KETETAPAN MENJADI TERAS KERJASAMA PAKATAN RAKYAT

Posted by abewa Saturday, 31 October 2009 0 comments

IPOH: Sepuluh ketetapan Konvensyen Pakatan Rakyat yang diisytiharkan di sini semalam adalah teras kerjasama, perjuangan dan usaha memperkukuhkan permuafakatan Pakatan Rakyat di peringkat negeri dan nasional.

Selaras dengan itu juga, kepimpinan PAS, DAP dan PKR peringkat negeri sebulat suara menubuhkan Majlis Muafakat Pakatan (MMP) dengan tekad menghapuskan prasangka sesama rakan PR bagi menghadapi pilihanraya akan datang, kata MB PR, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

MMP akan menyelesaikan apa jua cabaran dalam PR secara kolektif dan akan berusaha meningkatkan hubungan sesama rakyat di pelbagai peringkat, selain memainkan peranan untuk menyampaikan penerangan secara bersama.

ImagePR juga menetapkan untuk memastikan kriteria pemilihan calon ADUN dan Parlimen yang lebih berwibawa dan berintegriti bagi memberi impak.

PR Perak juga bersetuju menjadikan prinsip 5K - Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan amalan.

Di samping itu, PR Perak mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat segera didaftarkan di peringkat nasional dengan menggunakan suatu logo.

Yang turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi DAP Negeri Datuk Ngeh Koo Ham dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub.

IPOH: Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan pada Jumaat depan, kata YB Nga Kor Ming pada konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel Syuen semasa sessi tertutup.

Beliau berkata demikian berasaskan keputusan perbicaraan kes MB PR Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin vs DS Dr Zambry AK di Mahkamah Persekutuan pada Khamis. depan.

Jika keputusan Mahkamah Persekutuan itu memihak Nizar, maka keesokan harinya Pakatan Rakyat akan memohon pada Paduka Seri Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN untuk mengembalikan hak kepada rakyat Perak memilih kerajaan.

Selaras dengan itu, para pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat diminta bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut.


IPOH: Konvensyen Pakatan Rakyat yang julungkali diadakan di sini hari ini ternyata memberi nafas baru kepada tiga komponen parti dalam pakatan itu yang saban waktu diterjah ujian pelbagai kemelut dalaman.

Ia secara langsung memberi kekuatan dalam kerjasama antara tiga komponen parti PR.

Konvensyen itu diadakan tepat pada waktunya untuk mengenalpasti kelemahan dan kekuatan PR. Lebih 600 perwakilan dari PKR, DAP dan PAS hadir.

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menjadi pembuka bicara konvensyen itu turut merangka kronologi peristiwa yang menzahirkan kerjasama PR.

Beliau berkata, kemenangan pada PRU12 lepas dengan jelas membuktikan bahawa kerajaan BN tidak dapat ditumpaskan selagi PAS, DAP dan PKR tidak bekerjasama dan berjuang berasingan.

PR, memberikan kekuatan dan suara yang lebih kuat untuk mewakili rakyat, katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ketika membentangkan kertas kerjanya pula berkata, korupsi dalam kerajaan BN jelas tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru membabitkan kerugian ribuan juta ringgit termasuk RM1.14bilion dalam projek landasan berkembar keretapi Rawang-Ipoh.

Pada sidang media kemudian, Lim berkata konvensyen itu adalah langkah permulaan bagi semua kompoen PR untuk merangka strategi dan pelan baru untuk faedah rakyat.

Menteri Besar Kelantan TG Datuk Nik Aziz Nik Mat menyampaikan ucapan penutup.

Apa jua usaha AMNO/BEE END untuk berkuasa dan terus mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan Negeri Perak,... satu perkara wajar merekaq fikirkan ialah apakah persidangan DUN Perak akan terus berlangsung seumpama sessi 28 Oktober lepas.

Persidangan DUN 28 Okt tersangat kotor kerana campurtangan luar sehingga menafikan hak ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat. Namun begitulah yang dimahukan Amno/Bee End dalam usaha provokasi dan keterdesakannya meluluskan bajet 2010.

Campur tangan luar begitu jelas berlaku. Pertama kawalan dan campur tangan polis tersangat ketara (malahan melampau) sama ada di luar mahupun di dalam dewan berkenaan. Ia secara langsung mencemari imej satu institusi legislatif yang bebas dan merdeka dalam negara.

Usul Bee End untuk meluluskan segera bajet berkenaan juga amat menghairankan sehingga ia tidak didebatkan. Ia diusul dan diluluskan. Agaknya inilah pertama kali satu usul untuk meluluskan bajet dalam kadar waktu terlaju meskipun melibatkan ratusan jutaan ringgit wang rakyat. Ia boleh dipertikaikan kesahihannya daripada segi undang-undang.

Bajet itu tidakpun habis dibaca atau dibentangkan oleh Datuk Dr Zambry Abdul Kadir. Ia dibaca separuh jalan dan terus diusul untuk diluluskan dan tiap kali usul dibaca ia terus disokong untuk diluluskan.

Tiada siapapun yang membahaskan bajet itu. Tiada siapapun yang memberi perhatian pada apa yang dibajetkan. Pada kebiasaannya sekurang-kurangnya satu jam untuk membentangkan bajet. Itu tidak termasuk waktu usul dan bahas, yang biasanya memakan masa sehari dua.

Namun Zambry hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk membentangkannya, mengusul dan mendapat kelulusan DUN.

Bukan itu sahaja yang menimbulkan kesangsian, malahan kehadiran ratusan pegawai dan anggota polis kurang menyenangkan. Adun PR ternyata terpaksa melalui pelbagai tekanan yang mengaibkan. Mereka diperiksa pada beberapa pintu kawalan polis. Segalanya dirampas termasuk hanfon, laptop dan kamera. Itu semua untuk mengelakkan apa-apa rakaman insiden yang bakal mereka lakukan.

Speaker V. Sivakumar dikasari dan direntap jubahnya. Manakala dalam dewan pula, puluhan anggota polis, selain kira-kira 20 orang mengawal hadapan Speaker BN Ganesan. Kelihatan satu kamera litar pintas merakamkan setiap detik kejadian dalam dewan itu.

Bee-end tidak perlu mendabik dada, merasa angkuh serta begitu yakin bahawa kemenangan di Bagan Pinang sebagai petanda rakyat telah kembali menyokong, kata Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata jangan mendabik dada dan angkuh dengan kemenangan di Bagan Pinang kerana sebelum itu sudah tujuh pilihan raya kecil diungguli pembangkang.

"Kemenangan di Bagan Pinang wajar dijadikan rujukan dan memberikan keinsafan... Rakyat berkehendakkan calon berjiwa rakyat, kata beliau.

Beliau juga berkata gagasan 1 Malaysia boleh mengundang padah dan kehancuran pada Bee-End jika tersilah langkah dalam melaksanakannya.

"Keikhlasan dan kejujuran dalam menzahirkan gagasan 1Malaysia, (hendaklah) berdasarkan qualification (kelayakan) dan bukan 'kulitfication' (warna kulit), amat penting bagi mengerakkan negara supaya lebih maju dan makmur," kata Tan.

Kira-kira 50 anggota Pemuda Gerakan berdemonstrasi membantah kenyataan ahli parlimen BN Seri Gading Datuk Mohamad Aziz yang meminta presiden parti itu TS Koh Tsu Koon meletakkan jawatan kerana kononnya gagal melaksanakan tugas.

Diketuai timbalannya, Oh Teong Keong, mereka berkumpul di lobi bangunan PGRM di Cheras.

Mereka membawa beberapa sepanduk dan kain rentang, selain melaungkan jeritan anti-Mohamad..

Oh berkata, dewan tertinggi BN patut mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat Umno itu kerana Mohamad tidak sepatutnya mengguris perasaan rakan sendiri.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Koh berkata, beliau tidak tercalar dengan gesaan Mohamad itu.

"Jawapan saya ialah tidak. Itu adalah salah. Kami tidak akan terganggu. Kami komited terhadap apa yang kami mahu lakukan.

BAPA MANGSA JAMBATAN MAUT MENINGGAL

Posted by abewa Thursday, 29 October 2009 0 comments

KAMPAR: Mungkin tiada kata yang dapat mengambarkan betapa tragis dan malangnya keluarga mangsa tragedi jambatan maut...yang dimomokan keindahan program 1Malaysia apabila hari ini bapa kepada salah seorang mangsa itu turut meninggal dunia.

Begitulah tragisnya permulaan 1Malaysia ... setelah nyawa anakanda tercinta N Dina Deve, 11, direntap dua hari lepas, bapa kanak-kanak berkenaan, T Nathan, 45, pula meninggal dunia pagi tadi.

Kehilangan Dina benar-benar meragut kebahagiaan Nathan ... luluh jiwa dan raganya sehingga tak terdaya menjamah makan dan minum.

Nathan dipaksa kemasukan air melalui drip di lengannya, namun pagi tadi, kesengsaraan Nathan itu terlerai apabila dia menghembuskan sisa nafas di rumahnya di Mambang Di Awan, dekat sini selepas beberapa hari menanggung kesedihan.

N Dina mati kelemasan setelah terjatuh ke dalam sungai Kampar apabila jambatan gantung yang dititi bersama-sama 22 rakannya yang menyertai kem 1 Malaysia itu runtuh.

Tiga orang maut ekoran tragedi itu. Dua lagi mangsa ialah M Davadharshin, 11, dan V Diryasree Vasudevan, 12. Mereka adalah murid-murid SJK Tamil Gopeng.

Selepas menerima khabaran kematian anaknya, Nathan dilaporkan luloh sehingga tidak terdaya makan dan minum, lalu dipaksa menerima kemasukan air melalui drip dan berehat sepenuhnya di rumahnya.

Isteri mendiang, S Mogana kini juga terlalu tertekan sehingga enggan menemui wartawan untuk meluahkan kesedihannya. Keluarga ini masih mempunyai dua anak lelaki iaitu berumur sembilan dan 17 tahun.

Jambatan gantung itu baru sahaja dibina kira-kira seminggu sebelum program yang menghimpunkan 300 kanak-kanak itu. Menurut laporan, ia disumbangkan secara 'percuma' oleh satu syarikat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin bagaimanapun berkata, kem bina semangat semacam ini akan tetap diteruskan bagi menjayakan program 1Malaysia yang bermula dengan meragut 3 nyawa.


gambor pinjam dari topeng perak unmasked. nanti kome claim ler

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah
, yang diselubungi pelbagai spekulasi sejak beberapa bulan lepas termasuk bakal menyertai Umno, mengesahkan melompat keluar PKR.


Badrul yang sejak sekian lama menjadi duri dalam daging dengan menimbulkan pelbagai masalah dalaman pada PKR termasuk tidak menjalankan amanah sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

TEE KEAT DAN TSU KOON ELOK LETAK JAWATAN PRSIDEN PARTI

Posted by abewa Wednesday, 28 October 2009 0 comments

UMNO menggesa Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon meletakkan jawatan masing-masing sebagai presiden parti komponen BN.

Ahli Parlimen Sri Gading (BN), Datuk Mohamad Aziz berkata, Teek Keat dan Tsu Koon hendaklah meletakkan jawatan masung-masing sebagai Presiden MCA dan Presiden Gerakan.

Beliau dengan tegas meminta mereka meletakkan jawatan sebagai mempertahankan bermaruah.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini.

KUALA LUMPUR: Satu seminar khas akan diadakan bagi membincangkan halatuju PAS, selaras dengan keputusan sebulat suara mesyuarat khas Jawatankuasa Pas Pusat, kata Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata keputsan itu mengambil kira pandangan Mursyidul Am sendiri yang seboleh-bolehnya menggesa agar diadakan sesuatu untuk mengumpulkan akar umbi.

Seminar itu yang dijangka dihadiri 1,000 perwakilan itu akan diadakan pada 7 November di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah Pas Puat, Taman Melewar, Kuala Lumpur, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan bersama-sama barisan pesuruhjaya negeri yang berlangsung lebih empat jam.

Mesyuarat khas itu diadakn ekoran Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz mencadangkan supaya EGM diadakan kononnya bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Ketika ditanya sama ada TGNA memberi penjelasan mengenai dakwaan kononnya ada kalangan pemimpin PAS cuba melakukan penyatuan dengan Umno, Abdul Hadi berkata: "Itu tidak ada, tuduhan itu tidak ada, beliau dah jelaskan... beliau puas hati."

Abdul Hadi juga berkata, mesyuarat juga mengarahkan jawatankuasa disiplin parti dipengerusikan Dato Tuan Ibrahim Tuan Mat menyiasat beberapa tuduhan terhadap PAS Selangor.

Image Selain itu, Abdul Hadi berkata, isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Yang turut hadir pada sidang media itu adalah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Ketua Pemuda, Nasrudin Hassan Tantawi.


Adun Pakatan Rakyat sengaja dihalang memasuki menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada peringkat awal persidangan bagi membolehkan Bee-End membentangkan bajet 2010 yang kemudiannya diluluskan.

Kira-kira jam 9.50pagi, ADUN Pakatan Rakyat diketuai Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin berjalan ke pintu masuk bangunan SUK tetapi dihalangi oleh dua sekatan polis dan FRU.


Beberapa ketika kemudian mereka diizinkan masuk ke kawasan bangunan itu tetapi dihalangi lagi memasuki lif untuk menuju ke dewan persidangan DUN. Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi dan ADUN BN telah diizin masuk ke dewan terlebih dahulu.

Adalah difahamkan pada jam 10 pagi, DS Dr Zambry Abdul Kadir telahpun membentangkan bajet 2010 itu, sedangkan adun PR hanya diizinkan masuk ke dalam dewan pada jam 1020, iaitu selepas Zambry selesai membentangkan bajet.

BN kemudian meluluskan bajet negeri 2010 itu, manakala ADUN Pakatan Rakyat turut mengadakan sidang Dun tersendiri dan meluluskan tiga usul.

ADUN Pakatan kemudian meninggalkan bangunan SUK itu selepas meluluskan 3 usul berkenaan iaitu:

1. Supaya semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga selesai siasatan tragedi di Kampur.

2. (Menerima laporan) Ketua Audit Negara bagi Perak, sewaktu pentadbiran Pakatan; dan

3. Mencadangkan bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman dilantik sebagai senator.

Sewaktu membentangkan usul, Nizar berkata laporan Ketua Audit Negara 2008 mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat telah mentadbir dengan baik (sewaktu 10 bulan pentadbiran Pakatan di Perak). Bagaimanapun ADUN BN membuat bising.

Sebelum itu, sepasukan anggota polis yang diketuai OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan memasuki Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.

Sivakumar juga mendakwa anggota polis merampas songkoknya dan jubahnya.

"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN sewaktu dalam bangunan SUK," dakwanya.

Sewaktu memulakan persidangan pada awal 10 pagi, Datuk Ganesan turut mengumumkan larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya. Sebelum ini tiada larangan seumpama ini.

Katanya, jumlah pengawal keselamatan juga telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan.

Polis turut mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.

Polis menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jip, dua trak Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.

Polis turut memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.

IPOH: Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Perak bukan hanya akan menghadapi Adun Barisan Nasional tetapi akan berhadapan dengan lebih 300 anggota polis dan puluhan bentara pada persidangan DUN Perak esok.

Begitulah gambaran awal persidangan DUN esok. Kawalan tersangat ketat, kata sumber di bangunan SUK itu.

Semua kamera dan video kamera tidak akan dibenarkan dibawa masuk, katanya.

Banyak kamera litar pintas juga telah dipasang untuk mengesan semua gerak geri dan apa jua perlakuan Adun Pakatan Rakyat. Kamera ini untuk merakamkan apa jua pergerakan dan aktiviti Adun Pakatan Rakyat untuk kononnya dijadikan bahan bukti salah laku Adun PR.

Ayuh sama-samalah kita berdoa agar semuanya berjalan dengan aman dan semuga Allah memelihara dan memberi akal yang maha bijaksana pada Adun PR.

Bagi BN yang terpenting adalah meluluskan bajet 2010, kerana tanpa bajet itu, maka bererti runtuhlah kerajaan negeri yang banyak dipertikaikan kesahihannya.

DATO SS DE FACTO ZAMBRY

Posted by abewa Sunday, 25 October 2009 0 comments

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri adalah “de facto Menteri Besar” yang menguasai DS Dr Zambri Abdul Kadir dan mencampuri urusan persidangan dewan undangan negeri.

"Saya ketawa melihat sikap Dato Dr Abdul Rahman Hashim yang nampak bersahaja tetapi mempertahankan dirinyan dengan alasan-alasan yang mengelirukan"

“Saya gelak melihat pada kenyataan yang dikeluarkannya. Saya ketawa pada pelbagai perkara yang tidak masuk akal dilakukan Dato Dr Abdul Rahman Hashim ini," kata Nizar.

Pada sidang media sebelumnya, Nizar berkata, Abdul Rahman merupakan de facto yang telah menyakinkan Zambry untuk mengantikan pengawai keselamatan dewan undangan negeri itu dengan 15 anggota samseng Pekida yang dikuasai Umno.

“Zambry takda kuasa - dia hanya sekadar tunggul. Abdul Rahman menjadi de facto menteri besar? Beliau yang memerintah selama ini," kata Nizar.

Sebelum ini, Abdul Rahman berkata beliau telah menjalankan tugasannya mengikut peraturan dan perlembagaan negeri yang ditetapkan sepertimana dilakukan semasa PR memerintah sebelumnya.

ALKISAH ZAMBRY YANG POYO

Posted by abewa Saturday, 24 October 2009 0 comments

JIKA BN merasakan slogan 1Malaysia sudah diterima rakyat sehingga calon BN di Dun Bagan Pinang menang besar, mengapa agaknya DS Najib Tun Razak tidak berani memenuhi slogan tersebut di Perak dengan ‘rakyat didahulukan’ – membubarkan Dewan Undangan Negeri?

Sepatutnya, oleh kerana momentum kemenangan di Dun Bagan Pinang yang diuar-uarkan sebagai petanda rakyat sudah benar-benar menerima slogan baru ini, maka sepatutnya permintaan rakyat Perak supaya dibubarkan DUNA – tidak ditangguhkan.

Najib yang merasakan Umno sudah semakin pulih, selepas Perhimpunan Agung baru-baru ini tidak perlu gusar berdepan rakyat dan pengundi di Perak.

Sejarah membuktikan Umno akan menjadi berani jika erasakan mereka kuat. Setiap kali pilihan raya umum diadakan, biasanya mereka mempunyai kayu pengukurnya sendiri, ketika situasi membenarkan berbuat demikian.

Cakap-cakap (dan laporan media arus perdana), menggambarkan kepimpinan Najib sudah diterima, oleh itu tiada sebab Najib ke Ipoh untuk menerangkan lagi 1Malaysia sambil memberi amaran kepada pembangkang, jangan menganggu sidang Dun 28 Okt ini.

Kerajaan Negeri Perak sekarang ini menggunakan pelbagai medium untuk menyampaikan mesej mereka. Radio dan blogger menjadi begitu penting di Perak sekarang. Namun, mereka sedar, dari keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, mereka tidak terlawan dengan kemahuan rakyat merubah kerajaan.

Media arus perdana mengambarkan kononnya Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sentiasa diasak dengan serangan pembangkang tetapi hakikatnya, Zambry tidak mampu berbuat apa-apa di Perak kerana beliau sudah dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Beliau sentiasa di kelilingi budak-budak muda yang kononnya mempunyai idealisma perjuangan murni tetapi tidak realis. Pejabat Menteri Besar masih dikepung kuat oleh mereka hingga orang ramai sukar untuk membuat pertemuan dan urusan.

Mereka tersepit dengan cerita Menteri Besar terdahulu lebih berani, lebih telus dan lebih cepat bertindak tetapi mereka pula masih terikat dengan cerita MB Tajol Rosli, mesti dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Kemudiannya, permohonan dan surat-surat tersebut senyap begitu sahaja – hilang entah ke mana.

Khabarnya Zambry terpaksa mengguna khidmat pengawal keselamatan dan keretanya sentiasa diapit dengan sebuah kereta lain yang kononnya mahu menjaga keselamatannya. Di kalangan Adun-Adun Umno yang tidak dilantik menjadi Exco sudah mula bersungut, Dr. Zambry rupa-rupanya hebat berpidato tetapi dari segi tindakan dan perlaksanaan, tidak mempunyai kemampuan.

Hari ini, Zambry bukan semakin takut berjumpa orang ramai malahan tugasnya sekarang dilihat lebih banyak menyusun jadual kedatangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Perak bagi membantunya mendapatkan sokongan rakyat kepada dirinya. BN mempunyai jentera besar untuk mengetahui sokongan rakyat kepadanya.

Namun, sehingga kini mereka masih tidak berani membubarkan Dun kerana percaya jika Dun dibubarkan, Zambry bukan sahaja tidak lagi menjadi Menteri Besar, malahan, kerusi Dunnya di Pangkor pun mungkin menjadi milik orang lain.

Akhbar arus perdana berhempas pulas memberi publisiti kepada Zambry bagi mengambarkan beliau seorang anak nelayan yang dapat merasakan denyut nadi kesusahan rakyat walaupun kini sudah menjadi Menteri Besar tetapi, rakyat di Perak tidak dapat dipengaruhi dengan cerita ini.

Buatlah tinjauan sendiri kepada orang Umno, siapakah yang dapat membuat temujanji dengan Dr. Zambry. Tiada. Beliau di Pejabat Menteri Besar khabarnnya lebih banyak bersembang isu politik dan propaganda yang mahu dibuat daripada merancang pembangunan Negeri Perak demi kemudahan rakyat.

Ketika Perhimpunan Agung Umno, beliau seboleh-boleh mengelakkan diri dari bertemu ramai orang dengan ‘terkejar-kejar’ untuk menjauhkan diri dari orang ramai khususnya rakyat Negeri Perak bagi mengelak untuk bertentangan mata.

Heboh sekarang, rakyat Perak yang kuat menyokong Umno memperkatakan apakah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu perangai Dr Zambry ini? Jika tahu mengapakah kepercayaan diberikan kepadanya untuk menjadi MB sedangkan masih ramai orang lain yang dikatakan lebih senior dan lebih layak darinya.

Kata mereka, jika dulu Dato' Seri Tajol Rosli dikatakan tidak suka melayan orang ramai, tetapi Tajol Rosli tidak terkejar-kejar menjauhkan diri dari orang ramai berbanding dengan Dr. Zambry, buat-buat macam sibuk hanya kerana mahu menjauhkan diri dari mereka yang ingin bersalam dan berjumpa dengannya.

Ketika Dr Zambry dilihat berpaut pada pengaruh PM dan TPM, rekod lama Zambry sebagai ‘budak Anwar Ibrahim’ juga menyebabkan kesetiaannya kepada Najib dan Muhyiddin disangsikan.

Kata mereka yang mengenali Zambry, jika Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh dikhianatinya apatah lagi Najib dan Muhyiddin.

Di kalangan ketua-ketua bahagian, mereka merasakan Dr. Zambry tidak memperdulikan mereka kerana sibuk menjaga Adun-Adun yang sudah tidak lagi menjadi ketua bahagian. Dr. Zambry risau, jika Adun buat perangai, kerajaan negeri boleh tumbang tetapi mengenepikan ketua bahagian, risikonya tidak besar mana.

Jika penyelesaian krisis Umno Bahagian Larut dianggap sebagai ‘kejayaan’ Dr. Zambry, namun beberapa Adun yang tidak menjamah apa-apa habuan dari kerajaan negeri BN sekarang sudah mula merasakan Dr. Zambry mempunyai kroninya sendiri untuk dilantik menjadi pengerusi-pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Walaupun mereka mungkin tidak sampai melompat meninggalkan Umno tetapi mereka mengharapkan Dr. Zambry tidak terus dikekalkan sebagai Menteri Besar kerana sikapnya yang ‘suka mengelak’ daripada berdepan dengan masalah.

Blogger yang pro Umno di Perak khabarnya hidup mewah sekarang kerana mereka dibayar untuk menulis perkara-perkara baik mengenai BN dan menyerang dengan memaki hamun PAS, PKR dan DAP – untuk ditunjukkan kepada Dr. Zambry dan dibayar semua tulisannya itu.

Samada tulisan-tulisan itu berkesan atau pun tidak, ia tidak penting kerana semua mereka yang berada di dalam kerajaan negeri mahukan ‘cerita-cerita muluk’ untuk mereka menyedapkan hati masing-masing.

Jika mereka bertahan dengan kerajaan yang ada, tanpa memperdulikan kehendak rakyat supaya pilihan raya Dun diadakan semula, PRU 13 akan menjawab segala-galanya. Semua petunjuk yang ada membolehkan MB, Exco dan wakil-wakil-wakil rakyat yang dilantik memegang jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, mengemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang.

Mereka semuanya sedar, mereka di situ kerana ada tangan ghaib bersama-sama mereka tetapi jika kedaulatan suara rakyat dijadikan mahkamah, mereka sudah lama gulung tikar untuk berpindah!

Krisis Umno di bahagian-bahagian tidak langsung dapat diselesaikan walaupun di Larut baru-baru ini, mereka bergambar beramai-ramai bagi menunjukkan kepada orang ramai, mereka sudah Berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda. Hakikatnya… semua orang tahu, ia adalah luaran sahaja. oleh Samad Idris/DetikDaily

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengesahkan di Parlimen bahawa kerajaan telah mengguna khidmat Apco Worldwide, untuk meningkatkan imej kerajaan yang tercalar di peringkat antarabangsa.

Ini secara langsung bererti mengesahkan laporan Perakite pada 27 Sept 2009. Berikut dipaparkan kembali laporan berkenaan.


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan meneruskan tradisi Barisan Nasional dengan boros membelanjakan jutaan ringgit wang untuk mendapatkan publisiti atau imej positif di peringkat pentadbiran dari luar negara.

Adalah difahamkan bahawa, beberapa pegawai kanan kerajaan telah menyuarakan rasa tidak berpuashati dengan tindakan administrasi Najib untuk membelanjakan sejumlah besar wang untuk mendapatkan publisiti.

Beberapa syarikat luar negara, termasuk syarikat perhubungan awam dan media ternama di dunia, Apco Worldwide, sedang berusaha mendapatkan kontrak baru kerajaan bernilai RM20 juta. Kontrak itu belum ditandatangani tetapi adalah difahamkan bahawa ia cenderung untuk diperolehi Apco Worldwide.

Adalah difahamkan bahawa Apco Worldwide diperkenalkan Omar Mustapha, kenalan rapat PM, yang terseret dalam kontroversi cadangan perlantikannya ke dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara Petronas.

Secara amnya, tugasan syarikat seperti Apco Worldwide ialah untuk mendapatkan slot liputan bagi PM Datuk Seri Najib Razak dan Malaysia ke dalam rangkaian berita utama seperti CNBC dan CNN.

Artikel atau rencana hasl penulisan seseorang dalam akhbar antarabangsa sepertimana Najib tulis untuk Wall Street Journal semasa beliau mula memegang jawatan juga menjadi salah satu target dalam kontrak seumpama itu.

Elemen melobi, terutama di Amerika Syarikat akan turut menjadi agenda dan perbualan telefon Najib dengan Presiden Barack Obama baru-baru ini adalah salah satu daripada agenda tersebut. Pada masa ini, administrasi Najib sedang berusaha mendapatkan lawatan rasmi President US itu ke Malaysia, kerana ia dipercayai akan meningkatkan imej Najib di persada dunia dan mengurangkan pengaruh Anwar Ibrahim di Washington.

Apco dan pakar perhubungan awam dari US itu juga adalah perancang dan membantu Najib dalam merencanakan strategi 100 hari nya. Ini termasuk mesej 1 Malaysia.

Usaha dan kerja-kerja mereka juga adalah untuk melemahkan impak pembangkang di luar negara, dengan bekerjasama dengan mereka yang dianggap penting kepada Malaysia.

Dulu Tun Abdullah Badawi juga menguna firma perhubungan awam antarabangsa untuk mememberikan imej positif dirinya sebagai seorang pemimpin Islam yang progresif dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden.

Administrasi Tun Dr Mahathir Mohamad pula pelobi Jack Abramoff.

Sapa Apco Worldwide.. diberitakan ia syarikat dikuasai Yahudi.


Majlis Syura Ulama akan memutuskan sama ada wajar diadakan muktamar khas atau sebaliknya, kata Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidil Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa diadakan pemilihan untuk menentukan sama ada mengekalkan atau menukar barisan kepimpinan yang ada.


"Kita mempunyai mekanisma dalaman tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin mesyuarat syura akan diadakan tidak lama lagi untuk mendapat penjelasan daripada TGNA," kata beliau.

Nasharudin berkata cadangan itu adalah pendirian peribadi TGNA.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau telah menemui TGNA hari ini untuk mendengar sendiri daripada Menteri Besar Kelantan itu.

Katanya, TGNA telah sampaikan amanah kepada beliau untuk disampaikan kepada pucuk pimpinan parti.

Berikut sedutan daripada perlembagaan PAS

"FASAL 16. Muktamar PAS

(1) Muktamar PAS itu terbahagi kepada :

(b) Muktamar Khas – Muktamar Khas PAS bolehlah diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan. Maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.

(c) Notis bagi mengadakan Muktamar Tahunan dan Khas hendaklah dihantar kepada para perwakilan dalam tempoh 14 hari dari tarikh mesyuarat hendak diadakan. Notis Muktamar Tahunan hendaklah disertakan dengan agenda, salinan laporan dan penyata kewangan tahun lalu yang telah diodit oleh pemeriksa kira-kira."

Ini bererti bahawa untuk mengadakan Muktamar Khas TIDAK MEMERLUKAN RUJUKAN KEPADA MAJLIS SYURA.


MAJLIS SYURA DIPENGERUSIKAN TGNA .

faktor anak tempatan mempengaruhi undi Bagan Pinang

Posted by abewa Friday, 23 October 2009 0 comments


BUTTERWORTH: Kekalahan PAS pada pilihanraya kecil Bagan Pinang N31 telahpun banyak diperkatakan. Ada yang pro dan kontra. Ada yang boleh diterima pakai dan ada sekadar penyedap halwa telinga sahaja. Yang pastinya ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang saling menuding jari mencari kesalahan semua pihak yang terbabit dalam prk itu.

Sesungguhnya bau kekalahan telahpun tercium sejak awal lagi memandangkan Umno mengaut majoriti begitu besar di Bagan Pinang pada Pru12 2008. NAMUN ADAT BERJUANG PANTANG MENGAKU KALAH SEBELUM BERJUANG.

Tambahan apabila nama calon PAS bagi Bagan Pinang diumumkan, ia tampak merumitkan lagi. Antara percaya dengan tidak Pesuruhjaya PAS Negeri Sdr Zulkefli Mohd Omar dipilih untuk menentang bekas MB Negeri Sembilan TS Isa Samad. Zulkefli tiada apa yang salahnya sama ada daripada segi peribadi maupun keterampilannya.... tiada cacat celanya.

Benar daripada segi fizikal dan latarbelakang diri Zulkefly, bersih berbanding Isa yang telahpun terpalit dengan isu rasuah semasa kempen pemilihan Naib Presiden Umno (yang dimenanginya sebelum digantung). Itulah hakikatnya, tetapi manusia Melayu mudah lupa sepertimana pernah diungkap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr M juga berkata manusia Melayu mudah memaafkan dan lantaran itu Isa mudah diterima kembali setelah menjalani hukuman untuk kira-kira 3 tahun terpinggir dari arus perdana Umno.

Itu cerita Isa yang negatif... yang positif bagi pengundi Bagan Pinang pun banyak. Yang pastinya keturunan Isa asal dari Bagan Pinang.

Isa juga mempunyai kemampuan (apa lagi disokongi jentera kerajaan) dan jentera kempennya tertitip kesungguhan serta pada asasnya Isa telahpun terkedepan dalam memenangi hati pengundi di situ berbanding Zulkefli kerana Isa (meskipun tidak dilahirkan di Negeri Sembilan) adalah warisan jati Bagan Pinang.

Sementara Zulkefly pula (walaupun anak watan Negeri Sembilan dan mempunyai warisan di Bagan Pinang) ternyata bukan anak tempatan kerana beliau lebih terserlah di Lenggeng. Bahana ini menjadikan Zulkefly sebagai calon “under-under dog”.

Wajar dikatakan, Zulkefly belum begitu dikenali di kalangan pengundi Bagan Pinang. Benar beliau adalah Pesuruhjaya PAS negeri namun ia bukan gambaran bahawa Zulkefly popular di kawasan Bagan Pinang... hati budinya belum teruji di Bagan Pinang.

Isu anak tempatan ternyata mempengaruhi mood pengundi Bagan Pinang dan lantaran itu, Zulkefly menghadapi jurang pengaruh yang besar di kalangan pengundi berbanding dengan ISA.

Sentimen anak tempatan ini benar-benar memancing undi pengundi.

Seperkara lagi ialah, Pakatan Rakyat (sejak memenangi kerusi Parlimen Teluk Kemang) gagal memberi perhatian memuaskan pada masyarakat pengundi India di ladang-ladang. Ini dengan baik dimanipulasikan oleh Umno/BN yang melonggokkan pelbagvai program dan janji pada pengundi India di lading kelapa sawit itu.

Zulkefly sendiri mengakui bahawa, jentera PAS juga baru sahaja digerakkan di kawasan Bagan Pinang.Lantaran itulah jentera PAS di Bagan Pinang tersangat ketara lemahnya. Bagaimanapun hal ini seharusnya dapat di atasi dengan kehadiran gerak kerja dari merata pelusuk negeri. Namun waktu singkat tidak memungkinkan kejayaan kesannya.

Satu hal lagi ialah, jentera kempen PAS lebih banyak menumpukan pada usaha memperlekehkan Isa dengan kes rasuahnya. Isu ini ternyata tidak berjaya mempengaruhi pengundi Bagan Pinang, malahan memberi kesan sebaliknya. Sesungguhnya banyak isu yang di “spin” oleh PAS di Bagan Pinang tidak memberi kesan.

Strategi ternyata silap.Pengundi Bagan Pinang sebenarnya lebih minat untuk mengenali PAS, mengenali Pakatan Rakyat…, usaha dan komitmen PAS untuk membangunkan penduduk setempat. Namun hal ini tidak berlaku. Malahan sepanjang kempen… tidak ada apa yang seumpama ini disuarakan kecuali mengkritik ISA, Umno maupun BN.

Hal-hal semasa mengenai kerjasama Pakatan Rakyat, karenah Datuk Hassan Ali dan perkara-perkara lain yang nampak seolah bersangkutan hanyalah isu sampingan yang tidak begitu ketara kesannya pada pengundi setempat. Ingatlah N31 adalah kerusi Dewan Undangan Negeri bukan kerusi Dewan Rakyat. Sedarlah bahawa N31 juga adalah kubu Umno yang sudah berkurun lamanya. Ingatlah undi Pos berlambak membantu majoriti Umno/BN.

Sedarlah sudah terlalu lambat untuk menjadikan undi Pos sebagai satu isu besar dalam Bagan Pinang. Ia sekadar penyeri kempen kerana kesannya tidak seberapa… malah mungkin manusia tentera juga enggan mendengar kempen PAS atau Pakatan Rakyat yang membangkitkan isu itu pada detik akhir menjelang PRK. Sedarlah bahawa tanpa undi pos tentera sekalipun, Isa masih menang.

Semuga tiada yang menuding jari lagi. Ayoh kita sama-sama muhasabah diri dan bangkit meneruskan perjuangan.

IMRAN UBAH KENYATAAN ... JAMALUDIN TAK RASUAH

Posted by abewa Thursday, 22 October 2009 0 comments

BUTTERWORTH: Sandiwara politik semakin kelihatan dalam drama kes rasuah yang membabitkan Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Jailu apabila saksi utamanya mulai menukar sinopsis ceritanya bahawa dua Adun lompat itu tidak terbabit rasuah.

Saksi utama, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi SPRM, memberitahu Mahkamah Sesyen, bahawa Jamaludin tidak menerima sebarang rasuah atau wang daripadanya untuk meluluskan projek perumahan di Seri Iskandar.

Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika bertemu di pejabatnya di bangunan SUK, demikian dipetik dari laman web NST.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 dan dia memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk meluluskan projeknya itu.

Image"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen apabila ditanya peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 dan RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Sebelum ini, mahkamah ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan seks dengan tiga wanita Cina itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa mahkamah tiada kuasa mencabar prosiding dewan rakyat ... sekaligus bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

Begitulah keputusan Mahkamah semasa membuat keputusan terhadap Ahli Parlimen Gobind Singh Deo yang terus digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Tak boleh campur .. itu urusan dewan rakyat ler...

Mahkamah Tinggi secara umumnya membuat keputusan itu berdasarkan prinsip pemisahan kuasa, namun keputusan itu bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada April lepas yang menyebut bahawa mahkamah boleh mencampuri urusan persidangan dewan.

Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh persoal atau pertikaikan prosiding Dewan Rakyat.

Keputusan ini ternyata sekali tidak sekata.

Pada April lepas, anggota panel Mahkamah Persekutuan iaitu Augustine Paul, Alauddin Mohd Sheriff, Arifin Zakaria, Nik Hashim Nik Ab. Rahman, dan Zulkefli Ahmad Makinudin tidak memperakui atau menghormati prinsip pemisahan kuasa dalam membuat keputusan terhadap kes Speaker Perak V Sivakumar dan ahli dewan undangan negeri Barisan Nasional di Perak.

Dalam kes itu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk mengantung Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abd Kadir, dan enam anggota exco BN daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri.

Keputusan itulah yang membolehkan tujuh Adun itu menghadiri persidangan DUN dan secara langsung mengagalkan usaha Adun Pakatan Rakyat untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap kerajaan negeri BN.

Sesungguhnya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, ia bererti telah melanggari doktrin pemisahan kuasa yang menjadi pegangan mahkamah dalam membuat keputusan bagi lima kes sebelumnya.

Dalam keputusan sebelumnya, mahkamah telah mematuhi peruntukan dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa mahkamah tidak boleh mencampuri prosiding persidangan dewan undangan negeri.

Dalam kes Gobind hari ini, Mahkamah Tinggi nampaknya berpegang pada doktrin berkenan semula.

PS: Pening memikirkannya.




Bukan perkara yang mustahil jika Dato' Ibrahim Ali, ADUN Pasir Mas bertanding untuk jawatan Presiden UMNO di pemilihan tertinggi UMNO kelak.

Ia merupakan satu perkara yang tidak terfikir sekarang tetapi penulis ingin menerangkannya hari ini supaya kita semua tidak terkejut dengan percaturan politik Ibrahim Ali di masa hadapan.

Ibrahim telah menjadi ahli UMNO lebih daripada 3 tahun dan jika beliau diterima kembali ke dalam UMNO, beliau berkemnungkinan besar akan dilantik menjadi salah satu daripada AJK UMNO Bahagian Pasir Mas tanpa banyak disoal oleh akar umbi di bahagian tersebut.

Kedua-dua kriteria tersebut secara automatik melayakan Ibrahim untuk bertanding mana-mana jawatan di dalam Majlis Tertinggi UMNO termasuk Presiden, Timbalan dan Naib Presiden.

Dan jika berdasarkan kepada imej beliau yang keras, lantang dan menonjol, beliau merupakan salah satu calon yang perlu diperhatikan. Beliau tentu mempunyai sikap dan approach yang tersendiri di dalam arena politik tetapi tiada yang mustahil di dalam politik ini! (sekadar memetik idea/pandangan dari blog rakan)

ayat-ayat suci al quran muncul pada badan ALI

Posted by abewa Wednesday, 21 October 2009 0 comments


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.



ALI

Majlis Mufti Rusia menyifatkan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul pada kulit bayi lelaki, Ali Yakubov di Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran Allah keada semua penduduk Islam negara itu.

Menurut kenyataan majlis itu, umat Islam hendalah mentaati perintah Allah dan meninggalkan sengketa, mewujudkan keamanan, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan untuk mendapat keampunan Allah.

Ayat suci al-Quran itu muncul pada Isnin dan Jumaat. Ia hilang dan kemudian digantikan dengan ayat baru. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada".

Semasa dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit berkaitan jantung dan otak tetapi sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

PUTRAJAYA: Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (RHSM) tidak diurus dengan cekap sehingga gagal merealisasikan potensi untuk mencapai keuntungan maksimun.

Malah RHSM tidak membayar dividen kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan2 Negeri berkenaan sungguhpun memperoleh keuntungan, demikian dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

RHSM ditubuhkan pada April 1994 bagi menguruskan rangkaian hotel kos sederhana. Syarikat ini mempunyai modal berbayar RM131.34 juta. Sejumlah RM118.93 juta (90.6%) daripada modal tersebut miliki Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Pemegang saham yang lain adalah Kerajaan Negeri yang terdapatnya Hotel Seri Malaysia. Gateway Inn Management Sdn. Bhd pula dilantik menguruskan Hotel-hotel Seri Malaysia yang kini berjumlah 19 hotel termasuk Hotel Seri Malaysia Kepala Batas yang mula beroperasi Mac 2009. Sebanyak RM208 juta dibelanjakan untuk membina hotel berkenaan.

Semakan Audit mendapati beberapa kelemahan dalam proses perolehan dan pengurusan pembayaran RHSM serta dalam pengurusan asetc yang antaranya:

* Semakan Audit terhadap baucar pembayaran bagi Januari-Disember 2008 mendapati 44 pembayaran berjumlah RM0.56 juta berkaitan pembelian barang dan perkhidmatan tidak dilakukan melalui pesanan pembelian dan tiada perakuan, yang mendedahkan kepada risiko pembayaran 2 kali.

* Daftar aset tidak lengkap, tidak kemas kini dan tidak tepat. Ketiadaan maklumat yang lengkap dan tepat ini menyukarkan rujukan bagi tujuan pelupusan, pengenaan susut nilai serta penggantian aset.

* Aset tidak ditandakan dengan nombor kod pendaftaran. Verifikasi aset di hotel tidak pernah dibuat menyebabkan kedudukan fizikal dan lokasi sebenar aset tidak dapat ditentukan sama ada masih wujud, boleh digunakan, hilang, rosak atau tidak ekonomi dibaiki.

* Penyenggaraan bangunan dan kelengkapan hotel tidak dibuat secara berjadual.


Sehingga 9 Oktober lepas, BERNAMA TV menanggung beban hutang berjumlah RM16.8juta, kata Datuk Seri Rais Yatim.

Sikit je tu, kononnya hutang itu kerana penyewaan alatan, pejabat dan urusan kerja. Seeloknya Pengerusi Bernama Dato Seri Anuar Zaini bijak menangani masalah ini..., tapi nampak gayanya gagal juga bekas Pengerusi Yayasan Perak ini.

Bernama TV kini dok cari rakan kongsi baru pulak... pakat2 berebut ler... . Percayalah Bernama tidak memperolehi keuntungan kerana kebanyakan yang menguasai Bernama, bukan terdiri daripada mereka yang arif tentang dunia komunikasi.

Bernama sebagai sebuah badan separah kerajaan menanggung kerugian saban tahun. Produk keluaran Beranama TV pun tidaklah memadai berbanding dengan peranan yang dimainkan RTM. Nampak sangat pertindanan dari segi kerja.

Elok katup jer BernamaTv tu.

Dr Death, iaitu nama samaran pakar forensik terkenal dari Thailand menyifatkan tengkorak kepala Teoh Beng Hock pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula adalah akibat dicekik dengan tangan dan ia adalah kesan-kesan jari, demikian kata Dr Pornthip Rojanasunan sambil menegaskan bahawa kesan luka pada anus (dubur) mangsa adalah akibat kemasukan objek keras sebelum beliau ditemui mati.

Berasaskan perolehan itu, beliau merumuskan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kemungkinan dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Image Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga mangsa.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, di atas tingkat lima, Plaza Masalam, di sini.

Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik, dan mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia.


PKR Perak tidak akan melayan karenah Adun lompat Jamaludin Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) kononnya ingin kembali menyokong PKR semata-mata untuk membolehkan DUN negeri dibubarkan.

Dua wakil rakyat berpaling tadah ini tidak harus dilayan kerana mereka sebenarnya berbuat sesuatu untuk "kepentingan diri".

Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim berkata, memang
mereka ada dikatakan berhubung dengan PKR negeri, itu sahaja maklumat yang diperolehi.

Mereka berdua sebenarnya sekadar menjadi mainan Umno/BN yang turut menekan ekoran kes rasuah yang dibicarakan. Jamaluddin dan Mohd Osman masing-masing didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menerima rasuah masing-masing membabitkan RM100,000 dan RM5,000.

Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata kerjasamanya dengan PAS sudah berakhir, malahan mengakui, beliau kini lebih cenderung menyokong BN.

ibrahim ali 231105"Saya cenderung menyokong Umno sebab saya tengok sudah ada tanda-tanda positif yang cukup baik," katanya.

Tetapi, kata Ibrahim, belum ada keperluan baginya menyertai Umno masa ini walaupun beliau melihat parti itu semakin kukuh di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya membuat pendirian ini juga sebab saya tidak mahu nanti dituduh menyertai Umno kerana Umno sudah mula bertambah kuat, kerana ada kepentingan diri atau kepentingan peribadi dan seumpamanya.

Semalam, Muhyiddin berkata Umno tidak menyekat mana-mana pihak untuk kembali ke pangkuan Umno termasuk Ibrahim jika ingin menyertai semula parti itu.

ps: elok ler lompat ke Umno lak... memang itu yang dok tunggu2

GEMPA BUMI AKIBAT PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA

Posted by abewa Monday, 19 October 2009 1 comments

(Daripada Ali bin Abi Thalib r.a) Rasulullah saw bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara ini, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami menurutkan kehendak isteri.
5. Anak mendurhakai ibunya,
6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Arak sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis disanjung-sanjung.
14.Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain" : H.R Termizi


GEMPA LEBIH BESAR DI SUMATERA

Posted by abewa Sunday, 18 October 2009 0 comments

Sumatera dijangka dilanda gempa bumi pada skala besar dalam tempoh 30 tahun, yang akan mencetuskan tsunami gergasi, berasaskan perubahan cuaca dunia, kata pakar geologi.

Beliau berkata ia lebih besar, kerap dan memakan masa lebih lama berbanding gegaran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat, 30 Sept lalu yang meranapkan bandar Padang.

"Kami jangka gempa raksasa itu mencapai 8.8 skala Richter dan berlarutan selama lima minit, berbanding gempa terbaru di Sumatera itu hanya 15 saat" kata Pengarah Pemantauan Bumi Singapura, Kerry Sieh.

PASUKAN penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa tanah runtuh di La Trinidad, wilayah Benguet selepas dilanda tuafan.

Angka korban rasmi adalah 1,115 sehingga Rabu lalu tetapi ramai lagi dipercayai maut selepas beberapa perkampungan tertimbus selain kira-kira 100,000 rumah musnah menyebabkan setengah juta penduduk hilang kediaman.

Katanya, gempa bulan lalu itu petanda gegaran lebih besar lagi berdasarkan catatan sejarah gempa selepas sampel terumbu karang dikaji.

Di Jakarta, Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, John Holmes berkata, perubahan cuaca dunia bermakna taufan lebih besar, banjir lebih buruk dan kemarau lebih lama selain kebakaran hutan.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak mempunyai sebab untuk menghalang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang dijadualkan pada 28 Okt ini, kata DS Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ini kerana persidangan dewan undangan negeri itu diadakan oleh Kerajaan Negeri Barisan Nasional berasasakan peraturan dan perlembagaan negeri.

"Walaupun terdapat proses (perundangan) yang belum selesai, kita mesti menghormati perlembagaan. Jadi tiada sebab untuk menghalang atau sebarang tindakan yang boleh menimbulkan situasi negatif pada persepsi awam mengenai politik di Perak," katanya.

Belliau mengingatkan para pemimpin pakatan rakyat Perak bahawa perubahan pentadbiran kerajaan negeri Perak pada Februari lepas adalah "mainan politik" yang dimulakan pembangkang sendiri.

"Jangan lupa, ia bermula apabila mereka mencuri seorang ADUN kita. Itu permulaannya, jadi mereka yang memulakan... bukan kita," kata beliau kepada pemberita di sini.

KOTA BAHARU: Majlis Tertinggi (MT) UMNO hendaklah membuat penilaian terperinci sebelum menerima semula kemasukan Datuk Ibrahim Ali bagi mengelak "pisang berbuaH dua kali".

Demikian dinyatakan Setiausaha Pemuda Umno Kelantan Bazlan Baharudin.

Dalam erti kata sebenar, Pemuda Umno Kelantan bermaksud kalau boleh jangan terima kemasukan semula Ibrahim Ali. Begitulah hakikat sebenarnya takda satu partipun yang mahukan Ibrahim Ali yang melompat dari parti ke parti sudah beberapa kali.

Sebelum ini beliau adalah Ketua Umno Bahagian Pasir MAS sebelum bertanding atas tiket bebas tetapi menggunakan lambang PAS pru12 pada Parlimen Pasir Mas pada 2008 kerana tidak dicalonkan Umno.

Sebelum itu, Ibrahim pernah keluar Umno dan menyertai Semangat 46 bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah.

Bazalan berkata apa yang dialami oleh parti sebelum ini cukup menyedarkan kerana Ibrahim sanggup bertanding menentang BN pada prk 2005, dan sekali lagi
menentang BN, kerana tidak terpilih (dicalonkan) pada pru 12.

Beliau mengulas demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan pihak tertentu yang mencadangkan Ibrahim diterima semula ke dalam Umno.

Bazlan berkata, Ibrahim kini diawang-awang ekoran kedudukannya dipertikaikan oleh PAS kerana sering memberi reaksi negatif kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau meminta cadangan itu diabaikan dulu sebaliknya mengajak semua pihak memberi tumpuan dalam membangunkan semula Umno.

"Saya percaya BN sudah diterima oleh masyarakat dan peluang untuk BN menang dalam pilihan raya akan datang amat cerah," katanya.

BACA JANGAN TAK BACA, BAJET PYANHABIB.

Posted by abewa Friday, 16 October 2009 0 comments

LUAR PAGAR... Oleh PYANHABIB

TUAN PEE EMM, tuan telah meminta rakyat Malaysia memberi cadangan akan Bajet 2010 yang tuan bentangkan di Parlimen. Sebagai rakyat yang baik di negara Malaysia yang demokrasi ini, maka saya pun mahulah mengemukakan cadangan yang tidak seberapa ini.

Tuan Pee Emm, sejak tuan umum peruntukan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion diawal tuan menjawat jawatan Pee Emm, dalam kepala saya ialah: Jikalaulah daripada jumlah RM60 bilion tersebut - saya tidak tahu kira betapa banyaknya - disedekahkan RM1 juta kepada setiap seorang daripada 27 juta rakyat Malaysia ini, saya bayangkan, rakyat Malaysia akan kaya raya dan tidak ada yang miskin dan papa kedana.

Tuan Pee Emm, daripada peruntukan RM60 bilion itu juga - yang saya tidak tahu betapa banyaknya - saya bayangkan alangkah bertuahnya pengguna lebuh raya sekiranya pemilik konsensi lebuh raya yang nilai semasanya dilaporkan berjumlah RM10.5 bilion itu dibayar habis, disetelkan dan-dan itu juga!

Saya tidak pandai ilmu hisab tetapi saya dapat merasakan jika cadangan saya ini dipersetujui - bayar habis kepada konsensi lebuh raya - maka saya sebagai rakyat Malaysia tidak lagi perlu membayar tol sehingga arwah bila melalui lebuh raya apatah lagi balik kampung berhari raya atau misalnya, semasa pilihan raya!

Tuan Pee Emm, kempen diskaun tol pada musim perayaan dari pukul 12 malam hingga pukul 7 pagi saya rasakan hanya kelakar, mengganggu tidur sahaja. Bukankah baik dipercumakan terus tol demi beramal jariah kepada rakyat?

Sekali baca, kempen ini jelas menggalak orang ramai berpusu-pusu masuki lebuh raya dan menyerbu palang tol untuk mendapat diskaun. Lihat, betapa subsidinya rakyat Malaysia, ceh!

Tuan Pee Emm, selama ini kita dikempenkan agar tidak memandu dalam keadaan mengantuk, dalam kes diskaun tol yang dijom heboh pada waktu tidur ini, bagaimana pula agaknya? Perlukah kita menyerbu palang tol di lebuh raya pada waktu tidur? Bukankah pada waktu itu biasanya adalah waktu tidur dan bangun pagi sekalian rakyat?

Alahai! Betapa bengapnya kita berkejar berlumba di lebuh raya dan lebuh raya menjadi sesak pada waktu kita tidur? Waktu tidur sepatutnya adalah waktu rakyat setel masalah!

Dan yang kaya, yang nyenyak tidur pada waktu itu, masih tetap kapitalis! Tuan Pee Emm, saya cadangkan dibikin satu atau banyak konsortium. Kerah konsortium ini masuk kampung-kampung, kerah mereka hidupkan semula sawah terbiar, airi tanah yang kontang, tanami semula padi.

Malaysia miliki tenaga buruh pendatang yang melimpah ruah, ambil, kerah dan gajikan mereka bercucuk tanam padi dan bukan hanya bina bangunan tinggi!

Tuan Pee Emm, generasi tua yang menghidupkan sawah di kampung-kampung selama ini, sudah pupus. Manakala generasi baharu yang sekolah tinggi-tinggi tidak kenal sawah bendang dan mereka memilih untuk hidup dan bekerjaya di bandar-bandar. Malah generasi yang tidak bersekolah tinggi pun memilih bandar untuk menjadi sabut yang timbul atau batu yang tenggelam!

Tuan Pee Emm, jika tenaga buruh di Malaysia yang berjumlah jutaan orang itu boleh dipetik jari untuk dikerah hidupkan semula sawah mati maka berelung-relung tanah sawah mati dan terbiar itu akan kembali hidup subur.

Hasilnya beras tidak perlu diimport, tidak perlu risau orang kampung mati tidak makan, tidak perlu susah payah heboh beras free kepada orang miskin tegar kerana hasil yang diperoleh daripada berelung-relung tanah sawah terbiar di seluruh ceruk negara barangkali lebih daripada mencukupi.

Beras akan sentiasa ada, rakyat tetap makan nasi dan rakyat tidak akan mati kerana tidak makan nasi! Sekian untuk renungan Tuan Pee Emm. Heppy Deepavali!Hidup Isa Bagan Pinang!

IPOH: Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak akan mempamerkan senarai nama pemilih yang mendaftar sebagai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat mengundi bermula dari 1 Julai 2009 hingga 30 September 2009.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan berkata, mereka yang berkenaan hendaklah menyemak nama di tempat-tempat berikut iaitu pejabat SPR Perak, pejabat Pos, pejabat penghulu dan pejabat-pejabat daerah.

Tempoh pameran selama seminggu bermula 20 hingga 26 Oktober, demikian menurut kenyataan akhbarnya.

Katanya sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat pilihan raya negeri Perak di nombor telefon 05-24 94 113, 05-24 94 120 dan 05-24 94 121.


p/s: apa hal lak, titiba pamer senarai nama pemilih baru ni. nak ada pilihan raya negeri perak ke?

TELOR PALSU MENU MASAKAN POPULAR DI CHINA

Posted by abewa Wednesday, 14 October 2009 0 comments

China memang terkenal dengan pelbagai perkara aneh, termasuk ler dalam hal ehwal pemalsuan produk dan yang terkini ialah mengeluarkan telor palsu. Ye ler telor palsu, sama seperti telor original...boleh digoreng, digulai dan dimasak. Kini ia antara menu terpopular masakan palsu di negara itu.


Untuk membuat telor palsu ini, tujuh bahan kimia diperlukan iaitu antaranya Kalsium Karbonat, kanji, resin dan alum. Selepas diadun, bahan ini dimasukkan ke dalam mould/sarang berbentuk telor. Pewarna kemudian dititiskan.

Kuning telor juga dibentuk dalam sarang/mould dengan mengunakan bahan khas yang jmengandungi kalsium klorida. Selepas dicampurkan sedikit pewarna kuning, maka ia kelihatanlah seperti kuning telor sebenar.

Selepas dibuat putih telor dan dimasukan kuning telor ke dalam sarang/mould itu, ia dibiarkan membeku membentuk menjadi seperti putih dan kuning telor, selepas itu ia direndamkan ke dalam lilin parafin dan kalsium karbonat berulang kali, sebelum dibiarkan mengering. Jadi ler sebiji telor.

Telor palsu ini mudah pecah, tapi ia nampak betul-betul seperti telor. Mungkin blohe dibuat macam-macam saiz.. waduh... pening memikirkannya. Nanti ayam, itik dan burung mogok bertelor.

Semasa digoreng, telor ini sama seperti telor biasa kecuali ada ler buih-buih terbentuk. Ada yang kata telor palsu ini lebih enak dari telor original. Ape sal lak nak buat telor palsu. Telor originalpun tak kehabisan. Telor palsu ini jauh lebih murah. Mau tidak murah.. bukan telor katakan. Yang pasti ia tidak akan menetas.he he

IPOH, 14 Okt: Adun lompat, Kapt (B) Osman Jailu meminta RM100,000 daripada seorang agen untuk membantu meluluskan projek perumahan bernilai RMN180,000 di Seri Iskandar, demikian Mahkamah Sesyen Ipoh diberitahu.

Agen SPRM, Mohamad Imran Abdullah juga berkata, Osman meminta sebanyak itu semasa pertemuan bersama-sama Usalli, apabila ditanya mengenai amaun untuk meluluskan segera projek itu.

Sebelum itu, Usali meminta antara RM30,000 dan RM50,000 tetapi apabila ditanya sama ada yakin dapat meluluskan segera projek berjumlah RNM180juta itu, Osman menjampuk meminta RM100,000, katanya.

Imran memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap bekas ahli majlis Perak Tengah, Zul Hassan, ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail and jurutektik dari Lembaga Pembangunan Perak, Ruslan Sahat.

Mereka didakwa bersama-sama Osman, 57, dan seorang lagi bekas exco Jamaluddin Mohd Radzi, 52 dan bekas ahli Majlis Perak Tengah Usaili Alias, 56. Tuduhan ke atas Ruslan digugurkan kerana telah meninggal dunia.

Sebelum itu, Imran berkata beliau menemui Osman Jailu dan Usaili Alias di sebuah coffe house di Bukit Mertajam untuk menyerahkan wang bernilai RM5,000. Osman tidak menerimanya tetapi memberi isyarat agar diserahkan kepada Usaili.

Semasa menyerahkan wang itu, Imran berharap projeknya dapat diluluskan segera, namun Usaili meminta lebih banyak wang antara RM30,000 dan RM50,000.

"Saya bertanya, mereka yakin RM30,000 ke RM50,000 sahaja untuk meluluskan segera projek bernilai RM180 juta itu," kata Imran.

Osman kemudian berkata, " RM100,000".

"Saya kemudian mengadakan pertemuan di sebuah restoran di Bukit Mertajam pada 19 Ogos dan telah meletakkan sebuah beg mengandungi wang RM100,000 di atas meja, " kata Imran.

"Saya buka beg itu dan tunjukkan wang berkenaan kepada Osman. Dia melihat dan mengarahkan saya menyerahkannya kepada Usaili," kata Imran.

Usaili kemudian menarik beg itu ke arahnya, kata Imran dan semasa itu juga beliau (Imran) memohon diri dan serentak itu jugalah pegawai BPR masuk dan menangkap mereka.

Image(Jamaludin dan Osman di Mahkamah Sesyen)


JAMALUDIN TERIMA RM5,O00 ...

Posted by abewa Tuesday, 13 October 2009 0 comments

IPOH: Seorang peniaga diiringi pegawai sprm yang menyamar sebagai teman wanitanya, menemui ADUN Jamaluddin Mohd Radzi pada Ogos lepas untuk mendapat bantuan agar dapat diluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, demikian Mahkamah Session diberitahu.

Pertemuan selama 15 minit pada 14 Ogos itu pada mulanya diatur di sebuah hotel tetapi kemudian dipindanhkan ke pejabat Jamaludin (yang ketika itu menjadi exco) di pejabatnya di bangunan SUK. Pada pertemuan itu, Mohd Imran Abdullah menyerahkan wang RM5,000 kepada Jamaluddin, melalui Usali di pejabatnya ketika itu.

Transaksi itu dirakam menggunakan hanfon Sony Ericsson milik teman wanitanya itu yang bernama Norliza Yusof.

Pertemuan saya dan Jamaluddin siatur oleh Usaili Alias, yang saya temui beberapa hari sebelumnya. Malahan, saya telah mengumpan RM10,000 kepada Usaili untuk membantu mendapatkan projek itu.

Beliau memberi keterangan terhadap Jamaludin dan Mohd Osman Mohd Jailu yang didakwa terbabit dengan rasuah antara 4 dan 19 Ogos tahun lepas.

Perbicaran berjalan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Table 1 : Undi Pos Mengikut Peti Undi

Table 2 : Keputusan bagi 3 Pilihan Raya


Walaupun PAS kalah dalam Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang dan kita sedar berlakunya perubahan mood pengundi di Bagan Pinang tetapi saya tetap akan dedahkan ruang-ruang manipulasi yang terdapat dalam undi pos dan kesan-kesannya.

Fakta 1 :

PAS mendapat 0 di peti undi 14, 15 dan 16. Peti undi ini adalah datang daripada MINDF. Rujuk Table 1. Jika dibandingkan dengan peti-peti yang lain, peti 14,15 dan 16 cukup pelik kerana PAS dapat 0. Pengundi-pengundi ini adalah mereka yang dalam proses pencen(peralihan). Kebanyakkan mereka mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel. Mereka boleh menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang tentera. Mungkin kerana itu undi mereka perlu diletakkan di MINDF. Saya penuh percaya kebanyakkan mereka tidak mengundi.

Persoalannya jika mereka tidak mengundi mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Jawapannya mudah peristiwa Pak Abu Kassim yang telah mengaku memangkah undi-undi anggota tentera semasa berkhidmat mungkin telah berlaku sekali lagi. Pengakuan ini dibuat pada 28.09.2009 dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz..

Fakta 2 :

Jika dilihat daripada 3 pilihan raya iaitu tahun 2004, 2008 dan 2009 maka pencapaian PAS dalam undi pos dalam Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang 2009 adalah yang terburuk iaitu 14.41 % dibandingkan dengan 26.28%(2008) dan 31.38%(2009). Rujuk Table 2.

Persoalannya mengapa keadaan ini terjadi sedangkan kawalan dan tekanan daripada PAS sangat kuat dibuat dalam PRK kali ini? Antara usaha-PAS terhadap undi pos adalah dua kali pertemuan dengan SPR, dua kali laporan polis, dua kali bantahan, 5 kali sidang akhbar, kawalan 24 jam di tempat penyimpanan kerta undi pos dan latihan intensif kepada ejen pengundian pos.

Jawapannya adalah mudah.

Manipulator mempunyai undi sebanyak 2,911 untuk di manipulasi termasuk 930 daripada MINDF. Kertas undi ini adalah kertas undi yang seharusnya di pos kepada pengundi-pengundi pos. Berkemungkinan peristiwa Pak Abu Kassim berlaku di MINDF. Semakin PAS kuat menekan SPR maka semakin terancam manipulator. Maka semakin kemas dan kuatlah usaha manipulator untuk mempastikan calon mereka menang.

Fakta 3 :

Semasa proses pengundian pada 8hb, 9hb dan 10hb Oktober 2009. Pihak Kem telah menggunakan daftar pemilih yang tidak sah seperti yang dikeluarkan oleh SPR. Terdapat banyak perbezaan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Kem

Berikut adalah perbezaan yang terdapat pada daftar pemilih tentera :

1.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor siri pengundi pos yang sebenar seperti yang dikeluarkan oleh daftar pemilih SPR.
2.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor identiti isteri pengundi pos
3.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor lokaliti pengundi pos.
4.Daftar pemilih tentera tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama isteri pengundi pos.

Pengunaan daftar pemilih tentera yang berbeza dengan daftar pemilih SPR telah menyebabkan ejen pengundian pos calon PAS :

1.Tidak boleh mengesahkan identiti pengundi pos semasa mereka datang mengundi.
2.Tidak boleh mengesahkan bilangan keseluruhan pengundi pos.
3.Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi yang telah hadir.
4.Tidak boleh mengesahkan bilangan sebenar pengundi pos yang tidak hadir.
5.Tidak boleh mengesahkan pengundi pos yang meragukan.

Perbuatan di atas adalah menyalahi Peraturan 14A Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang menyatakan bahawa:

“Daftar pemilih yang dikemukakan kepada calon pada hari penamaan hendaklah merupakan naskah sahih daftar pemilih yang akan digunakan oleh pegawai pengurus dan ketua tempat mengundi sesuatu tempat mengundi pada hari mengundi.”

Yang lebih menarik lagi pihak kem tidak membenarkan ejen-ejen PAS mendapat salinan daftar pemilih mereka ini. Jadi apakah tugas ejen PAS selain menjadi Patung Pilihan Raya.

Fakta 4 :

Pada 7 Okt 2009 satu pertemuan diadakan di SPR. Empat wakil PAS - Dato Mustafa Ali, Dato Halim Abd Rahman, saya dan Sdr. Mozaid telah bertemu dengan SPR dari jam 3 – 5 ptg. Kami telah membantah 253 Pengundi Pos yang mempunyai 2 nama dalam daftar pemilih (Double vote). Perkara ini bertentangan dengan seksyen 10 Akta Pilihanraya 1958 :

“Tiada seorang pun berhak dimasukkan dalam daftar pemilih sebagai seorang pemilih dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya bagi maksud sesuatu pilihan raya”

Malangnya SPR tetap berkeras percaya bahawa mereka mempunyai kuasa di bawah peraturan 14 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) yang menyatakan bahawa nama pengundi dalam daftar pemilih adalah menjadi keterangan prima facie untuk mereka mengundi walupun mereka telah pencen.

Suhaizan Bin Kaiat
Pengerusi Jawatankuasa Khas
Undi Pos Dewan Pemuda PAS Pusat