Selamat menyambut tahun 2010 dan mulailah menikmati sama kenaikan harga barangan makanan terutamanya, selaras dengan kenaikan harga gula dan keputusan kerajaan 1Malaysia untuk tidak memberi subsidi bagi roti.
Ini bererti harga roti akan naik.
Ke mana perginya menteri yang menguruskan hal ehwal ini, mengapa kali ini membiarkan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom yang mengumumkan perkara glamour ini.
Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen satu kg kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.
Patutler bekalan gula berkurangan kawasan utara.

Mohd Zain berkata, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Memandangkan harga gula mentah dunia telah naik dengan tinggi khususnya mulai bulan Ogos dari 14-16 sen US bagi satu paun, telah meningkat ka 27 sen US, maka kerajaan perlu menaikkan harga gula," katanya kepada pemberita hari ini.
Katanya, kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).
Katanya berdasarkan analisis kementerian, kesan kenaikan harga ke atas produk berasaskan gula adalah sangat minimum iaitu kira-kira 1 sen seperti bagi minuman dalam tin dan secawan teh tarik.

0 comments