
Kebanyakan siaran seolah-olah menghentam suami Manohara, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohamad Fakhry Petra. Ibunya pula secara langsung membuat kenyataan2 yang amat negatif. Teringat saya apabila dicabar oleh peguam Tengku Temenggong agar menyerahkan bukti kononnya Manahora disiksa, ibu manohara, Daisy Fajarina terus menyatakan bahawa dia telah jatuh sakit.
Bukan hanya TV malahan koran (akhbar) di sana dalam waktu itu menyiarkan berita itu, memetik kata-kata berdolak dalik Daisy dan Manohara sendiri yang cuba mempertahankan ibunya.
Waduh. Apabila bapa Manohara , George Manz, 58, menyifatkan bekas isterinya Daisy Fajarina (Ibu Manohara) sebagai seorang ‘ibu jahat’ dan mengamal ilmu sihir, saya tidak sekali-kali terkejut.
Bercakap kepada Malay Mail daripada Canada, Manz, berkata Daisy, 44, membawa lari Manohara daripadanya lima belas tahun lepas, sewaktu Manohara berumur dua tahun.
Ditanya tentang dakwaannya yang Daisy mengamalkan ilmu sihir, dia berkata : “ Suatu masa waktu kami bersama, saya membawanya kepada seorang dentis yang terkejut apabila melihat gambar X-ray yang menunjukan jarum-jarum emas kecil dan batu permata tertanam dalam dagunya.” (susuk emas dan permata)
Malay Mail menghubungi Manz selepas mendapat salinan surat bertarikh 15 Jun , yang dikirimnya kepada suami Manohara , Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Manz menulis surat kepada Tengku Fakhry yang tidak pernah ditemui sebelumnya, “sebab saya percaya , beliau mampu membebaskan Manohara daripada ibu jahatnya itu”.
Beliau juga mengakhiri suratnya itu dengan berkata : “Harapan saya ialah Manohara bebas daripada ibu jahatnya itu.” (lihat surat).
Beliau menyatakan kepada Tengku Fakhry bahawa beliau akan mencari pertolongan US State Department untuk mengambil langkah mengembalikan Manohara dari Indonesia melalui haknya sebagai warga US.
Sumber : Malaymail
0 comments