Mahkamah Persekutuan dengar rayuan NIzar 5 Nov

Posted by abewa Wednesday, 30 September 2009 1 comments

Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung pertikaian kesahihan Menteri Besar Perak pada 5 Nov depan.

Peguambela Nizar, Leong Cheok Keng berkata, Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

Perakite: memudah fahamkan, ia bererti kedua-dua MB itu sah.

KEMENANGAN UNTUK MEMBELA NASIB RAKYAT

Posted by abewa Tuesday, 29 September 2009 0 comments

Calon PAS/Pakatan Rakyat pada prk DUN Bagan Pinang, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar menyifatkan kemenangannya nanti adalah untuk memblea nasib rakyat.

Beliau akan menghadapi calon Umno/BN bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Pakatan Rakyat (PR) akan membuat perubahan bersama dengan kehendak rakyat, kata Zulkefly.

Zulkefly yakin pengundi bijak untuk memilih wakil rakyat yang dapat berkhidmat untuk membela mereka. Saya anak watan Negeri Sembilan, cuma lain daerah sahaja. Kita boleh capai kemenangan untuk bawa perubahan kepada rakyat.”

Umno dengan gahnya mengumumkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan TS Isa Abdul Samad sebagai calonnya pada Prk DUN Bagan Pinang, sambil menggalas bebanan masalah lampaunya, terutama yang membabitkan politik wang.

Isa merupakan ketua Umno bahagian Teluk Kemang dan bekas Naib Presiden Umno. Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

Mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Isa tidak seharusnya menjadi calon BN pada prk itu memandangkan rekod lamanya yang negatif itu.

Imej Umno dikatakan akan terjejas kerana dianggap tidak serius memerangi politik wang jika meletakkan calon yang pernah didapati bersalah dalam rasuah politik .

Isa, katanya, sudah didapati bersalah dan kalau Umno letak beliau sebagai calon, ia juga bermakna bahawa Umno tidak ambil berat tentang kes-kes semacam itu.

Umno kini terjerat antara realiti dan usaha untuk berubah selepas pilihan raya 2008. Pencalonan Isa membuktikan bahawa Umno sesungguhnya tidak berubah, malahan terus memperjuangkan dan berusaha mempertahankan pimpinannya meskipun korup.

Tahap korupsi juga terus meningkat mengakibatkan Malaysia merudum di mata dunia. Lantaran itu pandangan umum terhadap SPRM juga terus diragui.

Pemilihan Isa mengambarkan segalanya bahawa Umno tidak pernah mahu mengakui kesilapan, malahan terus menegakan yang mungkar sepertimana berlaku di PRK Permatang Pasir, apabila mencalonkan Rohaizad Othman yang pernah mengelapkan wang pelanggannya.

Ia menimbulkan keraguan bahawa Umno/BN serious dalam membuat perubahan agar lebih telus dan bersih daripada korupsi. Imej Umno akan terus tercalar dan luka.

KAMI NAK DATOK ISA, ATAU KAMI BOIKOT

Posted by abewa Monday, 28 September 2009 0 comments

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/ugutisa.jpgBAGAN PINANG: Gendang perang pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang sudahpun kedengaran dipalu, meskipun Umno/BN dan PAS/PR akan hanya mengumumkan calon masing-masing lewat petang ini.

Markas PAS kelihatan tenang untuk membuat pilihan calonnya, namun gundah-gulana sudah mula melanda kem Umno/BN. Gendang perang Umno juga mulai tidak sekata, malahan bilik gerakannya sudah mulai bocor.

Beberapa jam selepas lawatan TPM TS Muhyidin Yassin, sekumpulan ahli UMNO yang ’taksub’ TS Isa Samad mula memukul gendang secara songsang apabila mengugut untuk memboikot.

Kain-kain rentang ’Kami Nak Datuk Isa, Kalau Tidak Kami Boikot’ di pasang merata-rata tempat.


Sejak kematian bekas ADUN Bagan Pinang, UMNO Teluk Kemang yang dikuasai oleh penyokong taksub Isa telah sebulat suara ’hanya mahukan Isa, untuk bertanding. Paparan kain rentang mengugut untuk memboikot terpasang sejak beberapa hari lalu. Cakap-cakap juga merebak untuk memboikot jika Isa tidak dicalonkan kedengaran sejurus selepas Eidul Fitri.

Muhyiddin dijadualkan memgumumkannya petang ini. PM DS Najib Razak juga berada di kawasan Bagan Pinang, namun timbul persoalan , mengapa Najib tidak mengisytiharkan calon UMNO/BN.

Memandangkan Najib berada dalam Kem PUSASDA di Batu Empat dekat sini dalam satu majlis ’politik’ bersama warga angkatan tentera, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, PAS juga akan membuat program seumpama itu dalam kem-kem tentera.

Sekiranya Isa dipilih, maka para penyokong Menter Besar Mohamad Hassan pula akan bersuara untuk memboikot Isa.

MEDIA DAN PAS

Posted by abewa 0 comments


Setiap kali pilihanraya sama ada pilihanraya kecil maupun umum, Mursyidil Am Pas TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menjadi sasaran Umno, terutama usaha memusnahkan dan merosakkan nama baik beliau.

Itulah strategi Umno sejak 20 tahun lepas. Kerjabuat pimpinan Umno yang menjijikkan itu tidak pernah reda, malahan semakin menjadi-jadi apa lagi media arus perdana sentiasa memberi ruang luas untuk memaparkan hal-hal senegatif mungkin.

Pelbagai isu akan dibangkitkan dan dilemparkan pada TGNA dengan tujuan utama untuk mendapat feedback dan bingkasan jawapan daripada TGNA. Ia sebenarnya "jerat bingkas" yang cuba dipasang Umno dengan harapan pelandok lupakan jerat. Selepas komen dibuat TGNA, maka deretan persoalan, tohmahan akan menyusul sebagai usaha menfitnah dan memburuk-burukkan TGNA.

Sayugia diingatkan, bahawa adakalanya jika TGNA tidak memberi reaksi pada perkara seumpama itu lebih baik, biar rakyat yang membuat kesimpulannya sendiri. Rakyat sudah memahami akan keterdesakan Umno untuk menjejaskan imej TGNA agar tidak lagi memberi impak.

Umno sudah kehabisan peluru untuk meruntuhkan kekebalan TGNA yang terkenal dan dihormati bukan sahaja di dalam negara, malahan seluruh rantau Asia, khususnya Indonesia.

Beliau adalah tokoh agama dan ulama yang dihormati dan disegani. Sayugia juga dikhabarkan bahawa para pemimpin barisan depan PAS, khususnya hendaklah berada dalam siap siaga dalam menghadapi wartawan. Bijak membaca riak soalan yang dikemukakan dan mana yang patut dijawab.

Ulasan dan jawapan lebih manis sekiranya ringkas sahaja, daripada menjawab berjela-jela sehingga mengundang kesilapan. Sesuatu isu hendaklah difahami sebelum mengulasnya dan ada kalanya tidak semestinya dijawap, malahan sekadar senyum sudah memadai. Apabila sesuatu isu timbul, nada jawapan juga hendaklah sama dengan jawapan pucuk pimpinan tertinggi.

Kes terbaru, mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad membidas konon TGNA tidak melakukan pembangunan di Kelantan adalah juga susulan daripada jawapan TGNA pada orang yang lupa diri Ibrahim Ali. Sesungguhnya, orang kelantan menyifatkan Ibrahim sudah tidak "masuk buku" (tak boleh pakai lagi). Apa jua yang dibangkitkan Ibrahim tidak perlu dijawab.

Ibrahim sudah tidak diterima mana-mana parti, maupun amno. Beliau ibarat menyalak bukit sahaja..., sekdar tekak menjadi sakit, manakala bukit tak runtuh (takda kesannya), dia hanya sekadar mewakili (sehingga PRU13) kawasan Parlimen Pasir Mas. Ibrahim tidak mewakili mana-mana parti pun. Begitu juga dengan Mahathir, beliau adalah mantan PM, mantan Presiden Umno... semua mantan sahaja.

Nampaklah kini ia akan dijadikan modal kempen Umno di Bagan Pinang. Begitulah Umno memulakan episod dramanya.

KENYATAAN BERSAMA BLOGGERS TENTANG UNDI POS

Posted by abewa Sunday, 27 September 2009 0 comments

Undi Pos: Kenyataan Bersama Para Bloggers
1. Kami yang terdiri daripada Penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah dikemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.

2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut :

* ''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara, maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof. Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut :

3. Adalah amat malang bagi Malaysia, walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil. Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti tidak telus dan rahsia, wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos, undi pos tidak relevan, kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang. Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut. Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.

Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :

1. MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut :

1. TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS

Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat. Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin.

2. PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS

Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara, sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa. Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2, satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954

Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami. Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini, boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.

Atas sebab-sebab berikut, Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.

Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain, menjadi lebih baik dari yang baik. Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Sekian wasalam.

Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos

Nota : Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama. Blogger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2. Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah. kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR. Selain itu, penulis blog juga disarankan agar memberi cadangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan, sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.

Sekian wasalam.

Baca Seterusnya..!

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya (SPR) Tan Sri Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan disiarkan Berita Harian 7 Sept berkata peraturan Borang 2 tidak akan dimansuhkan. Alasan Pengerusi SPR ialah kerana peraturan tersebut adalah undang-undang. Memang benar, peraturan tersebut adalah undang-undang. Persoalannya apakah peraturan tersebut sememangnya rigid dan tidak boleh diubah lagi atau dimansuhkan? Penulis agak hairan kenapa dan mengapa SPR begitu bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan 2? Penulis mempunyai sebab dan pandangan tersendiri kenapa peraturan Borang 2 perlu dimansuhkan.

Inilah borang yang jadi igauan kepada setiap pengundi Pos yang berlainan ideologi.

1. Borang 2 : Satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos

Apakah alasan SPR untuk mengekalkan Borang 2 dalam sistem undi Pos,selain dari alasan Borang 2 adalah undang-undang? Penulis merasakan tiada sebab kenapa peraturan sedemikian harus dikekalkan. Sebaliknya penulis merasakan SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tiada dalam peraturan sekalipun.

Tetapi yang peliknya kenapa Borang 2 itu diwajibkan kepada semua pengundi pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi. Pada pendapat penulis, peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi. Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis beranggapan tindakan SPR bersungguh-sungguh mempertahankan peraturan tersebut seperti ada ”ada undang di sebaliknya batu”. Oleh itu, penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.

2. Borang 2 : Satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos

Tidak kira samaada pengundi Pos atau pengundi biasa. Apa-apa bentuk yang boleh mewujudkan rasa tekanan, bimbang atau tidak selesa dikalangan pengundi haruslah dimansuhkan. Sama ada hal tersebut adalah peraturan atau pun tidak. Pengundi Pos harus diberi ruang keselesaan dan kebebasan untuk membuang undi kepada calon-calon yang benar-benar mereka sokong tanpa sebarang tekanan daripada pihak-pihak tertentu. Dengan peraturan Borang 2,mahu tidak mahu sudah pasti menyebabkan pengundi Pos berada dalam keadaan tidak selesa.

Apa tidaknya, bagi membolehkan pengundi Pos membuang undi, mereka hendaklah mendapatkan pengesahan saksi yang biasanya penyaksi itu adalah dikalangan pengawai atasan yang menjadi bos mereka bagi memenuhi keperluan Borang 2. Tanpa saksi dan tanpa Borang 2 kertas undi Pos adalah tidak sah. Mengapa prosedur begini diwujudkan? Tidakah sebagai orang bawahan akan wujud perasaan sangsi dan bimbang undi mereka bocor dan diketahui bos mereka.Ini kerana Borang 2 jelas dan lengkap mempunyai maklumat identiti pengundi Pos.Lantaran itu, penulis melihat peraturan ini, seolah-olah ada muslihat tertentu yang boleh menimbulkan keraguan. Sekali lagi penulis berpendapat SPR perlu mansuhkan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.

3. Borang 2: Tidak menjamin kerahsian pengundi Pos

Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos tersebut perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2)). Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah sine qua non (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Bagi pengundi pos, kerahsian undi mereka tidak dapat dijamin.

4. Borang 2 : Kewudannya bertentangan dengan akta kesalahan piliharaya 1954

Pengerusi SPR memberi alasan Borang 2 adalah peraturan. Penulis ingin bertanya tidakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 itu juga undang-undang yang perlu dipatuhi? Tidakah Akta Kesalahan Piliharaya 1954 dengan jelas menyatakan tidak boleh sebarang pendedahan identiti pengundi? Cuba rujuk bawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Mengapakah undang-undang ini tidak mahu dipatuhi pula oleh SPR.Tujuan undang-undang ini jelas sekali mahu melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang bebas dan adil. SPR tidak berasa takutkah jika melanggar undang-undang ini dan disabitkan dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Penulis amat berharap agar SPR merenung yang mana lebih penting untuk diikuti.Peraturan Borang 2 yang boleh menimbulkan keraguan dikalangan pengundi Pos atau Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 yang boleh mewujudkan piliharaya yang adil dan bersih?.

Sehubungan itu, penulis sekali lagi menegaskan Borang 2 harus dimansuhkan dalam sistem pengudian Pos. Penulis bukan meminta undi Pos dihapuskan. Penulis hanya menyarankan agar SPR mansuhkan Borang 2 dalam sistem undi Pos. Hasrat ini hanya dengan satu tujuan, supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih. Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik. SPR perlu melakukan perubahan ini, disamping dapat meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela, selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.

Memang cakap tak serupa bikin sepertimana kata pepatah Melayu, "Lidah tidak bertulang" kerana sewaktu kerajaan negeri Perak membeli Toyota Camry untuk mengantikan kereta Perdana V6, mereka dihentam dan dituduh tidak patriotik.


Namun kini, kerajaan pimpinan Najib dikhabarkan akan mula menggunakan kereta mewah bukan Proton Perdana V6 Executive untuk pegawai tinggi kerajaan dan menterinya.

Untuk makluman, rasanya Protonpun dah tak keluarkan model itu. Jadi mau tak mau ada alasan kuat kerajaan pimpinan Najib mengguna Mercedes Benz s Class.

Antara kereta mewah yang disenarai kini ialah: Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan Honda Accord — semuanya dibekalkan oleh Spanco Sdn Bhd, yang memperolehi konsesi selama 25 tahun dengan kerajaan, yang berakhir 2018 ini dengan nilai RM80 juta setahun.

Konsesi itu bernilai RM100 juta setahun sebelum ini, ia dikaji semula pada 2004 atas arahan Kementerian Kewangan kerana merasakan ia berat sebelah.

Adalah difahamkan bahawa para menteri dan pegawai tertinggi kerajaan akan mengguna Mercedes Benz. Kereta berkenaan kini sedang disiapkan di kilang pemasangan di Pekan, Pahang.

Sebelum ini, kerajaan Pakatan Rakyat Perak dihentam sebagai tidak patriotik dan membazir kerana membeli Camry, sedangkan semasa itu kerajaan BN Terengganu membeli 14 Mercedes Benz E200 Kompressors berjumlah RM3.43 million untuk mengantikan Perdana itu.

Di bawah perjanjian itu, setiap kereta disewa dari Spanco untuk tempoh empat tahun. Spanco juga membekalkan kereta untuk pelbagai jabatan persekutuan dan di bawah perjanjian itu, Spanco bertanggungjawab membekal, menyelengara dan membaiki kereta yang disewakan pada kerajaan.

Kerajaan bagaimanapun menganggung kos sewaan, penyelengaraan dan pembaikian semua kenderaan yang disewakan berasaskan bulan ke bulan kepada Spanco. Sehingga Julai 2008, sejumlah 8,341 kereta disewakan pada kerajaan.

THE SULTANIZATION OF UMNO LEADERS

Hasil penulisan blogger Hussein Abdul Hamid
(maaflah takda masa nak translate)
OVER THE YEARS we have seen UMNO assuming the role that was once the prerogative of the Sultans of the various states in Malaysia. It was a process started by the British and ironically concluded by the Malays themselves, albeit through UMNO. These tendencies towards Sultanization have evolved over the years to what it is today – an UMNO president living in splendid isolation in a grandiose palace called Sri Perdana in Putrajaya, surrounded by all the trappings of wealth and power. But I am getting ahead of myself.

The quest by UMNO leaders towards their own Sultanization began with a partiality to ostentatious consumption: Muhyiddin's very costly shirts, silk ties, expensive suits, really expensive cars, and grand houses. Khir Toyo’s palace is the manifestation of these tendencies to a tee. The Prime Ministers motorcade, the legion of people that seems to surround him everywhere he goes, and the splendid, splendid office at Putrajaya is all par for the course. Of course, to maintain this lifestyle on their meager salaries as Ministers and YB’s means that they are all susceptible to corruption on a grand scale.

Personalization of authority

In Malaysia all power resides with the Prime Minister. In the state the Mentri Besar title says it all – BIG Minister. This concentration of power in the PM at the federal level and the MB at state level can only give rise to the politics of patronage and nepotism, as all largesse flows from these leaders. The wholesale change that is the norm whenever there is a change of these individuals gives rise to the ‘make hay while the sunshine’ mentality. So where the Sultan was ‘king’ in his state, it is now the Mentri Besar that dispenses favor to the Sultans – in business opportunities, in extending credit to pay gambling debts, in keeping under the lid the excesses of the Royal family.


Historical Identity

Like the Sultans who are normally descended from an immediate family tree – UMNO too are comfortable with accepting its leaders when they are descended from families closely associated with UMNO - possibly with the exception of Mahathir – because his Indian background precludes that possibility. But at times, even when your Father is a Class-A leader, his genius will skip a generation or two. How else can you explain Najib and his cousin Hishammuddin?

For now the Sultans still cling to being the head of religion in their own states. But we can see this too is increasingly becoming the function of the religious authorities – whose salaries and appointments are the function of the central government – controlled, for now, by UMNO. So, effectively, even in these areas UMNO will have a say if not absolute control to do as it wish – with just a passing nod to the Sultans as a mark of respect.

So in reality these UMNO leaders – have not only taken power from the Sultans but have also assumed the Sultanization of their own selves in the very mould of the Sultans that they have now deposed in everything but name.


The Malays have always been loyal to their Sultans and are expected to obey their commands unquestioningly. We are all aware what Hang Tuah had to do to appease his Sultan: kill a loyal friend, Hang Jebat. I do not think any Malay today would want to kill a loyal friend for a pretender to the throne that calls itself UMNO. Not when the Sultanization of these pretenders was done without due consideration of the rights and aspirations of the Rakyat.

Nizar tak pijak kepala lembu tapi sembelih lembu untuk fakir

Posted by abewa Saturday, 26 September 2009 0 comments



Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih salah seekor daripada dua ekor lembu yang disumbangkannya bagi Dun Pasir Panjang, dua hari sebelum Aidilfitri.


Lori yang memuatkan lembu yang disembelih tak "hidup". Kelihatan DS Nizar menolak bersama-sama. Akhirnya lori itu dapat dihidupkan.




Bukan setakat sedekah, malahan siap sembelih sekali. Allah Akhbar.


KAKITANGAN SPR menyiapkan kertas undi pos PRK DUN Bagan Pinang.

Adalah jelas salah satu isu utama pada PRK DUN Bagan Pinang ialah undi pos..., bukannya soal pembangunan atau nasib rakyat. Undi pos... isu yang sudah sekian lama disiarakan yang merupakan satu kemudahan yang diberikan terutama kepada anggota pasukan keselamatan.

Jika kita percaya teori konspirasi, kesangsian atas undi pos... maka ia akan menjadi percaturan besar politik di dalam usaha menimbulkan kesangsian urusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Walau apapun, setiap pandangan dan kesangsian, yang bermotif politik atau tidak, mesti ditangani SPR. Jangan dibiar menjadi penghakis kewibawaan institusi itu.

Bagan Pinang akan menjadi referendum di mana SPR akan dinilai, sama ada suruhanjaya itu betul-betul telus dan adil, atau di bawah telunjuk Barisan Nasional (BN) untuk menggunakan proses pengundian bagi menentukan kejayaan calon parti pemerintah.

Perakite: Kesangsian Pakatan Rakyat terhadap tindak-tanduk SPR memang ada asasnya. Bagai PR, jka SPR telus dan adil, sudah tentu BN akan mengalami kekalahan yang teruk. Kesangsian mengenai ketelusan 4,604 undi pos di Bagan Pinang memang wajar.

Adalah wajar rasanya, jika parti politik diizinkan berkempen secara terbuka kepada anggota keselamatan kerana mereka juga adalah anggota masyarakat dan mempunyai aspirasi dan keinginan untuk bersama menentukan bentuk dan arah tuju kerajaan yang mereka ditugaskan untuk dipertahankan.

SPR mesti menjemput pengkritiknya dan masyarakat umum untuk turut serta melihat bagaimana ia bekerja. Badan bukan kerajaan seperti Malaysian for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), walaupun agenda politik sesetengahnya jelas, mesti dijemput memerhati setiap kerjanya dari sekarang hingga ke Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Perakite: SPR juga perlu konsisten daripada segi hari mengundi. Jika ada perubahan, maka penjelasan hendaklah diberikan dengan baik agar tidak menimbulkan syak.

SPR mesti ingat setiap isu yang dibangkitkan adalah manifestasi kebimbangan dan kesangsian. nstp (EDITED BY PERAKITE)

KEMATIAN DI JALANRAYA LEBIH TINGGI BERBANDING FLU BABI

Posted by abewa Friday, 25 September 2009 0 comments

Perangkaan kematian kerana kemalangan jalan raya sempena musim aidilfitri adalah lebih membimbangkan berbanding dengan kematian ekoran flu babi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, virus Flu babi meragut 77 nyawa dalam tempoh tiga bulan, berbanding 214 nyawa dalam tempoh HANYA 12 hari akibat kemalangan jalanraya musim aidilfitri.

Persoalannya kini ialah sama ada Ops Sikap yang melibatkan lebih 4,000 pegawai polis, JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) masih relevan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya atau gagal.

Pada masa ini terdapat kira-kira 18 juta kenderaan dan 11.2 juta pemandu yang berdaftar, kata Solah smabil menegaskan bahawa jumlah kenderaan di negara ini meningkat 10 peratus setiap tahun.

pemuda negeri sembilan tetap pertahankan ISA

Posted by abewa Wednesday, 23 September 2009 0 comments

Umno diambang pecah menanti musnah jika Tan Sri Isa Samad tidak dicalonkan pada PRK Dun Bagan Pinang, kerana hanya beliau disebut-sebut mempunyai kemampuan menyatupadukan masyarakat Port Dickson.

Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan menamakan Isa sebagai calon BN
walaupun ada mengatakan kononnya Isa tidak berwibawa kerana pernah terbabit dengan politik wang.

Hanya Isa yang boleh menyatu-padukan masyarakat Port Dickson,
dan tiada sebarang masalah yang timbul jika dicalonkan kerana ia komitmen dari peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata bahagian itu sudah pun membuat tinjauan dan mendapati penduduk termasuk dari keturunan bukan Melayu menerima Isa.

TUN M MINTA SAMY BERUNDUR

Posted by abewa Friday, 18 September 2009 0 comments

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Datuk Seri S Samy Vellu berundur daripada jawatan Presiden MIC, untuk mengelakkan parti itu mengalami kekalahan lebih teruk pada pilihan raya.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihanraya umum akan datang disebabkan kepimpinannya yang gagal, kata mantan PM.

Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri pun kalah.

"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.

"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.

Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripada Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

Dr Mahathir pemimpin yang mengguna duit, tekanan, salah guna kuasa dan mengugut orang boleh kekal menjadi presiden parti tetapi tidak akan menang dalam pilihan raya.

Sah Umno Bagan Pinang akan berpecah belah. Pasti punah ranah sekali lagi ekoran desakan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad agar Tan Sri Isa Samad tidak dicalonkan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Isa pastinya sudahpun memasang angan untuk bertanding lagi, apatah lagi dia satu-satunya calon dikemukakan Umno Bahagian Teluk Kemang. Jika Isa tidak dicalonkan, pasti akan berlaku kekecohan bagi jentera pilihanraya kecil Umno di situ.

"Kalau pun dia (Isa) boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," kata Mahathir.

Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004. Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.

KEMTA AKAN DIPENUHKAN HINGGA KE PINGGIRANNYA

Posted by abewa Wednesday, 16 September 2009 0 comments

Sehari selepas membebaskan lima tahanan ISA, kerajaan mengugut akan memenuhkan Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) sehingga ke pinggirannya, jika orang yang mengancam keselamatan negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata jika ada orang yang merupakan ancaman kepada keselamatan, beliau akan penuhkan sehingga ke pinggiran kem itu.

Kemta akan dikekalkan kerana ia merupakan pangkalan penting bagi memerangi sebarang ancaman terhadap keselamatan negara, katanya sambil menegaskan bahawa beliau akan

"Kamunting ada di situ bersebab bagi melindungi sebarang ancaman terhadap keselamatan. Mereka (tahanan yang ada) merupakan ancamana kepada keselamatan," kata beliau.

Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin flu babi dijangka tiba akhir bulan depan, manakala bakinya awal Januari tahun depan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Vaksin bernilai RM14 juta itu diperolehi dari GlaxoSmithKline (GSK) di United Kingdom.

Kementerian Kesihatan juga dalam proses menempah vaksin peringkat kedua dan sedang meneliti beberapa inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik.

Liow berkata walaupun vaksin itu tidak melalui ujian klinikal yang ketat seperti lazimnya diamalkan di negara ini, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi 'lampu hijau' kepada vaksin berkenaan.

"Kami serahkan kepada individu untuk mengambil vaksin itu atau sebaliknya. Bagi kementerian, kami menganggapkannya selamat," kata beliau.

Selaras dengan amaran WHO mengenai kemungkinan gelombang kedua H1N1, Liow berkata Kabinet juga telah meluluskan RM158 juta untuk menambah katil dan kelengkapan di Unit Rawatan Rapi bagi menghadapi kemungkinan itu.



"Rasul Melayu" (kanan)


Rasul Melayu
akan berhari raya dalam penjara Sungai Buluh.


Namun menghairankan pula apabila memikirkan bagaimana mudah orang Islam boleh mempercayai ajaran sesat oleh "RASUL MELAYU" ini kerana dia tidak mempunyai sifat seorang Rasul... kerana semasa ditangkap dia sedang enak menjamu selera di pagi Ramadhan.


Itulah 'Rasul Melayu' - Abdul Kahar Ahmad, 59, yang sedang makan dan menonton televisyen semasa ditangkap di sebuah rumah, dekat Sungai Long, Kajang oleh para pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Kahar cuba melarikan diri tetapi sudah dikepung setelah diburu dan diintip.

Beliau dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini tengah hari tadi dan diperintahkan tahan reman sehingga dibicarakan pada 7 Oktober.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad mengeluarkan arahan itu selepas membenarkan permohonan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid agar Abdul Kahar, ditahan kerana beberapa kali gagal hadir pada perbicaraan kesnya walaupun waran tangkap dikeluarkan.

Mohammed Khusrin juga berkata tindakan akan diambil terhadap anak lelaki Abdul Kahar, Zulhelmi yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran sesat melalui internet.

Selain mengaku sebagai Rasul Melayu di zaman ini, Abdul Kahar antaranya mendakwa bahawa "ibadah haji ialah perkara yang diada-adakan oleh kerajaan Arab Saudi dengan tujuan mengaut keuntungan".

BALKIS DIGANTUNG

Posted by abewa 0 comments

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan pelaksanaan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) DIGANTUNG.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan itu di dalam kamar berkata pengurusan aset seperti wang tabungan turut digantung daripada digunakan.

Peguam Derek J Fernandez yang mewakili kerajaan negeri Selangor (pemohon) memberitahu pemberita demikian. Balkis mendapat perhatian media tempatan selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa berlaku penyelewengan dana dalam persatuan itu.

Permohonan kebenaran itu difailkan kerajaan Selangor, isteri Abdul Khalid iaitu Puan Sri Salbiah Tunut, yang juga Yang Dipertua Balkis, Permodalan Negeri Selangor Berhad, Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor dan lima lagi pihak untuk mengetepikan keputusan ROS.

Mereka menamakan ROS sebagai responden, memohon perisytiharan bahawa keputusan ROS membubarkan Balkis adalah batal dan tidak sah dan perintah supaya badan itu dihidupkan semula.

Kemelaratan dan kedhaifan kehidupan ibu saudara dan sepupu wanita nombor satu negara, membuktikan dengan jelas bahawa konsep yang digemar gemburkan 1 Malaysia oleh kerajaan sejak awal lagi gagal dipraktiskan.

Mereka berdua yang hidup melarat di Kampung Mertang, Kuala Pilah itu pernah dipaparkan dalam siri klip video di You Tube - dikunjungi Angkatan Muda PKR dua hari lepas sekadar mencari kebenaran apa yang disiarkan dalam internet itu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beberapa pemimpin sayap kanan PKR mengunjungi ibu saudara (foto kiri) dan sepupu isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja. Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu."

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu kesal dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjungann itu, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."


Shamsul berkata, mereka bekerja kampung berpendapatan kurang RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat.


pembebasan ISA penuh keraguan dan persoalan

Posted by abewa Tuesday, 15 September 2009 0 comments

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganggap isu sebenar ISA belum terjawab meskipun likma tahanan ISA dibebaskan oleh kerajaan, malahan pembebasan itu penuh keraguan dan persoalan.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, persoalan teras terhadap kezaliman akta itu belum dijawab kerajaan, di samping persoalan mengapa mereka ditahan sehingga lapan tahun.

"Kenapa mereka ditahan... kenapa sekarang, dan kenapa lima orang sahaja dibebaskan? " kata beliau.

ImageMenurutnya, mangsa tahanan perlu diberitahu kesalahan mereka. Sekiranya tiada bukti jelas kesalahan dilakukan, mangsa perlu diberi pampasan setimpal dengan kesengsaraan yang ditanggung.

Antara tahanan ISA yang dibebaskan ialah Mat Sah Mohamad Satry, Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah.

Mengikut rekod GMI, masih ada 12 lagi baki tahanan ISA, namun laporan kementerian mengatakan hanya sembilan masih ditahan.

MIC sepatutnya memohon maaf secara terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran isu kalungan seliper, kerana pengantungan keahlian perwakilan itu tidak memadai, kata Datuk Mukhriz Mahathir.

“Ia bukan hanya Tun (Dr Mahathir) yang terluka kerana kenyataan itu dan oleh itu, permohon maaf secara terbuka akan menjaga hubungan baik parti komponen BN.

Semalam, MIC mengantung keahlian perwakilannya yang mencadangkan kalungan selipar itu sementara menunggu keputusan jawatankuasa disiplin parti itu

MIC menerima tekanan hebat agar memohon maaf ekoran susulan kenyataan yang disifatkan "biadap" terhadap Mahathir.

"Saya berharap, dengan keputusan ini, isu tersebut akan selesai," kata Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu.

Dr Mahathir telah dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC.

Umno hanya boleh dikritik orang Umno sahaja. Kritik walaupun membina akan sia-sia kalau tidak bersikap positif. Sebenarnya Umno mahu memberi tekanan pada Tok Samy agar dia berundur atau terus meletakkan jawatan. Tok Samy harus merasa bertanggungjawab akan hal berlaku. Itu ceritanyer. Jangan berundur Tok Samy.

UMNO HENTAM MIC...

Posted by abewa Sunday, 13 September 2009 1 comments

Umno membidas sikap pimpinan MIC yang mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung MIC semalam sambil menyifatkannya melampau dan amat biadab.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya BN dan MIC perlu bertanggungjawab dan tindakan perlu dikenakan jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja.

MIC kena mencari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara," katanya.

ps/ the game is on. be ready tok samy

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan diadakan pada 11 Oktober, manakala penamaan calon pada 3 Oktober, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, prk itu akan mengguna Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.

"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya.

DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN) pada 4 September lalu.

Daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.Sebanyak 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri adalah Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus India, 1,498 atau 10.96 peratus Cina dan 755 atau 5.54 peratus bangsa lain.

Pusat penamaan dan penjumlahan undi ialah di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson.

NAJIB ADALAH PM TERAKHIR UMNO

Posted by abewa Saturday, 12 September 2009 0 comments

Dato’ Seri Najib Tun Razak merupakan pimpinan Umno terakhir yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Najib adalah pelengkap terakhir bagi teori RAHMAN yang popular di kalangan ahli Umno, yang imana huruf ’N’ pada awalan nama Najib merupakan abjad terakhir dalam teori tersebut, kata exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah

Teori RAHMAN (yang) disebut-sebut orang adalah Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan terakhir sekali Najib,

”Najib itu (N) yang abjab terakhir perkataan RAHMAN. Abjad terdahulu mewakili Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir dan Abdulah. Lepas huruf N, maka tak ada lagi dah (Perdana Menteri dari UMNO)."

Perkara tersebut juga bertepatan dengan situasi semasa politik negara kerana rakyat sudah menolak UMNO, kata beliau.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/teorirahman.jpg
Oleh itu, katanya, apabila UMNO kalah pada pilihanraya akan datang, orang Melayu akan beralih sokongan dan tokoh politik dari PAS akan menjadi Perdana Menteri.

Beliau menolak dakwaan pemimpin UMNO bahawa politik orang Melayu akan terjejas apabila Umno kalah, kerana PAS akan menjadi pengganti.

Mirzan Mahathir sah terbabit dalam pengeluaran arak. Dan Syarikat San Miguel Brewery Inc, yang dia terlibat bukan calang-calang syarikat, malah menguasai 95 peratus pasaran arak di Filipina.

Selamba je Mirzan (kenyataan medianya) mempertahankan pelaburan syarikatnya dalam konglomerat Filipina San Miguel Corp (SMC), dengan mengatakan syarikat itu sedang mempelbagaikan bisnesnya daripada tumpuan asas pembuatan arak.

Mirzan, anak sulung Tun Dr Mahathir Mohamad, dilantik sebagai anggota lembaga pengarah San Miguel Corp baru-baru ini.

Menurut laman webnya, syarikat berkenaan adalah konglomerat terbesar dalam bidang makanan dan minuman di Filipina serta menguasai San Miguel Brewery Inc.

San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Arak berkenaan dibuat di Filipina, China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia, dan dijual meluas di seluruh dunia.

KUALA LUMPUR: Calon barisan Presiden MIC menyapu bersih pemilihan jawatan dalam MIC hari ini dengan Datuk G Palanivel mengekalkan jawatannya selaku Timbalan Presiden bagi penggal kedua berturut-turut.

Tiga ahli parlimen dan muka baru Datuk Dr S Subramaniam, Datuk M. Saravanan dan Datuk S.K. Devamany pula memenangi jawatan Naib Presiden.

Jawatan Timbalan Presiden turut ditandingi Datuk S Subramaniam dan Datuk S Sothinathan.

Bagi kerusi Naib Presiden pula, ia turut disaingi Datuk C. Balakrishnan, Datuk V.K.K. Teagrajan, P. Subramaniam dan P. Mariyaayi.

KUALA LUMPUR: Kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) bukan disebabkan kaum India bencikan MIC, tetapi kerana perasaan bencikan perikatan tersebut, kata Datuk Seri S Samy Vellu.

pertamakali Pak Samy Vellu mempertahankan partinya yang banyak dikatakan penyebab terjejasnya pengaruh BN, Ya tak ye tak kan kerana satu parti je, sepatutnya semua komponen bertanggungjawab termasuk UMNO .

"Saya tidak takut untuk mengatakan perkara ini, saya berani untuk bercakap... saya berani berhadapan dengan sesiapa untuk bercakap ini," kata Presiden MIC itu.

Beliau berkata demikian kerana sejak kebelakangan ini ada pandangan mengatakan prestasi buruk BN pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 disebabkan perasaan benci masyarakat India terhadap MIC.

Malah kata beliau, ada pihak termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa MIC tidak mengemukakan apa-apa tuntutan berkaitan kepentingan kaum India kepada kerajaan semasa kepimpinannya.

Oleh itu, kata Samy Vellu, beliau tidak akan berundur segera kerana MIC akan berkecai jika beliau meninggalkan parti itu waktu sekarang.

"Saya ada mengatakan ini akan menjadi penggal terakhir tetapi saya tidak mahu mengatakan yang saya akan tinggalkan pagi esok, petang esok sebab anda kena ingat apabila saja saya mengatakan yang saya akan tinggalkan dalam tempoh lima hingga enam bulan akan datang, MIC sudah 50 peratus musnah.

"Saya boleh tinggalkan jawatan Presiden esok... tapi parti akan menjadi tidak stabil. Sekarang pun sudah ada kumpulan samseng, beribu-ribu samseng sudah masuk ke bangunan ini (PWTC hari ini)," katanya.

Sedang berlari tanpa pakaian ekoran badannya terbakar

Setiap kali melihat foto ini, belas dan kesian menyuntik hati saya. Dulu pernah saya tertanya2 siapakah kanak-kanak malang ini yang terpaksa melalui kegetiran peperangan sehingga demikian rupa. Bahagia rasanya saya melihat foto dan membaca sedikit artikel mengenai dirinya yang membesar di Kanada.

Ramai tentu ingat foto ini yang menjadi antara foto terbaik merakamkan tragedi semasa peperangan di Vietnam. Ia dirakamkan pada tahun 1972, memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan sunti Vietnam berusia sembilan tahun.

Q1X00133_9Kanak-kanak ini sedang berlari tanpa pakaian ekoran badannya terbakar disebabkan ledakan bom napalm. Foto ini adalah salah satu imej yang paling tragis dan sukar dilupakan kesan daripada peperangan di negara ituKanak-kanak itu, Kim Phuc Phan Thai, kini berusia 46 tahun (gambar sebelah) menetap di Kanada. Baru-baru ini belliau menceritakan penderitaan dan pengalamannya kepada Phoenix Society for Burn Survivors.

"60 peratus daripada badan saya terbakar," katanya yang menjalani 17 pembedahan dan 14 bulan di unit rawatan kebakaran.

Wajahnya tidak terbakar namun badannya hampir keseluruhannya terbakar meninggalkan parut dan kesakitan yang tidak terhingga.

"Sepatutnya saya dah mati," katanya sambil menegaskan bagaimanapun, dia dipanjangkan usia dan oleh itu saya berpendapat bahawa saya perlu mengisi kehidupan agar lebih bermakna kerana "saya tidak boleh mengubah sesuatu yang sudah berlaku pada saya."

Rodziah Buat Laporan Polis Terhadap Ugutan Seksual

(TRANKRIPSI DARI RAKAMAN)


Lemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”

Hari ini saya membuat laporan polis terhadap ugutan rogol yang dilemparkan kepada saya ketika dalam Majlis Dialog di antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan Kerajaan Negeri Selangor pada 5hb September lalu di MBSA, Shah Alam.

Adalah bukan hasrat saya untuk memanjangkan isu ini kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan ini dibuat setelah hampir seminggu berlalu kerana kegusaran tentang keselamatan diri saya, keluarga serta pegawai saya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.

Saya telah hadir sebagai salah seorang panel dan wakil rakyat Dun Batu Tiga bagi menyelesaikan isu pemindahan kuil, namun telah menerima kata-kata kesat dan ugutan rogol daripada mereka yang cuba menimbulkan kekecohan dalam majlis tersebut.

Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah:

“Jalang!”

“Rodziah mengalahkan pelacur!” “Pelacur lebih baik dari kau!”

“Babi!”

“Sundal!”

“Kau jangan bersuara, Rodziah!”

Lemparan kata,”Aku akan rogol kau, Rozdiah!”

Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya. Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam.

Kerisauan saya ialah: jika saya seorang Adun dan EXCO Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?

Kekecohan yang ditimbulkan sepanjang sesi penerangan daripada Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dato’ Bandar dan saya sendiri selaku ADUN Batu Tiga juga memperlihatkan sikap tidak hormat kepada majlis tersebut serta pemimpin kerajaan negeri.

Kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah. Tindakan mereka ini jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.

Selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.

Kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.

RODZIAH ISMAIL
ADUN BATU TIGA
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita
Kebajikan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan
Timbalan Ketua Wanita KEADILAN

Datuk S Samy Vellu membidas dan memperli Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menyifatkan mantan PM itu sebagai pakar dalam seni "memusnahkan timbalannya.

Sambil membandingkan diri beliau yang hanya mempunyai seorang timbalan presiden dalam termpoh 25 tahun selaku Presiden MIC, Samy berkata Dr M mempunyai empat timbalan dalam tempoh 22 tahun menjadi PM.

Apa yang berlaku kepada (Tun) Musa Hitam, apa yang berlaku kepada (Tun) Ghafar Baba dan apa yang terjadi kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim... orang yang amat dipujinya?

Nampaknya Samy Vellu berang dengan laporan akhbar Tamil semalam yang melaporkan Dr Mahathir menyokong Datuk S Subramaniam sebagai calon Timbalan Presiden, yang bererti sekali gus tidak menyokong barisan calon yang direstuinya.

Mengenai laporan Utusan Malaysia, Samy Vellu melabel akhbar berbahasa Melayu itu sebagai satu penerbitan yang 'rasis' yang berlagak sebagai "abang-besar".

Utusan Malaysia menyiarkan berita muka depan hari ini yang memetik beberapa penganalisa politik yang berpendapat Samy Vellu harus berundur.

IPOH: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin amat terkejut mendapati ada pihak ketiga sanggup menipu dan menguruskan laman FACEBOOK atas namanya dengan menggunakan e mel nizar.mbperak@gov.my untuk mencemarkan nama baik beliau.

Mantan Menteri Besar itu berkata, laman Facebook diuruskan pihak yang tiada kena mengena dengannya.

Katanya, adalah disyaki penyamar tersebut mengguna email pentadbiran kerajaan Perak DR untuk menyakinkan pelayar internet dan memuatkan perakuan dan penulisan serta rencana yang berunsur fitnah dan palsu.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya paparan Facebook yang jelas dan terang bertentangan dengan peradaban dan budaya akhlak Islam, Nizar memohon pihak berkenaan menghentikan fitnah dan sebaliknya memaparkan berita benar untuk mendapat sedikit keredhaan Ilahi.

Ia terang-terangan cuba mencemarkan imej serta integriti saya, kata beliau yang bersedia memaafkan angkara ini dari sesiapa saja yang menyamar dan mendoakan semuga mendapat keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadan ini serta pengampunanNYA.

Nizar turut mengucapkan Selamat menyambut hari lebaran Aidil Fitri pada seluruh rakyat dan memohon maaf zahir dan batin, jjika ada salah dan khilafnya.


ADUN SUNGAI DUA AKAN LETAK JAWATAN

Posted by abewa Thursday, 10 September 2009 0 comments

PULAU PINANG: Belum reda dengan permasalahan di Terengganu, Umno kini menanti dengan gundah ugutan Datuk Jasmin Mohamad untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua.

Namun Jasmin, yang merupakan anak didik bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Sharif Omar mengugut berbuat demikian selepas Aidil Fitri. Biasa ler bagi ahli Umno memberi ruang waktu untuk sesapa offer ape-aper sebelum letak jawatan?

Jasmin dikatakan kini tidak sebulu dengan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya. Shabudin dikatakan melakukan pilih kasih dan mengetepikan Jasmin dalam kebanyakan program kawasan.

Shahbudin adalah Adun Ara Rendang, juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) dan Setiausaha Politik kepada Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom

Jasmin tidak berpuashati dengan Shahbudin yang kebelakangan ini menafikan peruntukan DUN, tidak pernah mendapat mandat dan kerjasama walaupun beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian Umno.

Umno bahagian Teluk Kemang sebulat suara menyokong pemilihan ketua bahagian, Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada prk DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Umno bahagian tersebut petang semalam yang dihadiri oleh 33 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian. Cuma seorang AJK tidak hadir

Timbalan pengarah pilihanraya kecil BN bagi DUN tersebut, Mohd Faizal Ramli berkata tiada nama lain dicadangkan dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Umno negeri.

Sebelum ini, pengerusi perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pihaknya akan menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh Umno bahagian.

Faizal berkata, Umno bahagian telah siap siaga menghadapi prk dan bilik gerakan telah ditubuhkan.

Dua maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

ekoran tarian pendek,hubungan KL-Jakarta terjejas

Posted by abewa Wednesday, 9 September 2009 0 comments

Hubungan Malaysia dan Indonesia kini tercalar ekoran satu tarian yang dikenali sebagai tarian pendek berasal dari Bali yang disiarkan dalam satu rancangan promosi pelancongan Malaysia.

Malaysia dianggap mencuri tarian itu untuk promosi pelancongan yang disiarkan dalam satu saluran Discovery Channel. Ekoran itu, kini rakyat Indonesia menimbulkan kemarahan dan sentimen anti Malaysia di beberapa bandaraya negara itu.

Sentimen ini turut tercetus di sekitar universiti Indonesia berikutan sentimen anti-Malaysia. Kebanyakan stesen televisyen Indonesia turut memainkan sentimen ini setiap hari.

Sebuah kediaman penuntut perubatan Malaysia di Universiti Jogjakarta menjadi mangsa pertama sentimen anti-Malaysia apabila ia dilontarkan dengan batu. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku dan pihak universiti serta polis tempatan telah memberikan kerjasama yang baik bagi mengawal keadaan.

Beberapa kumpulan di Indonesia khususnya Banteng Demokrasi Rakyat menunjukkan rasa marah mereka dengan melakukan demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta hampir setiap hari sejak beberapa minggu lepas.

Mereka turut membaling telur busuk minggu lalu. Malaysia sebelum ini telah beberapa kali dituduh mencuri kebudayaan Indonesia termasuk tarian lagu barongan, batik, rasa sayang dan baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: V.Sivakumar dan enam lagi akan mengetahui (pada 29 Sept) sama ada boleh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi di negeri itu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Lau Bee Lan, menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said dan peguam bekas speaker DUN itu, Datuk S.Ambiga, selesai berhujah dalam satu prosiding selama dua setengah jam dalam kamar hakim hari ini.

Sivakumar, bersama tiga wakil rakyat pembangkang Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A. Sivanesan serta tiga pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai (Jelapang), memohon perintah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan SPR untuk tidak mengisytiharkan sebagai kosong kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, ekoran tindakan wakil rakyat di situ yang mengisytihar sebagai Bebas.

Dalam pilihan raya umum lepas, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) menang sebagai calon Parti Keadilan Rakyat manakala Hee Yit Foong (Jelapang) menang atas tiket DAP.

Tindakan mereka keluar parti masing-masing untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional menyebabkan kerajaan Perak yang ketika itu diperintah oleh pakatan Pas-PKR-DAP tumbang.

Pada 3 Februari, Sivakumar memaklumkan kepada SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu kosong berdasarkan surat daripada ketigatiga wakil rakyat yang kononnya menyatakan mereka meletak jawatan.

SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar dan enam pihak itu memohon perintah bahawa kerusikerusi berkenaan adalah kosong dan memohon injunksi bagi menghalang Jamaluddin, Osman dan Hee daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan mengarahkan semua pemilik pasar raya di negeri itu menutup premis perniagaan masing-masing pada hari raya pertama Aidil Fitri ini sebagai menghormati hari kebesaran perayaan umat Islam.

Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada tahun lepas, pelbagai aduan diterima termasuk majikan enggan membayar kerja lebih masa dan ada pekerja Islam didenda kerana enggan bekerja pada hari raya pertama.

Beliau juga berkatam, mulai 1 Januari depan, semua papan tanda baru (billboard) mesti mempamerkan tulisan Jawi yang sama ada sama besar atau lebih besar daripada bahasa rumi, Cina, Tamil ataupun Siam.

Langkah itu bagi memastikan tulisan Jawi mendapat kedudukan sewajarnya dan juga sebagai usaha mempopularkan tulisan Jawi, katanya.

Tahap keselamatan negara kian terjejas teruk sebagaimana terkandung dalam Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, apabila keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85.

Laporan itu turut mendedahkan, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah pada paras ke-95.

Ketua Penerangan Pas Ustaz Idris Ahmad berkata, isu keselamatan bukan sahaja merisaukan’ rakyat tetapi juga pelaburan internasional yang menguncup dengan rangking daya saing Malaysia peringkat global jatuh 3 anak tangga ke kedudukan ke-24.

Oleh itu, PAS sekali lagi memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dibatalkan.

Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini membuktikan kegagalan KPI, Musa dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik.
Negara memerlukan seorang ketua polis yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kini menjadi satu-satunya nama calon yang akan dikemukakan oleh Umno Bahagian Teluk Kemang untuk PRK Bagan Pinang.

Walaupun Umno bahagian itu hanya akan bermesyuarat dan membuat keputusan mengenai perkara itu esok, ia difahamkan hanya nama Isa, satu-satunya nama yang akan dikemukakan untuk dicalonkan.

“Kami berdiri teguh di belakang Isa,” kata Ketua Wanita Umno Teluk Kemang Rohani Yaacob.

Nampaknya keyakinan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk memilih calan yang benar-benar layak dan sesuai untuk bertanding pada PRK Bagan Pinang sudahpun tercabar.

Sudah pasti jika Isa tidak terpilih, perpecahan sedang menanti kem Umno di Bagan Pinang. Biasa ler dalam Umno ada dua atau tiga kumpulan dalam sesatu kawasan. Anak Isa Mohd Najib juga disebut-sebut untuk dicalonkan tetapi kata Umno, bapa nya lebih wibawa.

Image


Dua pemuda tukang pijak kepala lembu adalah antara 12 orang yang dihadapkan ke mahkamah hari ini atas insiden perarakan kepala lembu di sekretariat kerajaan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.
Enam yang menghadapi tuduhan menghasut itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan atau tuduhan alternatif di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana "menimbulkan rasa tidak puas hati dan permusuhan penganut Hindu dan senjaga lukakan perasaan penganut Hindu".

Mereka ialah Ibrahim Sabri, 42; Ahmad Mahayuddin Abd Manaf, 36; Eyzva Ezhar Ramly, 35; Mohd Azmir Mohd Zain, 35; Ahmad Suhairy Zakaria, 39; Mohd Hilmi Ni, 40.

Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa memijak kepala lembu; Ayzva didakwa membawa kepala lembu; manakala Mohd Amir, Ahmad Suhairy dan Mohd Hilmi, didakwa membawa dan memijak kepala lembu

Mereka tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan/atau didenda sehingga RM5,000.

Sebelum itu, pihak pendakwa memohon supaya mahkamah menetapkan ikatjamin RM15,000 tiap seorang, manakala peguam mereka Salehuddin Saidin dan Afifudin Ahmad Hafifi meminta ia dikurangkan kepada masing-masing RM500.

Hakim Hasbi Hassan kemudiannya menetapkan ikatjamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin. Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 21 $
Oktober.

Selepas itu, mereka bersama enam yang lain dihadapkan di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan menyertai perhimpunan haram mengikut Seksyen 27(5)(a) Akta polis.

Kesemuanya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Norkamilah Aziz membenarkan ikatjamin masing-masing RM300 dengan seorang penjamin bagi enam orang yang turut menghadapi tuduhan menghasut.

Manakala ikatjamin bagi enam orang lagi yang menghadapi tuduhan perhimpunan haram, ditetapkan masing-masing sebanyak RM300 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut pada 21 Oktober.

Mereka adalah sebahagian daripada mereka yang menyertai protes tersebut kerana membantah keputusan kerajaan Selangor untuk memindahkan kuil berusia 150 tahun, dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Sebelum itu, kira-kira 20 penduduk datang ke Mahkamah Shah Alam pagi ini sebagai tanda sokongan kepada 12 orang yang akan didakwa berhubung isu perarakan kepala lembu membantah pembinaan kuil Hindu di Seksyen

Mereka berhimpun di kaki lima, menunggu sesi mahkamah bermula. Mereka memberitahu media "kami tidak bersalah" dan kami datang dengan satu hati.

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam dewan undangan negeri di mana-mana negeri dan tidak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah.

Bacalah berkali-kali agar difahami dengan sejelasnya akan keputusan Hakim Datuk Azahar Mohamad semasa membentangkan hujahannya menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar semalam.

Azahar menolak permohonan saman Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Azahar memutuskan bahawa mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya juga memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Jika demikian analitikalnya, maka bererti segala apa yang dbincangkan dan diputuskan dalam DUN tidak boleh dipersoalkan di Mahkamah. Ia juga bererti Mahkamah tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kesahihan urusan perlantikan Menteri Besar dan Speaker negeri.

Setiap kali pilihan raya maupun pilihanraya kecil, maka Umno akan membangkitkan isu untuk bekerjasama dengan PAS. Ini modal basi Umno yang telah digunakan sejak zaman Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO.

Meskipun ia modal basi ia sebenarnya jerat yang mula dipasang Umno. Pas hendaklah bijak menangani jerat ini terutama Mursyidul Am TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa menjadi sasaran. Beliau, pastinya menjadi sasaran media arus Perdana untuk mencalarkan imejnya dan memberi gambaran seburuk-buruknya .

Bagi Umno yang terpenting ialah damage done (kerosakan telah berlaku), dan persoalan meminta maaf adalah faktor kedua. PM DS Najib Tun Razak tentunya telah memanggil kesemua editor atau ketua pengarang media kongkongan Perdana dan menyuarakan strateginya.

Perbincangan pastinya berkisar pada hala tuju untuk memuasnahkan PAS dan hubunggannya dengan Pakatan. Tindakan pantas TGNA menegaskan bahawa PAS tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan UMNO sekiranya mereka masih mengamalkan dasar kebangsaan adalah tersangat terkdepan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Najib untuk berunding dengan PAS bagi kepentingan agama dan umat adalah isu lama. Memang begitulah pancing Umno, namun pada kali ini adalah pasti bahawa Umno telah mengubah strateginya.

Umno memang mengharapkan dan tahu bahawa TGNA berkata demikian kerana Umno sekadar ingin "spin" atau memainkan isu bahawa Umno memang sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan PAS, tetapi hanya PAS yang enggan (ini menunjukkan PAS tidak islamik.

TGNA bijak kerana meragui keikhlasan Najib.

"Kalau nak jaga Islam lebih baik dia buat sebagaimana dia sebut tukar dasar daripada dasar kebangsaan kepada dasar Islam barulah benar-benar menampakkan kita ni ikhlas dengan Islam," kata Nik Aziz.

Sebelum ini, Najib membuat kenyataan bahawa UMNO bersedia untuk berunding dengan PAS bagi kepentingan Islam di negara ini tetapi tidak akan membiarkan sekiranya UMNO dihina.

Pada Julai lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata vaksin untuk mengatasi flu babi (H1N1) akan berada di pasaran selewat September, namun keadaan semasa menunjukkan pandemik itu semakin merebak dan membimbangkan.

Virus berkenaan kelihatan gagal diramalkan keadaan sebenar (serious) kerana sesetengah pengamal perubatan berpendapat orang ramai tidak harus terlalu bimbang. Namun kini boleh dikatakan kesemua keluarga berada dalam keadaan amat bimbang.

Kebanyakan pakar penyakit berjangkit di dunia meramalkan, bahawa flu babi ini akan terus merebak. Namun yang dibimbangi ialah sama ada virus itu akan menjadi lebih berbahaya atau semakin lemah. Tiada siapaun dapat mengetahuinya.

sekadar ingatan: siapakah watak2 ini ke arah 1 Malaysia

Posted by abewa Sunday, 6 September 2009 0 comments


Adakah aksi ini yang dimaksudkan "1 Malaysia"

Parti berasaskan kaum bahaya untuk perpaduan

Posted by abewa Saturday, 5 September 2009 0 comments

POLITIK yang bersifat perkauman amat bahaya dalam usaha memupuk perpaduan, kerana parti yang berasaskan kaum memperjuangkan untuk kepentingan sesatu kaum sahaja, kata Prof Teo Kok Seong.

Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), berkata, sifat curiga mencurigai antara kaum masih menjadi masalah dan oleh itu hubungan antara kaum di Malaysia hanya retorik: hanya nampak baik di luar.

Keadaan ini berlaku kerana parti yang berasaskan kaum yang jelas memperjuangkan kaum mereka sahaja dan ini akan mengheret soal lain seperti bahasa.

"Sepatutnya hanya satu bahasa pengantar dan bahasa lain boleh dipelajari. Sistem satu bahasa penting untuk memupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum,” tegas Prof Teo.

“Sekarang kita hanya melihat perpaduan peringkat luaran, sedangkan interaksi sebenar antara semua kaum tidak berlaku. Oleh itu, perlu ada usaha memupuk satu interaksi tulen antara kaum supaya perpaduan yang diperjuangkan selama ini akan berjaya.

Mengenai media, Prof Teo berkata semua akhbar vernakular Melayu, Cina dan India bersikap perkauman.

Apabila suratkhabar bersifat perkauman, maka ia akan bersikap membela golongan tertentu dan dari segi berita, banyak berita yang disiarkanpun ke arah golongan tertentu,” katanya.

Enam belas orang ditahan, termasuk bekas tahanan ISA P Uthayakumar, sewaktu perarakan nyalaan lilin dekat Dataran Merdeka malam ini.

Ia bermula dengan perarakan oleh kira-kira 100 orang dari Masjid Jamek dekat situ. Mereka yang menyanyi sambil membawa bunga mawar merah dan putih serta lilin, meminta rakyat Malaysia menghormati satu sama lain.

Bagaimanapun, sebelum sempat sampai ke Dataran Merdeka, mereka dihalang oleh polis di simpang Jalan Parlimen dan Jalan Tunku Abdul Rahman, dan diarahkan bersurai.

Selepas kiraan 10, anggota polis mula membuat tangkapan. Antara ditangkap ialah pemimpin Hindraf S Jayathas dan tunang Uthayakumar - S Indradevi ketika sedang beredar dari Dataran Merdeka.

Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis. Ekoran itu peserta lain meninggalkan kawasan itu pada kira-kira jam 8 malam - hanya 15 minit selepas nyalaan lilin itu bermula.

Tetapi kira-kira 30 minit kemudian, dua orang lagi ditahan- Shanti Waytha Moorthy dan Waytha Nayagi - ketika sedang menghantar SMS mengenai kejadian itu.

Jika Pakatan Rakyat memenangi kerusi DUN Bagan Pinang pada pilihanraya kecil nya nanti, maka kerajaan negeri BN Negeri Sembilan akan menjadi goyah dan mudah ditumbangkan.

Ini berasaskan berkedudukan 16 ADUN PR berbanding 20 ADUN BN. Jika tiga orang sahaja melepasi "lompat berpagar" maka tumbanglah BN. Jika terjadi padan muka Umno yang beria-ia sangat nak rampas Selangor secara tak bermoral.

Lepas tu, adun-adun Umno/BN di Terengganu yang tak setuju dengan MB Datuk Ahmad Said ikut jejak di Negeri Sembilan ini dengan membuat lompatan kijang menyertai Pakatan. Aduh pening kepala DS Najib Tun Razak dan TS Muhyiddin Yassin yang sedang menunjuk-nunjukkan maha setia maha bijak dan maha mahirnya menyelesaikan masalah Umno pada Najib (sebenarnya semakin bertambah banyak).

PRK Bagan Pinang akan menjadi kayu pengukur kekuatan sebenar pengaruh PR dan BN. PRK yang lepas kebanyakannya di kubu kuat Pakatan.

Umno menang kerusi ini dengan majoriti lebih 2,300 undi, namun jika dilihat daripada segi demografi pengundi, Pakatan yang pastinya akan diwakili PAS mempunyai kemampuan untuk memenangi kerusi ini. Pilihlah calon yang berwibawa.