KONVENSYEN MEMBERI NAFAS BARU DAN KEKUATAN PADA PAKATAN RAKYAT

Posted by abewa Saturday, 31 October 2009


IPOH: Konvensyen Pakatan Rakyat yang julungkali diadakan di sini hari ini ternyata memberi nafas baru kepada tiga komponen parti dalam pakatan itu yang saban waktu diterjah ujian pelbagai kemelut dalaman.

Ia secara langsung memberi kekuatan dalam kerjasama antara tiga komponen parti PR.

Konvensyen itu diadakan tepat pada waktunya untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan PR. Lebih 600 perwakilan dari PKR, DAP dan PAS hadir.

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi pembuka bicara konvensyen itu turut merangka kronologi peristiwa yang menzahirkan kerjasama PR.

Beliau berkata, kemenangan pada PRU12 lepas dengan jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak dapat ditumpaskan selagi PAS, DAP dan PKR tidak bekerjasama dan berjuang berasingan.

PR, memberikan kekuatan dan suara yang lebih kuat untuk mewakili rakyat, katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ketika membentangkan kertas kerjanya pula berkata, korupsi dalam kerajaan BN jelas tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru membabitkan kerugian ribuan juta ringgit termasuk RM1.14bilion dalam projek landasan berkembar keretapi Rawang-Ipoh.

Pada sidang media kemudian, Lim berkata konvensyen itu adalah langkah permulaan bagi semua kompoen PR untuk merangka strategi dan pelan baru untuk faedah rakyat.

Menteri Besar Kelantan TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan ucapan penutup.

0 comments

Post a Comment