ini satu respons positif daripada Tuanku, sikap terbuka baginda, yang menyatakan kesediaan mendengar pandangan semua pihak,” katanya.

Khalid menambah beliau menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa pendiriannya selama ini termasuk menerusi ceramah dan forum hanya bertujuan menangkis pandangan Jais dan Mais yang mengapi-apikan orang ramai dengan tindak-tanduk mereka.

Selangor merupakan antara negeri yang mengguna pakai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Ia antaranya melarang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan 25 perkataan.

Antara perkataan itu ialah, Allah, firman Allah, nabi, mubaligh, syariat, wahyu, mufti, Kaabah, hadis, rasul, iman, ibadah, fatwa, haji, kiblat, Ilahi, Injil, ulama, khalifah, wali, Syeikh, Iman dan dakwah.

Bukan Islam juga dilarang menggunakan 10 perbahasaan seperti subhanallah, insya-Allah, astaghfirullahlah, masya-Allah dan Allahuakbar sama ada berbentuk lisan ataupun penulisan.

Sehari sebelum itu, Khalid menafikan tuduhan 16 pertubuhan bukan kerajaan bahawa beliau memberikan ucapan mencabar, memperlekeh dan mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor ketika menyampaikan ceramah pada 12 Jan lepas.

government flinches on anwar trial

Posted by abewa Thursday, 21 January 2010 0 comments

The Federal Court postponed its decision on the Anwar Ibrahim appeal for additional discovery by nine days to January 29th. This forces a one-week delay in the start of the sodomy trial to February 2.

The Federal Court’s decision came as a surprise given its Monday morning rejection of a defense request to postpone today’s hearing.

It has also led some observers to the conclusion that the Federal government, seen to be the unseen hand behind the prosecution of Anwar, has flinched.

Since early December the Court has been seen to be on a fast track to start the trial on January 25th. Due process in the final appeal for discovery was almost cast aside in the interests of expediency and the scheduling today’s hearing was also regarded as fast tracking an appeals process which has favoured the prosecution at every stage.

Some are asking why reject the defense’s request for postponement on Monday and then postpone the case two days later?

Behind the scenes there is still little consensus on whether or not this trial will end badly for BN. Some in the ruling coalition believe a repeat of the 1998 Reformasi demonstrations is unlikely and a swift and clean conviction would elicit minimal public outrage. Others are not so sure, and are fearful that Anwar Ibrahim’s ability to mobilize huge mass demonstrations from behind bars is even greater today.

Given the negative publicity that nation has endured since Najib’s premiership began, the country can hardly afford another major international fiasco.

First was the blitzkrieg on Najib and his alleged ties to the Altantuya murder and submarine scandal. Subsequently there have been a number of embarrassing headlines including the women sentenced to caning for alcohol consumption, the cow head incident, and most recently the attacks on Churches and the quarrelling over the prohibition of non-Muslims using the world Allah.

The United States issued a travel advisory to citizens traveling in Sabah, following the Church attacks. Its criticism of some Malaysian policies has been harsh in the recent past.

Splayed across the headlines of the Wall Street Journal, New York Times and Financial Times, these images are wholly inconsistent with PM Najib’s 1Malaysia slogan and offer bad publicity for a nation whose economic livelihood depends on the continuous flow of foreign direct investment.

With Anwar’s trial looming, it is accepted that there will be a heavy price to pay in the international community given Anwar Ibrahim’s impeccable networking with world leaders and the international media, the legacy of his botched 1998 trials and the dark cloud still hanging over Malaysia’s troubled judiciary since the Lingam tape controversy demonstrated pervasive corruption in the Malaysian courts.

It is also believed that Prime Minister Najib has come under intense international pressure during his current road trip to end what is perceived as the ongoing judicial persecution of Anwar Ibrahim. Efforts by Malaysian ambassadors to justify the case have been largely rebuffed and some world leaders have made personal calls on the Prime Minister to urge him to change course.

The postponement can therefore be seen in the broader context of the UMNO’s inability to commit fully to the political risk of Sodomy II.(malaysia today)

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Sedek Ali, 60, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 September tahun lepas, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Allahyarham, yang parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Kajang.

Mohd Sedek cedera di kepala selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga.

Bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak Datuk Azman Mahalan akan menjalani hukuman penjara dua tahun selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan semula sabitan terhadap salah satu daipada dua tuduhan rasuah.

Panel tiga anggota hakim yang diketuai Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop membenarkan rayuan pendakwa mensabitkan Azman, 68, yang ketika itu Ketua UMNO Bahagian Tapah, atas tuduhan pertama memberi suapan RM2,000 kepada kontraktor, Mohd Kamal Rabaii.

Suapan itu sebagai dorongan tidak menerima tawaran penyelesaian dari Pazli Abdullah Sani supaya, Pazli (ketika itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tapah), kekal muflis dan tidak layak bertanding menentang Azman bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 22 April 2001.

Dia melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 29, Jalan Lengkok Pasar, Rapat Setia, Ipoh, antara 6 petang dan 7 malam, 6 April 2001.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Azman atas tuduah kedua memberi rasuah RM5,000 kepada Mohd Kamal untuk tujuan serupa di tempat yang sama antara 8.30 malam dan 11 malam, 9 April, 2001.

Azman mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan itu di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 2004 dan pada 22 Ogos 2005, Mahkamah Sesyen Ipoh mendapati Azman bersalah atas dua tuduhan tersebut.

Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan bagi tuduhan pertama dan penjara dua tahun penjara denda RM25,000 atau penjara setahun bagi tuduhan kedua.

Hukuman penjara itu berjalan serentak berkuatkuasa pada hari tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Azman menangguhkan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan selesai.

Pada 2008, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan rayuan Azman untuk dibebas dan dilepaskan atas dua pertuduhan tersebut. Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin manakala Azman diwakili oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdulah.

Boonsom Boonyanit telah meninggal dunia sepuluh tahun lepas dan hari ini Mahkamah Persekutuan baru memperbetulkan kesilapan yang dibuat selama tempoh itu dengan mengembalikan semula haknya ... iaitu sebidang tanah bernilai jutaan ringgit di Tanjung Bungah Pulau Pinang.

Pengembalian hak itu tidak memberi apa-apa pengertian kepada Boonsom, namun Mahkamah Persekutuan hari ini dengan mudah mengatakan bahawa pemulangan tanah itu adalah untuk membetulkan kesilapan mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin pada 2000.

Sepuluh tahun lepas, Eusoff Chin bersama panel tiga hakim dalam penghakimannya memutuskan bahawa tanah berkenaan menjadi milik Adorna Properties Sdn Bhd, meskipun secara jelas ia milik Boonsom Boonyanit, seorang warganegara Thai.

Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata adalah menjadi tanggungjawab perundangannya membetulkan kesilapan yang sebegitu nyata dan jelas.

“Adalah menjadi fakta yang jelas, bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan kesilapan itu dengan secara menipu memindahkan hak tanah berkenaan kepada diri mereka sendiri.

Kes itu bermula apabila pada tahun 1988, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Boonsoom Boonyanit membuat pengakuan bersumpah bahawa geran kedua-dua tanah berkenaan telah hilang dan berjaya mempengaruhi Pejabat Tanah mengeluarkan sijil hak milik. Beliau kemudian menjual tanah berkenaan kepada Adorna Properties dengan nilai RM12 juta.

Menyedari tanahnya dijual tanpa pengetahuannya, Boonyanit menyaman Adorna Properties dan pa
da 1995, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat penghakiman yang memihak kepada Adorna Properties dengan alasan pemindahan itu sah.

Boonyanit membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 1997, yang dianggotai oleh Gopal Sri Ram, Siti Norma Yaakob dan Ahmad Fairuz. Mereka membuat keputusan yang memihak Boonyanit pada 1997.

Adorna membuat rayuan balas di Mahkamah Persekutuan pada 2000 yang terdiri dari Eusoff Chin (atas), Wan Adnan Ismail and Abu Mansor Ali. Keputusan memihak pada Adorna.


UNDI MELAYU PADA PAKATAN MEROSOT

Posted by abewa Wednesday, 20 January 2010 0 comments


Sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak merosot antara tujuh dan 8 peratus terutama di kawasan pedalaman, namun Pakatan Rakyat masih yakin menguasai Perak, kata Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus undi Melayu yang akhirnya membawa kepada penubuhan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut mengakui bahawa Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu kuat BN di kawasan pedalaman.


Namun, katanya, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan tidak luntur dan yakin jika pilihan raya diadakan Pakatan Rakyat akan menang.

PM Najib Razak melompat marah apabila ditanya benarkah tuduhan bahawa Umno di belakang serangan rumah ibadat yang telah berlaku. Ada orang berpendapat reaksi yang beliau tunjukkan secara tidak sedar mengiakan tuduhan itu.

Menteri Hishamuddin pula pada ketika yang lain cuba memperlekehkan peristiwa ini. Beliau berkata serangan ke atas gereja-geraja Kristian itu kerja budak-budak nakal. Sebenarnya ini menunjukkan sikap mengelak yang tidak betanggungjawab.

Saya memandang serangan yang masih berlaku adalah serius kerana menimbulkan keretakan dan ketegangan di antara golongan kaum dan agama, walaupun belum mencetuskan konflik atau pertembungan. Sekiranya tidak ditangani dengan baik ia boleh mengakibarkan porak peranda dalam masyarakat dan negara pada jangka panjang.

Saya juga berpendapat serangan tersebut berlaku akibat dari kenyataan PM Najib dan Menteri Hishamuddin. Apabila mereka membuat membenarkan tunjuk perasaan terhadap isu Allah – walaupun di kawasan masjid saja – secara tidak sengaja mungkin, mereka telah memberi ruang kepada golongan yang mencari kesempatan.

Ada pandangan, benar atau tidak, Najib dan Hishamuddin mula-mula berharap hendak menggunakan isu Allah dan tunjuk perasaan bagi mendapatkan sokongan lebih luas daripada orang Melayu-Muslim. Ini sesuai dengan rancangan mereka untuk mendapatkan kembali undi-undi yang telah lari kepada parti-parti yang menentang Umno-Bn dalam PRU12. Ini mengakibatkan gabungan parti pemerintah itu kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen dan penguasaan ke atas lima buah negeri.

Usaha buruk menggunakan isu kaum agama dan kaum untuk mendapat ataupun mengembalikan sokongan pengundi bukannya hal yang baru. Cuba kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku berikutan kemenangan besar KEADILAN, PAS dan DAP dalam PRU12.

Mula-mula telah berlaku penentangan dan juga demonstrasi di Pulau Pinang , menuduh KM Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan oleh itu bersikap anti Melayu. Walaupun segolongan kecil ekstremis Melayu dari Umno dan akhbar Utusan Malaysia mengapi-apikan keadaan, penentangan dan demonstrasi itu akhirnya gagal. Ia menjadi sejuk selepas agensi berita Bernama meminta maaf kerana menyiarkan berita palsu yang telah menjadi alasan mereka menunjuk perasaan.

Selepas itu berlaku pula percubaan yang hampir serupa di Perak walaupun isunya agak berlainan sedikit. Sekali lagi sekumpulan kecil extremis Melayu dari Umno dengan sokongan akhbar yang sama serta beberapa kerat pemimpin Umno mengapi-apikan keadaan. Mereka menuduh golongan Cina dari DAP menderhaka kepada raja dan MB Perak pilihan Pakatan Rakyat diperalatkan oleh orang Cina, atau lebih khusus DAP. Sekali lagi percubaan ekstremis kaum ini gagal mendapatkan sokongan rakyat ramai.

Di Selangor pula, kumpulan kecil extremis Melayu dari Umno juga telah menggunakan isu ladang khinzir untuk mengapikan kemarahan rakyat. Corak tindakan mereka serupa, iaitu dengan berdemonstrasi dan membuat tuduhan perkauman. Sekali lagi mereka disokong oleh Utusan Malaysia dan segelintir pemimpin oportunis Umno yang mengapi-apikan keadaan. Mereka berhenti hanya setelah terbongkar bahawa orang yang memimpin tunjuk perasaan itu ialah seorang tokoh Umno tempatan yang mempunyai kepentingan dalam usaha untuk mendirikan ladang khinzir sebelum itu.

Ada dua perkara yang dapat dilihat daripada tindakan extremis yang diterangkan di atas. Pertama, mereka mengapi-apikan sentimen perkauman untuk meraih sokongan kepada Umno. Lebih bahaya lagi ada sebilangan kecil di kalangan mereka yang mengharapkan pergaduhan kaum dapat dicetuskan supaya ISA boleh digunakan atau darurat diisytiharkan. Mereka mengharapkan ulangan Peristiwa 13 Mei untuk membuka ruang baru bagi mengembalikan kuasa Umno-Bn di negeri-negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat itu.

Keduanya, walaupun tindakan segelintir ekstremis ini mendapat dokongan meluas dari media penyokong pemerintah Umno-Bn dan, secara terbatas daripada beberapa orang pemimpin Umno, namun rakyat ramai tidak menyambut seruan atau menyokong tindakan mereka. Saya percaya sebabnya ialah kerana kini rakyat secara umum dan rakyat Melayu secara khusus sudah lebih bijak dan sedar. Mereka tahu tindakan segelintir extremis Umno itu jikalau diberi sokongan boleh membawa malapetaka yang buruk kepada masyarakat dan negara yang mereka ingin terus aman damai.

Lampu hijau yang diberi oleh PM Najib dan Menteri Hishamuddin untuk berdemonstrasi itu boleh dilihat sebgai lanjutan dari segala tindakan tidak bertanggungjawab yang diterangkan di atas. Mereka memperlihatkan “double standard” (dwi-standad) . Kononnya tidak boleh mengawal orang yang hendak berdemonstrasi, walaupun sebelum ini mereka menggunakan polis sepenuh-penuhnya untuk menekan dan menyerang demonstrasi oleh kumpulan pembangkang, walaupun dilakukan di masjid.

Dengan memberikan lampu hijau itu mungkin mereka berharap ribuan rakyat akan berkumpul. Ternyata harapan mereka meleset. Di Masjid Negara cuma kira-500 orang berhimpun dan di Masjid Shah Alam kira-kira 400 orang saja. Di Masjid Kampung Baru dan di stadium Kota Bharu, cuma kira-kira 200 orang saja berkumpul. Seperti disebut tadi rakyat ramai, khususnya Melayu tidak mudah diapi-apikan dengan isu kaum dan agama. Ini tahun 2010 dan bukan 1969.

Memang ada segelintir extremis yang mengharapkan tercetusnya pergaduhan kaum dan agama supaya ISA dapat digunakan, bahkan juga supaya susana dapat ditimbulkan untuk Kerajaan mengisytiharkan darurat. Namun nasib juglah ramai juga pemimpin, termasuk kebanyakan menteri, tidak sebodoh itu.

Seorang yang berpidato berapi-api dan mendapat sorakan kuat di luar Masjid Shah Alam, jelas tidak disambut apabila menjerit “Bakar gereja!”. Anehnya beliau tidak pula disiasat polis apatah dihadapkan ke mahkamah, sebagaimana yang dilakukan ke atas pelajar yang kononnya bersenda melalui “facebook”.

Usaha dan konspirasi yang dilakukan oleh segelintir extremis untuk memulihkan sokongan pengundi kepada Umno sejak PRU12, termasuk dalam soal Allah dan serangan ke atas gereja, berkaitan dengan usaha dan kospirasi yang lain.

Beberapa orang pemimpin Umno/Kerajaan, sekali lagi dengan sokongan propaganda media, terutama Utusan Malasia TV3 telah menyerang parti-parti, terutama KEADILAN serta PAS dan pemimpin-pemimpin, terutama Nik Abdul Aziz dan Anwar Ibrahim. Mereka menuduh pemimpin-pemimpin kononnya hendak menjual hak dan nasib orang Melayu kepada orang Cina, terutama yang dalam DAP.

Ramai orang Melayu yang tidak mempercayai dakyah perkauman sempit dan jahat ini. Itulah sebabnya tuduhan ini, yang pada masa-masa lalu banyak disuarakan oleh TPM Muhyiddin, sudah mulai kendur sedikit. Akan tetapi, akhbar seperti Utusan Malaysia masih belum berhenti membuat fitnah demi fitnah.

Sehubungan ini ialah tindakan untuk mengheret Anwar Ibrahim ke mahkamah atas tuduhan dan fitnah liwat yang dilemparkan kepadanya. Ada segolongan kecil pemimpin dan penyokong Umno yang berpendapat bahawa Anwar perlu dilenyapkan dari pentas politik tanah air. Cara yang terbaik melakukannya, mengikut mereka, ialah dengan menyumbat beliau ke dalam penjara selama yang mungkin.

Golongan ini sudah mulai kedengaran mengemukakan hujah dan propaganda perkauman. Mereka memberitahu semua media perlu digunakan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa mereka harus memilih di antara Anwar dengan orang Melayu. Mereka mendakwa Anwar hendak menjual Melayu dan oleh itu bertentangan dengan kepentingan orang Melayu. Sebenarnya, yang mereka maksudkan ialah kepentingan mereka sendiri iaitu pemimpin dan kroni yang rakus dan tamak.

Untuk menjayakan fitnah dan dakyah ini sudah tentu pimpinan Umno/Kerajaan akan cuba menguasai media dengan lebih ketat lagi. Tidak hairan jikalau akhbar bebas dan yang dimiliki parti luar kerajaan akan disekat nanti, terutama untuk menyiarkan kes-kes rasuah dan salahguna kuasa pemimpin dan penyokong kerajaan. Sudah tentulah pihak berkuasa akan cuba menyekat berita yang tepat disiarkan oleh media alternatif.

Sekarang inipun sudah banyak tanda yang menunjukkan media cetak dan elektronik mulai dikawal dengan lebih ketat dari yang sudah-udah. Media, selain wang dan kuasa politik akan digunakan seluas-luasnya untuk memastikan Umno-Bn terus berkuasa.

Oleh Dr S Husin Ali

Exco kanan kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong saranan supaya disiasati kebocoran maklumat mesyuarat exco negeri, berhubung pembelian tingkat bawah Bazar Tok Guru bagi mengelakkan mana-mana pihak "menjadi mangsa permainan".

Beliau menyarankan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan siasatan dengan memanggil anggota exco terlebih dahulu.

Ini ekoran maklumat tersebut didedahkan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, yang pernah rapat dengan Husam. Syed Azidi dilapor mendakwa, projek tersebut, yang merupakan usahasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan syarikat Sensatimur Sdn Bhd, dikatakan rugi kira-kira RM50 juta.

Kelmarin, exco kerajaan tempatan Datuk Takiyuddin Hassan meminta Nik Aziz menyiasat kebocoran maklumat itu, kerana keputusan mesyuarat exco tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Husam berkata, siasatan tersebut dapat mengelak sebarang sangkaan atau perbuatan menuding jari dan ia boleh bermula dengan ahli exco sendiri supaya ia (tuduh-menuduh) tidak berpanjangan.

Syed Azidi mempertahankan Husam kerana menurutnya, beliau "akrab dengan hampir semua barisan exco kerajaan negeri. Oleh yang demikian, hampir semua mereka boleh dituduh sebagai suspek yang membocorkan rahsia kerajaan negeri kepada saya, termasuklah YB Datuk Takiyuddin sendiri.

"Yang jelas, bukan YB Datuk Husam yang memberi maklumat itu kepada saya," tulisnya sambil mempersoalkan sama ada kenyataan Takiyuddin mewakili pendirian PAS, sedangkan parti itu "sudah lama menentang penggunaan OSA".

A STINK IS BREWING IN UMNO

Posted by abewa Sunday, 17 January 2010 0 comments

As Malaysia moves into the last stretch of an inevitable political transformation, the risks of civil unrest and emergency rule have increased, and neither appearances nor declarations made by its ruling elite - whether verbal or written - can be taken at face value or for granted anymore.

So when Umno Youth chief Khairy Jamaluddin urged his party to return to the middle ground, warning that its current hard line approach over the Allah issue may spell political doom, quite a few pundits were surprised by his courage and questioned his motives.

KJ – as the son-in-law of former premier Abdullah Badawi is also known – was stating what was obvious to most Malaysians and issuing a most needed wake-up call to his party, which has ruled Malaysia since independence in 1957. However, his remarks came at a time when his bosses, including Prime Minister Najib Razak and Deputy PM Muhyiddin Yassin, have chosen to bury their heads in the denial mode perfected decades ago by leaders such as former premier Mahathir Mohamad.

Unlikely therefore that KJ’s comments will bear any fruit for moderate Malaysia, which is trying to fend off yet another attack from a bullying Umno against its constitutional rights - this time, the religious freedom guaranteed by the Federal Constitution.

So whatever Khairy’s motive was – whether to pose as a moderating light amidst the groundswell of Umno belligerence or to signal to these hawks (some say on behalf of Najib) that it is time to cool down – is immaterial. Because above him, a bigger game with higher stakes is being played, and unfolding much quicker than anticipated.

Hard-nosed Malaysia

Weeks before the December 31 High Court ruling allowing non-Muslims to use the word Allah, rumblings were already growing in Umno that a power tussle at the very top - between Najib and Muhyiddin - may finally be breaking into the open.

Two incidents fired the rumours. One was the sudden call by Defence Minister Zahid Hamidi - previously regarded as a Najib loyalist but lately believed to have switched over to Muhyiddin - for Gerakan to surrender the Penang BN chair to Umno.

The other was the messy way in which Zahid chose to expose the theft of two jet engines from a military base.


Both incidents embarrassed Najib.

The Umno president is really not sitting as pretty as his minders have tried to make it appear. No doubt there have been gushing news reports and ‘independent’ polls that try to portray growing popularity, but the reality is that hard-nosed Malaysians have already had a whiff of the future and they don’t like what they smell.


In 2009, along with Umno cronies and several Government-Linked-Companies, Malaysians shifted billions out of the country – about 50 percent of its GDP, which in 2008 was some RM739 billion. In its latest report, UBS Securities Asia wrote: “Question: which Asian country had the biggest FX reserve losses in 2009? The answer is Malaysia, and by a very wide margin; we estimate that official reserves fell by well more than one-quarter on a valuation-adjusted basis.”

“Why is this bizarre? Well, in the first place because Malaysia runs a current account surplus – and not just a mild surplus but rather the largest in Asia, around 17% of GDP. Other structural surplus neighbors like China, Hong Kong, Singapore, Taiwan and Thailand have all seen sizeable increases in FX reserves over the past 12 months and yet Malaysian reserves nearly collapsed. How did this happen? In short, Malaysia must have seen massive foreign capital outflows – and sure enough, when we measure implied net flows, the numbers are simply stunning: peak outflows of nearly 50% of GDP, i.e., more than twice as large.”

Indeed, it would appear that hard-nosed Malaysia is not at all convinced that Najib can hold the fort. Neither is it willing to bet that Muhyiddin can do better. And judging from the massive outflows recorded, it would seem that neither the cronies nor the GLCs have faith either.

Will Umno be matured and civilized?

The future may be more complex than we can imagine. Even if Pakatan Rakyat fails to sweep to federal power in the next general election, it can still win further ground.

Can Umno accept this, when already it has shown itself prepared to push to the limit its war to regain Selangor, as witness the Teoh Beng Hock catastrophe? When it has shown itself ready to turn upside-down the judiciary and the Federal Constitution just to grab and cling to power in Perak?

Should the Pakatan win decisively - and this is looking more and more probable - will Umno be matured and civilized enough to accept such an outcome? Seriously, what are the odds that Umno can rise above brute force and intimidation? Small and as of now, it would be fairer to say that civil unrest and emergency rule are the more likely scenarios to follow a Pakatan victory at the next general election.

Indeed, these are the eventualities that Malaysians must confront and prepare themselves for. They must overcome their fear of trouble and think of the type of future they want for the children.

Otherwise Malaysia will become whatever the hawks in Umno say it is supposed to be, and this will be whatever they believe is to their advantage and not the nation's – both politically and financially.

The new Pak Lah vs the new Mahathir

Already, the country's largest political party is being overtaken by opportunists who see nothing wrong in using strong-arm tactics to maintain their positions and benefits. Former premier Mahathir, who still wields considerable influence, is also plotting his next move.

In his corner is Muhyiddin, who has been alarming moderate Malaysians with a rash of hawkish statements. He has made it clear that he is DPM for the Malays first, and only then the other races. Will this be palatable to the non-Malays, should they accept him as the next Prime Minister?


As for Najib, it is obvious that he has been playing a double game, but can he hold out against their onslaught? Born into a privileged background, Malaysia’s sixth PM is - at the personal level – liberal and progressive. But he also believes that he has to show that he is willing to play hardball to keep his party in power. Or be ousted like his indecisive predecessor Pak Lah, who won himself the nickname Sleeping Beauty during his four years in office.

So for Najib, it has been a case of trying to do both. Win the hearts and minds of Umno and also the rest of the country. Unfortunately, the two prongs cannot meet or be reconciled, simply because the Umno of today has more political thugs than talent on its membership lists. The Umno president may have found out the hard way that when you give an inch, they want a yard! This has left the PM's 1Malaysia, People First, Performance Now stuck and unable to get off the ground.

Just as Najib is now increasingly seen as another Pak Lah, Muhyiddin is regarded as a new Mahathir. But neither men are the solution that Malaysia needs. Neither men can take the country forward.

For now, only one thing is clear - Malaysians need to be brave if the current tailspin into backwardness and poverty is to be arrested and reversed. Otherwise, from becoming a developed country by 2020, we may well slip further in the ranks of the third world, economically overtaken by Vietnam and politically comparable to Myanmar. (by Wong Choon Mei)

Dua maut, manakala empat lagi dikhuatiri lemas ekoran perahu naga yang didayung terbalik di pukul ombak di perairan Pantai Macalum Pulau Pinang.

Mereka adalah antara 18 orang anggota pasukan perahu naga Sekolah Menengah Chung Ling yang terbabit dalam kejadian jam 8.45 pagi semalam itu.

Mayat guru penasihat pasukan itu, Chin Aik Siang, 28, dijumpai tersangkut pada perahu naga itu jam 10.20 pagi, manakala mayat Jason Ch'ng, 17, ditemui di bawah tongkang pada jam 2.45 petang. Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Pulau Pinang(HPP) untuk bedah siasat.

Empat pelajar yang belum ditemui ialah Brandon Yeoh, 17, Koh Yizhiang, 17, Cheah Zi Jun, 17 dan Yong Xiang, 16. Mereka bersama seorang guru dan dua jurulatih dari Penang Forward Sports Club menjalani latihan mendayung untuk perlumbaan perahu naga yang dijadualkan pertengahan tahun ini.

Sebelas mangsa berenang ke pantai berhampiran manakala seorang diselamatkan nelayan. Siasatan awal mendapati, beberapa pelajar terbabit dimaklumkan tidak memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan itu.

PERAHU membawa 17 pendayung Sekolah Menengah Chung Ling yang karam ditarik ke jeti Pantai Macalum, Pulau Pinang, semalam.

KLINIK 1MALAYSIA SEKADAR RETORIK

Posted by abewa Saturday, 16 January 2010 0 comments

Klinik 1Malaysia RM1.00 adalah retorik dan propaganda politik, malahan satu usaha modal lapuk Barisan Nasional.

Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng berkata,
bayaran perkhidmatan RM1.00 yang dikenakan menjadikan klinik itu tiada bezanya dengan perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sebelum ini.

Beliau mempertikai perkhidmatan di klinik tersebut kerana tiada penyeliaan doktor atau pakar perubatan bertauliah, sebaliknya dijalankan oleh pembantu perubatan dan jururawat biasa.

Chua berkata, kerajaan sepatutnya memperbaiki mutu perkhidmatan di hospital dan klinik sedia ada, dan bukan membazirkan RM10 juta wang rakyat untuk mewujudkan klinik itu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) sebelum ini mengkritik keputusan kerajaan melaksanakan klinik tersebut yang dikatakan sebagai membazir dan menjatuhkan standard dalam amalan perubatan.

Dr David K L Quek berkata, ia bertentangan dengan Akta Perubatan 1971 yang menggariskan tugas antara pembantu perubatan dan seorang doktor terlatih.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi mengingatkan hakim bahawa sebuah badan kehakiman yang adil dan saksama hanya boleh diasaskan sekiranya orang awam mempunyai keyakinan bahawa tidak ada sesiapa atau mana-mana pihak boleh mempengaruhi keputusan hakim.

Katanya jika hakim membenarkan keputusan mereka dipengaruhi oleh anggota kerajaan, ahli Parlimen atau sesiapa sahaja maka ia sama dengan amalan rasuah atau penyalahgunaan kuasa.

"Apabila ini berlaku, mereka mungkin memilih untuk mengabaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang dipikul. Mereka kemudian terbabit dalam perbuatan dan tindakan berdosa.

Zaki juga mengingatkan hakim supaya menyampaikan keputusan atau penghakiman dalam kes mahkamah kerana sebuah kes tanpa keputusan atau penghakiman disifatkan paling tidak adil berbanding membuat keputusan tidak tepat selepas mempertimbangkan fakta kes.

Keputusan kes rayuan DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin mengenai kesahihan Menteri Besar Perak sudahpun berlarutan lebih dua bulan sejak rayuannya dibuat pada 5hb November 2009. Jika benar demikian pendirian Ketua Hakim Negara kitu, maka elok benor lah keputusan kes Nizar itu diumumkan.

Ia telah secara langsung menjejaskan keyakinan orang ramai pada sistem kehakiman negara.

Isu kepengunaan kalimah Allah seharusnya telah lama dihentikan.. ditamatkan... ditutup. Noktah.

Ia tidak seharusnya dibiarkan berterusan menjadi polemik yang panas dan kontroversi. Perdana Menteri sebagai ketua negara seharusnya bijak menangani kes ini dan sejak awal menghentikannya daripada terus berkembang merebak.

Kini, selepas sepuluh gereja diserang, sebuah masjid di Sarawak mula menjadi sasaran kerja vandalisme. Perkembangan ini dikhuatiri boleh memburukkan lagi suasana.

DS Najib Razak mesti tegas.. jangan sepertimana pada mula kes ini bermula membiarkan demonstrasi dilakukan malahan membuat kenyataan bahawa kerajaan tidak menghalangi perbuatan seumpama ini. Ketidaktegasannya inilah seakan menunjukkan bahawa ia sebagai angkara dan perangkap Umno semata-mata.

Akibatnya, ia terus melarat dan melarat dan melarat. Benarlah jika demikian dibiarkan, maka isu ini kini menjadi mainan kerajaan untuk menghangatkan suasana. Ia umpama menjadi perangkap besar untuk memusnahkan musuh-musuh politiknya.

Mengapa kerajaan berpendirian bahawa Kristian di Sabah dan Sarawak dibolehkan mengguna kalimah itu , manakala di Semenanjung tidak diizinkan. Atas asas apakah ini semua? Berbelit-belit sungguh kabinet Najib membuat keputusan.

Ke manakah pakar-pakar rujuk agama dalam kabinet, para mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Mengapakah tidak dikeluarkan kenyataan yang benar sama ada benar ia menjadi kesalahan atau dibolehkan dalam kemurniaan agama Islam itu sendiri. Mengapa senyap dan sunyi tanpa berita.

Isu ini kini membesar dan merebak sehingga ke peringkat antarabangsa. Ambil lah pendekatan berasaskan lunas-lunas agama. Majlis Fatwa keluarkan pendirian yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik agar dapat dipatuhi semua. Namun sehingga ini diam, diam dan diam. Mengapa ?

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang cuba mencetuskan situasi huru-hara.


PAMERAN UNTUK SEBARKAN INFO PAKATAN RAKYAT

Posted by abewa Thursday, 14 January 2010 0 comments

PAS Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan menganjurkan Karnival Penang Harmoni, Muhibbah dan Berintegriti dalam usaha menyalurkan maklumat sepanjang dua tahun Pakatan Rakyat memerintah.

Pelbagai pihak akan terlibat pada karnival yang dianjurkan secara pameran statik dan persembahan serta ceramah sepanjang program selama seminggu bermula 1 Februari ini.

Program anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang itu akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kata ketua Penerangan PAS negeri, Zulkifly Ishak.

Program itu akan dirasmikan Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Selain pidato oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, pengunjung juga boleh mendapat info melalui pameran yang diadakan.

Peniaga yang berminat bolehlah menghubungi ketua bahagian gerai program itu, Redhwan Othman di talian 013-4362559 untuk mendapatkan ruang niaga.

Foto ini mungkin mencuit hati dan naluri anda.

Pemangku Raja Kelantan Tengku Mohammad Faris Petra mengimami solat hajat, manakala makmumnya termasuk MB Kelantan TGNA dan Datuk Husam Musa.

Beginilah yang dikatakan sebagai Ketua agama dan adat istiadat negeri.



Tengku Muhammad Faris mengetuai bacaan doa.
Amin. Amin. Amin.

KDN DOUBLE STANDARD DALAM MENGAWAL KESELAMATAN

Posted by abewa Tuesday, 12 January 2010 0 comments

Sekumpulan peguam dari Sarawak menggesa dijalankan siasatan bebas terhadap kemungkinan wujudnya elemen politik yang memainkan peranan dalam insiden serangan ke atas gereja baru-baru ini.

Kumpulan itu diketuai Chong Chien Jen yang juga ahli parlimen DAP bagi Bandar Kuching, turut membidas kementerian keselamatan dalam negeri yang didakwa gagal menangani isu itu dengan berkesan.

"Kita mengecam sikap 'double standards' yang diamalkan Kementerian Dalam Negeri yang tidak menghalang demonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi (mengenai isu Allah)," katanya pada sidang akhbar.

Di samping itu, mereka juga menggesa supaya ditubuhkan majlis antara agama dan mengadakan dialog antara agama untuk memupuk sikap tolak ansur dalam soal agama dan menjamin keamanan.

Mereka juga menegaskan bahawa semua bangsa mempunyai hak untuk menyebarkan agama sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan.

Pengerusi Anak-anak Muda Islam Selangor (Amis), SD Mohd Johari Yasin mengakui beliau terbabit dalam membawa kain rentang "Khalid Samad Peliwat Agama" semasa demonstrasi menentang penggunan kalimah Allah oleh bukan Islam di Shah Alam, Jumaat lepas.

"Ya, kami yang bawa kain rentang itu," katanya sambil menegaskan ia sebagai bantahan terhadap ahli parlimen Shah Alam itu yang didakwanya bersetuju kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Namun Johari menafikan mengenali individu yang berucap yang memperkenalkan dirinya sebagai Suhaimi Shafie yang melaungkan "bakar gereja" semasa protes anjuran Amis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu.

Suhaimi (foto) yang memakai jubah putih turut memberi kenyataan dalam sidang media tersebut, tegasnya tetapi menambahkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana Suhaimi tiba-tiba muncul pada sidang media itu.

"Kami ingin tegaskan, dia tidak mewakili kita. Kami tidak tahu dia (mewakili) kumpulan mana. Dia cuma beritahu, dia adalah orang awam yang marah dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Dia juga beritahu kami, dia tinggal di kawasan berdekatan dan merupakan ahli kariah masjid negeri," kata Johari.

"Kami nampak dia agresif sangat dan terlalu beria-ria. Kami dapati kenyataannya (dalam ucapan dan sidang akhbar) terlalu agresif dan tidak selari dengan pendirian Amis. Sebab itu kami cepat-cepat hentikan sidang media selepas itu," katanya.


HERALD DIGESA GUGUR TUNTUTAN GUNA KALIMAH ALLAH

Posted by abewa Sunday, 10 January 2010 0 comments

Majlis Jaksa Pendamai Malaysia menggesa akhbar mingguan Herald menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah “Allah” berikutan perkembangan yang semakin membimbangkan hingga mengakibatkan tujuh gereja dibakar.

Presidennya Datuk Clarence Bongkos Malakun berkata, sudah tiba masanya masyarakat Kristian khususnya Katholik membuat penilaian kepada keadaan sekarang demi keselamatan dan ketenteraman awam supaya dengan senang hati menggugurkan perkataan Allah untuk menenangkan saudara Islam.

“Daripada terus mendesak hak untuk menggunakan perkataan Allah adalah lebih baik jika Katolik hanya menggunakan perkataan “Tuhan” atau “Tuhan Yang Maha Kuasa. Biarlah saudara Islam kita sahaja yang menggunakan perkataan Allah untuk kebajikan supaya kita dapat hidup aman damai dan harmoni di Malaysia,” kata beliau.

Clarence berkata, Kristian di negara ini tidak sama seperti diamalkan di Indonesia, Mesir, Iraq atau Yemen kerana Malaysia mempunyai perlembagaan berbeza.

Tidak harus bagi kita mempertikai yang Allah biasa digunakan oleh masyarakat Kristian di negara luar kerana kita berada di Malaysia, jadi kita harus patuhi semua undang-undang dan peraturan. Adakah kalau kita atau pihak gereja tidak gunakan perkataan Allah maka secara tiba-tiba para pengikut agama Kristian akan bertambah atau berkurang 10 kali ganda."

Kickdfella, penulis blog diancam kapak terbang, dipercayai ekoran penulisannya yang sering melaporkan kononnya pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melakukan perkara negatif.

Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.00 malam tadi di rumahnya di Demit, Kota Bharu.

"Ketika sedang membancuh air di dapur, saya dengar bunyi yang kuat daripada luar rumah. Saya lihat melalui tingkap, ada sebuah kereta di hadapan rumah saya.

"Saya pun keluar untuk melihat apa yang berlaku tetapi kereta itu terus bergerak. Lepas itu saya nampak cermin kereta saya pecah dibaling dengan kapak," katanya.

UMNO BUKAN PARTI PERKAUMAN, KATA NAJIB

Posted by abewa Saturday, 9 January 2010 0 comments

Jangan tuduh Umno Umno terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin. Umno tidak harus dipersalahkan kerana Umno bukan parti bersifat perkauman yang mahu merampas dan mengetepikan hak kaum lain di negara ini.

Demikian luahan kata Presiden Umno DS Najib Razak.
Untuk refresh memory semua.. Umno ialah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION.

Jelaslah, la ni Najib terasa Umno adalah unsur-unsur parti perkauman sehingga terpaksa menafikannya, lalu Umno mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan menghukum dalang yang terbabit dengan kejadian itu.

Kini bersiap-siaplah mereka yang berkenaan, kerana pasti bukan orang Umno yang akan ditahan atau diberkas... akan berkuburlah Umno yang sudahpun hampir kelemasan jika yang ditahan itu ahli Umno atau BN.

"Jadi, apabila berlaku apa-apa insiden, jangan tuding jari kepada Umno mengatakan parti ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno jahat.


Tun Dr Fatimah Hashim, 85, wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia, meninggal dunia di rumahnya pada 11.35 malam tadi kerana sakit tua.

Anak beliau, Abdul Karim Abdul Kadir berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Zuhur hari ini di Masjid Negara iaitu bersebelahan pusara suaminya, Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang dan Pembangunan Negara.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Masjid Negara. Allahyarham meninggalkan 6 anak. Allahyarham dilahirkan di Kampung Parit Kurma, Muar, Johor pada 25 Disember 1924 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Perempuan Mersing, Johor sebelum memulakan kerjaya sebagai guru.

Allahyarham Fatimah yang dilantik sebagai Menteri Kebajikan pada 20 Mei 1969 hingga 1 Mac 1973, memasuki arena politik pada 1947 dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Kaum Ibu Umno yang kini dikenali sebagai Wanita Umno pada 11 September 1956 hingga Jun 1972.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan Naib Presiden Umno sebanyak tiga penggal mulai 1963 hingga 1967.Pada 19 Ogos tahun lepas, Allahyarham dipilih sebagai seorang daripada empat rakyat Malaysia yang terkemuka dan cemerlang untuk menerima Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti.

SURATKHABAR SEMAKIN TAK LAKU

Posted by abewa Friday, 8 January 2010 0 comments

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) menggesa pemilik media cetak supaya menilai semula operasi dan mengambilkira realiti semasa koran kemerosotan edaran dan kehilangan pembaca yang beralih kepada media alternatif.

Menurut kenyataan Majlis Eksekutif NUJ, akhbar sedang berdepan cabaran dari portal berita dan blog yang menyediakan kepada orang ramai berita dan pandangan yang sama ada tidak disiarkan atau tidak diberi keutamaan di media cetak.

Oleh itu, tambahnya, persoalannya ialah sama ada akhbar semakin kehilangan relevannya dalam membentuk pendapat awam mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada negara dan rakyat.

"Malah, industri persuratkhabaran sedang berdepan dengan krisis kredibiliti, ekoran wujudnya kecenderungan untuk membandingkan berita-berita yang dimuat dalam akhbar, dengan yang disiarkan oleh media alternatif," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, orang sudah berhenti membaca surat akhbar kerana mereka rasa ia tidak lagi menawarkan nilai bagi wang yang dibelanjakan untuk membelinya - satu kecendurungan yang ketara, terutama selepas pilihan raya umum 2008.

Oleh itu, katanya, pemilik media mesti memberi perhatian terhadap persekitaran semasa dan membuat penilaian semula secara jujur untuk menyekatkan kemerosotan tersebut yang memberi kesan kepada kehidupan wartawan, editor, jurugambar dan kakitangan sokongan yang lain.

Menurut NUJ, ketika parti-parti politik sedang mengusahakan perubahan dan mengambil langkah-langkah untuk memenuhi tuntutan pengundi, industri media pula masih terperangkap dalam kepompong masa.

"Pemilik media mesti menyedari bahawa pembaca merupakan pengguna yang mempunyai pilihan dan altenatif untuk mendapatkan maklumat. Jika keadaan semasa ini dibiarkan berterusan, maka akan tiba masanya apabila akhbar akan kehilangan peranannya sebagai penyedia maklum balas kepada kerajaan.

Seperti diduga kerajaan kini memberi amaran akan mengguna ISA untuk menghalang ketegangan rakyat yang bermula ekoran perhimpunan menentang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar kristian katolik.

Peliknya mengapa dibiarkan ada demonstrasi dan sebagainya. Tegahlah daripada awal...


Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini, malah sedia menggunakan ISA untuk menghalangnya.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga membangkitkan rasa bimbang. Saya jamin keselamatan bukan hanya kaum minoriti tetapi sesiapa pun di Malaysia termasuk warga asing. Keselamatan adalah teras tanggungjawab dalam urusan kementerian ini," katanya.

Beliau mengulas mengenai insiden cubaan membaling bom buatan sendiri di tiga gereja iaitu di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.

"Ini bukan hal politik dan ini juga bukan hal peribadi tetapi melibatkan keselamatan dan jika terpaksa dan keadaan menjadi lebih teruk, kita tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk ISA.

"Tindakan itu juga termasuk mereka yang melakukan demonstrasi yang boleh mencetuskan kekacauan. Ini penting dalam memastikan tiada sesiapa bertindak mengikut emosi," kata Hishammuddin.

Yang menghairankan ialah mengapa PM DS Najib Razak tidak menghalang usaha mengadakan demonstrasi aman selepas solat jumaat hari ini. Mengapa perlu dibiarkan, mengapa Perdana Menteri tidak menegahnya. Apa tujuannya...

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kawalan keselamatan di gereja di seluruh negara dipertingkatkan dengan polis mengadakan rondaan yang lebih kerap.

"Kita juga sedang mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam insiden itu, namun siasatan awal mendapati kejadian itu tidak dirancang secara rapi dan dilakukan oleh individu yang terlalu emosional," katanya.

Beliau berkata insiden pertama berlaku pada kira-kira pukul 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Katanya, berikutan itu berlaku kebakaran yang mengakibatkan kerusi dan buku-buku agama di tingkat bawah bangunan tiga tingkat itu musnah.

"Seorang pengawal keselamatan telah menyaksikan insiden tersebut dan kita sedang mengambil keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan terutama untuk mengenal pasti individu terbabit dan motosikal yang digunakan," katanya.

Musa berkata kejadian kedua berlaku di Gereja Assumption di Petaling Jaya pada kira-kira pukul 4 pagi dan Gereja Chapel, Damansara turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab kira-kira pukul 9 pagi.


Beliau berkata bagaimanapun bom petrol dalam botol yang dibaling oleh lelaki bermotosikal ke dalam dua-dua gereja itu tidak pecah dan tidak mengakibatkan kebakaran.

Hishammuddin turut meminta pihak gereja menghubungi polis atau beliau sendiri jika terdapat ancaman ugutan atau perkara yang mencurigakan berlaku.

Semalam sahaja, saya mendapat satu panggilan telefon kira-kira pukul 6 petang daripada pihak sebuah gereja yang memaklumkan mereka menerima ugutan daripada pihak tertentu.

Justeru saya menasihati semua pihak gereja membuat laporan polis jika diugut atau terus menghubungi talian 019 28 23 701 agar polis boleh bertindak segera," katanya.

Sementara itu, Musa berkata polis turut memantau laman web yang didapati menjadi batu api dengan menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang dan mengajak mereka untuk berhimpun secara haram.

Katanya, polis tidak teragak-agak untuk menahan penulis-penulis blog yang sengaja mencetuskan rasa tidak senang dan kemarahan orang ramai di bawah Akta Hasutan