Posted by
abewa
Monday, 27 July 2009
Pengarah filem tersohor dan kontroversi, Yasmin Ahmad telahpun selamat dikebumikan, dan rata-rata akhbar memaparkan betapa ada peminat dan manusia meratapi pemergiannya.
Pun begitu, Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo apabila media itu mendedahkan bio data Yasmin yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli sehingga disifatkannya akhbar tabloid kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina".
Penulis juga terkedu apabila membaca artikel. Terkedu kerana terkejut tak tahu mana satu benarnya
Marina berang pada laporan media berkenaan yang turut memaparkan bahawa Yasmin adalah naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.
"Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya. "Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"Marina menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3.
0 comments