kak min si minah ronggeng

Posted by abewa Wednesday, 27 May 2009 0 comments




Calon bebas, Aminah Abdullah yang mendakwa ditawarkan sogokan oleh PKR supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, mendapat gelaran 'Minah Ronggeng' daripada Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

pkr national congress 301108 azmin aliBerucap dalam ceramah di Penanti malam tadi, Azmin berkata, tuduhan Aminah itu tidak berasas sama sekali dan mahu beliau (Aminah) 'mencerminkan' dirinya terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan liar terhadap bekas rakan-rakannya.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak mempermain-mainkan Aminah dan berulangkali memanggilnya ‘Minah Ronggeng', kerana mendakwa PKR menawarkan jawatan timbalan ketua menteri (TKM) jika beliau (Aminah) memenangi pilihanraya kecil itu.

"Mengapa PKR mahu menawarkan kepada seorang seperti Minah Ronggeng jawatan TKM? Mengapa kita hendak tawarkan kepadanya sedangkan kita ada seorang bekas profesor sebagai calon kita?" soalnya.

Oleh itu, katanya, 'Minah Ronggeng' tersebut perlu mencerminkan mukanya terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak masuk akal seperti itu.

IPOH (26 Mei): Malaysia telah menjadi sebuah negara polis kerana menahan orang awam sesuka hati tanpa menghiraukan hak asasi manusia, kata pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham,

dap perak ipoh candle light vigil arrest 270509 02Beliau mendakwa situasi menjadi bertambah buruk, malahan lebih teruk daripada Operasi Lalang yang menahan 106 orang di seluruh negara.

"Sekarang jumlah yang ditahan mencecah 157 orang, dengan 80 daripadanya adalah di Perak," katanya.

Ngeh berkata, 'Polis Diraja Malaysia' (PDRM) kini telah lebih dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' (PRDM) kerana menyekat kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Malam tadi, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran (DAP), Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan di luar pintu masuk bangunan ibu pejabat DAP.

dap perak ipoh candle light vigil arrest 270509 03Timbalan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berkata, polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih.

Bagaimanapun, Ngeh menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) ditahan.

hati-hati perangkap najib

Posted by abewa Tuesday, 26 May 2009 0 comments

apala
lehan06@hotmail.com
(from malaysiakini.com.my)

Legal Perak menteri besar Mohd Nizar Jamaluddin’s lawyers are set to appeal to the Federal Court to overturn the scandalous ruling made by the Appeals Courts on Friday last week. That the judgment was the most ridiculous, callous and cruel ruling ever made after Anwar’s staged-managed convictions is not in doubt.

Prime Minister Najib Tun Razak has already started to lure Nizar into his trap by saying that Pakatan should appeal to the Federal Court. He was quoted by The Star saying: “I understand they will likely appeal to the Federal Court. It is their right to do that and we will ACCEPT the decision by the Federal Court which is the highest court.” (Emphasis of the word accept is mine). He repeated this particular statement since last Friday.

There is more than meets the eye in Najib challenging Pakatan to appeal to the Federal Court. He is prodding Nizar to go on, after all Najib knows the outcome. It is what the Arabs call Amrun qad qudiya bil-layl (A matter that has been pre-determined) but the one who determined it feigns extreme ignorance.

Please digest the statements he has made as the nation waited for the Appeal’s Court decision. Even the most stupid person could tell what was coming. He was so confident that whenever he was asked about the crisis, his only response became ‘why not wait for the Appeal’s court.’ Well, it has taken five minutes express ruling to know what he meant by ‘wait for the ruling’ and even Nizar knew and that’s why he has boycotted the Court on Friday.

In no way under any circumstance whatsoever will Nizar get a just ruling in the Federal Court. It is easier to raise the dead than that happening. Nizar should know that we are dealing with a cruel clique who are restrained neither by God nor by human decency. Zaki Azmi (the Chief Justice) knows where his bread is buttered. It took him one year to reach the pinnacle of the judiciary while it should have taken him at least 20 to 30 years. Apart from him, we know who are the other judges. This is why Najib is not only confident but is nudging Pakatan to appeal to the Federal Court.

Why does Najib want the Court’s way? One, he knows he has no credibility with Malaysians and therefore to face Pakatan in Perak is suicidal. The man has a thick skin. He knows his image is tattered, and he is downright mean and meaningless.

He is the only PM in our history who has the audacity to use our name “Malaysia” but refuses to face us Malaysians. He is the only PM in our history who can’t create a momentum but destroys whatever little that was left to him. He knows the nation is not interested in him despite his incessant spin and narcissistic spins-masters. To face that nation therefore is suicidal. So, he goes to his peers. Those who share destiny with him. Peers that the Holy Quran calls “evil people of mutual bargain.” So Pakatan should refuse to accept his duel and go to the people.

The second reason Najib wants Nizar to appeal is that once his already written judgment is delivered, it shuts the door on Pakatan for further appeal. By doing that, he wants Pakatan to legitimise his power grab in Perak and argue that the “courts have decided, we should accept” and other hogwash. We can’t accept a skewed ruling neither can we accept an evil judiciary that’s manned by godless elements who are partisan.

So what should Pakatan do? Nizar should issue a statement in which he informs the nation that won’t appeal to the Federal Court. This serves him well on many fronts.

One, he will deny Najib the “Federal Court” legitimisation that he is desperately seeking.
Two, his action will awaken many people concerning the judiciary. Remember the Lingam tape and how it became a rallying call during the elections. Third, by stopping midway, Nizar stalls the process and denies Najib a finality. Fourth, Nizar takes his case to the people. By appealing to the ‘People’s Court’ unlike Zaki’s Courts, Nizar will shame Najib. The people will come to know that while Nizar draws his strength from the people, Najib draws his strength from partisan state institutions.

During the 2007 Turkish Presidential Crisis, Turkish PM Recep Tayyip Erdogan refused to go the Courts way as his opponents wanted and went to the people. Wherever he went, he proclaimed that he drew his strength from his nation and people and not from state institutions run by oligarchs. Erdogan emerged victorious from otherwise a most challenging case. Nizar should shame Najib and depict him as anti-people, coward, loser and a sadist who will destroy state institutions in order to cling to power.

The Perak crisis will linger on even if Zambry continues to claim the MB-ship. This should continue till the next elections. With Najib already carrying heavy baggage, Perak would be his Waterloo and the Nation will deliver a verdict on a man who could stop at nothing in order to have power. It will end a bizarre chapter of our nation’s history. Malaysians will tell Najib that the nation won’t be mortgaged in order to satisfy him.

Sixth, by stalling the process, Nizar would influence the educated and the fence sitters on the importance of state institutions and the need for credible leadership. This will help Pakatan come to federal power in the next elections. Seventh, whenever BN leaders argue that Nizar should go to the Federal Court, Nizar would argue that he wants to go to the people. The contrast is too powerful for anyone to ignore. It means a lot to him and his PR alliance.

Eighth, by showing that he has no faith in shotgun judiciary manned by partisan judges, Nizar’s message that there is a need for change will convince every Malaysian who wants a better Malaysia to punish Umno and BN so that state institutions are protected from misuse.

kesemua 14 dibebaskan

IPOH (26 Mei) : Kesemua 14 yang diberkas semasa perarakan dari ibu pejabat DAP di sini ke Mahkamah Tinggi pagi tadi dibebaskan dengan jaminan diri.

Antara yang dibebaskan ialah speaker V. Sivakumar, Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, YB Thomas Su dan Timbalan Pengerusi PKR Perak Chang Lih Kwang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu sidang media bahawa mereka yang ditahan dibawah Seksyen 41 Akta Hasutan kerana mereka cuba memasang banting yang menggesa Sultan Perak membubarkan DUN Perak.

PS: Pasang banting pun salah, puasa pun salah. namun jangan jadi serba salah

KOTA BHARU (26 Mei): Hanya beberapa jam lagi program debat antara tokoh Umno dan PAS yang digembar-gemburkan sejak beberapa hari lepas akan diadakan, tetapi tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamid menarik diri.

Program antara Zahid dan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9 dijadualkan jam 9.30 malam ini berkisarkan “politik wang”.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Zahid membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

“Saya berharap Zahid dapat menimbangkan keputusan tersebut supaya dapat sama-sama mengupas mengenai isu itu,” ujarnya. END

Nizar serahkan Camry AGS10

Posted by abewa Sunday, 24 May 2009 0 comments

IPOH (24 Mei): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya menyerahkan kenderaan rasmi Menteri Besar Perak iaitu Toyota Camry 'AGS 10' hari ini, sebagai menghormati keputusan mahkamah.

Kenderaan itu diserahkan 8.10 pagi tadi kepada pengawal keselamatan di Bangunan SUK. END

PENANTI: Isu kemelut politik Perak menjadi bahan utama yang menarik minat rakyat di Prk N12 Dun Penanti.. dan jelaslah Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin menjadi fokus dan ikon utama yang dinanti-nantikan.

Pada hari penamaan calon semalam, Nizar mencuri perhatian ramai. Selepas dikerumuni wartawan, orang ramai mula tertanya-tanya apakah yang dicakapkan Nizar.

Sifat dan naluri ingin tahu apakah penyudah episod kesahihan Menteri Besar Perak menjadi fokus utama. Mereka mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan, mereka membandingkannya dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan mereka menanti dan berharap Mahkamah Persekutuan lebih bersikap terbuka dan adil.

Bagi rakyat marhaen, hanya gelengan kepala menandakan kebingungan akan keputusan mahkamah yang berbeza-beza sudah cukup membayangkan bahawa mereka sukar memahami dan tidak boleh menerimanya. END





PKR hadapi 3 penjuru

Posted by abewa Friday, 22 May 2009 0 comments

PENANTI: Calon Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman akan menghadapi tentangan tiga penjuru pada prk N12 Dun Penanti, 31 Mei ini.

Seorang calon yang mengemukakan kertas pencalonan di pusat penamaan calon di IKBN di sini ditolak selepas waktu bantahan ditutup.

BN menjadi ayam betina pada PRK ini dengan tidak meletakkan calon.

Mansor akan menghadapi Aminah Abdullah, Nai Khan Ari and Kamarul Ramizu Idris. Demikian diumumkan pegawai penguru pilihanraya itu,Roslan Yahaya.

Calon bebas Mohd Saberi Osman ditolak kertas pencalonannya selepas tempoh bantahan ditutup jam 11 pagi. Enam bantahan dikemukakan.

Antara pimpinan PR yang kelihatan mengiringi Mansor ialah DSAI, MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pimpinan DAP Lim Kit Siang.

Menurut daftar pemilihan 2008, yang dikemaskinikan pada 16 April, terdapat 15,384 pengundi daftar di Dun itu dengan 24 undi pos.

Ia meliputi 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus pelbagai bangsa lain.

PENANTI: Sekurang-kurangnya empat calon bebas dan calon PKR dijangka bertanding di kerusi N12 Dun Penanti.

Ia terdiri daripada calon PKR Dr Mansor Othman, calon bebas Aminah Abdullah, Saberi Osman, Kamarul Ramizu Idris dan Nai Kang Ari.

Kamarul adalah juga calon bebas yang bertanding menentang DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di PRK Bukit Gantang pada April lepas. Kamarul Ramizuhilang wang pertaruhan pada PRK itu.

Nai Kang Arti, 41, pula adalah bekas anggota Gerakan, manakala Aminah bekas Ketua Wanita PKR negeri.

PENANTI: Pada satu ketika, BN mengambarkan telah membuat satu keputusan konon maha bijaksana apabila tidak bertanding pada PRK N12 DUN Penanti, tetapi rupanya ia telah menjerat diri sendiri apabila penamaan calon diadakan, terdapat calon bebas.

Secara jelas, calon PKR Dr Mansor Othman akan dicabar calon bebas (bekas ketua wanita PKR negeri) dan bekas anggota Gerakan. Secara tidak langsung medan untuk berceramah terus terbuka luas dan BN akan terdedah tanpa dapat membela diri.

Nak berkempen tak da calon, nak membantu calon bebas pun tak kena. Tetapi ia bukan perkara luar biasa bagi BN, kerana Umno sudah biasa menaja calon bebas, malahan mengambil calon bebas sepertimana berlaku di Perak.

Jawabnya jerat telah memakan tuan, maka kebijaksanaan yang digembar gemburkan oleh media rasmi Umno terutama kini memakan diri. Memalukan

Manusia itu hanya boleh merancang dan Allah yang menentukannya. Semuanya dalam perancanganNya. Mahu tak mahu mungkin BN akan menyokong calon$ bebas yang juga bekas ahli Gerakan.

Kuasa Allah hendak membuktikan betapa munafiknya Umno itu dibuktikan dengan serta merta. Kononnya PRK menghabiskan duit rakyat, PRK Penanti agenda PKR dan pelbagai alasan lagi... kini dah terlupa jerat... menjerat Umno/BN sendiri.

Seingat sejarah, inilah kali pertama Umno/BN menjadi begitu dayus tidak bertanding pada PRK. Bagaimanapan ada benarnya kerana daripada enam PRK yang diadakan sejak PRU 12, Umno/BN hanya memenangi satu kerusi, itupun di Batang Ai, Sarawak.

Keputusan UMNO tidak bertanding juga tidak mengubah keputusan Allah untuk menjemput ke rahmatullah Adun Manek Urai Pak Su Mail. Lantas satu lagi PRK akan diadakan di DUN yang dikuasai PAS sejak lima penggal lepas itu.

Pengarah Pilihanraya Pas Pusat Datuk Mustafa Ali berkata, Umno/BN tak payah bertanding kerana kalau bertandingpun akan kalah dan ia memalukan sahaja.

Namun Timbalan Presiden Umno, TS Muhyidin Yassin pantas memintas mengatakan bahawa Umno/BN akan meletakkan calon di Manek Urai.

Cepat dan tangkas Muhyidin berkata demikian mengatasi kenyataan Presiden Umno dan PM DS Najib Tun Razak. Begitulah Umno yang telah menyedari kesilapannya tidak bertanding di Penanti.

Pentas penamaan calon hari ini juga membuktikan bahawa rakyat masih bersama-sama PKR, apabila taktik DS Najib mengena UMNO/BN yang tidak meletakkan calon ... kini tidak berupaya menangkis.

Apakah UMNO/BN kehabisan modal untuk ditaburkan atau peluru untuk dilepaskan kerana pada kebiasaannya pada setiap PRK UMNO/BN akan menaburkan puluhan juta ringgit untuk memikat hati pengundi. Pelbagai projek mi segera dilaksanakan pada setiap kali PRK yang disertai Umno/BN.

END


Penanti oh Menanti

PENANTI: Parti KeAdilan Rakyat (PKR) "menguasai pentas" proses penamaan calon PRK N12 DUN Penanti hari ini dengan para penyokong dan kibaran bendera parti itu menghala ke pusat penamaan calon.

Calon PKR Dr Mansor Othman diringi ke pusat penamaan calon oleh para pemimpin parti itu. DSAI turut kelihatan kemudian mengiringi Mansor.


Mansor dijangka menghadapi tiga pencabar lain pada PRK keenam ini sejak PRU12. Daripada enam PRK yang diadakan, BN hanya memenangi satu kerusi sahaj di Batang Ai, Sarawak.

Calon bebas, Aminah Abdullah (bekas ketua wanita PKR) tiba dengan lapan ahli keluarganya, manakala anggota Gerakan, Nai Khan Ari, 41, yang keluar parti itu berkata, dia bertanding kerana kecewa dengan tindakan BN tidak meletakkan calon.

PENANTI: Setakat ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Penanti Dr Mansor Othman telah tiba di pusat pencalonan di IKBN Bukit Mertajam di sini untuk menyerahkan kertas pencalonannya bagi pilihan raya kecil Dun Penanti.

Kelihatan kira-kira 200 anggota polis sekitar pusat penamaan calon itu. Keadaan tenang dan terkawal. Yang turut kelihatan hanyalah kibaran bendera PKR sepanjang jalan dan para pemimpin PKR. END

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri BesarPerak yang sah nampak gayanya belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan panel tiga hakim - Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.

Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar

KUALA LUMPUR: BN dinasihati tidak meletak calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Manik Urai sepertimana BN isytiharkan tidak bertanding di Penanti, bagi mengelakkan pembaziran wang rakyat dan malu dengan siri kekalahan pada PRK.

Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali memberitahu demikian pada sidang media di Pejabat Agung tengah hari tadi berikutan kematian alhmarhum ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob.

Sekalipun BN menyertai PRKl itu dan ditakdirkan menang ia juga tidak memberi apa-apa kesan atau mengubah kerajaan negeri Kelantan, sepertimana di Pulau Pinang, kata beliau.

" Oleh kerana senario BN yang kini berfikir soal duit yang tidak ada dan membazir (jika buat pilihan raya). Saya cadangkan Umno tak payah bertanding pada PRK. Saya yakin BN akan kalah. Duit habis, malu lagi," katanya.

Jelasnya, PAS akan mengikut perlembagaan yang ditetapkan, dengan meletakkan calon pada pilihan raya Dun Manik Urai nanti.

Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Paksu Mail menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II selepas dirawat sejak 26 April.

Seminggu selepas dimasukkan ke wad beliau dipotong sebelah kakinya memandangkan keadaan penyakitnya semakin menular. Beliau menderita penyakit ghaut sejak kembali dari Makkah setahun lepas.

ALFATIHAH.


KUALA KRAI: Menteri Besar Kelantan, TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kepulangan ke rahmatullah almarhum ADUN Manik Urai, Haji Ismail Yaacob, 60, atau lebih mesra dengan Pak Su Mail sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan PAS.

Beliau berkata Ismail, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu di sini kira-kira 5.50 pagi tadi adalah antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Petang tadi, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Almarhum Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama selepas sahaja selesai solat Jumaat dengan diimankan TG Nik Aziz.

Image

Sebelum itu, TG Nik Aziz menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertazkirah ringkas mengenai kematian.

TG Nik Abdul Aziz kelihatan sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama berlaku kesesakan luar biasa..

Jenazah Pak Su Mail selamat disemadikan pada jam 2.05 petang.















KUALA LUMPUR, 21 Mei (Hrkh) Dengan mengemukakan maklumat yang diterimanya sebelum ini, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan adakah wujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Mahkamah rayuan petang ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Menurut Husam, posting beliau dalam blognya tiga hari lalu telah 'meramalkan' Mahkamah Rayuan akan memihak kepada Zambry dan ia menjadi kenyataan hari ini.

"Ia sebenarnya bukan ramalan tetapi maklumat. Maklumat selanjutnya ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam masa terdekat, selepas Mesyuarat Majlis Barisan Nasional (BN) sekali lagi Isnin atau Selasa in.

Isu di sini ialah, jika maklumat ini terbukti tepat, adakah ujud unsur 'pre-arranged' dalam keputusan ini?

"Ia bukan tugas kita semua untuk membuktikannya tetapi ia tugas pihak berkuasa. Sudah tentu kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pada hari ini," katanya.

Kepada Husam, keputusan mahkamah rayuan hari ini memberi kesan besar.

"Baik di Parlimen mahu pun di DUN yang lain, Agong atau Sultan boleh melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar yang baru tanpa Perdana Menteri atau Menteri Besar berkenaan terlebih dahulu dilucutkan jawatan mereka melalui usul undi tidak percaya.

"Adakah negara kita sudah bersedia menerima hakikat kemungkinan perubahan teraju kepimpinan melalui proses tabung uji di luar rahim iatu Dewan Rakyat atau DUN seperti yang difahami sebelum ini?

"Khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), sudahkah bersedia untuk Ahli Dewan Rakyat mengumpulkan senarai bahawa mereka sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan Agung boleh dengan itu melantik Perdana Menteri yang baru tanpa proses Dewan Rakyat?"

Ahli Exco Kerajaan Kelantan itu seterusnya menyatakan,tiga atau lima atau tujuh hakim yang bersidang, bukan lagi ukuran untuk rakyat yakin dengan integriti dan kebebasan kehakiman kita, melainkan keputusan mereka dilihat wajar.

"Apa lagi keputusan Mahkamah ke atas krisis politik, memerlukan lebih ketelitian dan kebebasan".

Husam seterusnya "meramalkan" Majlis BN akan bersidang dan kemudian Zambry kononnya bersetuju menyerahkan mandat kepada rakyat dengan mengadap Sultan Perak untuk pembubaran.

Memang itu yang dihasratkan oleh Pakatan Rakyat (PR), katanya, "tetapi proses mahkamah yang dianggap tidak selari dengan prinsip keadilan tetap menjadi satu medan yang tidak akan berakhir dengan pembubaran itu kelak. (HARAKAH)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim menyebelahinya.

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama-sama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.

Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat iaitu Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan tetapi berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri.

"Oleh demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota DUN," katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar ialah melalui undi tidak percaya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, berhujah bahawa Yang Arif Hakim ahkamah Tingngti telah terkhilaf dalam membuat keputusan, kerana amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.

Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.END

TANGGUH HINGGA PETANG ESOK

Posted by abewa Thursday, 21 May 2009 0 comments

PUTRA JAYA: Mahkamah Rayuan menangguhkan kes perbicaraan rayuan DS Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan DS Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak yang sah ke jam 3 petang esok. END









PUTRAJAYA: Keadaan di Mahkamah Rayuan tenang dan terkawal walaupun kelihatan ratusan penyokong DS Mohammad Nizar Jamaluddin berada di perkarangan mahkamah itu untuk mendapatkan berita mutakhir kes rayuan yang dikemukakan

Adalah difahamkan bahawa tiada sebarang keputusan akan diumumkan petang ini ekoran mahkamah perlu meneliti hujahan para peguam kedua-dua pihak, iaitu Nizar dan DS Zambry Abdul Kadir.

Selepas berehat kira-kira 15 minit, kini peguam Nizar mengemukakan hujahan setelah peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham tamat berhujah sejak memulakannya jam 9.45 pagi

Kelihatan kira-kira 50 penyokong Nizar mula memenuhi di luar pekarangan kamar Mahkamah Rayuan itu. Puluhan wartawan turut kelihatan mengikuti secara dekat perbicaraan ini.

Para wartawan dan jurufoto kelihatan mengekori sahaja mana-mana orang kenamaan yang keluar masuk kamar Mahkamah. Mereka terdiri daripada wartawan tempatan dan luar negara

Nizar diwakili Peguam Sulaiman Abdullah dan Hanipa Maidin. END

untuk lebih memahami kes perak

Posted by abewa Wednesday, 20 May 2009 0 comments

ini e mel yang saya terima saya paparkan untuk pelayar perakite

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan ( perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Berikut kenyataan Datuk Husam Musa

Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib Othman awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat. Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan.

Dr Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.

Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Selepas siapa diputuskan menang sebagai Mentri Besar yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau. Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.

Dr Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas.

Saya difahamkan Dr Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politik BN di Semenanjung. Jika tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.

Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar. Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihan raya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.

Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini. BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan Pakatan Rakyat. Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai caretaker government sepanjang tempoh kempen.

Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya. Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.

Pengunduran dari Penanti hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iaitu pilihan raya mengejut di Perak.

Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.

Pakatan Rakyat, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.

Husam adalah Naib Presiden Pas.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah.

Pada 11 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah MB yang sah berasaskan bahawa tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadapnya sebagai MB di persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Sehari selepas itu, Zambry memperolehi rayuan untuk menangguhkan keputusan itu daripada Hakim Mahkamah Rayuan Ramly Ali yang bersidang secara sendirian sahaja.

Nizar kemudian membuat rayuan mengenepikan pula perintah yang diperolehi Zambry itu. Dalam permohonannya, Nizar turut meminta agar panel lima hakim mahkamah rayuan dibentuk untuk bersidang berbanding tiga orang sebagaimana biasanya, memandangkan kes itu menyentuh kepentingan awam dan perlembangaan negeri.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa surat Nizar memohon panel lima hakim itu tidak diterima pada masanya oleh Hakim Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff.

Pagi ini, semua pihak bersetuju agar rayuan Zambry didengar dahulu. Panel tiga hakim yang mendengar kes ini terdiri daripada Hakim Abdul Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Ahmad Maarop.

Kes ini dijangka berlarutan bebera hari sebelum mahkamah membuat keputusannya.

IPOH: Ketua Penerangan PAS, Dato Mahfuz Omar bimbang akan berlaku campur tangan Umno/BN terhadap keputusan Mahkamah Rayuan esok berhubung permohonan DS Ir Nizar Jamaluddin membatalkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Nizar selaku Menteri Besar Perak yang sah.

Mahfuz melihat, semacam ada signal yang telah dilontarkan mengenai hal itu daripada kenyataan PM DS Najib Tun Razak apabila menyatakan hanya akan berbincang dengan Pakatan Rakyat selepas keputusan Mahkamah Rayuan esok.

Kita bimbang jika peristiwa campur tangan Umno/BN berulang kembali seperti dalam kes-kes perbicaraan DS Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kes Pita Lingam, dan kita bimbang dengan kedudukan Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi yang jelas ahli Umno dan pernah memegang jawatan penting dalam satu lembaga dalaman Umno, katanya.

Mahfuz berkata, petunjuknya mudah apabila hakim yang akan membuat keputusan esok ialah mereka yang didakwa pernah terlibat dalam kes Pita Lingam, dan hal ini membuatkan persepsi kini mula berlegar akan keraguan keputusan esok.

Saya bimbang dengan kenyataan itu dan merasakan keputusan esok menyebelahi DS Dr Zambry Abdul Kadir, dan kenyataan Najib bahawa akan berbincang dengan pakatan selepas keputusan esok hanyalah untuk menjadikan pakatan sebagai pihak yang tertekan.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak kehakiman agar menyetujui permohonan Nizar supaya kes esok didengar dan diputuskan oleh panel lima orang hakim dan bukannya seorang.

Lima hakim juga perlu dari kalangan mereka yang berintegriti, bebas dari kaitan dengan kes-kes rasuah atau sebagainya yang ada kepentingan mana-mana pihak, ujarnya.

Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar mengesahkan telah menghantar surat permohonan itu melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar. END

KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan dan pilihan raya akan diadakan secepat mungkin, kata Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa,

Beliau membuat andaian ini selepas bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib.END



Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ramai ahli Umno termasuk ketua cawangan Umno di Perlis keluar Umno setelah dipecat sebagai jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Shahidan berkata, mereka dari kawasan Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri. Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan terbabit.

"Ketua cawangan dan anggota Umno dipinggir kerajaan negeri, " katanya sambil menasihati Menteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu supaya tidak memekakkan telinga.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

Malaysiakini \melaporkan semalam bahawa 1,000 ahli Umno di Perlis menyertai PKR,.

Mereka difahamkan bertindak demikian kerana marah pada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.

Beliau mendakwa, tindakan pemecatan ahli Umno yang menjadi ahli JKKK itu disokong pula oleh Md Isa.

PS: Elok ler dipecat je kalu tak produktif dan terlalu lama memegang jawatan. Di Perak, DSDr Zambry pecat JKKK lantikan kerajaan PR. Sama deme pun berbalah apa lagi nak jaga negeri

NIZAR DIPERKENAN MENGADAP RAJA NAZRIN

Posted by abewa Tuesday, 19 May 2009 0 comments

Nizar mengadap tengah hari tadi di Istana Iskandariah

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Hj Mohammad Nizar Jamaluddin diperkenan mengadap Raja Muda Raja Nazrin Shah tengah hari tadi di Istana Iskandariah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang.

Nizar memaklumkan demikian semasa taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.

Pada pertemuan singkat itu, Nizar menyampaikan mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan. Semuanya kini, terserah kepada Tuanku, Diharap rakyat terus menerus mengadakan solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan diperkenankan DUN dibubarkan.

Nizar juga memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini jika ada perkara yang berlaku mendukacitakan Tuanku, di samping
mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Nizar telah secara berhemah memberi pandangan akan senario dan kemelut politik di Perak dan memberi janji bahawa PR akan menghormati dan akur akan apa jua keputusan yang dibuat rakyat Perak melalui pilihan raya, jika Dun dibubarkan.

Beliau juga memberi pandangan agar sidang DUN tidak diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, kerana ia boleh menjejaskan imej negeri Perak.


END

SOI LEK SETUJU DUN PERAK DIBUBARKAN

Posted by abewa Thursday, 14 May 2009 0 comments

GEORGETOWN: Beberapa pemimpin BN terus menggesa agar diadakan pilihanraya semula di negeri Perak bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu daripada berterusan dan yang terbaru ialah Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

“Secara peribadi, saya berpendapat pilihan raya semula adalah jalan terbaik. Biar rakyat yang membuat keputusan," katanya dalam blognya.

Semalam, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan turut berkata demikian, di samping Anggota Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan anggota jawatankuasa Pusat Gerakan Dr Hsu Dar Ren. END

banyak yang haram di Perak

Posted by abewa Tuesday, 12 May 2009 0 comments

IPOH: Sejak awal suboh tadi, saya dok pikir apa nak jadi dengan kemelut politik di negeri Perak. Bagaimana ending story yang dah jadi chacha marba, tak tau mana klimaksnya, kata orang Penang.

Nak end stroy ni, senang je bubar DUN.

Selepas Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa DS Nizar Jamaludin masih MB Perak yang sah, ia seolah-olah satu turning point pada jalan ceritanya. Namun ia bertahan kurang lebih 23 jam sahaja apabila DS Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah rayuan menangguhkan notis perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah MB yang sah.

Bak kata orang, ia tidak kesampaian. Dalam tempoh kurang sehari itu, Nizar hanya sempat menyampaikan surat kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah melalui Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah untuk diperkenan mengadap bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ia terhalang kerana Zambry dan kawan-kawan UMNO/BN sama sekali enggan dan tidak mahu mengizinkan Paduka Seri Sultan Perak perkenan membubarkan DUN. Itu memang wajar bagi Umno/BN kerana mereka berada dalam ketakutan dan keyakinan yang amat tinggi bahawa mereka akan tewas jika diadakan pilihanraya. Kalah lebih teruk.

Bagaimanapun, untuk pengetahuan semua,Nizar sememangnya masih lagi MB yang sah. Zambry yang membandingkan dirinya dengan Mandela dan Gandhi ternyata bukan disahkan sebagai MB oleh Mahkamah Rayuan. Nama lagi Mahkamah Rayuan.. ertinay merayu pada keputusan Mahkamah lain. Dalam kes ini Zambry menerima keputusan ditangguhkan pernyataan bahawa Nizar MB yang sah.

Jika demikian, maka bererti Zambry juga tidak layak memasuki pejabat MB... kerana beliau bukan disahkan sebagai MB, kecuali Nizar.

Oleh kerana Nizar adalah MB yang sah, maka tindakanya memecat/mengantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri adalah sah. Perlantikan Pegawai Kewangan Negeri sebagai memangku tugas SUK oleh Nizar juga sah.

Oleh kerana itu, banyak betul yang haram di Perak kini. Bermula dengan MB haram, Speaker haram, SUK haram, Penasihat Undang-undang negeri haram, persidangan dewan undangan negeri yang haram.

Bayangkan betapa banyak pelaksanaan perkara dan keputusan haram dibuat.

Zambry: Chief clown of Perak circus compares self to Mandela and Gandhi-ji

By Nat Tan

Once again, I find myself in a position to shoot fish in a barrel. I’ll just be the latest to take a dig at Hee and her pepper spray. Hee’s first story was that she was holding a key chain not pepper spray; this changed into one where she was holding up the pepper spray to ask if it belonged to someone else.

Now, even if these versions of events were true - and good golly it’s so obvious they aren’t - I wouldn’t try to pass them off as the truth. In politics, there are just some battles that are unwinnable.

Trying to persuade people of the above version of events with the existence of the picture below floating around (observe the thumb position) makes Hee look like an even bigger idiot than she regrettably already does (and that’s saying a lot).

The ‘fun and games’ don’t end there. Our friend Zambry seems to have taken to new heights of delusion.I mean seriously. Did he imagine that there were some Umno ‘flers in some dark and secluded place who would go “Yeah, he really is like Gandhi and Mandela, our hero!!

Name me a single blog - even a pro-BN one - who has sung any of Zambry’s praises at all, much less compared him to the heroes of our generation. Self praise, as we all know, is no praise.

The following barely even bears expounding, but since we are so starved for good cheer amidst the circus that BN has insisted on turning Perak into (more on that to come), let’s pause and think of the differences between Zambry and his self-proclaimed peers.

Mandela/Gandhi: Rose up against the powers that be to uphold principles.
Zambry: Is part of the powers that be, and usurped power while steadfastly refusing to show any principles whatsoever.

Mandela/Gandhi: Braved prison and stuck with their values no matter how terrible the repression.
Zambry: Went to prison, came out, then joined forces with the people who imprisoned him, abandoning the cause he went to jail for.

Mandela/Gandhi: Spent their lives fighting racists.
Zambry: Proud member of racist race-based party, appoints Hamidah “Pukul India dulu” Osman as part of his cabinet.

Mandela/Gandhi: Made South Africa and India symbols of hope and people’s power.
Zambry: Made Malaysia the laughing stock of the world.

Mandela/Gandhi: Stood up against the astounding might of the British Empire, and apartheid South Africa.
Zambry: Doesn’t dare to face elections.

If I think of more, I’ll add to the list.

This latest statement of his only confirms that in the circus that Perak has become, Zambry is obviously the chief clown. On a more serious note, BN has shown time and again that it has refused to accede to the one and only true solution to this crisis: fresh elections.

I have scoured pro-BN blogs, the newspapers, etc, and I cannot find a single answer to the one question: Why?

KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa pusat Parti Gerakan mengesa BN bersama-sama Pakatan Rakyat memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Dr Hsu Dar Ren berkata, telah banyak kerosakan dilakukan dan hanya pilihan raya negeri sahaja jalan keluar atau menyelesaikan krisis politik Perak.

"Keputusan siapa yang berhak memerintah tidak seharusnya diputuskan di Mahkamah, tetapi diputuskan rakyat Perak sendiri. Itu asasnya," kata beliau. END

IPOH: Datuk Seri ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengekalkan pendiriannya bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah, kerana penangguhan perisytiharan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengesahkan beliau sebagai MB tidak terjejas.

Sambil mengatakan bahawa penangguhan itu lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan, Nizar berkata secara logiknya beliau masih Menteri Besar.

Pada satu sidang akhbar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memperakukan dirinya sebagai Menteri Besar yang sah apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan perisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Nizar memberitahu sidang media bahawa,walaupun ditangguhkan perisytiharan itu, kerajaan Pakatan Rakyat tetap kerajaan yang sah.

Nizar berkata, ia hanya penangguhan perisytiharan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi, yang mengesahkan bahawa beliau adalah MB yang sah, yang secara langsung membawa pengertian bahawa Zambry adalah MB yang tidak sah.

Malahan penangguhan persiytiharan juga bukan bererti ia telah mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah, atau tiada siapa yang selayaknya menjadi MB, maka pilihan yang ada hanyalah beliau sebagai MB yang sah. END



Tengku Razaleigh Hamzah, menyokong tindakan menteri besar PR Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.

Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau$ berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut.

"Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.

umno 2007 tengku razaleigh ku li 081107Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan.

Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.

Beliau berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."

Tambahnya, persidangan DUN Perak minggu lepas yang membawa usul Zambry menggantikan Speaker, V Sivakumar dengan R Ganesan, pemimpin kanan MIC negeri dan bekas ADUN Sungai, juga tidak sah.

"Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan.

"Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya.

IPOH: Hanya kira-kira 23 jam selepas diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin diarahkan pula mengosongkan semula pejabat Menteri Besar selepas DS Zambry Abdul Kadir memperolehi penangguhan perisytiharan dari Mahkamah Rayuan.

Ketika menerima khabaran itu, Nizar sedang memberi sidang akhbar pada beberapa wartawan yang menunggunya di pejabat Menteri Besar. Wartawan menunggu beliau untuk mendapatkan makluman ekoran kepulangannya dari Istana di Kuala Kangsar selepas mengemukakan surat permohonan untuk perkenan mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Sebelum itu, sekembali ke pejabat pada kira-kira jam 1 tengah hari dari Kuala Kangsar, Nizar berbicara dengan beberapa pegawainya. Kesemua kemudian mengikuti Nizar ke surau SUK untuk menunaikan solat fardhu zohor. Itulah rutin Nizar semasa di pejabat SUK.

Selepas solat itulah, beliau menemui wartawan. Yang turut berada di pejabat semasa itu ialah Setiausaha Politik Ust Misbahul Munir Masduki, YDP Pas Ipoh Barat Ust Norazli Musa dan saya, selaku Setiausaha Akhbarnya.

Semasa sidang akhbar dilangsungkan, saya dimaklumkan berita telah tersebar bahawa Zambry telah mendapat pengangguhan perisytiharan itu. Saya kemudian lantas membisikkan ke halwa Nizar.

Selepas itu, beberapa exco Pakatan Rakyat tiba dan perbincangan diadakan berhubung keputusan mahkamah rayuan itu yang akhirnya, keputusan dibuat untuk mengosongkan pejabat Menteri Besar itu sebelum arahan dikeluarkan. Apapun, semua pegawai dan Nizar sekadar datang ke pejabat dengan tangan kosong.

Apapun sekurang-kurangnya hari ini saya berkesempatan memohon maaf pada semua kakitangan pejabat Menteri Besar jika ada salah silap saya pada masa lepas. Semasa diarah keluar pada Februari lepas, saya tidak berkesempatan berbuat demikian kerana urusan rasmi di Indonesia.

ps: Nizar failkan kesnya pada Februari dan mendapat penghakiman pada Mei. Zambry merayu pagi dan mendapat perisytiharan pada petang hari yang sama.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan oleh Zambry. Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.

Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.

Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.

Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.

Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan memperkenankan perlantikan Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti Dewan.

Tokoh DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat akan memfailkan segera rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengetepikan perintah penangguhan keputusan itu.

NIZAR MASUK PEJABAT MB

Posted by abewa Monday, 11 May 2009 0 comments

Nizar Jamaluddin memasuki bangunan SUK pagi tadi - kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau MB yang sah.

IPOH: Saya tidak mempercayai bahawa selepas 86 hari mengosongkan pejabat Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, saya akan dapat memasuki semula pejabat ini dalam tempoh terdekat, meskipun sehari.

Mendahului para exco Pakatan Rakyat, Nizar melangkah masuk ke bangunan SUK, yang menempatkan pejabat Menteri Besar di aras dua. Beliau menduduki sebentar kerusi Menteri Besar sebelum melangkah keluar menuju istana di Kuala Kangsar untuk mengadap Raja Muda Raja Nazrin Shah dan kembali ke pejabat pada jam 1 petang.

Tidak terkata dengan kehendak Allah, saya, Ustaz Misbahul Munir (Setpol), Ustaz Norazli Musa, Ustaz Zulkifli (ketua penerangan PR) mengambil kesempatan untuk bersalaman dengan kakitangan pejabat Menteri Besar yang sedia ada.

Beberapa wajah baru yang tiada semasa kami meninggalkan pejabat ini muncul. Semuanya kelihatan tergaman dengan apa yang berlaku seakan tidak mempercayai kehadiran kami semua.

Bagaimanapun pada jam 2.30 petang kami mula kosongkan pejabat MB selepas menerima khabaran bahawa Mahkamah Rayuan menerima permohonan penangguhan perisytiharan Nizar sebagai MB yang sah. END



Menteri Besar Perak,Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah.

Katanya, semua keputusan yang dibuat oleh DS Zambry Abdul Kadir akan dikaji semula kecuali sidang DUN pada 7 Mei lalu adalah tidak sah.

"Kita akan minta Zambry dan Exco lain mengosongkan jawatan berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

"Mesyuarat Exco akan diadakan segera dan kita berpegang yang DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009,"katanya. END

IPOH: Perisytiharan Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah satu tamparan maha hebat pada Umno/BN dan pengajaran yang memalukan.

Kerakusan dan sikap tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan negeri yang disalahgunakan oleh pimpinan parti itu kini menghiris maruah Umno/BN. Undang-undang dan perlembagaan yang mereka sendiri gubalkan dan kemudian mencabulnya agar memenuhi kehendak atau kepentingan sendiri.

Sepertimana kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Umno/BN terlalu rakus dalam merebut kuasa di Perak. Sesungguhnyapun Umno/BN tidak mengikuti prosedur perlembagaan kerana mengambil kira segalanya akan memihak pada mereka.

Kini, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan DS Zambry Abdul Kadir agar menangguhkan perisytiharan itu. Ertinya, esok Zambry dan kuncu-kuncunya hendaklah keluar daripada bangunan SUK. Keluar daripada pejabatnya.

Saya difahamkan pada saat ini, bangunan SUK telah dikawal ketat oleh FRU.

Seeloknya, Dato SS Dr Abdul Rahman Hashim yang tersangat menghina Nizar juga silalah berangkat keluar daripada bangunan itu. Penasihat Undang-undang negeri juga seeloknya kosongkan kerusi. Kedua-dua pegawai kerajaan ini amat memalukan daripada segi tindakan mereka, bersekongkol secara langsung dengan parti politik iaitu UMNO, meskipun menyedari sebagai penjawat awam.

Mungkin Rahman akan mengetatkan kawalan keselematan menghalang lagi Nizar memasuki pejabat Menteri Besar, menghalang kesemua exco dan adun Pakatan Rakyat?

Satu hakikat nyata dan jelas ialah, semua perkara yang diluluskan Zambry menjadi haram. Persidangan DUN 7 Mei yang sudah jelas tidak sah akan bertambah haram lagi. Apa jua yang berlaku di zaman Zambry menjadi igauan dan mimpi paling buruk dalam sejarah UMNO/BN. Memalukan undang-undang yang digubal dicabuli sendiri.

Dengan pengesahan Nizar masih Menteri Besar, maka bererti V Sivakumar juga masih sah sebagai speaker dan kesemua exco juga menjadi sah. Maka kerajaan Pakatan Rakyat akan memerintah sebagai "minority government". Sebuah kerajaan minoriti daripada segi jumlah wakil rakyatnya, sehinggalah satu pilihanraya diadakan atau undi tidak percaya dibuat terhadap Nizar.

Lantaran itu, Nizar akan menjadi Menteri Besar " with a minority vote" dan perkara ini pernah berlaku (dalam negara komanwel). Bagaimanapun Nizar tentunya lebih berhasrart untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya semula.

Nizar sebenarnya mempunyai dua pilihan iaitu memohon perkenan Sultan Azlan untuk membubarkan DUN atau memohon perkenan agar diadakan pilihan raya kecil bagi tiga DUN yang anggotanya melompat keluar PR.

Memandangkan situasi semasa dan kecelaruan dan pencabulan perlembagaan yang sudah melampau, maka saya yakin Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah akan perkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan DUN.


Ampun Tuanku, sembah patik mohon diampun. Perkenankan DUN dibubarkan.

(PS: Nizar dijadual mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah di istana Kuala Kangsar pagi esok. Beliau dijangka akan sekali lagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN)




NIZAR MASIH MB

Posted by abewa 0 comments


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala KLumpur hari ini.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam hujahnya berkata: "Hanya undi tidak percaya dalam dewan undangan negeri sahaja yang boleh memaksa Menteri Besar meletakkan jawatan."

Mahkamah Tinggi menolak rayuan Umno/BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir agar menangguhkan perisytiharan itu.

Nizar kini dalam perjalanan ke Ipoh untuk mengadap Paduka Seri Sultan Perak memohon perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Sesungguhnya, perisytiharan ini membawa pengertian bahawa apa jua yang dibuat oleh Zambry dalam tempoh lantikannya sebagai Menteri Besar BN menjadi tidak sah. Oleh kerana itu juga dalam kata yang mudah, persidangan DUN 7 Mei juga menjadi haram.

Lantaran itu, usaha Nizar memohon sembah agar dibubarkan DUN dan diadakan pilihan raya semula adalah wajar dan bertepatan kerana jika tidak kemelut akan terus berlarutan tanpa kesudahan



YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Posted by abewa Sunday, 10 May 2009 0 comments

IPOH: Yang tersurat telahpun menjadi sejarah dan kudeta dalam dewan undangan negeri Perak pada 7 mei menjadi sejarah bukan sahaja dalam Malaysia, malahan bagi seluruh negara komanwel.

Speaker dimalukan. Itu yang tersurat.


Namun kata-kata DS Zambry Abdul Kadir bahawa media tidak adil dalam membuat laporan peristiwa 7 Mei itu, adalah satu lagi hal yang mengejutkan. kelakonan Zambry telah sampai ke kemuncaknya... apa tidaknya dengan segala kawalan dan kepayahan untuk membuat liputan dan kongkongan... media tetap dipersalahkan.

Bukankah media kongkongan utama Umno telah memberikan laporan sepenuh hati, malahan sekehendak hati untuk mengambarkan senegatifnya Pakatan Rakyat. Jadi apa lagi yang tidak adil dilaporkan. Atau apakah akan menjadi adil hanya apabila dilaporkan lakonan Umno/BN yang elok sahaja.

Rakyat tentu bijak memikirkan yang tersurat ini. Namun apabila DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mendedahkan yang tersirat semasa persidangan itu terutama semasa Raja Muda Raja Nazrin Shah berbisik padanya, ia benar-benar akan menyuratkan Umno/BN.

Semasa berucap di majlis meraikan kemenangan PRK Bukit Gantang anjuran Pemuda Pas Bukit Gantang di Markas Pemuda PAS, DS Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin mendedahkan apa yang dibisikkan Raja Nazrin itu, meskipun mungkin tidak sepenuhnya tetapi cukup mengejutkan.

Hadirin terkedu mendengarnya, Nizar bercerita dari awal.

Raja Nazrin menitahkan Nizar menghormati ucapan yang akan disampaikan, menitahkan semua adun Pakatan Rakyat duduk (semasa itu ramai berdiri di kawasan bentara berhadapan kerusi yang diduduki Raja Nazrin).


Nizar bertitah jika Nizar masih berharap untuk bekerjsama dengan baginda, maka Nizar hendaklah mengarahkan adun PR duduk di tempat masing-masing.

Nizar terus memberikan arahan taat setianya pada Raja Nazrin kerana sesungguhnya beliau dan adun Pakatan tidak sedar bahawa Raja Nazrin telah memasuki dewan semasa keadaan kelam kabut itu.


Semua adun PR dengan taat duduk mendengar titah ucapan.

Sehabis titah ucapan, Nizar yang berada di kerusi paling terkedepan (kerusi MB), terus melangkah keluar untuk mengiringi Raja Nazrin. Pada kesempatan itu, Baginda sempat bertukar pertanyaan hal-hal peribadi seperti bertanyakan hal cucu pada Nizar.

Nizar terus mengiringi hingga ke lif.


Pada saat memasuki lif, Nizar dijerkah oleh Dato SS Abdul Rahman Hashim supaya tidak mengikuti Raja Nazrin. Namun Raja Nazrin terus mempelawa Nizar masuk mengiringi baginda dalam lif.

Inikah yang dikatakan Nizar durhaka?

Beradab ke SS menjerkahi Nizar di hadapan Baginda?
Ampun Tuanku
Sembah Patik harap diampun

IPOH: Sasterawan Negara A Samad Said atau lebih dikenali sebagai Pak Samad turut bersama-sama majoriti rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan.

Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN turut memperlihatkan bahawa ia memerlukan penyelesaian segera dan penyelesaiaan itu hanya melalui pembubaran DUN.

Beliau menyentuh pelbagai perkara berhubung isu yang melanda negara dan Perak semasa berucap pada majlis isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak di Surau Taman Meru 2B, Jelapang .

Beliau melahirkan kesalan dan kedukaan berhubung isu berkenaan.


Pak Samad menyelar UMNO/BN yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. dan terus mempertahankannya.


Pak Samad menuntut PPSMI dihapuskan

Program itu turut dihadiri Anggota Parlimen Bukit Gantang Dato' Seri Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Teras Haji Azmi Abdul Hamid, Adun Teja Chan Lee Kang.

selamat hari ibu

Posted by abewa 0 comments


Kasihnya ibu sampai ke syurga

kasihnya ayahanda sepanjang masa
kasihnya saudara semasa berada

selamat hari ibu

ibu
...
aku tetap terasa seperti ada
apa lagi jika ramadhan datang
akan tergetar hatiku
apalagi jika malam ke tujuhbelasnya
akan terasa kudusnya
apalagi jika malam jumaat
akan terpaku mengingati jerihmu
akan terasa roh jiwamu
itulah hari kau pergi meninggalkanku
itulah hari aku tercium harum kasturi mengisi kamarmu
alfathihah


FRU RAMPAS VIDEO SIDANG DUN 7 MEI

Posted by abewa Saturday, 9 May 2009 0 comments

Program Makan Malam DAP di Sitiawan bertemakan 'Bubarkan DUN Perak & Kembalikan Hak Kepada Rakyat pada 9 Mei 2009 tercemar dengan gangguan dan insiden rampasan rakaman video sidang Dun Perak oleh polis FRU.

Program di Sekolah Kebangsaan Nam Wah, Jalan Kampung Koh itu turut dihadiri
penceramah YB Ong Boon Piow, YB V.Sivakumar, YB Nga Kor Ming dan YB Ngeh Koo Ham.

FRU telah menceroboh dan merampas alatan tayangan video peristiwa 7 Mei itu sehingga menimbulkan kekecohan dalam dewan itu. Walaupun o
rang ramai memberi amaran supaya tidak mengganggu, polis tidak mempedulikan.

Dato Ngeh Koo Ham telah berunding dengan polis agar tidak mengganggu program dengan menakutkan rakyat, pihak polis terus merampas alat-alat tayangan (VCD). Berpuluh-puluh FRU masuk bagaikan satu rusuhan.

Juruteknik video kamera itu telah ditahan oleh polis
.

Mengapakah polis melarang penayangan video peristiwa 7 Mei 2009 itu?


UMNO/BN MENJERUT LEHER SENDIRI

Posted by abewa Friday, 8 May 2009 0 comments

IPOH: Kekecohan dan kecelaruan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak, Khamis lepas adalah satu kudeta yang sekali lagi memalukan yang boleh mengakhiri riwayat UMNO/BN, kata Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis, Pahang.

"Apa yang berlaku akan menjerut leher sendiri, " katanya.

Ariff berkata, "rakyat akan bertambah meluat pada UMNO/BN dengan apa yang berlaku di Perak kerana di sebalik mereka melaungkan untuk mendapat RESTU rakyat, TINDAKAN mereka sebenarnya semakin menjauhkan rakyat. Rakyat semakin tidak mempercayai apa yang dilaungkan."






Umno membuat satu kesilapan besar dengan mengguna polis untuk menyingkirkan Speaker V Sivakumar dari Persidangan dewan. Foto speaker diheret keluar dewan akan terus melekat dalam minda jutaan rakyat Malaysia.

Untuk kali pertama dalam sejarah negara, polis mencabul kuasa dengan memasuki DUN dan secara kasar mengheret keluar seorang pembuat undang-undang negara. END

KUALA LUMPUR: Umno/BN sekali lagi melemparkan dakwaan kononnya kecelaruan dan insiden pada persidangan DUN Perak, Khamis lepas dengan jelas "menunjukkan" sikap tidak menghormati institusi diraja.

TPM TS Muhyiddin Yassin berkata, beliau terkejut dengan "trend" ini.

Ia jelas merujuk Adun Pakatan Rakyat, pada persidangan Dun itu, yang menyebabkan Raja Muda Perak menunggu lebih enam jam untuk bertitah merasmikan persidangan itu. Begitulah, hanya PR dipersalahkan, sedangkan UMNO/BN membelakangi peraturan dan pelembagaan negeri tidak diambil peduli.

Katanya, Sultan atau Raja Muda menunggu sehingga enam jam (untuk merasmikan persidangan), yang mana ia tidak berpernah berlaku dalam sejarah negara.

Muhyiddin bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kecelaruan dan kekasaran itu bukan hanya disebabkan PR sahaja.

Beliau ditanya mengenai drama kekasaran penyingkiran speaker V. Sivakumar oleh Polis preman, pengundian pemilihan Datuk R. Ganesan sebagai speaker baru yang meragukan dan kelewatan enam jam titah ucapan Raja Muda Perak.

Beliau membidas PR kerana tindakan-tindakan yang mencabar prinsip asas demokrasi tanpa menghormati perlembagaan dan institisi diraja. Rakyat tentu dapat menilai sikap sebenar pembangkang dalam kes ini.

Ketika ditanya mengenai penggunaan kekerasaan untuk menyingkir Sivakumar walaupun ketika itu dia (Sivakumar) masih lagi speaker, Muhyiddin sekadar menjawab, masa itu dia tiada dalam dewan itu.

"Saya tiada di situ. Tentu ada sebab mengapa berlaku demikian," katanya yang enggan menjawab soalan berhubung perkara itu melalui media.

ps: benor yob, Muhyidin cakap benar.. dia memang takda dalam dewan masa kejadian.

IPOH: Sengaja dalam tempoh dua hari lepas, terutama semasa persidangan dewan undangan negeri Perak, Khamis, saya tidak melaporkan. Pertama sepertimana telah saya jangka akan berlaku sebelum ini telahpun berlaku.

Dalam keadaan apa jua pun sekalipun, kawalan keselamatan bukan di bawah bidang kuasa ataupun tidak sesekali bersama Pakatan Rakyat.

Akhirnya Speaker V Sivakumar diangkat keluar. Itulah dramatiknya pertukaran speaker dibuat oleh DS Zambry AK.

Kini semakin banyak pihak mempertikaikan kesahihan perlucutan jawatan speaker dari Sivakumar dan usul perlantikan dan pengundian , R Ganesan, bekas Adun Sungkai, perjalanan dan perasmian persidangan serta cara usul diluluskan.

Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato’ Hafarizam Harun dan Dato’ Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.

Apapun yang dibuat Umno/BN akan sah dan disahkan. Semua akan bersetuju untuk bersetuju bahawa ia sah.

Banyak persoalan berhubung prosidur dewan diragui, mengakibatkan kesahihannya dipertikaikan, kata Malek.

“Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat Hee boleh mengambil alih persidangan?” beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.

“Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?” tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker.

Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.

“Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan,” kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.

Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.

“Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang,” kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.

Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.

“Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita,” jelas Imtaz lagi dengan nada marah.

“Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan.”

Beliau juga mempersoalkan: “Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?” Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?” tanya Imtaz.

Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan perisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.

Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.

Terus buntu

Beliau yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa berkata jika PM DS Najib Razak “ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut.”

Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, “semuanya begitu jelas dan terpampang" dan menegaskan bahawa dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah “haram dan tidak berperlembagaan”.

“Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar,” katanya urutan peristiwa cukup meragukan sejak 5 Februari sehingga semalam.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perak membubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.

Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.