IBRAHIM ALI BOLEH CETUSKAN HURU-HARA

Posted by abewa Tuesday, 28 July 2009
BUTTERWORTH: Sikap dan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menganjurkan perhimpunan menyokong ISA 1 Ogos ini lebih menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan masyarakat, malahan seoalah-olah mengugut untuk menghuru-harakan keadaan, kata Senator Ir. Zamri Yusuf.

Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah itu berkata, tindakannya itu bertentangan dengan hasrat rakyat untuk menghantar memorandum tidak meredhai undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain seumpamanya.

Ibrahim seharusnya lebih rasional dan insaf dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat, pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan menyalahgunakan undang-undang seperti ISA mesti segera dimansuhkan, katanya.

0 comments

Post a Comment