YIP TIDAK MENGHORMATI KEPIMPINAN NEGERI

Posted by abewa Wednesday, 24 March 2010
Umno Padang Besar mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi Yip Sun Onn (MCA) meletakkan jawatan walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan beliau tidak akan melepaskan kerusinya.

Sehubungan itu bahagian itu sudah bersedia menghadapi prk jika diadakan.

"Kita tidak boleh tunduk pada tekanan dan tindakan tidak bertanggungjawab itu. Siapa dia untuk mengugut kepimpinan negeri? Kami mahu dia tinggalkan (kerusi), kami bersedia untuk satu lagi prk,” kata ketuanya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata jawatankuasa bahagian telah mengadakan pertemuan malam tadi dan berpendapat bahawa Yip tidak menghormati kepimpinan negeri.

Titi Tinggi merupakan salah satu daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri dalam bahagian Parlimen Padang Besar. Ia satu daripada dua kerusi DUN ditandingi MCA pada 2008.

Zahidi berkata, kerusi itu adalah milik MCA, tetapi kami tidak mahu pemimpin MCA yang tidak berbudi.

Ketika ditanya Najib dan Menteri Besar Datuk Dr Md Isa Sabu mahu Yip menarik balik surat letak jawatan, Zahidi berkata, Umno bahagian itu tahu apa yang terbaik bagi kawasan itu.

Sementara itu, Yip menarik balik surat peletakan jawatannya, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat, yang secara langsung tidak memungkinkan PRK diadakan.

Yazid mengesahkan menerima SMS dari Yip dan ekoran itu kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong.

Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.

Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.

Isnin lalu, Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis. Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.


0 comments

Post a Comment