MEDIA PERANCIS DAKWA NAJIB PERNAH JUMPA ALTANTUYA

Wartawan Liberation, Arnaub Dabus melaporkan, Najib didakwa pernah bergambar bersama-sama, (yang didakwa sebagai pasangan kekasih) bertentangan dengan apa yang dinafikan sebelum ini.
Najib menafikan pernah mengenali atau bertemu Altantuya yang mati dibunuh. Beliau juga bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan dua anggota polis UTK, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Dubus melaporkan bahawa pada saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.
Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak, lapor Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok. Beliau juga berhasrat mendedahkan kaitan pembunuhan wanita itu dengan komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan Malaysia, melalui bukunya. END
0 comments