.. . Soi Lek bakal sertai pembangkang?

Posted by abewa Saturday, 2 May 2009
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ura-ura bahawa Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek menyertai pembangkang adalah sesuatu yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu sahaja.

Ketika bertemu bekas Menteri Kesihatan itu dua hari lepas, kata Najib, beliau tidak mendengar apa-apapun mengenai perkara itu.

“Siapa kata, saya jumpa dia (Soi Lek) dua hari lalu. Tak ada apapun... itu diuar-uarkan pihak tertentu,” katanya.

ps: Di Malaysia ini biasanya khabar angin itu seringkali ada kebenarannya.

0 comments

Post a Comment