Perak Pakatan Rakyat (PR) assemblymen today cried foul over what they claimed was mistreatment by the state Barisan Nasional (BN) government during today’s assembly sitting although they had not caused a ruckus.
The group, led by former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, claimed they were given less respect than what was accorded to the BN assemblymen.
Additionally, they also claimed that the stringent security checks were not only unnecessary but also instilled fear in them.
Nizar even called the assembly sitting a “police assembly”, claiming that the police personnel in the assembly hall outnumbered the lawmakers.
“We were stopped at the gates when we were walking in — this shows we are not free. More unfortunate is that when we tried to enter the Dewan, we were blocked by the police and other officers who were preventing us from entering Door ‘E’.
“We were told that the door was for the BN, even though we received a letter from a man masquerading as the Speaker two days ago saying that the BN representatives enter at 10am through lift ‘6’ and we enter at 10.15am using lift ‘3’,” Nizar told a press conference at the Perak DAP headquarters after the sitting concluded this afternoon.
Nizar pointed out that the PR assemblymen had not created any disturbances and had respected the people’s wishes, but it was the BN’s strict measures that had caused them to voice their anger.
Today’s sitting, the first since the PR promised to work with the BN government, had gone on smoothly but was slightly marred when there was an uproar in the hall before the Perak Regent delivered his royal address.
“By 9am, we were already in the compound waiting for the opening. This shows that we in PR are willing to co-operate. It went smoothly, we sat at our respective places... this shows we want to be together.
“The reason why there was a commotion just now was because the door is to be only used by the BN representatives... this is not fair; why were we ordered to us another door?” asked Nizar.
The Pasir Panjang assemblyman also expressed unhappiness that the assembly was to go on for only two days, with only one day allocated for debates and the question and answer session.
“What can we discuss in just one day? That is why we asked them for five days... and you know what (BN-appointed Speaker Datuk) R. Ganesan did when we told him? He laughed,” said Nizar.
The PR lawmakers were also unhappy over two other issues — that the media were banned from entering the chamber and that the hall was crawling with policemen.
Ousted speaker V. Sivakumar said the media had been denied their right to freedom of speech when they were told to watch the sitting from an enclosure one floor above the chamber.
During the arguments in the hall, the media were unable to hear the heated exchanges as the speakers were turned off.
“This is not democracy. Regardless of who supports who, the media should all be there to cover,” he said.
Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham expressed fear at the heavy police presence in the hall, saying “that PR assemblymen could be gunned down if they went too far in the debates”.
“Today, we saw many people that we do not know like thugs, lining up inside and outside. I am afraid that tomorrow if there is a debate and they do not like what we say, they can take out their guns and shoot us dead.
“There are hundreds of police there... this is a big possibility because there are people who envy us,” he claimed.
The PR assemblymen have chosen to keep silent on their plans tomorrow but it is believed that they have a “strategy” to face the session./Malaysiainsider
Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula. Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan. "Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar (gambar) kerana menjadi pendidik di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar. Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih wakil rakyat baru.Beliau berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR).
Datuk Seri Chua Soi Lek berkata keputusan hari ini merupakan permulaan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh perwakilan.
"(Kita) akan bergerak ke hadapan secara inklusif dan kolektif. Tugas kita baru bermula pada hari ini," katanya pada sidang media selepas diumumkan memenangi jawatan Presiden MCA.
Tambahnya, anggota parti perlu menghargai presiden terdahulu - Datuk Seri Ong Tee Keat dan Tan Sri Ong Ka Ting.
Ketua pemuda parti itu Datuk Wee Ka Siong berkata keputusan itu merupakan keputusan perwakilan dan perlu dihormati.
Ditanya mengenai perbalahan antara puak dalam parti itu, beliau berkata keputusan perwakilan hari ini adalah untuk menghalang puak tertentu mendominasi jawatankuasa pusat.
“Sebelum pemilihan tentulah kempen boleh jadi agresif. Mesej yang paling signifikan yang dihantar oleh perwakilan ialah mereka tidak mahu melihat mana-mana kumpulan untuk mendominasi jawatankuasa pusat.
“Suka atau tidak, kita (sekarang) terpaksa bekerjasama. Inilah mandat yang diberikan oleh perwakilan dan kita perlu bekerjasama untuk kebaikan parti," tambahnya.
Keputusan pemilihan MCA hari ini memperlihatkan mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.
Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menang jawatan timbalan presiden, merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.
Manakala pemenang kerusi jawatankuasa pusat juga merupakan campuran penyokong yang terdiri daripada sebelas penyokong Chua, Ka Ting (9) dan Tee Keat (5).
Bagaimanapun Ketua Wanita, Datin Paduka Chew Mei Fun tidak kelihatan. Chew sebelum ini berikrar untuk meletak jawatannya dalam parti jika Chua menang dipilih sebagai presiden.
Ditemui selepas keputusan diumumkan, Chew berkata, beliau akan membuat satu pengumuman pada 2 April ini selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat pergerakan Wanita MCA.
PRK edisi ke-10 sejak PRU 2008 bagi kawasan P94 - Parlimen Hulu Selangor amat signifikan bagi mengukur penerimaan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat. khususnya dan Pakatan Rakyat, yang digambarkan media arus perdana dengan rangkaian permasalahan wakil rakyatnya. Lantaran itu, kemenangan pastinya akan berpihak pada parti yang meletakkan calon yang benar-benar berwibawa dan diterima semua lapisan pengundi kawasan itu. Faktor pengundi setempat juga memainkan peranan, tetapi faktor majoriti Melayu di kawasan itu wajar diambil kira. MIC ternyata terkedepan dalam hal ini dengan mengumumkan calon Timbalan Presidennya, Datuk G. Palanivel untuk merampas kerusi berkenaan yang dimenangi PKR pada PRU lepas, dan begitu juga dengan segelintir puak dalam PKR yang mahukan calon India. Ingatlah bahawa Palanivel tewas kepada calon PKR, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada PRU lepas dengan hanya 198 undi. Allahyarham memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel mendapat 22,979 undi. Melayu Hulu Selangor mempunyai sentimen kemelayuannya. Pengundi Cina masih lagi memihak pada PKR dan seribu undi Orang Asli akan menjadi begitu berharga untuk menentukan kemenangan. Perarakan secara aman Orang Asli di Putrajaya baru-baru ini untuk menuntut hak mereka yang kononnya diabaikan mungkin juga akan menjadi perkara yang perlu diberi perhatian. Mantan MB Selangor DS Khir Toyo sejak awal lagi tidak bersetuju dengan pencalonan Palanivel. Beliau menyifatkan Palanivel sebagai bakal calon bermasalah. Namun sebahagian pimpinan MIC melihat Palanivel sebagai calon yang berwibawa. Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus), India (19 peratus) selain kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli. PKR juga elok memikirkan senario semasa dalam meletakkan calon. Pelbagai karenah wakil rakyat PKR yang melompat meninggalkan parti itu perlu diambilkira. Ia memberi kesan psikologi negatif yang pastinya mempengaruhi pengundi dan akan menjadi modal terbaik kepada BN untuk menghentam PKR/PR. Lantaran itu, wajar kiranya kawasan Parlimen Hulu Selangor itu diletakkan calon PAS yang pastinya tidak diragui kesetiaannya kepada parti. Ia secara mutlak akan menghapuskan kesangsian pengundi Melayu dan pengundi Cina yang desawarsa ini mempertaruhkan keyakinan penuh pada PAS.
Bahaya muqabalah Umno-Yahudi
Pakatan Rakyat (PR) mencabar kerajaan membatalkan perlantikan Syarikat APCO Worldwide dalam urusan komunikasi negara, kerana didakwa ia bertentangan dengan dasar luar negara. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyenaraikan segala urusan kerajasama antara kerajaan dengan APCO termasuk jumlah bayaran dan tugasan yang diberikan kepada APCO. Menurutnya, jawapan kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz bahawa kerajaan telah melantik APCO dalam mengendalikan urusan komunikasi negara adalah jelas penglibatan langsung syarikat itu. "Saya minta kerajaan perjelaskan siapa APCO, berapa dia dibayar, apa peranan dalam negara ini dalam bidang komunikasi, kesihatan, pendidikan, mauklumat dan kesemuanya."Sama ada ini berkaitan dengan keselamatan negara ataupun tidak, kerana ini mempunyai kenyataan dengan jawapan saya nanti," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menurutnya, beliau akan memberi jawapan mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel dalam masa terdekat. "Kenyataan Perdana Menteri ini tidak menafikan penglibatan APCO secara menyeluruh dalam komunikasi di negara ini, isunya bukan 1Malaysia sama seperi 1Israel tetapi isu tindakan kerajaan bersekongkol dengan Israel. "Saya akan memberi penjelasan mengenai perkara ini dengan hujah saya nanti termasuk memberi kenyataan tambahan mengenai siapa APCO itu sendiri," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf berkata, perlantikan APCO sebagai perunding komunikasi negara bertentangan dengan dasar luar negara yang jelas mengutuk tindakan Israel yang menindas rakyat Palestin. Menurutnya, APCO yang merupakan sebuah firma perunding antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu mempunyai majoriti pemiliknya adalah dari individu berpengarah dalam pentadbiran Israel. "Jawapan kerajaan adalah, kerajaan tidak melantik mana-mana syarikat luar atau dalam negara dalam menguruskan gagasan 1Malaysia secara khusus, kalau tidak khusus apa? "Soalannya mudah adakah kerajaan mengambil APCO untuk menguruskan 1Malaysia? dan bukanya soalan mempromosikan 1Malaysia secara khusus atau tidak," katanya. Beliau berkata, jawapan kedua yang diberikan oleh kerajaan pula tidak menafikan penglibatan APCO oleh kerajaan iaitu APCO hanya dilantik untuk melaksanakan urusan komunikasi secara menyeluruh. "Saya mahu tanya apakah komunikasi menyeluruh yang dilakukan oleh kerajaan setelah (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kalau bukan gagasan 1Malaysia. "Sekiranya mahu menyangkal tindakan Ketua Pembangkang mengenai 1Malaysia dengan 1Israel, kita perlu lihat bahawa tindakan tersebut sebagai langkah untuk menyelamatkan negara," katanya. Anwar membuat dakwaan itu ketika beliau membahaskan usul menjunjung kasih titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian persidangan Dewan Rakyat Isnin lepas.
Klinik 1Malaysia dikatakan memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti rendah, sehingga ada pesakit yang diberi salah nasihat dan juga bekalan perubatan yang silap.
![]() |
Kajian berkenaan didakwa dilakukan di Kampar, Perak.
“Mereka memberi preskripsi untuk ubat yang salah dan ada juga yang membekalkan ubat yang mereka tidak ditauliahkan untuk berbuat demikian.
"Ada juga yang didapati gagal mengenalpasti sakit yang dihadapi oleh pengunjung klinik itu,” kata Jayabalan yang juga adalah penasihat kesihatan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
“Walaupun, pe
![]() |
Doktor berpengalaman itu yang kini berrkhidmat di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang membuat pendedahan berkenaan ketika ceramahnya di Kompleks Caring Society di Pulau Pinang yang berjudul “Apa silap dengan sistem kesihatan kita” pada Sabtu lalu.
Majlis itu anjuran Forum Sembang-sembang, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan isu sosial dan awam. Ia dipengerusikan oleh bekas ahli dewan undangan negeri Machang Bubok yang mewakli Gerakan, Toh Kin Woon.
Jayabalan juga melahirkan rasa terkejutnya kerana 44 klinik berkenaan yang ditubuhkan sejak Januari lalu bagi membantu golongan berpendapatan rendah di bandar gagal ditubuhkan secara telus.
Dakwanya, kebanyakan doktor kurang mengetahui mengenai projek klinik 1Malaysia itu.
Untuk tujuan itu kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kelantan.
Tuduhan ketua pembangkang DSAI bahawa konsep 1Malaysia meniru konsep yang sama daripada kerajaan Israel, adalah pembohongan dan hanya bermotifkan politik semata-mata, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Khairy mencabar Anwar menarik balik kenyataan di Dewan Rakyat semalam atau membuat kenyataannya tersebut di luar Dewan Rakyat agar tindakan mahkamah boleh diambil kelak.
“Ini perkara serius, kita tak boleh membuat tuduhan tanpa mempunyai fakta, saya melihat banyak kenyataan semalam daripada ketua pembangkang adalah kenyataan bermotifkan politik yang bukan sahaja mengelirukan anggota Dewan Rakyat tetapi pembohongan besar kepada rakyat,” katanya.
Perunding komunikasi antarabangsa APCO Worldwide berkata ia bukan mewujudkan konsep 1 Malaysia seperti yang didakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam. APCO yang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat menyatakan ia dilantik oleh kerajaan Malaysia selepas konsep 1 Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Firma itu juga membidas sebagai “palsu” dakwaan oleh Anwar bahawa ia telah terbabit dalam kempen perhubungan awam untuk konsep “One-Israel” pada tahun 1999 ketika itu oleh Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Konsep 1 Malaysia diumumkan oleh Najib selepas mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri awal April tahun lepas. APCO berkata ia dilantik oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2009 untuk menilai kemampuan berkomunikasi menerusi media baru. Firma itu juga diminta oleh kerajaan Malaysia untuk berkongsi mengenai perkembangan baru-baru ini dalam strategi komunikasi yang diambil oleh kerajaan di Eropah, Amerika Utara dan Afrika. “Tugas APCO termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai,” katanya. Firma itu menyatakan dakwaan bahawa APCO mewakili kerajaan Israel atau Ehud Barak seperti yang didakwa oleh Anwar adalah salah. “APCO tidak pernah sekali-kali terbabit dengan kempen perhubungan awam berkaitan konsep ‘One-Israel’. Kenyataan di Parlimen Malaysia bahawa APCO terbabit dalam kempen seperti itu adalah palsu,” katanya
Mahkamah juga memerintahkan TEN supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan.
Apabila siap kelak, projek yang melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 59km, kira-kira satu kilometer jaraknya dari Kampung Sg Terentang itu akan menyaksikan pembinaan lima menara satu tiang.
Projek CAR akan meningkatkan pengeluaran tenaga elektrik daripada 33kV kepada 275kV dan membantu mengatasi kekurangan kuasa di Lembah Klang.
Sekurang-kurangnya 1,000 Orang Asli dijangka berhimpun di Putrajaya esok untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.
Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, ia sebagai menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.
Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.
"Dalam konvensyen bersama JHEOA (Jabatan Hal Ehwal Orang Asli) di Cheras baru-baru ini, mereka gagal jelaskan mengenai isu-isu tanah dalam dasar ini sebab itu kita hendak bantah," katanya Jenita ketika dihubungi petang ini.
Jelasnya lagi, dasar berkenaan juga tidak memihak kepada Orang Asli dan tidak mewakili kemahuan golongan itu.
"Dasar itu menyatakan tanah seluas enam hingga lapan ekar sahaja diberikan kepada ketua isi rumah. Kita mahu semua tanah yang dbuka oleh nenek moyang kami sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan enam atau lapan ekar sahaja," katanya lagi.
Tambahnya, masyarakat itu juga ingin menuntut sekatan dalam dasar tersebut dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberikan hak untuk memperdagangkan tanah berkenaan.
"Ha ha ha... hi hi hi.. saya ni lucu orangnya,,, tuan-tuan tak kenal saya ke.. saya lah yang menang kerusi bagan serai ini bukan PKR." Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dengan penuh dramatik (tapi kosong) menceritakan pada media mengenai kedudukan beliau sebagai Anggota Parlimen Bebas. Beliau hari ini menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenan walaupun ada pihak mendesaknya berbuat demikian.
Sebanyak 35 saksi pendakwaan memberikan keterangan pada perbicaraan kes itu termasuk dua adik Ramli, Roslina dan Rohmah, serta rakan Ramli iaitu Datuk Ling Keak Ming, yang membantu dua beradik memperoleh dua lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur. Ramli, 57, dituduh gagal mengisytiharkan pemilikan 20,000 unit saham Telekom Malaysia Berhad, 154,000 unit saham Permaju Industries Berhad dan kepentingan dalam dua lot pejabat itu bernilai RM1,032,840.
Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Putrajaya pada 17 Sept, 2007.
Ramli memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau hampir kehilangan segala-galanya termasuk kerjaya dan reputasinya.
"Saya tidak menerima gaji atau pencen sejak 2008. Saya perlu membina semula kehidupan saya.
"Saya kasihankan anak perempuan saya, adik-adik saya dan bapa saya kerana terpaksa turut melalui tempoh yang sukar ini," kata Ramli yang telah membuka sebuah firma guaman.
Ketua Pendakwaan SPRM Datuk Abdul Razak Musa memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.