si kuda dan lembu lembu

Posted by abewa Thursday, 31 December 2009
Thumbelina (kiri) di samping spesis normal-Foto thatsweird.net (Mstar online)

Ketinggiannya hanya 17 inci (0.4318 meter) dan seberat 60 paun (22.39 kilogram). Thumbelina, seekor kuda kerdil yang cantik. Thumbelina diiktiraf sebagai kuda terkecil di dunia oleh Guinness Book of Records pada tahun 2006 ketika ia berumur lima tahun.

Thumbelina dilahirkan seberat 8lb (3.629kg) hasil kacukan 'kuda kerdil' di St. Louis, Amerika Syarikat. Pada kebiasaannya, kuda kerdil mencapai berat 250 lb (113.4 kilogram) dan tinggi 34 inci (0.8636 meter) apabila besar.

Perhatikan pula foto di bawah ini (Berita Harian online). Lain benar kisahnya daripada si Thumbelina yang kecil molek tu, dua ekor lembu disumbat ke tempat duduk belakang sebuah proton iswara, hasil kerjabuat si pencuri. Kejadian ini dirakam di tepi jalan di Paya Kemunting, Jitra.

Terfikir juga bagaimana, si pencuri yang panjang akal ini boleh memasukkan lembu ke dalam kereta ini. Nampaknya rakyat Malaysia semakin kreatif mencuri... selepas sedekad memasuki abad ke 21.

dengar khabar dari alhusseyn dan ajijoi, esok ada seekor lembu betina nak mengamuk di surau. .. apa hal lak. kita tunggu esok



0 comments

Post a Comment