sampai bila sidang DUN Perak akan bercelaru

Posted by abewa Saturday, 31 October 2009
Apa jua usaha AMNO/BEE END untuk berkuasa dan terus mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan Negeri Perak,... satu perkara wajar merekaq fikirkan ialah apakah persidangan DUN Perak akan terus berlangsung seumpama sessi 28 Oktober lepas.

Persidangan DUN 28 Okt tersangat kotor kerana campurtangan luar sehingga menafikan hak ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat. Namun begitulah yang dimahukan Amno/Bee End dalam usaha provokasi dan keterdesakannya meluluskan bajet 2010.

Campur tangan luar begitu jelas berlaku. Pertama kawalan dan campur tangan polis tersangat ketara (malahan melampau) sama ada di luar mahupun di dalam dewan berkenaan. Ia secara langsung mencemari imej satu institusi legislatif yang bebas dan merdeka dalam negara.

Usul Bee End untuk meluluskan segera bajet berkenaan juga amat menghairankan sehingga ia tidak didebatkan. Ia diusul dan diluluskan. Agaknya inilah pertama kali satu usul untuk meluluskan bajet dalam kadar waktu terlaju meskipun melibatkan ratusan jutaan ringgit wang rakyat. Ia boleh dipertikaikan kesahihannya daripada segi undang-undang.

Bajet itu tidakpun habis dibaca atau dibentangkan oleh Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Ia dibaca separuh jalan dan terus diusul untuk diluluskan dan tiap kali usul dibaca ia terus disokong untuk diluluskan.

Tiada siapapun yang membahaskan bajet itu. Tiada siapapun yang memberi perhatian pada apa yang dibajetkan. Pada kebiasaannya sekurang-kurangnya satu jam untuk membentangkan bajet. Itu tidak termasuk waktu usul dan bahas, yang biasanya memakan masa sehari dua.

Namun Zambry hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk membentangkannya, mengusul dan mendapat kelulusan DUN.

Bukan itu sahaja yang menimbulkan kesangsian, malahan kehadiran ratusan pegawai dan anggota polis kurang menyenangkan. Adun PR ternyata terpaksa melalui pelbagai tekanan yang mengaibkan. Mereka diperiksa pada beberapa pintu kawalan polis. Segalanya dirampas termasuk hanfon, laptop dan kamera. Itu semua untuk mengelakkan apa-apa rakaman insiden yang bakal mereka lakukan.

Speaker V. Sivakumar dikasari dan direntap jubahnya. Manakala dalam dewan pula, puluhan anggota polis, selain kira-kira 20 orang mengawal hadapan Speaker BN Ganesan. Kelihatan satu kamera litar pintas merakamkan setiap detik kejadian dalam dewan itu.

0 comments

Post a Comment