2009 akan melabuh tirai dan ini bermakna sudah lebih dua tahun PAS/Pakatan Rakyat melalui zaman gemilang hasil kemenangan pada PRU12. Angka 13 bagi sesentengah pihak pula cuba dielakkan kerana dipercayai membawa kecelakaan. Ya celaka pada Umno/BN ataupun memalapkan kembali kegemilangan PAS/Pakatan Rakyat.
Elok ler diukur baju,.. masih padan, atau sudah ketat maupun kurus selepas lebih 2 tahun bersorak merayakan kegemilangan PRU12. Dalam tempoh itu juga nampaknya pelbagai masalah diharungi PAS/Pakatan Rakyat, hasil nukilan Umno/BN yang sentiasa berusaha meresahkan rakyat kononnya PAS/PR itu dangkal memerintah.
Strategi Umno/BN menimbulkan keraguan atau keresahaan rakyat agar tidak menyakini bahawa PAS/PR itu mampu memerintah memang ada kesannya. Umno/BN berusaha menerapkan dalam benak dan kepala rakyat yang berubah memangkah PAS/PR pada PRU12 bahawa PAS dan rakan-rakannya kurang berilmu memerintah.
UMNO/BN juga berusaha menerapkan dalam benak dan kepala rakyat bahawa pakatan rakyat tidak akan berjaya. Usaha untuk menakutkan pengundi Cina bahawa PAS itu ektremis Islam, kelihatan ternyata sudah gagal, dan kini Umno/PAS hanya mempunyai satu sahaja senjata lagi iaitu mempengaruhi Melayu bahawa DAP itu anti Melayu daqn anti Islam.
Manakala Parti Keadilan Rakyat pula tidak mempunyai asas perjuangan dan hanya sekadar parti menumpang. Usaha mencemarkan terus kredibiliti DS Anwar Ibrahim dilakukan agar rakyat tidak mempercayai keupayaan PKR.
DS Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam tempoh seawal 2011. Lantaran itu PAS/PR hanya mempunyai waktu setahun untuk memperkemaskan diri. Ingatlah nampak sekarang Umno/BN berada pada persepsi terbaik pada mata masyarakat. PAS/PR pula begitu defensif pada akhir-akhir ini.. iyang secara tidak langsung menunjukkan bahawa momentum Umno/BN pada keadaan lebih baik.
Senario ini perlu diubah, PAS/PR kena bangun dari diulit mimpi kemenangan PRU12 jika berhasrat meneruskan kegemilangan pada Pru12.
Apakah DS Anwar Ibrahim akan bersama PR pada PRU13 kerana kebersamaannya pada PRU12 ternyata banyak merobek luka pada Umno/BN.
Semuanya perlu dilihat dengan mata yang luas. Ayuh persiapan diri

apa yang che anwar beritahu dalam mesyuarat blogger semalam memang tidak dinafikan kebenarannya....
pada penilaian saya .....sosio ekonomi dunia akan bertambah teruk sebaik sahaja tirai 2010 menaikan tirainya dengan susulan crisis di dubai yang kini berjaya diselamatkan belum tentu dapat menstabilkan sosio ekonomi dunia umumnya dan asia khususnya malaysia..
p.s: penelitian terhadap senarai tanda tanda kiamat kecil semakin banyak yang menjadi kenyataan,dalam tempoh kurang daripada 10 tahun lagi akan muncul tanda tanda kiamat besar,,,,,kecelakaan umno MUNGKIN salah satu daripadanya.....