POLIS TERUS TEMBAK WALAU AMINULRASYID DAH TERKULAI

Posted by abewa Monday, 3 May 2010
Rakan Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis menolak dakwaan bahawa mangsa cuba merempuh polis, tetapi sebaliknya berkata, Aminulrasyid telah terkulai terkena tembakan tetapi kakinya tertekan pedal petrol kereta.

Azamuddin Omar, 15, yang menumpang sama kereta dipandu Arwah Aminulrasyid berkata:

"Apabila ditem
bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid.

Azamuddin, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.

Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudian membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.

Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.

Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.

Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.

Kamaruddin juga membidas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.

"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.

Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.

0 comments

Post a Comment