KICDEFELLA TIADA INTEGRITI

Posted by abewa Tuesday, 4 May 2010
Penulis blog Kickdefella adalah seorang lelaki yang tidak ada integriti dan tentera upahan politik, kata Setiausaha Agung Pas Datuk Mustapha Ali.

Beliau mempersoalkan sikap Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan mempersoalkan motif penulis blog itu yang berbuat demikian selepas dipecat daripada PMBK.

Beliau menafikan bahawa PAS menyalurkan peruntukan RM4 juta kepada Syed Azidi bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ditanya dakwaan Syed Azidi, dia dibayar RM4 juta bagi tujuan menjatuhkan kepimpinan Tun Abdullah sewaktu menjadi PM, Mustapha berkata Abdullah 'dijatuhkan' oleh pemimpin di dalam Umno sendiri.

Mengulas mengenai GMC, Mustafa berkata beliau hanya mengetahui selepas didedah melalui akhbar.

Tambahnya, pemimpin tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga tidak mengetahui kewujudan pusat tersebut.


0 comments

Post a Comment