KUALA LUMPUR: Suaminya telah ditahan sebagai tahanan ISA selama hampir lapan tahun tanpa bicara di kem Kamunting, kini hari ini isteri tahanan berkenaan yang bernama Norlaila Othman pula diberkas polis.

Norlaila, aktivis GMI ditahan polis di Kompleks Pertama, berdekatan Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama-sama anaknya Suhaib


Beliau ditahan bersama-sama enam yang lain. Sehingga jam 1.30 tengah hari tadi beliau masih diperap dalam trak polis, dekat pejabat FRU Cheras.

"Keadaan dalam trak sekarang panas. Kami belum diambil apa-apa keterangan, tak tahu sama ada akan ditahan atau hanya dibiarkan di sini dahulu," katanya.

Norlaila berkata, beliau sedang membeli minuman dan makanan ringan dekat Kompleks Pertam, semasa ditangkap.

"Saya tak pakai baju merah. Memang kami ada bawa poster dan ikat kepala anti-ISA tapi belum sempat dipamerkan. Ada beberapa anggota polis wanita minta tengok bahan-bahan yang kami bawa. Kami enggan beri."

Tiba-tiba sekumpulan polis, sebahagiannya dari cawangan khas, SB, lebih kurang 20 orang datang mengerumuni kami dan terus sumbatkan kami ke dalam trak, katanya

27 orang ditahan

Posted by abewa 0 comments

Polis telah menahan 27 orang aktivis setakat ini. Semua premis kedai di kawasan ini dan Sogo ditutup. Polis mengarahkan kira-kira 1,500 orang supaya segera bersurai. 1330 hrs

KUALA LUMPUR: Polis mulai menahan lebih ramai aktivis Gerakan Mansuhkan ISA yang kini semakin ramai berhimpun di beberapa lokasi termasuk sekitar Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Polis terus berusaha menghalang dengan membuat kawalan ketat bagi mengelakkan orang ramai berhimpun.

Unit anjing dan helikopter polis kelihatan berlegar-legar rendah di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman yang telah ditutup kepada lalu lintas.

Aktivis GMI Norlaila Osman dan anak perempuannya Narshita Md Noor, Aiman Athirah Al-Jundi (PAS), Salmah Ismail (PKR), Hayati Abd Samad (PKR) telah ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria.

Sesetengah laporan diterima juga mengatakan bahawa beberapa anggota unit amal PAS dari Pulau Pinang dan Perak turut ditahan. Di samping itu, lapan lelaki turut ditahan dan dimasukkan ke dalam Black Maria. Polis turut menahan 20 orang di Masjid Jamek, termasuk seorang peguam Puspa Rosman yang mengedarkan risalah undang-undang kepada orang ramai.

Polis menghalang orang ramai memasuki perkarangan masjid, manakala orang ramai yang berkumpul di Stesen KTM mula bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat zohor. .

Keadaan di Istana Negara, kelihatan tenang. Orang ramai belum kelihatan namun polis sudah siap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dengan empat buah trak 'Water Cannon' dan sepuluh trak anggota FRU.

KOTA BHARU: Kelantan berhak menerima royalti minyak hasil usahasama yang dijalankan di kawasan persempadanan bersama dengan Thailand, kerana ia melibatkan kawasan pesisiran pantai Kelantan, kata Tengku Razaleigh Hamzah

Tengku Razaleigh Hamzah Tengku Razaleigh atau Ku Li berkata ia termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kelantan yang beliau tandatangani pada 1975 di bawah Akta Pembangunan Petroleum

Ku Li berkata demikian dalam surat jawapannya kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menuntut royalti minyak sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan persekutuan.

Nik Aziz telah menulis kepada Ku Li pada 15 Julai lepas meminta pandangan mengenai isu berkenaan. Warkah itu diserahkan kepada Ku Li oleh Exco Datuk Husam Musa.

Tengku Razaleigh berkata berasaskan Akta Pembangunan Petroleum, Petronas bertanggungjawab membayar 5 peratus daripada nilai minyak yang ditemui di dataran atau di pesisiran pantai mana-mana negeri dalam Malaysia.

Ku Li, yang merupakan pengerusi pengasas dan CEO Petronas, berkata beliau telah menandatangani perjanjian mewakili Petronas pada 1975, manakala Kelantan diwakili Menteri Besar ketika itu Datuk Haji Mohamed Nasir

"Oleh kerana Petronas beroperasi di pesisiran pantai Kelantan, maka ia amat jelas sekali. Jika tidak Petronas sudah tentu tidak boleh mengadakan kerjasama dengan Thailand." katanya.

Beliau berkata royalti minyak di Terengganu juga pernah digantung pemberiannya semasa pembangkang memerintah tetapi dikembalikan atau dibayar semula apabila Barisan Nasional memerintah tahun lepas.


Krisis politik di Perak secara tidak langsung telah memberikan “satu pendidikan politik terbaik" kepada seluruh rakyat bukan sahaja di Perak, malahan seluruh negara.

Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam, berkata krisis di Perak, jelas menunjukkan kepada rakyat mengenai kepincangan yang berlaku dalam institusi-institusi kehakiman, polis dan penjawat awam.

Rakyat telah dapat melihat bagaimana institusi kehakiman, polis dan penjawat awam diperkudakan oleh Barisan Nasional untuk menghalalkan tindakan mereka merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat.

Memetik pandangan HISHAMUDIN RAIS

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak.


Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.

Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka."


Pada 11 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah. Menurut hakimnya Abdul Aziz Abdul Rahim, ADUN PAS itu adalah menteri besar Perak yang sah kerana undi tidak percaya tidak pernah diusulkan terhadap Nizar dalam persidangan DUN Perak.

"Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang Nizar telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?

"Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakimannya.

Kegembiraan Nizar dan barisan exco Pakatan Rakyat Perak tidak bertahan lama kerana keesokannya, Zambry, memfailkan rayuan di mahkamah Putrajaya. Ia didengar dan diputuskan pada hari yang sama.

Mahkamah Rayuan bertindak sungguh pantas dan efisyen. Jika kes-kes lain turut diperlakukan sebegini, maka tiadalah kes tertunggak mahkamah di Malaysia.
Mahkamah Rayuan telah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - yang membawa akibat Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah selama tidak sampai 24 jam!

Pada 22 Mei pula, Mahkamah Rayuan menerima permohonan Zambry untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan pelantikan Nizar sebagai menteri besar.

Keputusan ini akan pasti dirayu pula oleh Nizar di Mahkamah Persekutuan. Apakah ia akan memihak kepada Nizar atau Zambry? Pertikaian di mahkamah antara PR dan BN ini menjadi perhatian ramai dan mendedahkan segala perilaku terbabit dalam membuat keputusan itu.

Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim, krisis politik di Perak hanya dapat diselesaikan dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat apabila DUN dibubarkan.

"Jika istana Perak membuat keputusan salah (tidak membubarkan DUN), ia bukan sahaja akan menjejaskan institusi beraja di negeri itu tetapi keseluruhan institusi Raja-raja Melayu.

"Jika semua kes mahkamah telah diselesaikan sekalipun, ia tidak akan memuaskan hati rakyat. Jalan yang terbaik ialah krisis politik ini diselesaikan melalui pilihanraya di negeri tersebut," katanya.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut mendesak agar hak rakyat Perak untuk memilih pemimpin mereka dikembalikan - bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya negeri.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya. Hak memilih kerajaan adalah hak asasi manusia," kata pengerusinya Abu Talib Osman.
mk:amin iskandar

BUTTERWORTH: Ribuan umat Islam hari ini menziarahi jenazah allahyarham Dato Hamdan Abdul Rahman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang meninggal dunia awal pagi tadi di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

  • Jenazah allahyarham selamat tiba di Pejabat Dun Permatang Pasir dari IJN pada kira--kira jam 2 petang. Ia kemudian disembahyangkan oleh ribuan penyokong di Masjid Permatang Pasir dan dikebumikan di tanah perkuburan di situ selepas solat asar,

Antara yang kelihatan menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham ialah Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan dan para exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man ketika ditemui berkata, jenzah telah dselamat dkapan dan dimandikan di IJN sebelum dibawa pulang ke Permatang Pasir.


Katanya, allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung kembali setelah menjalani pembedahan sebelum pilihanraya umum ke 11 tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.

Pada Pilihan raya ke 12 lalu beliau mengekalkan kemenangan tiga penggal berturut-turut bagi kerusi Dun berkenaan.

Image"Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian allahyarham Tuan Guru Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an. Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, " jelasnya.

Allahyarham dianugerahi Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato' sempena ulangtahun Tuan Yang Terutama Dato' Seri Utama Dr Abdul Rahman Abbas yang ke 71 baru-baru in.dekat.

ImageAJK PAS Pusat, Dato' Kamarudin Jaffar berkata Allahyarham adalah seorang pemimpin PAS yang amat kuat bekerja, rapat dengan rakyat.

Yang turut hadir di IJN ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali.

Dato Mahfuz berkata, allahyarham seorang yang rapat dengan rakyat, komited dan memahami kehidupan rakyat. Beliau banyak membantu terutama ketika saya ditahan ISA (operasi lalang). Beliaulah yang menjaga kebajikan anak isteri saya.

UTUSAN MALAYSIA MOHON MAAF PD TG NIK AZIZ

Posted by abewa Wednesday, 29 July 2009 0 comments

BERIKUT PERNYATAAN PERMOHONAN MAAF DIPETIK DARIPADA UTUSAN MALAYSIA ONLINE HARI INI

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

IKLAN@UTUSAN

PULAU PINANG: Kerajaan sengaja tidak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia amat berguna untuk mereka menyelamatkan kedudukan apabila menghadapi kebuntuan, kata Dato Chua Jui Meng.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, faktor kekejaman Akta itu juga merupakan faktor beliau meninggalkan MCA/BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat.

ISA memang patut dimansuhkan kerana sudah tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang melaungkan mengamalkan dasar demokrasi, katanya.

"Kerajaan sengaja tidak memansuhkannya (untuk mengunanya) demi menyelamatkan kedudukan apabila menghadapi kebuntuan berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang semakin diterima rakyat, " kata Chua.

Mengenai penyertaannya dalam PKR, beliau berkata: 'Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat."

MCA sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa, ujar Chua.


KUALA LUMPUR, 29 Julai: Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak', pada Isnin depan

Ia akan bermula 11 pagi sehingga 6 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai dan antara bakal pemidatonya ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Pada malamnya pula beberapa ceramah akan diadakan mengikut zon. Program ini bertemakan pakaian hitam sebagai melambangkan era kegelapan demokrasi di Perak.

Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, penceramah adalah Mohamad Sabu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad; AJK DPPP, Adram Musa; Salman Saleh dan Ustaz Nazri Din.

Manakala di Zon 2, Sungai Siput, barisan penceramah terdiri daripada Ustaz Idris, Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi; Exco DPPP, Suhaizan Kaiat; Tengku Ahmad Al-Hiss serta Zairul Tambun.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi pula dijangka menyampaikan ceramah di Zon 3 yakni Lumut bersama exconya iaitu, Ustaz Kamal Shaari, Tan Sri Zawawi Hassan dan Ustaz Akmal As-Syriyun.

Zon 4 pula iaiitu di Tanjung Malim akan diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof bersama exco, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Nur Amin, Aminudin Lawyer dan ahli parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar.

IPOH: DS Mohammad Nizar Jamaluddin akan meneruskan tugasan selaku presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) demi menyempurnakan tanggungjawab membina skuad pasukan negeri bagi menghadapi Piala Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PAFA di pejabat PAFA di sini.

Adalah tidak adil untuk tidak bertanggungjawab dengan membiarkan skuad negeri yang telah menempah tiket kelayakan ke pertandingan Piala Malaysia, katanya sambil menegaskan bahawa skuad yang dibentuk akhir tahun lepas itu berpotensi tinggi untuk maju.

Kita sedia maklum bahawa skuad tahun ini lewat dibentuk ekoran permasalahan dalaman PAFA (sebelum pengambilalihan akhir November 08) dan PAFA sendiri amat tenat ketika diambil alih dengan pelbagai masalah kewangan yang terkumpul hampir RM4.2 juta, kata Nizar.

"Beban hutan tanggungan PAFA ini terkumpul sejak beberapa tahun sebelum 2008 lagi dan ia diheret ke tahun 2009. Setakat tahun ini, PAFA hanya mampu memelihara agar hutang itu tidak bertambah dan tanggungan 2009 seperti gaji dan lain-lain mampu dilangsaikan bulan ke bulan."

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang memang tidak mengizinkan beliau untuk menyelesaikan bebanan hutang lapok itu tetapi berharap sekurang-kurangnya semua pihak tampil membantu kerana bola sepak adalah sukan rakyat.

Nizar dipilih menerajui PAFA setelah desakan pelbagai pihak termasuk oleh paduka seri Sultan Perak sendiri yang melihat pada ketika itu, hanyalah seorang ketua kerajaan negeri yang sesuai dan berkemampuan mengatasi kemelut PAFA.

Oleh kerana keadaan mendesak dan tiada pilihan, Nizar menyanggupi tanggungjawab berkenaan pada masa itu.

mangsa keempat flu babi

Posted by abewa Tuesday, 28 July 2009 0 comments

PUTRAJAYA, 29 Julai: AWAS. Flu babi (H1NI) telah meragut mangsa keempat di Melaka semalam. Jangan panik tetapi hendaklah lebih berhati-hati agar tidak mudah dijangkiti wabak berbahaya ini.

Apakah rakyat Malaysia belum lagi merasa jelik dengan wabak itu. Maka eloklah wabak itu dirujuk sebagai Flu Babi atau selesema babi sahaja bukan lagi H1N1. Flu babi mungkin memberikan kesan agak mengerunkan, kalau tidak mendalam pun, maka sekurang-kurangnya mengetarkan hati yang mendengarnya. Atau sekurang-kurangnya kita tahu ia ada kaitan dengan selesema.

Mangsa terbaru, seorang wanita berusia 20 tahun, mati pagi semalam di Hospital Melaka, setelah dimasukkan ke hospital itu pada Ahad, iaitu sepuluh hari selepas dikesan dijangkiti virus berkenaan.

Ketua pengarah kesihatan,
Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican memberitahu pemberita bahawa wanita itu mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu. Sebelum itu, mangsa kedua ialah lelaki berusia 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.

Mangsa pertama ialah pada 23 Julai lalu, iaitu seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

UMNO Gerik telah mengambil tindakan protes terhadap UMNO negeri Perak dengan menggantungkan bendera UMNO setengah tiang tanda berkabung.

Lebih tepat lagi ialah tindakan memboikot itu sebagai menzahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir.


Menurut sumber itu lagi, Umno Perak kini telah terbahagi kepada dua iaitu antara UMNO kumpulan Dr. Zambry dan UMNO kumpulan Datuk Seri Tajol Rosli yang dilaporkan bergolak dan berpecah. (Cendawan MALAYA)


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan meneruskan tradisi Barisan Nasional dengan boros membelanjakan jutaan ringgit wang untuk mendapatkan publisiti atau imej positif di peringkat pentadbiran dari luar negara.

Adalah difahamkan bahawa, beberapa pegawai kanan kerajaan telah menyuarakan rasa tidak berpuashati dengan tindakan administrasi Najib untuk membelanjakan sejumlah besar wang untuk mendapatkan publisiti.

Beberapa syarikat luar negara, termasuk syarikat perhubungan awam dan media ternama di dunia, Apco Worldwide, sedang berusaha mendapatkan kontrak baru kerajaan bernilai RM20 juta. Kontrak itu belum ditandatangani tetapi adalah difahamkan bahawa ia cenderung untuk diperolehi Apco Worldwide.

Adalah difahamkan bahawa Apco Worldwide diperkenalkan Omar Mustapha, kenalan rapat PM, yang terseret dalam kontroversi cadangan perlantikannya ke dalam lembaga pengarah syarikat minyak negara Petronas.

Secara amnya, tugasan syarikat seperti Apco Worldwide ialah untuk mendapatkan slot liputan bagi PM Datuk Seri Najib Razak dan Malaysia ke dalam rangkaian berita utama seperti CNBC dan CNN.

Artikel atau rencana hasl penulisan seseorang dalam akhbar antarabangsa sepertimana Najib tulis untuk Wall Street Journal semasa beliau mula memegang jawatan juga menjadi salah satu target dalam kontrak seumpama itu.

Elemen melobi, terutama di Amerika Syarikat akan turut menjadi agenda dan perbualan telefon Najib dengan Presiden Barack Obama baru-baru ini adalah salah satu daripada agenda tersebut. Pada masa ini, administrasi Najib sedang berusaha mendapatkan lawatan rasmi President US itu ke Malaysia, kerana ia dipercayai akan meningkatkan imej Najib di persada dunia dan mengurangkan pengaruh Anwar Ibrahim di Washington.

Apco dan pakar perhubungan awam dari US itu juga adalah perancang dan membantu Najib dalam merencanakan strategi 100 hari nya. Ini termasuk mesej 1 Malaysia.

Usaha dan kerja-kerja mereka juga adalah untuk melemahkan impak pembangkang di luar negara, dengan bekerjasama dengan mereka yang dianggap penting kepada Malaysia.

Dulu Tun Abdullah Badawi juga menguna firma perhubungan awam antarabangsa untuk mememberikan imej positif dirinya sebagai seorang pemimpin Islam yang progresif dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden.

Administrasi Tun Dr Mahathir Mohamad pula pelobi Jack Abramoff. (terjemah/edited dari Malaysiainsider)

KUALA LUMPUR: 28 Julai: PM DS Najib Razak needs to do more than pour more money into his six designated key areas to push Malaysia towards developed nation status, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said today.

Lim, who is also the secretary-general of DAP, stressed that for Najib's grand plan to work, his administration needs to first show how it has spent the RM10.9 billion fiscal injection allocated for this year to help the welfare of the various states and all Malaysians.

He questioned the federal government on its ability to deliver, noting that 150 closed-circuit television (CCTV) cameras promised to the island state since two years ago to help its efforts to curb crime has yet to materialise.

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng - pemimpin BN paling kanan yang melompat menyertai Pakatan Rakyat - berkata perdana menteri ds najib tun razak adalah pemimpin yang mempunyai kuasa keterlaluan.

Katanya, perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas institusi dan parlimen.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya - jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri - bagi beliau mengurangkan kuasa-kuasa tersebut dan memulangkannya kepada rakyat.

Bekas naib presiden MCA itu - yang dua kali gagal merebut jawatan presiden - keluar dari parti itu untuk menyertai PKR dua minggu lalu. (malaysiakini)

BUTTERWORTH: Sikap dan tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mahu menganjurkan perhimpunan menyokong ISA 1 Ogos ini lebih menimbulkan kecelaruan dan kekeliruan masyarakat, malahan seoalah-olah mengugut untuk menghuru-harakan keadaan, kata Senator Ir. Zamri Yusuf.

Pengerusi Biro Latihan KeADILan Kedah itu berkata, tindakannya itu bertentangan dengan hasrat rakyat untuk menghantar memorandum tidak meredhai undang-undang tahanan tanpa bicara seperti ISA dan undang-undang lain seumpamanya.

Ibrahim seharusnya lebih rasional dan insaf dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat, pelbagai kaum, bahawa tindakan kerajaan menyalahgunakan undang-undang seperti ISA mesti segera dimansuhkan, katanya.

SIDANG DUN 7 MEI TIDAK SAH

Posted by abewa Monday, 27 July 2009 0 comments

IPOH: After their verbal skirmish with the Barisan Nasional (BN) government authorities in the morning, Perak Pakatan Rakyat (PR) leaders finally convened its Rights and Privileges Committee meeting at the Syuen Hotel here this afternoon.

During the meeting, chaired by ousted Speaker V. Sivakumar, explanations from three witnesses were heard – Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham, constitutional expert Tommy Thomas and Pokok Assam assemblyman Yee Seu Kai.

The meeting was held to investigate Yee’s complaint on the events of the May 7 assembly sitting which saw the forced removal of Sivakumar as Speaker, the appointment of BN’s Datuk R. Ganesan to replace him and the latter’s act of summoning the police into the House.

In a press conference after the hearing, Sivakumar said that it was clear from evidence that the entire sitting had been illegal and should be considered “null and void”.

He said that according to the expert opinion of Thomas, no chairman of any association or body could be removed from his post by his members if the meeting was not officially opened yet.

“Similarly, the May 7 sitting had not yet begun but already the BN introduced the motion to remove me.

“And how could Ganesan be brought into the House as the new Speaker when all that time, I was still in the Speaker’s chair,” he said.

Sivakumar added that since PR deemed the May 7 sitting illegal, he had to proceed on with their duties as the legal Speaker.


Pengarah filem tersohor dan kontroversi, Yasmin Ahmad telahpun selamat dikebumikan, dan rata-rata akhbar memaparkan betapa ada peminat dan manusia meratapi pemergiannya.

Pun begitu, Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar
Kosmo apabila media itu mendedahkan bio data Yasmin yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli sehingga disifatkannya akhbar tabloid kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai "makhluk yang hina".

Penulis juga terkedu apabila membaca artikel. Terkedu kerana terkejut tak tahu mana satu benarnya

Marina berang pada laporan media berkenaan yang turut memaparkan bahawa Yasmin adalah naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya.

"Bukannya menghormati seseorang yang percaya pada apa yang boleh dicapai oleh Malaysia dan rakyatnya, Kosmo! sebaliknya memilih mencemarkan reputasinya.

"Apakah tidak ada rasa hormat di kalangan editor dan pemberita di sana?"


Marina menggesa pembaca membantah pemberitaan itu dan memulaukannya.


Yasmin, 51, meninggal dunia lewat malam Sabtu lalu setelah dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara petang Khamis lepas akibat diserang angin ahmar ketika di stesen TV3.

SHAH ALAM: Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock - adalah sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat sepertimana telah berlaku di Perak.

Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, PM DSi Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kuasa di negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.

NONE"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.

"Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya.

Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.

Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.

Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.

Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.

Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.

Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.

Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.

Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.

Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek "people-centric" oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.

Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.

Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.

ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).

"Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai," katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat. (dipetik dari malaysiakini/edited version)

USAHA RUNTUHKAN KEYAKINAN PD PR

Posted by abewa Sunday, 26 July 2009 0 comments

BUTTERWORTH: Sejak kebelakangan ini, media masa arus perdana semakin berjaya memain peranan untuk meruntuhkan keyakinan dan kekebalan penyokong Pakatan Rakyat, terutama mereka yang disifatkan berada atas pagar.

Mereka bijak mengatur strategi berasaskan pepatah Melayu bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam dan mata pena lebih tajam dari mata pedang. Pelbagai strategi diatur agar kekebalan PR dapat dirobohkan melalui media massa.

Satu lagi pepatah favorit orang Melayu ialah kalau tak ada angin, tak kan pokok bergoyang.
Peribahasa dan simpulan bahasa ini semuanya boleh membawa ke arah meruntuhkan keyakinan Melayu pada PR, jika setiap waktu media arus perdana menanam bibit keraguan rakyat pada kerjasama PR.

Akhirnya yang boghong pun kelihatan seperti benar.

UMNO/BN bermula dengan sedikit demi sedikit,.. bukan untuk menjadi bukit tetapi menanam bibit keraguan agar akhirnya menolak PR. Menanam propaganda dan memuatkannya setiap hari dalam dada media arus perdana kongkongannya kerana percaya jika saban waktu disogok, maka manusia Melayu yang berada di atas pagar itu akan mulai rasa bosan dan kembali kepada mereka.

Fuh. Keyakinan diri orang Melayu itu mudah rapuh. Dan ia lebih mudah rapuh jika yang cuba mempengaruhinya itu adalah juga Melayu. Itulah namanya bangsa Melayu. Namun jika ia ditegakkan atas nama Islam, ia tidak mudah dilunturkan.

Sesungguhnya, sesiapa jua akan boleh dan mudah termakan dengan sogokan propaganda yang disumbat setiap hari di dalam media arus perdana. Semua media arus perdana bersatu dan bijak memainkan peranan jahat masing-masing.

Pimpinan Umno/BN tidak akan mudah mengalah. Mereka sedang memperhalusi strategi terutama untuk menyakinkan rakyat bahawa PR itu rapuh dan akan roboh. Satu persatu strategi sedang digunakan dan ia akan mencelarukan PR jika tidak ditangani dengan penuh kebijaksanaan.

Ternyatalah kelemahan utama PR ialah media massa. Gagal menyampaikan maklumat sederas mungkin pada rakyat. Gagal kerana tidak mempunyai peralatan atau jentera komunikasi sebaik Umno/BN.

Umno/BN semakin berjaya menanam dalam benak rakyat bahawa kerjasama antara PKR, DAP dan DAP terlalu rapuh. Mereka cuba merobohkan kerjasama dalam PR di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka gagal merobohkannya, namun sekurang-kurangnya UMNO/Bn berjaya mencalarkan kelukaan dan keraguan pada hati rakyat.

Apapun kekebalan sebenar PR, terutama di kalangan orang Melayu ialah pengaruh Mursyidil AM, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika berjaya diruntuhkan kepercayaan Melayu yang melihat Menteri Besar Kelantan itu sebagai ikon terbaik dekad ini, maka ia akan memudahkanlah usaha untuk mengaut kembali kepercayaan rakyat.

Yang terbaru, ialah kononnya TG Nik Aziz bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno. Ia begitu mengelirukan rakyat seketika sehinggalah dinafikan sekeras-kerasnya oleh TGNA.

KOTA BHARU: Mursyidil Am PAS TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah menyebut mengenai perpaduan antara Umno dan PAS, malahan menyifatkan Umno kini umpama kisah Laila Majnun.

Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mencabar pihak berkenaan mengemukakan bukti rakaman audio atau visual bahawa beliau pernah menyebut perkara seumpama itu atau menghulurkan salam perpaduan PAS kepada Umno.

"Umno umpama cerita Laila Majnun," katanya sambil menegaskan bahawa ia mengambarkan sikap desperado Umno.

"Saya bercakap mengenai kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri seperti semnagat federalisme bukan kerjasama antara parti," kata beliau sambil berkali-kali menafikan apa yang dilaporkan akhbar media utama.

MB vs MB : NH CHAN

Posted by abewa Wednesday, 15 July 2009 0 comments

Merujuk pada tiga soalan Mahkamah Persekutuan ke atas rayuan MB vs MB, berikut jawapan NH Chan.

(terjemahan dibuat penulis)

1. Tiada peruntukan di bawah Artikel 16 (6) bagi kerusi Menteri Besar yang akan dikosongkan atau telah dikosongkan.

Tetapi Article 34(1) menyebut:

Jika seseorang anggota/ahli Dewan Undangan negeri menjadi tidak layak untuk menganggotainya atau mati, maka kerusinya akan menjadi kosong.

(If a member of the Legislative Assembly becomes disqualified for membership of the Assembly or dies, his seat shall become vacant).

Kita semua tahu bahawa apabila berlaku situasi di mana tiada MB, seperti, penyandang MB mati, (Artikel 34(1) atau meletak jawatan (lihat Artikel 16 (7) yang menyebut "mana-mana ahli majlis (exco) boleh meletak jawatan pada bila-bila masa", MB adalah seorang anggota Exco: lihat Artikel 16 (1) dan (2) (a) atau telah menjadi tidak layak sebagai anggota dewan (Artikel 31) atau disingkirkan dari jawatannya oleh dewan undangan negeri, maka SUltan boleh melantik seorang anggota dewan undangan negeri yang lain sebagai MB (kerana artikel 16 (2)(a) menggariskan bahawa Sultan melantik anggota dewan undangan negeri sebagai MB berasaskan penilaiannya)

We all know that whenever there is a situation when there is no MB, such as, when the incumbent MB dies (Article 34(1)) or resigns (see Article 16(7) which says “any member of the [Executive] Council may at any time resign his office”; a MB is a member of the EXCO: see Article 16(1) and (2)(a)) or has been disqualified as an assemblyman (see Article 31) or has been removed from office by the Assembly, then the Ruler can appoint another assemblyman as MB (because Article 16(2)(a) says that the Ruler appoints an assemblyman as MB based on his judgment).

2. Whenever one has to determine a loss of confidence of the majority in the legislature, surely it must follow that the Legislative Assembly is the only place to go to for such determination? Anything short of a vote being taken at the legislature would be unacceptable to the voters who put the assemblymen there in the Legislative Assembly.

2. Apabila seseorang ingin memastikan hilang kepercayaan majoriti dewan, maka tentunya ia hendaklah dirujuk pada dewan undangan negeri untuk menentukannya?

Saya ingin bertanya, adakah cara lain selain undi tidak percayai di Dewan Undangan Negeri yang boleh diterima oleh para pengundi (rakyat) yang telah mengundi atau memilih mereka menjadi anggota dewan undangan negeri? Jawapannya, ia pastinya bukan Sultan yang tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Bolehkah difikirkan kaedah lain?

I ask, can there be any other means other than a vote of confidence in the Assembly which would be acceptable to the voters who put the assemblymen there? Certainly, it cannot be the Sultan who does not have the power to do so in the first place. Can you think of any other acceptable means?

3. I think I have answered this in my answer to the first question. The reality of the situation is that the incumbent MB Nizar has refused to resign and the Sultan has no power to dismiss him or to deem the office of MB vacant.

Clause (7) is clear on the point:

Subject to Clause (6) a member of the [Executive] Council other than the Menteri Besar shall hold office at His Royal Highness’ pleasure. (the emphasis is mine)

So that, until the issue of confidence on Nizar has been determined in the Legislative Assembly, he is not bound to tender the resignation of the Executive Council. Therefore, until it is known that the MB had ceased to command the majority of the members of the Assembly, there is no obligation for the MB to tender the resignation of the Executive Council. — www.loyarburok.com

Roti suci yang diberi makan kepada penganut Kristian menjadi isu besar terhadap wartawan Al-Islam yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.

Dalam satu laporan polis minggu lalu terhadap majalah bulanan tersebut, dua penganut Kristian turut meminta roti putih itu dikembalikan kepada pihak gereja.

Dalam artikel "Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad" yang diterbitkan dalam edisi Mei lalu, roti tersebut diluahkan dari mulut penulis untuk diambil foto.

Dalam aduan Joachim Francis Xavier dan rakannya Sudhagaran Stanley di balai polis daerah Timur Laut, Pulau Pinang, tindakan wartawan lelaki tersebut juga dianggap menghina Katholik.

"Perbuatan dua lelaki ini iaitu meninjau di dalam gereja, menerima roti putih ini (daripada paderi), meludah keluar roti putih tersebut bagi tujuan mengambil gambar dan kemudian menulis mengenai pengalaman tersebut dalam majalah Al-Islam merupakan perbuatan yang amat menghinakan kepada umat Katholik dan berprovokasi," aduan polis 8 Julai lalu dipetik.

"Kami juga meminta polis supaya pihak Al-Islam mengembalikan secepat mungkin roti putih tersebut kepada pihak atasan gereja."

Mereka juga dilaporkan mendakwa perbuatan wartawan itu sebagai "pencerobohan" satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan ajaran agama tersebut.

Joachim memberitahu Malaysiakini dalam program video "Citizen Journalism" semalam, wartawan itu hadir di gereja dengan tanggapan yang salah.

"Isunya ialah mereka mengintip tentang aktiviti gereja yang pada sangkaan mereka menjalankan aktiviti memurtadkan orang Islam tertentu kepada agama Kristian," katanya.

"Jadi mereka datang dalam keadaan andaian yang salah, (dan membuat) laporan salah. Bukan itu sahaja malah mereka juga tidak memahami maksud tubuh Isa."

Sementara Sudhagaran, ditemubual dalam video "Police report against Al-Islam", berkata setelah membelek-belek majalah tersebut, beliau rasa terkejut dan marah dengan gambar roti suci di majalah tersebut sehingga mendorongnya dan Joachim membuat aduan polis.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah dekat Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu "Al-Islam Masuk Gereja Cari Gadis Bertudung Murtad".

Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

"Apa pun, sepanjang tinjauan yang dibuat, kami dapati dakwaan-dakwaan yang mengatakan ramai remaja Melayu dimurtadkan di gereja-gereja pada setiap hari Ahad tidak kami temui.

"Yang ada hanyalah mereka yang berwajah Melayu tetapi berasal dari Sabah yang menganut Kristian sejak lahir," artikel itu dipetik.

UMNO BERI SAINGAN SENGIT TAPI KALAH

Posted by abewa Tuesday, 14 July 2009 1 comments

MANEK URAI: Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah memenangi kerusi N41 Manek Urai pada PRK hari ini dengan majoriti tipis 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi yang diperolehi Abe Weil pada PRU 12 lepas.

Keputusan itu diumumkan di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Ini bererti Umno/BN hanya memerlukan 33 undi sahaja lagi untuk menumpaskan PAS.

Abe Uji memperoleh 5,347 undi, manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat sebanyak 5,283 undi. Bagaimanapun kemenangan tipis itu sangat menghairankan jika diambil kira daripada keadaan di bilik-bilik gerakan Umno/BN yang pada kebanyakan waktunya kelihatan sepi.

Jelaslah, meskipun PAS dapat mempertahankan kerusi N41 itu, Umno/BN telah memberikan saingan sengit sehingga merosot sekali majoriti PAS berbanding PRU 12. Bagaimanapun PAS bukan sekadar menentang UMNO/BN pada PRK N41 ini tetapi berhadapan dengan kerajaan Malaysia.

Satu jumlah majoriti yang merosot sekali. Namun jangkaan kegusaran memang jelas terbayang apabila catatan peratusan keluar mengundi begitu tinggi, iaitu 85 peratus. Bagaimanapun jika diteliti keputusan PRU 2004, sewaktu UMNO memenangi kerusi itu, majoritinya sekitar 53 orang sahaja. Pada hari ini jumlah hampir sama, maka ini membawa erti pengundi atas pagar banyak memainkan peranan.

Tentunya kalau diambil kira daripada jumlah undi yang tidak sampai 1.2 peratus majoriti sahaja membezakan antara BN dan PAS itu, ia satu petanda besar sama ada bahawa pengundi yang mempercayai PAS pada PRU lepas telah berpindah kembali kepada Umno/BN.

bm version kerusi dun manek urai 220509Namun yang penting bukan jumlah majoriti diambil kira tetapi siapa yang menang lebih diutamakan.

Pengurangan majoriti ini mungkin dipengaruhi sentimen calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yang juga berperwatakan seperti Abe Uji. Beliau juga disenangi penduduk Manek Urai.

Aziz selaku pegawai Kesedar, tentunya rapat atau mengenali juga penduduk Manek Urai kerana kawasan berkenaan adalah di bawah pembangunan dan pengawasan Kesedar. Faktor ini memberi kesan pada majoriti PAS.

Pengempuran dan janji pucuk pimpinan termasuk TPM TS Muhyidin Yassin yang mahu membina jambatan menghubungkan Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama dan masjid juga memberi impak pada pengaruh pengundian.

Faktor ketidaksepakatan antara PKR, PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat yang bercelaru sejak kebelakangan ini juga mempengaruhi undi pada kali ini. Ia menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada PAS.


KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5363
UNDI BN
5293
MAJORITI 70
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14
JUMLAH UPU MENANG 4
JUMLAH SALURAN KESELURUHAN
27
MASA : 7.33 PM (TAK RASMI)


MANEK URAI: Keputusan awal tak rasmi mendapati Pas memperolehi majoriti hanya 70 undi sahaja pada PRK N41 Manek Urai.

MANEK URAI: Kira-kira 40 orang kelihatan beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

Mafrel, polis siasat rumah kayu

Sementara itu, pemantau piihanraya, Mafrel, telah pergi ke rumah kayu tersebut dengan ditemani anggota polis pada jam 11.30 pagi, ekoran dakwaan pemiliknya membayar RM300 kepada pemilih yang tinggal di luar Manek Urai, yang pulang mengundi hari ini.

Pemilik rumah tersebut, ketika ditemui pihak Mafrel sebelum itu, menghalang mereka daripada masuk ke dalam.

Lelaki itu berkata:"Ni dah janji daripada Kuala Lumpur untuk bagi pada mereka sebagai transportation allowance (elaun tambang), ini sama dengan PAS, awak tak buat pulak."

Wakil Mafrel berkata, beliau bukan dari PAS tetapi dari badan bukan kerajaan.

"Kita tidak memihak... jika ada laporan, kami akan siasat," katanya.

Lelaki berkenaan yang menganjurkan ceramah untuk seorang pemimpin Pemuda Umno minggu lalu, tetap tidak membenarkan mereka masuk ke dalam, dan berkata:

"Awak semua tak boleh masuk, ini duit politik Datuk Aziz," katanya.

Bagaimanapun, apabila Mafrel tetap bertegas, mereka dibenarkan masuk dengan diiringi anggota polis.

Posted by abewa 0 comments

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang tadi, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah menang pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang. pengundian tamat pada jam 5 petang.

Berdasarkan pengundian sehingga jam 3 petang, Pengarah pilihanraya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun yakin calon parti itu - Mohd Fauzi Abdullah - sudah memenangi PRK N41 Manek Urai.

Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti kira-kira 2,000 undi.



Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini.

Pada jam 3 petang tadi peratus pengundian mencecah 83.89 peratus atau 10,312 orang. Pengundian tamat pada jam 5 petang. Adalah dijangkakan peratusan keluar mengundi akan meningkat sehingga melebih 85 peratus



MANEK URAI: Polis menahan seorang penyokong PAS kerana disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong BN sehingga mencederakan dua anggota Puteri Umno di SK Peria hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi telah dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mencetuskan ketegangan.

Menurut
Bernama, "Sedikit pertelingkahan berlaku antara penyokong PAS dan BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu.

"Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang, manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu," katanya dalam satu sidang media di Markas Taktikal (Martek) di Laloh.

Berikutan kejadian itu, katanya, polis menahan seorang lelaki di tempat kejadian yang merupakan penyokong PAS dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Musa berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat.



Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

"Tindakan mengibar bendera itu juga boleh mencetuskan provokasi kepada penyokong parti lain dan boleh menyebabkan ketegangan sehingga berlaku kejadian tidak diingini," katanya.


IPOH: DS Dr Zambry Abdul Kadir telah memansuhkan beberapa keputusan Pakatan Rakyat sebelum ini yang membela kebajikan rakyat, termasuk bantuan kewangan untuk warga tua, orang kurang upaya, anak yatim, pesakit dan golongan miskin tegar, kata Peguam Ambiga Srenevasan.


Zambry juga mengabaikan peniaga kecil dan memecat 817 ketua kampung, kata Ambiga yang merupakan peguam Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin pada kes untuk merayu membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan mengejut itu pada Mei lepas walaupun Nizar tidak meletakkan jawatan atau menghadapi usul tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Perak, sepertimana ditetapkan di bawah Perlembagaan Negeri.

Nizar mempunyai satu lagi saluran perundangan untuk membolehkan beliau diangkat semula sebagai Menteri Besar sah dan memohon membubarkan DUN Perak bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan semula.

Pada perbicaraan itu nanti, Mahkamah Persekutuan akan menimbangkan tiga persoalan mengenai perlembagaan dalam memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Ketiga-tiga persoalan itu berkisar pada sama ada Sultan Perak Sultan Azlan Shah mempunyai hak untuk memecat Nizar dan melantik Zambry sebagai Menteri Besar sedangkan Nizar tidak meletak jawatan atau menghadapi dikenakan usul tidak percaya di DUN Perak.

sekitar prk n41

Posted by abewa Monday, 13 July 2009 0 comments












MANEK URAI, 14 Julai: Umno/BN didakwa memberikan peruntukan 'duit minyak' kepada para pengundi yang pulang mengundi dan pengundi tempatan yang keluar mengundi.

belakang Pejabat Kesedar Kuala Krai sejak pagi tadi.

Menurut sumber, pengundi luar menerima RM300 manakala pengundi tempatan mendapat sehingga RM200 bergantung pada jarak rumah dengan pusat pengundian.

Ia berlaku di sebuah rumah papan, di belakang pejabat Kesedar Kuala Krai sejak pagi tadi. Para pengundi berkenaan dilihat beratur untuk mendapatkan wang yang dijanjikan BN itu.


MANEK URAI, 14 Julai: Tanda-tanda kekalahan dan kekecewaan Umno/BN pada PRK N41 ini mulai kelihatan sejak awal lagi, iaitu sebelum waktu pengundian ditutup apabila kelihatan calon BN bergerak sendirian.

Bibit kekalahan amat jelas kelihatan kerana Tuan Aziz Tuan Mat sendirian melawat Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Manek Urai. Tiada siapa menemaninya. Pengundi pula tidak mempedulikan beliau.

Ke mana perginya para pemimpin atasan BN yang saban hari menghuni Manek Urai?

Abe Uji, calon PAS seawal pagi tadi bersama Menteri Besar TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di Sekolah Kebangsaan Sungai Peria melihat proses pengundian. Yang turut kelihatan ialah isteri, dan anak-anak Abe Uji mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

MANEK URAI, 14 Julai: Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaiki mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.


Kejadian berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampong Karangan, apabila petugas PAS bertindak meminta identiti penyamar itu. Polis yang kemudiannya campurtangan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan beredar.

Manjor dikatakan kubu kuat Umno selama ini telah berjaya dibolosi Pakatan Rakyat pada PRK N41 ini. Kubu Umno di Manjor mulai retak apabila 60 ahli dan penyokong parti itu menyertai KeADILan semalam.

Sehingga jam 2.00 petang ini, lebih 70 peratus telah keluar mengundi.

gula-gula BN

Posted by abewa 0 comments




MANEK URAI: Abe Uji pasti menang pada PRK N41 Manek Urai meskipun BN menaburkan pelbagai gula-gula.







bayangkan

Posted by abewa 0 comments

Sampai bila jambatan ini akan terus begini? Yang ini tak siap lagi dah ada cadangan nak buat kat Pengerang...ingat org Pengerang tuu nak masuk S'pore ke?

PULAU PINANG: Petang semalam saya tiba di rumah kepenatan selepas dua hari di Manek Urai. Tiba-tiba banyak pula panggilan diterima bertanyakan hal atau keadaan di PRK N41 Manek Urai itu.

Pertanyaan sama ada Pas berpeluang menenangi kerusi N41 yang disandang abe weil sebelum ini. Jawapan mudah aje.. pasti menang.

Mengikut risikan dan culaan, Abe Uji akan memenangi kerusi Manek Urai itu. Risikan polis dan tentera menyatakan bahawa PAS tidak akan menghadapi masalah. Begitu juga dengan culaan yang dilaksanakan oleh PKR mendapati amat positif.

Namun, sesungguhnya hari ini (sehingga tengah malam ini) adalah waktu paling kritikal. Apa tidaknya Umno/BN akan menggunakan segala helah untuk menawan Manek Urai. Terbaru kedengaran berguni wang mulai ditaburkan kepada pengundi.

Aduh, keadaan di Manek Urai penuh sesak dengan manusia. Namun yang paling menghairankan ialah kelihatan tiga kem polis di antara Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. Bilangan anggotanya juga seakan melebihi jumlah pengundi.

Itulah Manek Urai dalam dua tiga hari ini. Kampung Laloh dan Manek Urai Baru penuh sesak dengan kenderaan dan manusia. Semasa dua malam DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin menyampaikan ceramah, kelihatan berbondong-bondong manusia memenuhi kawasan padang ceramah.

Saya berpeluang ke rumah kakak sulung Abe Uji, di rumah kakaknya di Laloh itu saya juga bertemu dengan adek bongsu Uji. Semuanya kelihatan mesra dan ceria. Kakaknya pernah mengunjungi rumah saya di Pulau Pinang. Semasa itu juga, saya sempat bertemu dengan anak sulung Abe Uji (anak perempuan) yang sedang membuat pengajian peringkat sarjana di Universiti Sains Malaysia.

Semasa menjamah selera (dijamu nasi oleh tuan rumah), kedengaran beberapa tetamu bersembang mengenai Haji Nizar, mengenai peluang dan ceramah haji Nizar. Saya sekadar mendiamkan diri. "Kalu Nizar ceramah male ni, takda tempat nak jalan. Penuh pulok atas padang tu."

Begitulah hebatnya aura Nizar. .. apa lagi dengan kebijaksanaannya menyelitkan ceramahnya dalam bahasa dialek kelate.


Terasa sayu hati, apabila kodok yang banyak membawa kenangan kepada saya dan keluarga terjual. Mulanya tak terasa apapun semasa urus jual beli dibuat sehari sebelum itu, tetapi setelah lori mengangkutnya tiba-tiba hati menjadi sayu.

VW Super Beetle atau kodok coklat metalik itu saya jual kepada orang Perlis. Upah penghantaran sebanyak RM430 sehingga Kangar. Ceria nampak wajah pembeli yang memang peminat kereta antik.

Percaya sungguh pembeli muda ini apabila membayar harga kodok itu tanpa mendengarpun enjinnya yang saya jangka baterinya sudah tidak bertenaga kerana telah sekian waktu terbiar.
Namun untuk memuaskan hati pembeli, saya sekadar mencuba. Tup, tup hidup pulak di sikodok berusia 36 tahun itu. Lagi bertambah ceria wajah pemuda Padang Besar itu.

Kodok ini seketika dulu warna ungu metalik, tetapi lapan tahun lepas dicat coklat metalik ala-ala BMW. Pernah saya pandu hingga ke Johor Baharu dan Hadyai tanpa apa masalahpun. Sehingga ini enjinnya pun masih elok.

Kemalangan teruk tak pernah berlaku. Kecuali pernah terbabas dan terjatuh ke dalam longkang sehingga hampir terbalik semasa balik dari Kelantan. Pernah juga memenangi anugerah pertandingan sekali dua.

Kodok itu akhirnya berlalu pergi pada waktu Maghrib itu.

Kata isteri, tak lama lapang kawasan rumah itu, empat lima hari lagi ada la kodok lain datang.

Benar, hari ini (kira-kira seminggu) selepas kodok coklat itu terjual. saya mula merisik kodok putih yang lebih hebat dengan harga yang lebih baik. Nanti akan saya ceritakan perihal asal usul kodok vw ini dan berapa jenis semuanya.

kerusi lebih ramai dari orang di ceramah UMNO/BN

Posted by abewa Friday, 10 July 2009 0 comments

Ore Manek Urai seolah tak cam atau tak nampak kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin yang datang berceramah, maupun turun menoreh getah semasa kempen PRK N41 Manek Urai ini.

Apa tidaknya ore Manek Urai tak gi dengarpun ceramoh Umno/BN, ada lere sekitar 100 orang. Orang Cina yang sekitar 51 orang pengundi juga menolah Umno/BN, malah tak menghiraukan kempen2 BN.

TPM juga nampak hebat hanya kerana kelibatnya berulang alik dengan helikopter ke Manek Urai. Mungkin gamaknya orang Manek Urai kerumun bukan kerana nak jumpa atau dengar TPM berucap tapi nak tengok helikopter.

Kalangan Menteri wanita termasuk Ketua Wanita Umno tak bertahan lama, dah tak nampak kelibat diri. Mungkin tak tahan dengan nyamuk atau tak faham apa ore Manek urai kata.

Pada kebanyakan ceramah BN/Umno, kerusi-kerusi kosong hanya diisi oleh kutu-kutu Umno/BN yang datang dari segenap pelusuk negeri.

Hari ini, Dato Seri ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mulai turun padang ka Manek Urai untuk menjalankan amanah dan tanggungjawabnya. Yang belum kelihatan ialah DS Dr Zambry Abdul Kadir. Elok Zambry mai sama ke manek Urai... ada ke ore Manek Urai bersalam dengan dia

Rupanya tak ler sampai 24 juta sebagaimana didakwa, tapi RM3 juta sahaja.
DS Khir Toyo sendiri yang mengakui banglonya bernilai lebih RM3 juta, tapi itupun berpada juga ler nilainya. Rumah pemimpin Umno besor-besor semua, kadangkala jadi Yb tak sampai setahun buat rumah tengah kampung, tepi bendang mahupun dalam bendang dikelilingi rumah orang kampung.

Di kawasan Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang ada. Tapi takpa kita fokus pada DS Khir ini.

Terkedu juga orang kampung mendengar itu baru rumahnya RM3juta, belum kereta dan harta benda lain.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Malaysiakini puna naik hairan kerana kata Tun rumah beliau sendiri di The Mines baru RM 1 juta.

Khir Toyo perlu menjelaskan di mana beliau memperoleh wang... tak bolehlah kata RM3 juta. Saya pun ada rumah juga, rumah saya RM1 juta saya belanja di The Mines, rumah dia berapa kali besar daripada (rumah) saya," kata Tun Dr Mahathir.

RAYUAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perisytiharan DS Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Berasaskan keputusan ini, jelas menunjukkan betapa akan meleret-leretnya krisis ini sehingga menampakkan seolah-olah Haji Nizar mempunyai harapan. Apapun rakyat Perak, khususnya akan dapat melihat dan memerhati sama ada keadilan masih berlaku pada akhirnya nanti.

PRESIDEN PERSATUAN BOLA SEPAK AMATUR PERAK

Saya, memandang serius kenyataan YB Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mendesak saya meletakkan jawatan selaku Presiden PAFA, kerana kononnya kantung PAFA kini kekeringan sehingga menyebabkan gaji pemain bola sepak Perak gagal dibayar mulai Jun 2009. Sebenarnya gaji mereka bagi bulan Jun dan inshaAllah bulan Julai 2009 telah memang dirancang sediakan.

Kenyataan YB Dato Seri Dr. Zambry itu tidak menunjukan sikap professionalisma seorang ketua kerajaan yang prihatin akan masalah rakyatnya. Ia lebih mengambarkan watak yang amat negatif, berdendam dan gagal membezakan kaedah bersukan dan berpolitik.

Ia secara jelas menunjukkan bahawa YB Dato Seri Dr Zambry sekali-kali tidak berfikiran positif untuk membantu tetapi sebaliknya lebih berusaha merosakkan keadaan. Setelah mengemudi PAFA kurang lebih 7 bulan, saya mendapati PAFA banyak tanggungan lapuk sejak beberapa tahun lamanya. Itulah peninggalan saki baki pengurusan lama. Namun pengurusan baru tidak pernah bersungut malah terus menggembeling khidmat bagi menyusun semula PAFA.

Bayangkan ketika ambil alih itu dengan tunggakan gaji pemain-pemain selama lima bulan yang mesti dilangsaikan. Pemain pemain serta pegawai baru telah diambil .Penyata kewangan PAFA terdahulu terdahulu dari itu jelas tertera hutang lapuk yang mencecah sekitar RM3juta. Saya difahamkan ketika itu segala peruntukan tahunan bagi PAFA dari FAM telah didahulukan. Sehinggan peruntukan 2009 juga telah pohon-ambil. Maka bagi 2008 sememangnya FAM tidak menyumbang kerana telah diserah awal terdahulu dari itu.

Semasa menjadi ketua “government of the day”, rakan-rakan exco serta Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, tanpa mengira kedudukan siapa yang menerajui PAFA ketika itu, pernah meluluskan dan menghulurkan bantuan negeri sebanyak RM300,000.00 semata-mata untuk membantu masalah kewangan PAFA yang terlalu meruncing sebelum lagi saya mengambil alih menjadi Presiden PAFA. Saya tidak pernah mendesak sesiapapun berundur semasa itu, malahan saya tidak mendesak ditawarkan jawatan Presiden, tetapi ia diputuskan oleh Kongres tahunan PAFA. Saya pikul dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Jauh dilubuk hati saya mahu melihat PAFA bangkit semula dan mengharumkan Perak.

Saya menerima tawaran itu dengan hasrat membantu menyelesaikan masalah kewangan PAFA yang begitu kritikal. Tambahan banyak pihak yang mendorong saya menerima jawatan berkenaan. Akhirnya saya dipilih melalui kongres tahunan PAFA, dan saya menerimanya sebagai tindakan untuk sama-sama berusaha menyuburkan PAFA, terutama dalam sukan bola sepak.

Ramai kenalan rakan dan taulan mula membantu dan menyumbang dalam semua aspek termasuk kewangan dan tajaan yang dapat segera memulihkan PAFA. Sejak itu gaji para pemain dan pegawai dan lain lain perbelanjaan semasa tidak pernah ditangguh. Moral pemain dan pegawai memuncak.

Setelah insiden rampasan kuasa kerajaan pada 6 Feb 2009, suasana agak bertukar. Oleh yang demikian, saya juga memang tidak merancang untuk terus memegang jawatan Presiden PAFA ini, malahan akan berundur apabila tiba waktu yang bersesuaian. Saya juga telah bertemu dengan Setiausaha Agung FAM, Yg Brbhg Dato’ Azudin di pejabat beliau, memaklumkan pendirian, kedudukan, sumber dan kemampuan saya yang terhad daripada segi kewangan untuk membantu PAFA.

Sesungguhnya, saya difahamkan bukan hanya Perak menghadapi masalah kewangan seumpama ini, malahan oleh mana-mana persatuan bola sepak negeri lain memandangkan “gate collection” semasa adalah tersangat rendah. Membentuk sebuah pasukan bola sepak memerlukan masa bukan boleh dibina dalam tempoh enam bulan. Malaysia sendiri masih dalam proses membina pasukan bola sepak yang terbaik.

Saya dimaklumkan bahawa satu pasukan berhasrat menarik diri dan satu lagi pasukan telahpun memohon pendahuluan peruntukan 2010 oleh kerana himpitan kewangan. Sewajarnya jika YB Dato Seri Dr Zambry mahu mendahulukan rakyat, maka inilah masanya membuktikan bantuan kewangan dari kerajaan sekurang-kurangnya menghabiskan tempoh satu sessi sehingga akhir bulan Ogos 2009 nanti.

Ramai diantara pemain baru yang kita rekrut 9 bulan yang lepas kini telah menunjukan mutu permainan yang amat mengkagumkan sehingga beberapa diantara mereka sedang di minati oleh FAM sendiri sebagai berpotensi menjadi pemain kebangsaan. Moral pemain-pemain dan pegawai juga meningkat. Ahli-ahli Kelab penyokong PAFA juga pada akhir-akhir ini cukup bersemangat. Sama-samalah kita majukan PAFA demi kegemilangan Perak.


DATO SERI IR HAJI MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

MOGOK SELURUH PERAK

Posted by abewa Wednesday, 8 July 2009 0 comments

Nizar vs Zambry : Bubar Dun Atau Hartal Seluruh Perak

Jawatankuasa Bertindak Rakyat Perak menyerahkan memorandum kepada DS Zambry Abdul Kadir hari ini menggesa supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan atau hadapi hartal seluruh negeri.

Jawatankuasa itu memberi masa kepada Umno-BN sehingga 8 Ogos ini menggesa tampuk pemerintahan negeri ditentukan melalui pilihanraya atau hadapi mogok besar-besaran.

"Rakyat Perak tidak akan terbabit dalam apa-apa aktiviti luaran. Kita tidak akan ke tempat kerja, anak-anak kita tidak akan ke sekolah dan kita mahu tunjuk kepada BN bahawa majoriti rakyat Perak mahu keadilan dikembalikan," kata penyelaras R Mohanarani.

Kempen selama sebulan telahpun dilaksanakan oleh jawatankuasa terbabit bagi mendapatkan sokongan rakyat. Menurut Mohanarani, maklum-balas yang diterima adalah amat positif.

"Kita akan mendapatkan bantuan dari badan-badan bukan kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mobilisasi mogok satu hari ini," katanya.

"Kita menyebarkan risalah di pelbagai tempat awam untuk mendapatkan sokongan orang-ramai. Setakat ini maklum-balas yang diterima amat positif dan mereka masih kecewa dengan rampasan kuasa BN," tambahnya lagi.

Kemelut Perak bertukar hujan emas
Hishamuddin Rais

Apa yang sedang berlaku di Perak amat baik sekali. Kelam-kabut dan kacau-bilau yang sedang kita lihat berlaku di Perak sekali imbas tidak mendatangkan faedah kepada orang ramai. Tanggapan sebegini satu pandangan yang salah.

Apa yang berlaku di Perak ini adalah satu rahmat untuk seluruh warga Malaysia. Hujan emas sedang turun mencurah-curah di Perak.

Untuk pertama kalinya seluruh rakyat Malaysia telah melihat contoh yang amat jelas tentang peranan monarki atau institut beraja. Monarki yang selama ini amat lunak dengan ucapan-ucapan yang molok-molok telah mendodoikan orang ramai.

Hasilnya, orang ramai telah terlena dan terlalai. Tiba-tiba monarki telah diduga – sama ada berdiri tegak menjadi payung rakyat atau bersama kuasa kezaliman.

Tindakan dan keputusan yang diambil oleh monarki di Perak memperlihatkan sifat asli monarki dengan jelas. Tingkah laku dan tindakan monarki ini telah melahirkan sentimen republikan di kalangan orang Melayu. Sentimen republikan ini memang sedia wujud dalam hati dan sanubari orang ramai – tetapi tidak meluas.

Apa yang terjadi di Perak telah mengembangkan lagi sentimen republikan ini. Apa yang menarik ialah sentimen republikan ini bukan lahir kerana kempen dan propaganda tetapi kerana tingkah laku monarki itu sendiri.

Orang ramai yang selama ini melihat monarki sebagai simbol kesaksamaan dan ketelusan telah mendapat satu pendidikan politik yang amat berharga. Kini Perak sedang menjadi sekolah politik yang terunggul.

"Raja adil raja di sembah, raja zalim raja disanggah" benar-benar menjadi realiti yang hidup di Perak.

Sekolah politik yang sedang berjalan di Perak ini juga sedang mendidik warga seluruh Malaysia untuk lebih waspada agar mengetahui hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Untuk pertama kalinya warga telah disedarkan untuk bangun membaca dan memahami beberapa fasal dalam perlembagaan Perak.

Hasil daripada krisis ini, warga Perak khususnya telah mengetahui peranan raja, peranan menteri besar, peranan tuan Speaker DUN dan had-had yang diwujudkan melalui perlembagaan. Selama kini tidak ramai warga yang ingin mengambil tahu secara terperinci tentang hal-hal perundangan ini.

Mereka lalai dan membiarkan para peguam untuk mentafsir hal perundangan. Apa yang sedang berlaku di Perak telah mendidik rakyat agar mereka sendiri wajib mengetahui dan memahami hak dan kuasa sebenarnya berada di dalam genggaman mereka.

Najib Razak berniat merancang "rampasan kuasa" di Perak kerana ingin memperlihatkan bahawa dirinya bukanlah lembik seperti Abdullah Ahmad Badawi. Rampasan yang dilakukan sebelum peralihan kuasa kepadanya ingin dijadikan sebagai tiupan sangkakala untuk menghapuskan pengaruh Pakatan Rakyat.

Tiupan sangkakala Najib ini diharap-harapkan dapat membangunkan kembali semangat United Malays National Organisation yang telah pecah bertaburan sesudah 8 Mac 2008. Harapan Najib ini jelas telah ranap.

Dari hari ke hari Perak sedang menjerut leher United Malays National Organisation. Pemanjangan krisis ini amat baik untuk Pakatan Rakyat. Lagi lama Perak menanah, lagi subur sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Hari ini MCA, Gerakan dan PPP – komponen Barisan Nasional – telah mula bersuara seirama dengan nada Pakatan Rakyat. Inilah tanda-tanda politik sihat apabila elemen-elemen demokrat dalam Barisan Nasional telah mula bersuara.

Badan-badan NGO seperti Suhakam dan Majlis Peguam juga telah mula bersuara. Lembaga-lembaga ini telah menyatakan pandangan mereka untuk menolak tindak-tanduk yang dilakukan oleh United Malays National Organisation dalam usaha mereka untuk mengambil alih kuasa pentabiran di Perak.

Malah dari dalam United Malays National Organisation sendiri kita telah mula mendengar suara-suara yang tidak mempersetujui langkah dan tindak-tanduk yang telah diambil oleh Najib. Inilah tanda-tanda bahawa masih wujud elemen sihat dan sentimen demokrat di dalam United Malays National Organisation - walaupun kecil.

Suara-suara ini bukan suara musuh tetapi suara sahabat.

Krisis adalah dugaan. Krisis di Perak telah menduga Pakatan Rakyat. Dugaan ini telah memperkukuhkan lagi setiakawan di antara parti PAS, PKR dan DAP. Semangat setiakawan yang kukuh dan berpanjangan akan lahir dalam kancah perjuangan.

Perak adalah medan tempur yang menduga tiga buah parti politik untuk mengetepikan agenda sampingan dan menerkam agenda induk. Kebijaksaan berpolitik di Perak akan dapat membezakan yang mana kayu dan yang mana hutan.

Setiakawan ini telah dilihat dengan amat jelas sekali dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. DAP yang selama ini dimomokkan sebagai parti kecinaan telah diterima oleh orang Melayu. PAS yang selama ini dimomokkan dengan hukum hududnya telah menerobos masuk ke dalam kawah Cina.

Inilah perkembangan yang amat menakutkan United Malays National Organisation.

Dua buah parti ini - sebelum ini - selalu digunakan sebagai senjata ampuh United Malays National Organisation untuk memecah belahkan orang ramai, untuk saling menumbuhkan kecurigaan sesama sendiri.

Di Perak, orang Melayu tidak lagi waswas dan gentar untuk menerima DAP. Di Perak, orang Cina tidak lagi takut untuk menerima PAS. Setiakawan seperti ini pasti akan menakutkan sesiapa sahaja yang mengamalkan politik rasis dan perkauman.

Dalam kancah pertempuran pucuk pimpinan juga akan diduga. Krisis di Perak telah memunculkan dua ikon kepimpinan yang unggul – Mohammad Nizar Jamaluddin dan V Sivakumar.

Kalau di permulaan era Reformasi dahulu, yang muncul hanya Anwar Ibrahim - masih lagi dilihat sebagai perwakilan ikon Melayu. Anwar mengambil masa yang agak lama untuk meyakinkan warga bukan Melayu bahawa reformasi adalah agenda untuk semua.

Berbanding dengan krisis Perak, secara sepontan Nizar dan Sivakumar telah dilihat sebagai pemimpin yang mewakili semua bangsa. Tidak timbul apa-apa persoalan atau waswas seperti yang terjadi kepada Anwar.

Perkembangan ini membuktikan telah ada anjakan dan kedewasaan pemahaman politik untuk semua warga Malaysia.

Apa yang berlaku di Perak ini tidak banyak bezanya daripada apa yang berlaku pada 1998. Pada malam 20 September, Anwar ditangkap di rumahnya. Episod penangkapan ini telah menjadi ombak besar yang membuka gelombang Reformasi.

Pada malam itu mata rakyat Malaysia telah terbuka untuk melihat kezaliman yang diwakili oleh Mahathir Mohamad.

Di Perak, episod ini berulang lagi. Pada 7 Mei lalu, sekali lagi mata rakyat terbuka apabila melihat Sivakumar diheret keluar dari kerusi tuan Speaker dan dikurung agar kuasanya dapat dirampas.

Kini sekali lagi, satu Malaysia telah terbuka mata untuk melihat penerusan kezaliman yang diwakili oleh Najib Razak.

Sama ada DUN dibubar atau tidak dibubar bukan lagi persoalan. Sekolah politik yang sedang dibuka di Perak wajib disebarkan ke seluruh negara.

Aktivis dan angkatan muda Pakatan Rakyat wajib menjelajah ke seluruh pelusuk untuk membawa sekolah politik ini.

Ombak Perak ini wajib terus berdesir sehingga menjadi gelora membadai. Bara kemarahan rakyat jangan dipadam-padamkan malah wajib terus dikipas dan dibakar.

Musim menuai hanya akan sampai apabila pilihanraya umum diadakan nanti. Perak sedang membawa hujan emas kepada Pakatan Rakyat. Lebih lama hujan ini, lebih subur politik Malaysia.