KETETAPAN MENJADI TERAS KERJASAMA PAKATAN RAKYAT

Posted by abewa Saturday, 31 October 2009
IPOH: Sepuluh ketetapan Konvensyen Pakatan Rakyat yang diisytiharkan di sini semalam adalah teras kerjasama, perjuangan dan usaha memperkukuhkan permuafakatan Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan nasional.

Selaras dengan itu juga, kepimpinan PAS, DAP dan PKR peringkat negeri sebulat suara menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan (MMP) dengan tekad menghapuskan prasangka sesama rakan PR bagi menghadapi pilihanraya akan datang, kata MB PR, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

MMP akan menyelesaikan apa jua cabaran dalam PR secara kolektif dan akan berusaha meningkatkan hubungan sesama rakyat di pelbagai peringkat, selain memainkan peranan untuk menyampaikan penerangan secara bersama.

ImagePR juga menetapkan untuk memastikan kriteria pemilihan calon ADUN dan Parlimen yang lebih berwibawa dan berintegriti bagi memberi impak.

PR Perak juga bersetuju menjadikan prinsip 5K - Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan amalan.

Di samping itu, PR Perak mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat segera didaftarkan di peringkat nasional dengan menggunakan suatu logo.

Yang turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi DAP Negeri Datuk Ngeh Koo Ham dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub.

0 comments

Post a Comment