RAIS IALAH BAPA TERBESAR HIPOKRIT: TAMRIN

Posted by abewa Friday, 30 April 2010 0 comments


"Rais Yatim sebenarnya bapa terbesar hipokrit".

Begitulah kata-kata Tamrin, anak bekas TPM Tun Ghafar Baba ketika ditanya mengenai kenyataan menteri berkenaan bahawa beliau tidak mirip ayahandanya itu ekoran berada di pentas Pakatan Rakyat sewaktu kempen Prk Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.

Katanya beliau hadiri program Pakatan itu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.

Manakala keputusan duduk sepentas dengan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim pula, katanya sekadar memenuhi pelawaan seorang sahabat lama.

Selama bersama-sama Umno, kata Tamrin, beliau tidak pernah menyerang kepimpinan parti... tidak seperti mana Rais.

"Pada saya, Rais ini ialah 'bapa terbesar hipokrit',.Yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegasnya

Rais ketika menyertai Semangat 46 dahulu katanya, ternyata mengkritik kepimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad.

"Tak ada ada dalam sejarah, saya membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa Semangat 46 dulu serang kepinpinan Umno hingga bakar jambatan".

"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," katanya.

Rumah sudah siap, kini pahat mula berbunyi ... semuanya pasal duit dan duit di prk Hulu selangor.


Kini beberapa pengundi Hulu Selangor membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara pada prk itu Ahad lepas.

Ketika ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Ada yang kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.

Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengadap SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Banyak nyer duit diperolehi Syed Azidi terima. Kaya raya ler.. . harap-harap ada ler bukti kalau tidak parah nanti

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 6 petang.

Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Syed Azidi berkata wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatisi dan yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Dahsyat sungguh modus operandi yang boleh dijalankan Syed Azidi ini sehingga boleh menjatuhkan Pak Lah. Tabik lah pada Kickdefella ni...

Umno seharusnya merabut peluang untuk mengguna khidmat nasihat Kickdefella untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan...

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen prk Hulu Selangor.

Nizar didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas yang menyentuh mengenai PM DS Najib Tun Razak, Ceramah beliau itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.

Laporan ke atas Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M.Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.


tidurlah biar bonda merakam gulana

Posted by abewa Wednesday, 28 April 2010 0 comments

kepada anakanda aminulrasyid

wajahmu tenang tanpa bicara
dadaku dipenuhi duka
berselirat
kerana mudahnya membiar peluru berbicara
kuasa sang mata-mata si anak hassan
tidurlah wahai anakanda aminurasyid
menyimpan segala cita-citamu yang terpendam
pada usia ampuhmu
biar bonda membungkus duka
melakar sengsara
merakam gundah gulana

al fatihah


Seorang penerbit televisyen TV2, RTM mendakwa terdapat campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan Ampangan Bakun apabila penyiarannya diganggu kerana didakwa akan menjejaskan peluang BN mengekalkan kerusi Parlimen Sibu pada prk 18 M€ei ini.

Dalam rencana diblognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, berkata, arahan tidak disiarkan dibuat oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada prk Sibu dan juga pru Sarawak,” kata Chou.

Sebelum ini, penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.

Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.

'Rakyat didahulukan' atau 'politik didahulukan'?

Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.

"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.

Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.

Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.

“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya.


Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa (gambar)menyifatkan beberapa Adun BN memanipulasikan soalan bertulisnya di sidang Dun Kedah baru-baru ini kerana politik sempit mereka.

Menurut beliau, soalan 'panas' yang meminta penjelasan berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam yang perlu dihormati telah mengundang pertikaian wakil-wakil Barisan Nasional (BN) yang disalah tafsir maksudnya.

“Saya meletakkan soalan ini agar semua pihak mendapat penjelasan sebenar berkaitan bidang kuasa Tuanku Sultan yang mutakhir ini dilihat tidak dihormati oleh pihak-pihak tertentu.

"Soalan itu bertujuan mendapatkan batas sempadan supaya semua pihak dapat menghormati kuasa Tuanku Sultan dalam hal-hal berkaitan pentadbiran agama Islam yang diketuai oleh baginda kerana kebelakangan ini terdapat campur tangan terutama dalam soal perlantikan imam dan pegawai masjid.

"Turut diutarakan supaya dijelaskan kepada pihak tertentu yang menuduh kerajaan negeri akan memecat imam-imam apabila berusia 60 tahun," jelasnya.

Nasir berkata, wakil-wakil BN telah memanipulasikan soalan tersebut demi kepentingan politik sempit yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertikaman lidah di antara mereka dengan wakil-wakil Pakatan Rakyat.

"Soalan tersebut cukup jelas dan tidak langsung berniat untuk mempertikaikan bidang kuasa Tuanku Sultan tetapi telah dipolitikkan oleh wakil BN yang bimbang akan dibuktikan mereka adalah pihak yang mengganggu gugat pentadbiran agama di negeri ini," katanya.

Menurutnya lagi, soalan yang dikemukakan adalah ekoran dari tindakan Adun Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencampuri urusan pentadbiran agama Islam dalam hal berkaitan imam dan pegawai masjid, baru-baru ini.

MCA KUTUK PERKASA

Posted by abewa Tuesday, 27 April 2010 0 comments

MCA mengutuk kewujudan 'pertubuhan seperti Perkasa” sebagai faktor pembantu kegagalan Barisan Nasional menawan sokongan pengundi China, terutama di PRK Hulu Selangor.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengutuk kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengesa kerajaan agar menangguhkan janji-janji pembangunan kepada komuniti Cina.

Ibrahim telah menyifatkan komuniti Cina sebagai tidak tahu berterima kasih ekoran BN hanya memperolehi 30 peratus undi Cina pada prk Hulu Selangor, Ahad lepas. Pada prk itu, P. Kamalanathan memperolehi majoriti 1,725 undi untuk menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Ibrahim juga menggesa kerajaan mengenepikan tuntutan MCA dan Gerakan sebagai hukuman kerana gagal memperolehi undi kaum Cina.

UBN TIDAK AMALKAN POLITIK BELI UNDI: NAJIB

Posted by abewa Sunday, 25 April 2010 0 comments

UBN tidak mengamalkan politik beli undi pada PRK Hulu Selangor, kata DS Najib Tun Razak.

Sebaliknya, kata PM yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa projek-projek bernilai kira-kira RM167 juta yang diumumkan hanya bertujuan membantu menyelesaikan masalah penduduk Hulu Selangor.

Tidak mengamalkan politik beli undi tetapi memancing undi.

Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mengamalkan taktik beli undi dengan menawarkan bayaran RM50,000 - dua hari sebelum pengundian - dalam usaha menyelesaikan isu bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang berlarutan lebih satu dekad.

Saluran peti undi Felda Sungai Buaya ternyata telah memenangan Kamalanathan.BN menang dengan kelebihan 1,725 undi selepas tewas dengan perbezaan 198 undi dua tahun lalu. Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat 23,272 undi berbanding calon BN P. Kamalanathan sebanyak 24,997 undi.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor tidak akan membuat DS Najib Tun Razak tidur nyenyak, kerana kemenangan yang diperolehi adalah hanya satu retorik dan catatan palsu.

Satu kemenangan yang dibeli dengan harga yang tersangat mahal mencecah puluhan juta ringgit. Umno dan Barisan Nasional pastinya bersorak sorai untuk menyembunyikan kegusaran kehilangan kuasa apabila menghadapi pilihanraya umum yang mendatang dalam tidak seberapa waktu lagi.

Umno dan BN ternyata semakin tumpul taringnya. Hanya duit yang memegang kuasa undi padanya. Umno semakin mereput. Berpaut pada undi Melayu semata-mata. Itupun pada Melayu veteran yang berkarat hatinya, manakala geng muda Melayu sudah bertabuh bersama Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin melaungkan akan memperolehi majoriti 6,000 undi, namun ia tersasar jauh. Memalukan. Yang bererti laporan risikan yang diterimanya hanya pepat di luar runcing di dalam. Risikan sekadar penyedap hati.

BN sekadar memperolehi majoriti 1,725 undi. Itupun separuh daripadanya adalah undi pos. Manakala PR meningkat 95 undinya, tetapi tetap kalah. Jelasnya undian terhadap PR kekal.

Ertinya apa jua isu yang dimainkan oleh UBN, ia tidak berjaya mengubah pendirian penyokong PR. Isu sekadar memanaskan suasana. Lantaran itu PR perlu bekerja kuat untuk menambat dan menambah jumlah penyokongnya. PR perlu membuktikan bahawa PR boleh. Pengundi ingin melihat bukti.

Tiada apa yang dapat dibanggakan Najib dengan majoriti sebanyak itu. Lagipun tiga Dun di kawasan parlimen itu dikuasai Umno. Ternyatalah UBN sedang menghadapi zaman kemalapannya.

BN hanya hidup atas sokongan Melayu. Tiada Melayu, maka akan lenyapkan BN. MIC dan MCA sekadar menumpang kekuatan Melayu Umno. Jika tidak ia akan punah dan musnah. Inilah feneomena yang sedang menanti BN pada pilihan raya umum akan datang. Pengundi Cina sudah tidak mempedulikannya lagi, majoriti pengundi Cina menyokong PR.

Setiausaha BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut tidak mampu menutupi kebimbangannya apabila berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina tidak menyokong BN.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu", kata Adnan.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 - 15 peratus. Selepas PM turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus, kata Dr Koh.

Kemenangan BN itu juga memberi petanda selamat jalan kepada era presidennya DS Samy Vellu. Lantaran itu BN akan menghadapi satu lagi gelodak permasalahan dalam parti komponennya. Kemenangan itu adalah hasil pilihan calon oleh Umno selepas menolak calon pilihan Samy Vellu, iaitu Timbalan Presiden Datuk G Palanivel.

Nampak gaya, selepas kemelut MCA yang kononnya selesai dengan perubahan pucuk kepimpinannya diterajui oleh DCSL (yang dicemari isu seksual) kini MIC sedang menuju jalan perpecahan. Ayuh Samy berundur sebelum anda diundurkan oleh Umno.



Kemenangan BN tidak membawa apa2 pengertian sekadar satu retorik rakyat yang terasa tertekan akan keinginan Umno untuk menang. Harapan DS Najib Tun Razak untuk mencatat satu kemenangan besar ternyata gagal.

Kemenangan BN itu tidak boleh digarapkan sebagai kembalinya keyakinan rakyat pada 1 Malaysia jika diukur daripada jumlah majoriti yang diperolehi itu. Ia sekadar satu gimik politik.

Saya kira dengan segala permasalahan putar alam oleh BN, Datuk Zahid Ibrahim tidak harus gundah gulana. Ambo tabik ka demo ... hebat

Bacalah artikel saya sebelum ini:

Umno/Barisan Nasional perlu menang dengan majoriti yang besar esok. Wajib menang besar. Kalau majoriti kemenangannya tipis ia amat tidak berbaloi dengan apa yang ditabur dan dijanjikan. Kalau kemenangan tipis ia sekali gus tetap bererti rakyat menolak 1Malaysia.

Pakatan Rakyat pula hanya perlu sekadar mengekalkan majoritinya yang tidak sampai 200 undi pada pru12 lepas. Jika memperolehi majoriti lebih daripada itu, maka ia bererti rakyat semakin menyokong PKR meskipun menghadapi pelbagai permasalahan putar alam.

UBN hanya boleh bercakap besar jika memperolehi majoriti yang hebat. Maklumlah kali ini semua pemimpinnya turun padang termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia petanda UBN tersangat yakin menawan Hulu Selangor semula.

Bagi Najib, kemenangan bererti petanda rakyat telah mula kembalikan kepercayaan pada UBN. Namun jika majoritinya kecil, ia tidak membawa apa-apa makna kecuali menunjukkan sebahagian besar masih protes.

Sebarang peningkatan majoriti bagi PKR pula bererti, Pakatan Rakyat masih mendapat tempat di hati pengundi, meskipun menghadapi pelbagai kesukaran dalam setiap pilihan raya kecil.

Analogi Najib bahawa kemenangan UBN memberi gambaran atau petanda bahawa UBN akan dapat merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak tepat kerana pilihan raya kecil amat berbeza dengan pilihan raya umum.

Namun keputusan pengundian yang dijangka diketahui jam 9.30 malam itu sebenarnya akan hanya memberi indikasi selera rakyat Selangor sahaja, ia bukan mengambarkan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Hulu Selangor ternyata ada kelainannya kerana kawasan Parlimen inilah merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai jumlah pengundi India paling ramai, namun majoritinya tetap Melayu. Keputusan pilihanraya kecil esok akan memberi gambaran penerimaan pengundi berasaskan calon.

ZAID KALAH TIPIS

Posted by abewa 0 comments

P. Kamalanathan menewaskan Datuk Zaid Ibrahim apabila memperolehi 21,617 undi berbanding 20,582 undi.

Ini bermakna calon BN itu memperolehi majoriti 1,035 undi.

Sebelum itu pada kira-kira jam 7.51 malam, selepas 40 daripada 137 peti undi dikira, P. Kamalanathan memperolehi 5,946 berbanding Zaid Ibrahim (PKR) 6,552.


PROSES PENGUNDIAN BERMULA DENGAN TENANG

Posted by abewa Saturday, 24 April 2010 0 comments

Orang ramai telah mula kelihatan ke 48 pusat pengundian PRK Parlimen Hulu Selangor yang mula dibuka jam 8 pagi tadi. Proses pengundian akan berakhir jam 5 petang

Menurut beberapa rakan yang berada di Hulu Selangor, keadaan kelihatan tenang dan tinjauan rambang di beberapa pusat mengundi mendapati belum ramai pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Sebanyak 799 pengundi pos daripada kalangan anggota polis, tentera dan pekerja pilihan raya telah mengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan antara UBN P. Kamalanathan dan PKR diwakili bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

SPR menjangkakan keputusan bagi pilihan raya berkenaan akan dapat diketahui sekitar pukul 9 malam. Penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baru.

Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 52.7 peratus) adalah Melayu, 16,964 (26.3 peratus) Cina, 12,453 (19.3 peratus) India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Umno/Barisan Nasional perlu menang dengan majoriti yang besar esok. Wajib menang besar. Kalau majoriti kemenangannya tipis ia amat tidak berbaloi dengan apa yang ditabur dan dijanjikan. Kalau kemenangan tipis ia sekali gus tetap bererti rakyat menolak 1Malaysia.

Pakatan Rakyat pula hanya perlu sekadar mengekalkan majoritinya yang tidak sampai 200 undi pada pru12 lepas. Jika memperolehi majoriti lebih daripada itu, maka ia bererti rakyat semakin menyokong PKR meskipun menghadapi pelbagai permasalahan putar alam.

UBN hanya boleh bercakap besar jika memperolehi majoriti yang hebat. Maklumlah kali ini semua pemimpinnya turun padang termasuk mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad. Ia petanda UBN tersangat yakin menawan Hulu Selangor semula.

Bagi Najib, kemenangan bererti petanda rakyat telah mula kembalikan kepercayaan pada UBN. Namun jika majoritinya kecil, ia tidak membawa apa-apa makna kecuali menunjukkan sebahagian besar masih protes.

Sebarang peningkatan majoriti bagi PKR pula bererti, Pakatan Rakyat masih mendapat tempat di hati pengundi, meskipun menghadapi pelbagai kesukaran dalam setiap pilihan raya kecil.

Analogi Najib bahawa kemenangan UBN memberi gambaran atau petanda bahawa UBN akan dapat merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat pada PRU13 tidak tepat kerana pilihan raya kecil amat berbeza dengan pilihan raya umum.

Namun keputusan pengundian yang dijangka diketahui jam 11 malam itu sebenarnya akan hanya memberi indikasi selera rakyat Selangor sahaja, ia bukan mengambarkan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Hulu Selangor ternyata ada kelainannya kerana kawasan Parlimen inilah merupakan satu-satunya kawasan yang mempunyai jumlah pengundi India paling ramai, namun majoritinya tetap Melayu. Keputusan pilihanraya kecil esok akan memberi gambaran penerimaan pengundi berasaskan calon.

Selamat mengundi.

Pertembungan sengit dijangka berlaku esok antara Datuk Zaid Ibrahim dan P Kamalanathan. Sehingga ini, Pakatan Rakyat dan BN terus berkempen dengan menggerakkan jentera masing-masing untuk menawan hati pengundi.

DSAI bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenangi PR pada PRU 12 dengan majoriti tipis, iaitu 198 undi daripada jatuh ke tangan BN. Mursyidul Am PAS TGNA Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan bertongkat juga berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Jika Kaji selidik, Ilham Centre mendakwa kemenangan memihak kepada BN, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.
Justify Full
Kajian Zentrum Future Studies Malaysia menunjukkan PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus oleh BN.

NONE
Perbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan Pakatan. Lantaran itu, malam terakhir ini sebelum pembuangan undi akan memberi gambaran siapa mendahului.

Zentrum yang diketuai Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah. Sebanyak 61 peratus pengundi Melayu memilih BN dengan sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

Namun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus. Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

PRK HULU SELANGOR PALING,PALING KORUP

Posted by abewa Friday, 23 April 2010 0 comments


Datuk Zaid Ibrahim mendakwa Prk Parlimen Hulu Selangor sebagai “paling teruk, kotor dan korup” selain membabitkan politik wang luar biasa di pihak Barisan Nasional (BN).

“Perkara membeli undi ini bukan pertama kali, cuma kali ini jumlahnya agak luar biasa yang ditawarkan BN kepada pengundi.

“Kalau wang menjadi penentu keputusan, saya rasa BN akan menang 222 kerusi.

“Sepanjang penglibatan dalam politik, saya lihat pilihan raya ini yang paling teruk, paling, paling kotor dan paling agresif yang dilakukan BN bagi memperoleh kemenangan,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu percaya walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan terhadap dirinya ia akan dapat diatasi.

DUA KATAK DIBEBASKAN UNTUK MELOMPAT

Posted by abewa Thursday, 22 April 2010 0 comments

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua katak lompat (bekas adun PKR) berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, 58, dan Adun Behran, Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun PKR Kapt (B) Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah district councillor Zul Hassan, 46, dan kontraktor Fairul Azrim Ismail, 31.

PM DS Najib Tun Razak telah menyamakan gagasan 1Malaysia sepertimana jenama barangan popular termasuk Milo.

Aduh.. teruk betul piawaian IMalaysia ini sehingga sekadar demikian ukurannya.

Najib menyifatkan sambutan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia yang dilaungkannya lebih baik berbanding dengan jenama barangan popular yang lain.

"Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka," kata beliau.

Kerajaan memang mengenakan kawalan ketat terhadap penerbitan rancangan televisyen terutama yang melibattkan hal ehwal sosio politik sehingga kadang kala paha tahap yang tidak munasabah apabila membabitkan pihak pembangkang.

Ini diakui oleh Penerbit kanan NTV7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan dalam rancangan terbitannya.

Wong, yang menerbitkan rancangan popular berbahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang membincangkan isu sosio politik di negara ini.

“Pihak pengurusan tertinggi NTV7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan hukuman mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya.

Masalah bermula ekoran SMS kepada ketuanya selepas episod pertama rancangan itu ke udara. Episod itu adalah forum melibatkan pemimpin BN dan Pakatan Rakyat dengan dua penganalisis politik berhubung pencapaian sejak PRU 2008.

Pengadu berkenaan mendakwa rancangan itu menghina polisi kerajaan BN dan perbincangan politik yang “membahayakan”. SMS itu menyebut ia berbaur perkauman dengan menyebut bahawa "masyarakat Cina “semakin biadap” dan “Melayu perlu berperang”.

Wong, yang telah menjadi wartawan lebih 16 tahun juga mendakwa SMS pengadu itu dihantar kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sehubungan itu, pengurusan tertinggi NTV7 menuntut Wong dan juga pengacara program berkenaan Lee Siad Huey untuk memberi penjelasan.

Sejak itu, Wong mendakwa cadangan beliau selaku penerbit untuk membawa MP DAP, Tony Pua ke rancangannya ditolak, malahan mereka diberi amaran rancangan itu akan ditamatkan.

Selain itu, cadangan bagi memaparkan perjalanan kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor juga tidak mendapat restu dan akhirnya, semua perbincangan politik diarah dihentikan dan dilarang menjemput tokoh pembangkang sebagai tetamu,” katanya.

media arus perdana turut menyokong industri perjudian

Posted by abewa Wednesday, 21 April 2010 0 comments

Media arus perdana juga turut terbabit dengan penyebaran berita mengenai perjudian sepertimana yang terpapar kat muka-muka belakang media berkenaan saban hari.

Akhbar minta maaf salah hantar keputusan 4D

yang hebatnya kalau silap, kena mintak maap dan buat pembetulan lagi. he he



Sekadar untuk renungan... berikut senarai pembabitan pemimpin UMNO dalam syarikat perjudian:

Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman, anaknya, Nor Anita Abu Talib.

Genting Berhad
Bekas Speaker Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.

Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman
Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof .
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan

Sports Toto
(Dimiliki Tan Sri Vincent Tan - kroni Tun Dr Mahathir Mohamad)
Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia. Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul
Mohamad Salleh Gomu
Datuk Anuar Zaini
Datuk Sulaiman Mohd Noor
Datuk Adnan Shuib
Arsam Damis.

Dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino'

If anyone brands Zaid Ibrahim a wine drinker, and refuses to state that half of Parliament is filled with the same, they should just shut up and drive. Preferably off a cliff. Balik Pulau has some lovely cliffs if you need a recommendation.

Do we really need to get into the details of who does what with their personal time? Seriously? If so, perhaps we should start of a Malaysian version of TMZ just to trail each Parliament member during their free time, just to see what we can find.

Umno has drunks. PAS has smokers, regardless of Nik Aziz saying they’re worse than defecating cows. MCA has womanisers. These are not issues to be made into a smear campaign for a by-election. In fact, if such issues were raised, we wouldn’t have a nation to build on to begin with.

Tunku Abdul Rahman never made it a secret that he was a drinker. In fact, he’s even recorded a tale that he went to shoot a tiger, but fell asleep before taking a shot because he was too drunk.

So let’s look at the campaign of Hulu Selangor as of right now. On one hand, Umno is campaigning that the PR candidate, Datuk Zaid Ibrahim is a wine drinker, even going so far to label PAS as supporting those who are truly un-Islamic. Meanwhile, we have an MIC candidate that actually supports Perkasa for some reason.

On one hand we have a former Federal minister who quit and was then further sacked from his political party. On the other hand, we have an MIC candidate who was willing to be demoted and take a pay cut in his job to allow himself to continue sustaining his family.

Both have their histories, and their positive and negative traits. However, character assassination is truly an act of true desperation. On that note, I believe that the PR can actually just focus on discussing national issues in comparison to Umno (and amazingly Umno alone) who are trying their hardest in an online campaign to smear the PR candidate, which just so happens had been their own ilk.

I guess we should hope that Datuk Zaid himself is magnanimous enough not to mention just who of his former colleagues were womanisers, alcoholics or gamblers, or even a combination of the two.

Meanwhile, while all this mud slinging is going on, we have an electoral commission that somehow ‘forgot’ to mention to 13,000 voters that they have been re-located in terms of voting. While I will be sending the head of the EC a bottle of gingko biloba and I hope most readers of this post do the same since Sibu’s by-election is also coming up, I guess we’ll just have to bite the bullet.

And personally, since Malays forget so easily, perhaps we need a non-Malay EC chief to take over if the gingko biloba doesn’t work.

Dirty tactics and mud slinging aside, what one should not do, as I’ve pointed out to both sides, is to discredit the memory of Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad.

"He was a man who reserved plots in Selangor for vegetable planting, talked to the Orang Asli about their grouses, tried to introduce eco-tourism to Malaysia and even went as far as to ask in Parliament as to what aid was being given to single mothers, going so far as to suggesting that the government foot the bill while such cases were being brought or delayed in court.

That last one I mentioned was the final media mention of his actions as a member of parliament. If you were to read the Hansard, the last thing that an elected government representative said to him was “When are you going to jump ship?”

Aged and frail from cancer as he was, he did not jump ship, and none of the campaigns have given their piece in his contributions, other than one Umno supporter on Twitter who said, and I quote: “What did he did(sic) as MP other than die?”

copy from MalaysianInsider

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membatalkan saman malu yang difailkan oleh seorang usahawan terhadap beliau, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya hari ini.

Mahk

amah juga memberi tempoh selama sebulan kepada Ahmad Zahid untuk memfailkan pernyataan pembelaannya berhubung saman itu.

Pada 4 Julai 2007, Amir Bazli Abdullah, 39, selaku plaintif memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid selaku defendan.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Januari 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan ianya mengaibkan dan remeh-temeh.

Amir Bazli dalam pernyataan pembelaannya pula mendakwa permohonan Menteri itu untuk membatalkan saman malu tersebut adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan tidak berasas.

Beliau diwakili peguam Karpal Singh dan Sangeet Kaur Deo sementara Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon dan Shamsul Bahrain Ibrahim.

taktik umno sudah backfire

Posted by abewa Tuesday, 20 April 2010 0 comments

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terbabit dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan.

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol.

Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

NONE

PKR NYARIS CALONKAN KATAK LOMPAT LAGI

Posted by abewa Monday, 19 April 2010 0 comments

Nasib baik PKR tak calonkan Dr Halili Rahmat iaitu Bendahari PKR Hulu Selangor sebagai calonnya, kalau tidak akan berlaku lagi wakil rakyat PKR yang lompat parti.... Namun jika terjadi maka dia memang pakar bedah saraf terhebat.

Ya ler, dia menang je pada PRK Hulu Selangor, lalu umum keluar PKR tak ke pengsan DSAI dan Pakatan Rakyat. Haru biru jadi nyer.

Sepadan sungguh reaksi spontan oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya bahawa:

"Kami telah menjalankan kaji selidik mengenai latar belakang dan kami dapati beliau bukan seorang calon yang baik. Kenapa bukan calon yang baik? ..saya tidak bercadang mendedahkannya. Sebab itu kenapa kami tidak memilihnya."

Latheefa berkata, mereka sudah mendengar khabar angin bahawa pakar bedah itu mahu keluar daripada parti itu apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim diumumkan sebagai calon Selasa lepas.

"Kami tidak terkejut. Jadi kami telah membuat keputusan yang tepat untuk tidak memilih beliau," katanya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memindah pusat pengundian lebih 13,000 pengundi kerusi Parlimen Hulu Selangor bagi memberikan keselesaan kepada mereka dan bukannya kerana alasan politik.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ia dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958 bagi membuat pembetulan lokaliti yang mengambil kira aspek ketenteraman awam, lokasi mengundi yang tidak sesuai dan mendapat tempat baru yang lebih sesuai.

"Kita membuat perubahan itu berdasarkan keselesaan pengundi dan tidak mahu satu saluran itu mempunyai pengundi yang ramai melebihi 3,000 orang termasuk mengambil kira pembinaan sekolah baru dengan menutup sekolah lama, bukan dua sekolah dibuka serentak seperti didakwa pembangkang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan satu portal berita yang memetik pengarah pilihan raya PKR Hulu Selangor, Fuziah Salleh yang mendakwa pihaknya mendapati 13,488 pengundi atau kira-kira satu perlima daripada jumlah pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian lain berbanding pusat mengundi pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Beliau turut mengakui bahawa seramai 228 orang pengundi yang sebelum ini menjadi pengundi Hulu Selangor ditukarkan ke parlimen Selayang.

"Dengan itu, jumlah pengundi akan berkurangan iaitu dari enam saluran semasa pilihan raya umum ke-12 kepada tiga saluran setiap satu kawasan sebagai keselesaan untuk pengundi," katanya.

Perakite: Kalau tak disemak atau disedari terlebih awal, maka betapa berkecamuk sewaktu hari pilihan raya... silap hari tak mengundi. Kenapalah SPR tunggu hal itu didedahkan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya...

Umno Barisan Nasional telahpun mengumumkan calonnya...Ketua Penerangan MIC Kalamanathan untuk bertanding di PKR Hulu Selangor pada 25 April. Secara tak langsung satu nama besar MIC telah terluka, lantas berputih matalah Datuk G Palanivel dan seorang lagi tokoh MIC V Mugilan.


Palanivel yang disokong kuat oleh Presiden MIC DS S Samy Vellu nampak terkedu dengan jalan tengah yang dibuat oleh UBN. Samy enggan berganjak malahan telah bersedia memecat V Mugilan, yang diakatakan proksi Umno untuk dicalonkan.

Lantas, dengan bijak Timbalan Pengerusi BN TS Muhyiddin Yassin memintas dengan mencalonkan Kalamanathan. Samy tidak membuat aoa-apa pendirian mengenai Kalamanathan sebelum ini. Terperangkap.

Senarionya menjadi menarik kerana semasa pengumuman nama calon itu, oleh Muhyiddin, Timbalan Pengerusi MIC (Palanivel) telah lesap daripada pandangan umum. Pastinya dia kecewa kerana serata alam namanya dicanang sebagai calon oleh Samy Vellu.

Ada dua faktor yang boleh dilihat iaitu, Palanivel yang telah sekian hari bekerja keras menyiapkan diri untuk menjadi calon dan suara Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang mahukan dia bertanding seakan tidak berkesan. Desakan dan desakan sehingga detik-detik terakhir juga tidak merubah pendirian UBN.

Dengan mudah dicongakkan oleh Umno bahawa Palanivel tidak layak bertanding... dan jika dijadikan calon... UBN akan kalah. Ertinya seorang Timbalan Presiden parti komponen terbesar BN juga tidak mempunyai kualiti seorang calon yang wibawa.

Apakah selama empat penggal sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Zainal pada PRU12 yang lepas, Palanivel tidak menjalankan tanggungjawab sebagai anggota Parlimen Hulu Selangor. Empat penggal bukan tempoh pendek untuk MIC memastikan pembangunan dan penyelesaian masalah penduduk setempat.

Apa-pun telah disebarkan bahawa Palanivel akan diangkat menjadi seorang senator dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri. Begitulah tuah kekuatan Samy Vellu.... kalah juga PM DS Najib Tun Razak dan Muhyidin akan tekanan MIC. Terpaksa menawarkan satu lagi jawatan Timbalan Menteri untuk menutup aib.

Muhyidin ternyata sudah termalu dengan pendiriannya untuk meletakkan calon pilihan pucuk pimpinan tertinggi BN. Termalu kerana sejak awal menolak Palanivel. Akhirnya menelan segalanya dan beralah menawarkan jawatan kabinet. Mugilan juga terpaksa akur dengan kehendak Samy Vellu kerana bimbang dipecat.

Yang jelasnya, berhati-hatilah semua komponen BN, bahawa kata putus presiden parti masing-masing bukan semestinya diikuti pucuk pimpinan BN.

Selain itu ternyata Muhyiddin akur bahawa calonnya bukan anak tempatan seperti dilaung-laungkan. Satu pembohongan nyata tetapi terpaksa. Maka akan berdepanlah UBN dengan tiga penjuru musuh dalamannya sendiri. Usaha memperbetulkan persepsi penyokong Palanivel, usaha untuk memaklumkan kepada penyokong MIC bahawa presiden MIC masih mempunyai taring berbisa dan usaha untuk memperkenalkan Kalamanathan yang kurang dikenali sepertimana Mugilan selaku anak tempatan.

MIC CABAR KEPIMPINAN BN

Posted by abewa Wednesday, 14 April 2010 0 comments

Alamak.. MIC sudah ada berani mencabar kepimpinan BN berhubung calon MIC di PRK Hulu Selangor, jika kehendak mereka tidak dituruti.

Sebahagian ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepimpinan BN agar mencalonkan timbalan presiden parti itu, Datuk G Palanivel, kerana ia disifatkan maruah MIC.

Jika gagal menuruti kehendak berkenaan, mereka akan membubar cawangan masing-masing, kata mereka.

BN dijangka mengumumkan calonnya pada jam 4 petang esok bagi PRK pada 25 April ini. TPM TS Muhyiddin Yassin kerap kali mengumumkan bahawa calon BN bagi PRK itu adalah anak tempatan.

Sumber-sumber juga memberitahu bahawa Timbalan Ketua Pemuda Mic V Mugilan disebut-sebut sebagai calon.

Hampir separuh ketua cawangan daripada 72 ketua cawangan MIC hadir di ibu pejabat MIC bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru untuk menyatakan sokongan kepada Palanivel.

Ketua penerangan MIC Hulu Selangor, Raily Muniandy mengugut bahawa semua cawangan MIC di kawasan pilihan raya itu akan ditutup, jika Palanivel, yang berasal dari Pulau Pinang tidak dicalonkan.

SAMY MAHU PALANIVEL, TETAPI MUHYIDDIN PILIH MUGILAN

Posted by abewa Tuesday, 13 April 2010 0 comments

Lazimnya BN lebih mendahului mengumumkan calonnya pada setiap PRK, namun bagi penamaan calon PRK Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung Sabtu ini, BN ketinggalan kepada Pakatan Rakyat kerana dilaporkan kebuntuan memilih calon dari komponen partinya, MIC.

Pakatan telah mengumumkan calonnya iaitu Datuk Zaid Ibrahim (PKR), tetapi BN hanya akan berbuat demikian dalam tempoh dua hari sebelum hari penamaan calon itu.

Calon BN sebenarnya masih menjadi tanda tanya... antara pilihan parti seperti diumumkan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu iaitu Timbalannya Datuk G Palanivel atau calon MIC pilihan Umno,V Mugilan.

Gelodak permasalahan ini semakin ketara dan bakal mengheret ke medan kempen pilihan raya kecil itu meskipun siapa sahaja yang dipilih. Yang jelas ialah, Palanivel, yang tewas di kawasan itu pada PRK12 tidak digemari pucuk pimpinan BN.

Sumber Mic, (laporan Malaysiakini) mengesahkan Muhyiddin telah menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon.

Keputusan itu ternyata menimbulkan reaksi besar dan tidak disenangi Samy Vellu, apa lagi ia sekali gus membelakangi cadangan pencalonan oleh parti MIC sendiri, iaitu sebuah parti komponen ketiga terbesar dalam BN.

Samy Vellu wajar bertegas kerana memang menjadi kuasa mutlak Presiden parti untuk mencadangkan nama seseorang calon. Dan Samy hanya mencadangkan nama Palanivel, manakala Mugilan tidak dalam senarai restunya.

BN tentunya sedang berhadapan perpecahan sokongan di kalangan pengundi India di Hulu Selangor, apa lagi Mugilan dan penyokongnya sudahpun memasang angan untuk dicalonkan. Mugilan juga akan menghadapi masalah dipecat daripada MIC jika dicalonkan memandangkan dia (Mugilan) tidak mempunyai mandat Presiden.

Menurut sumber MIC ketika mesyuarat di Parlimen, Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN apabila Muhyidin memaklumkan bahawa Mugilan adalah pilihan pemimpin BN.

Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel,” kata sumber itu. Samy Vellu dilaporkan tidak berganjak dengan pilihannya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua bahagian MIC, Puchong yang juga anggota jawatankuasa pusat parti itu, A Saktivel berkata, MIC mahu calon pilihan parti bukan calon dipilih oleh Umno kerana perkara ini adalah maruah parti.

Kenyataan Saktivel ini jelas menunjukkan Umno mencampuri urusan pemilihan calon oleh parti komponennnya.

Beberapa penyokong MIC dilaporkan mengugut tidak akan mengundi dan membubarkan jentera jika calon pilihan MIC tidak dipilih, namun khabaran juga tersebar bahawa beberapa cawangan Umno sedang melobi pada minit terakhir bagi menyokong Mugilan.

Adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan menghairankan mengapa kerajaan pimpinan DS Najib Tun Razak sanggup mengadai maruah negara dengan membayar RM77 juta kepada firma perunding perhubungan Apco Worldwide.

Mengadai maruah negara kerana syarikat berkenaan dilaporkan berpengkalan di Tel Aviv dan telah melaksanakan program yang sama di Indonesia. Ia sekadar satu penciplakan program. Apakah tiada syarikat tempatan yang mampu melakukannnya.

Perkara ini disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat bahawa Apco Worldwide dibayar hampir RM77 juta. Antara tugas Apco pastinya melaksanakan program memulihkan imej negara di mata dunia dan mengadakan pertemuan antara Najib dan Barrack Obama, presiden Amerika Syarikat.

azlanDalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu), amaun yang Nazri umumkan itu adalah dua kali ganda daripada yang dilaporkan sebelum ini.

Tian Chua merujuk laporan akhbar yang memetik Nazri, sebelum ini sebagai berkata jumlah yang dibayar kepada Apco berjumlah RM28 juta.

Bagaimanapun dalam jawapannya berhubung soalannya itu, Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada Apco bernilai US$24 juta.

"Tukarkan jumlah itu dalam ringgit dan anda akan mendapat hampir RM77 juta."

NONETian Chua berkata jumlah itu adalah untuk bayaran selama setahun.

Tian Chua melahirkan rasa tidak percayanya bahawa jumlah wang yang sebegitu banyak dibayar kepada firma asing sedangkan syarikat tempatan juga mampu melakukan tugas yang sama.

"Adakah perkhidmatan Apco begitu istimewa yang memerlukan bayaran sebegitu tinggi? Kenapa tiada syarikat tempatan diambil. Saya pasti firma tempatan mampu melakukan kerja itu,” katanya lagi.