NIZAR DIPERKENAN MENGADAP RAJA NAZRIN

Posted by abewa Tuesday, 19 May 2009

Nizar mengadap tengah hari tadi di Istana Iskandariah

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj Mohammad Nizar Jamaluddin diperkenan mengadap Raja Muda Raja Nazrin Shah tengah hari tadi di Istana Iskandariah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang.

Nizar memaklumkan demikian semasa taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.

Pada pertemuan singkat itu, Nizar menyampaikan mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan. Semuanya kini, terserah kepada Tuanku, Diharap rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan diperkenankan DUN dibubarkan.

Nizar juga memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini jika ada perkara yang berlaku mendukacitakan Tuanku, di samping
mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Nizar telah secara berhemah memberi pandangan akan senario dan kemelut politik di Perak dan memberi janji bahawa PR akan menghormati dan akur akan apa jua keputusan yang dibuat rakyat Perak melalui pilihan raya, jika Dun dibubarkan.

Beliau juga memberi pandangan agar sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, kerana ia boleh menjejaskan imej negeri Perak.


END

0 comments

Post a Comment