pembebasan ISA penuh keraguan dan persoalan

Posted by abewa Tuesday, 15 September 2009
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap isu sebenar ISA belum terjawab meskipun likma tahanan ISA dibebaskan oleh kerajaan, malahan pembebasan itu penuh keraguan dan persoalan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, persoalan teras terhadap kezaliman akta itu belum dijawab kerajaan, di samping persoalan mengapa mereka ditahan sehingga lapan tahun.

"Kenapa mereka ditahan... kenapa sekarang, dan kenapa lima orang sahaja dibebaskan? " kata beliau.

ImageMenurutnya, mangsa tahanan perlu diberitahu kesalahan mereka. Sekiranya tiada bukti jelas kesalahan dilakukan, mangsa perlu diberi pampasan setimpal dengan kesengsaraan yang ditanggung.

Antara tahanan ISA yang dibebaskan ialah Mat Sah Mohamad Satry, Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Mengikut rekod GMI, masih ada 12 lagi baki tahanan ISA, namun laporan kementerian mengatakan hanya sembilan masih ditahan.

0 comments

Post a Comment